Buat peminat raja buah, anda sekarang mungkin dalam fasa cukup gembira. Musim durian kini telah kembali dengan pelbagai jenis durian ditawarkan di pasaran. Lihat sahajalah segenap pelosok lokasi pasti ada peniaga durian menawarkan seleksi durian yang segala macam.
Walaupun harga sebiji durian yang berkualiti cukup tinggi harganya namun ia tidak menjadi penghalang kepada peminatnya untuk melepaskan ‘rindu’ yang telah lama terbungkam. Buah durian ternyata cukup istimewa di hati rakyat Malaysia.
Dengan harga yang agak tinggi pastinya anda ingin makan dengan puas hati dan dapat buah yang baik. Jadi bagaimana untuk pilih buah durian yang betul-betul elok? Ikuti beberapa tip berikut!
BENTUK BUAH
Durian yang berbentuk bulat dikatakan mempunyai isi yang banyak berbanding durian yang berbentuk lonjong.
Ads
BERAT DURIAN
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa semakin ringan buah durian, semakin banyak isi durian tersebut. Kalau ada dua biji durian yang sama saiznya, pilih yang paling ringan.
KONDISI TANGKAI
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai yang kering atau terpotong. Jangan beli durian yang tidak mempunyai tangkai.
Ketuk buah durian dan pilih durian yang berbunyi padat semasa diketuk.
Ads
BENTUK DURI
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk mendapatkan isi yang padat.
BAU ‘MANIS PAHIT’
Hidu durian dan cari yang berbau manis dan sedikit aura pahit.
JURING
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi durian.
Ads
KULIT DURIAN
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit buah durian. Kalau ada tompok hitam itu tandanya isi di dalamnya buruk.
WARNA
Dah siap pilih tu, minta penjual belah durian untuk merasa dan lihat sendiri isinya. Ini kerana kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu dengan warna durian.
KETIKA MUSIM
Beli durian ketika musim panas atau kering. Jangan beli durian semasa musim hujan atau lembap.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan durian yang terbaik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tidak sedih apabila tidak dapat bersama keluarga tersayang menyambut Ramadan dan Aidilfitri, apatah lagi jika ia terpaksa disambut di balik tirai besi.
Sebagai seorang yang pernah bergelar banduan suatu ketika dahulu, Ameng Spring menyifatkan sambutan Ramadan lebih sayu berbanding Aidilfitir di penjara.
Pemilik nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail itu berkongsi pengalamannya menerusi laporan Gempak.
Muncul sebagai tetamu dalam salah satu episod Borak Dulu Baru Buka, Ameng menyifatkan pengalaman berpuasa di dalam penjara sebagai ‘keras’.
“Sambut Ramadan di dalam penjara sangat ‘keras’. Makan tidak tentu hala, berebut-rebut.
“Sahur pada pukul 11 malam, kalau tidak makan mereka akan ambil makanan yang diberi.
“Warden pula agak keras dan kita juga ada tekanan emosi. Fikir anak, isteri, ibu.
“Pada saya Ramadan lebih sedih daripada Aidilfitri,” ujar Ameng.
Walaupun sayu, Ameng menyifatkan ia adalah bulan paling berkualiti bagi dirinya. Malah sepanjang menyambut Ramadan di penjara, Ameng berjaya khatam Al Quran sebanyak tiga kali.
“Untuk saya, hidup paling berkualiti pada Ramadan. Setiap masa duduk dalam air sembahyang.
“Saya boleh khatam tiga kali dalam Ramadan. Seratus peratus saya habiskan masa mengaji. Jadi setiap 10 hari saya dapat khatam sekali,” katanya.
Justeru Ameng menitipkan pesan buat semua umat Islam agar memberi fokus setiap Ramadan datang.
“Jika ini adalah Ramadan terakhir buat saya atau kita semua, fokus dan khusyuk. Jangan lepaskan Ramadan berlalu begitu sahaja,” pesan Ameng.
Untuk rekod, Ameng pernah dipenjara selama lapan tahun bermula pada 2011 atas tiga kesalahan dengan dua daripada kerana memiliki dadah.
Percaya atau tidak, bau badan lelaki yang disayangi sebenarnya mampu memberikan kesan positif terhadap kesihatan emosi wanita.
Kajian terkini mendapati bahawa bau semula jadi tubuh lelaki terutamanya daripada pasangan yang rapat dan disayangi mampu mengurangkan stres, menenangkan fikiran serta merangsang pengeluaran hormon ‘bahagia’ seperti oksitosin dan endorfin.
Ini bukan sembarangan bau badan. Bukan bau peluh selepas bersenam atau aroma pewangi maskulin semata-mata, tetapi bau semula jadi tubuh seseorang yang sudah pun mencipta ‘ikatan kimia’ secara tidak sedar dengan pasangan mereka.
Apabila wanita menghidu bau pasangan mereka, badan mereka bertindak balas secara automatik dengan menghasilkan hormon oksitosin yang dikenali sebagai ‘hormon pelukan’ dan endorfin, yang memberi rasa tenang, gembira dan selamat.
Hormon-hormon ini bukan sahaja menstabilkan emosi, malah turut membantu menggalakkan tidur berkualiti dan memperbaiki keseimbangan hormon secara keseluruhan.
Lebih menarik, oksitosin dan endorfin juga dikenali kerana peranannya dalam memperlahankan tanda-tanda penuaan menjadikan kulit lebih segar, mengurangkan keradangan dan meningkatkan sistem imun tubuh.
Walaupun belum dikategorikan sebagai ‘formula awet muda’ secara saintifik, ramai pakar percaya bahawa hubungan emosi yang sihat dan rasa selamat dalam sesebuah perhubungan menyumbang kepada kesihatan menyeluruh wanita.
Apabila seseorang wanita merasa disayangi, dilindungi dan dihargai, tubuhnya cenderung untuk berfungsi dalam keadaan optimum termasuk dari segi mental, emosi dan fizikal.
Sama ada anda sedar atau tidak, kehadiran pasangan yang mampu menenangkan hanya melalui bau tubuhnya mungkin satu anugerah tersendiri.
Ia bukan sekadar naluri atau perasaan, tetapi sebahagian daripada tindak balas biologi tubuh manusia yang masih terus dikaji oleh saintis.
Jadi, jika anda seorang wanita yang sering mendapati diri anda lebih tenang apabila berada di sisi pasangan terutama apabila mendakap atau tidur berdekatan dengannya itu mungkin petunjuk bahawa hubungan anda bukan sahaja sihat dari segi emosi, malah memberi impak positif terhadap kesihatan dalaman dan luaran.
Biarpun sains masih belum meletakkannya sebagai rawatan rasmi, fakta bahawa hubungan emosi yang rapat memberi kesan fizikal yang baik kepada tubuh tidak dapat dinafikan.
Jadi, jangan pandang rendah kuasa cinta kerana mungkin, di situlah tersimpannya ‘rahsia awet muda’ sebenar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait rapat dengan fungsi badan
yang lain. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-
cepat lah membuat pemeriksaan atau walaupun kedatangan hanya sekejap
sahaja kerana berkemungkinan memberi petunjuk yang kita ni sebenarnya sakit yang lebih serius.
MATA
(Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata
menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi, menunjukkan
proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluarnya tahi mata : Menunjukkan fungsi hati lemah, pembuangan toksin
sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau
bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas
hati atau bebanan yang berat.
HIDUNG
(Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan
mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang
berlebihan Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin
di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang
yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
KERONGKONG
a) Kerongkong kering- Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh
badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk
membuang toksin.
b) Sakit kerongkong- Paras keracunan lebih serius.
BIBIR
(Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang
sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya
diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
MULUT DAN LIDAH
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai
masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran
koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan
darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk-Proses penyeimbangan fungsi perut untuk
pembuangan toksin.
TELINGA
Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.
Biasanya tapak kaki terasa
sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
KULITBERPELUH
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
RUAM DAN BISUL
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut
dalam air.
KULIT GATAL DENGAN RUAM
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan
ubat yang mengandungi bahan kimia.
KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.
RAMBUT GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut
akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan
tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras
dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya
disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang
akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit
kaki busuk
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memadankan kasut bersama baju Melayu memainkan peranan besar dalam gaya lelaki di pagi Raya. Ketahui 5 jenis kasut paling bergaya yang boleh menaikkan penampilan Baju Melayu anda ke tahap lebih maskulin dan premium.