RESDUNG ADALAH PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH ADANYA INFLAMASI ATAU KERADANGAN PADA DINDING SINUS. KERADANGAN INI KERAP DISEBABKAN OLEH JANGKITAN VIRUS ATAU BAKTERIA. RESDUNG BIASA DIPANGGIL SINUSITIS, MESKI SEBETULNYA TERDAPAT PERBEZAAN. SINUSITIS ADALAH PENYAKIT YANG BOLEH MENJANGKITI SEMUA ORANG PADA SEGALA UMUR.

 

Inilah beberapa tanda-tanda resdung yang perlu anda tahu:

 

  • Di awal, akan muncul mukosa atau lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung.
  • Wajah akan terasa berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu, terutama apabila ditekan.
  • Bersin-bersin, selesema.
  • Demam dengan suhu 38 ° Celsius atau lebih.
  • Sakit gigi.
  • Sakit kepala.
  • Berkurangnya kemampuan dalam mencium sesuatu.
  • Hidung bernafas dan tersumbat.
  • Nafas bau.
  • Mata gatal.
  • Tidur berdengkur.
  • Rambut ada kelemumur.
  • Timbul jerawat.
  • Bertindak balas pada makanan terperap dan suhu sejuk.

 

 

Bila resdung belum terlalu parah, maka Anda boleh cuba kaedah rawatan resdung tradisional yang cukup berkesan untuk menangani penyakit ini. Namun bila resdung yang dialami sudah parah, maka disaranankan agar menjumpai dan berkeluh pada doktor pakar telinga, hidung, dan tekak (THT). Doktor akan menggunakan CT scan untuk mencari punca utama dari resdung yang terjadi.

Tanda-Tanda Rasdung, Tidur Berdengkur, Nafas Berbau, Mata Gatal

MERAWAT DENGAN UBAT RESDUNG MUNGKIN TIDAK BEGITU PERLU SEBAB SEKITAR 60% PENGHIDAP RESDUNG YANG MENDERITA AKIBAT VIRUS AKAN HILANG DENGAN SENDIRINYA. WAKTU YANG DIPERLUKAN AGAR RESDUNG PULIH SEPENUHNYA IALAH MEMAKAN TEMPOH DUA HINGGA TIGA MINGGU

 

HIDRASI

IKLAN

Minum banyak air mineral tanpa gula. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman, manis, dan jangan merokok. Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.

 

SEDUT WAP AIR HANGAT

Petua hilangkan resdung pertama ialah dengan menghirup wap air hangat.

  1. Pertama, rebus air sebanyak satu gayung, lalu campurkan dengan air garam.
  2. Matikan api selepas air mendidih.
  3. Letakkan kepala anda 30 cm di atas air, lalu hirup wap hangat.
  4. Bila ingin lebih berkesan, Anda boleh menyelubungkan kepala dengan tuala yang menutup wap air panas hingga terkumpul.
  5. Hirup selama 15 minit. Lakukan tiga kali dalam sehari hingga resdung reda.

 

MEMAMPATKAN MUKA DENGAN AIR HANGAT

Bila tidak kuat dengan menghirup wap, Anda boleh cuba petua kedua iaitu memampatkan bahagian pipi dengan air hangat.

IKLAN
  1. Panaskan air, lalu diamkan hingga hangat.
  2. Celupkan tuala ke dalam air, lalu peras airnya.
  3. Letakkan tuala untuk menutupi wajah anda.

 

Cara ini dapat membantu menggalakkan rambut agar mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitaran hidung.

Tanda-Tanda Rasdung, Tidur Berdengkur, Nafas Berbau, Mata Gatal

LIDAH BUAYA

Mungkin sepanjang ini kita hanya tahu khasiat lidah buaya untuk merawat rambut. Namun faktanya, lidah buaya boleh dipakai untuk mengubati resdung sebab mengandungi sifat antiseptik. Cara pakainya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Agar lebih berkesan, minumlah rebusan lidah buaya secara teratur.

 

LIMAU NIPIS DAN DAUN PANDAN

IKLAN

Petua hilangkan resdung tradisional selanjutnya ialah memakai campuran limau nipis dan daun pandan.

  1. Siapkan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan.
  2. Hiris halus-halus daun pandan.
  3. Peras buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, saring air untuk memisahkan bijinya.
  4. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.
  5. Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan.
  6. Tapiskan sampai tertinggal air saja.
  7. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu.
  8. Basuhkan air tadi ke wajah Anda, elakkan terkena mata atau bibir.
  9. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi.
  10. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik.
  11. Selepas berakhir, cuci wajah Anda dengan air biasa.

 

KUNYIT ATAU HALIA

Kedua rempah ini biasa dijumpai di India dan beberapa negara di Timur Tengah. Pada kunyit terkandung sifat anti-inflamasi semula jadi dan antioksidan. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia adalah menenangkan perut.

Tanda-Tanda Rasdung, Tidur Berdengkur, Nafas Berbau, Mata Gatal

CUKA EPAL DAN MADU

Petua menghilangkan resdung semula jadi selanjutnya adalah memakai cuka epal dan madu.

  1. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh.
  2. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI