Motosikal merupakan kenderaan yang amat penting di tengah Bandar. Ia selalu digunakan warga kota untuk mengelakkan kesesakan jalan raya yang boleh melambatkan perjalanan dari rumah ke pejabat.
Selain itu, ia juga membantu orang Bandar untuk menjimatkan kos petrol bulanan. Namun, ramai orang mengambil mudah urusan penyelenggaraan atau servis yang sepatutnya dilakukan apabila mencecah jarak perbatuan sebanyak 1500-4000KM.
Penunggang motosikal harus tahu bahawa setiap pengeluar mencadangkan tempoh selamat untuk menukar minyak enjin apabila mencapai jarak perbatuan 1500-4000KM. Jika melebihi jarak tersebut, motosikal anda perlu segera ditukarkan minyak enjin baharu.
Kesan pengabaian tukar minyak adalah:
Masa yang sama anda tiada pilihan lain melainkan tukar sahaja minyak enjin motosikal mengikut kitaran yang sepatutnya. Pastikan untuk menggunakan minyak enjin yang berkualiti tinggi, sama ada mengikut gred yang ditetapkan atau direkomenkan oleh pengeluar.
Akhir sekali, hati-hati dengan minyak enjin tiruan di pasaran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tip tukar gearbox kereta, elak kena tipu. Gearbox adalah antara komponen paling penting dalam sistem transmisi kereta. Jika gearbox mengalami masalah atau rosak, prestasi kereta akan terjejas teruk, malah boleh menyebabkan kos pembaikan yang tinggi.
Jadi, bila masa yang sesuai untuk tukar gearbox? Dan apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menukar gearbox?
Berikut adalah beberapa tip penting yang boleh dijadikan panduan sebelum anda menukar gearbox kereta anda.
Sebelum membuat keputusan untuk menukar gearbox, pastikan anda mengenal pasti tanda-tanda awal masalah gearbox. Antara simptom yang biasa berlaku ialah:
✅ Bunyi pelik – Jika anda dengar bunyi geseran, ketukan, atau ‘humming’ yang luar biasa semasa menukar gear, itu tanda ada masalah.
✅ Sukar masuk gear – Gear terasa berat atau tersangkut apabila hendak ditukar, terutamanya pada gearbox manual.
✅ Gear melompat sendiri – Jika gear bertukar sendiri tanpa anda kawal, itu tanda sistem transmisi tidak stabil.
✅ Kebocoran minyak gearbox – Minyak gearbox yang bocor boleh menyebabkan geseran berlebihan dan merosakkan komponen dalaman.
✅ Prestasi enjin merosot – Kereta terasa lemah, kurang responsif, atau RPM naik mendadak tanpa peningkatan kelajuan yang sepadan.
Jika anda mengalami salah satu tanda di atas, segeralah periksa gearbox sebelum masalah menjadi lebih teruk.
Jika gearbox sudah rosak teruk dan perlu diganti, pastikan anda memilih gearbox yang sesuai dengan model kereta anda. Ada beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan:
Lebih murah berbanding gearbox baru.
Perlu periksa kondisi sebelum beli untuk elak risiko cepat rosak.
Sesuai untuk pemilik kereta lama atau yang mahu berjimat.
Gearbox lama yang dibaik pulih dan dijual semula.
Lebih mahal daripada halfcut tetapi lebih baik dari segi prestasi.
Biasanya datang dengan jaminan tertentu.
Pilihan terbaik jika mahu ketahanan jangka panjang.
Harga lebih mahal, tetapi prestasi lebih terjamin.
Sesuai untuk pemilik kereta baru atau mereka yang inginkan ketenangan fikiran.
Pilihlah gearbox yang sesuai mengikut bajet dan keperluan anda. Jangan terus beli tanpa buat kajian!
Apabila menukar gearbox, jangan lupa untuk tukar minyak gearbox sekali. Gunakan minyak yang sesuai mengikut spesifikasi pengeluar kereta anda.
Minyak gearbox yang bersih dan berkualiti dapat memastikan komponen dalaman gearbox bekerja dengan lancar dan tahan lebih lama. Jangan guna minyak murah yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan gearbox cepat haus dan rosak.
Pemasangan gearbox bukan perkara remeh. Pastikan anda menghantar kereta ke bengkel yang berpengalaman dan pakar dalam sistem transmisi. Jika pemasangan tidak dilakukan dengan betul, ia boleh menyebabkan masalah lebih besar seperti kebocoran minyak, gear tidak berfungsi dengan baik, atau sistem transmisi rosak dalam masa yang singkat.
Tanya mekanik tentang jaminan selepas pemasangan. Bengkel yang berkualiti biasanya menawarkan waranti sekurang-kurangnya 1-3 bulan untuk memastikan gearbox dalam keadaan baik.
Selepas menukar gearbox, pastikan anda menjaganya dengan baik supaya ia tahan lama. Beberapa langkah penjagaan yang boleh dilakukan ialah:
✅ Tukar minyak gearbox secara berkala – Rujuk manual kereta untuk jadual penukaran minyak yang sesuai.
✅ Elakkan pemanduan agresif – Pecutan mengejut, menukar gear kasar, atau selalu memandu dalam kesesakan boleh mempercepatkan kehausan gearbox.
✅ Jangan bawa beban berlebihan – Beban yang terlalu berat boleh memberi tekanan berlebihan kepada sistem transmisi.
✅ Periksa kebocoran minyak gearbox – Sentiasa pantau jika ada tanda-tanda kebocoran di bawah enjin atau bau minyak terbakar.
Menukar gearbox adalah keputusan besar yang memerlukan perancangan dan pemilihan yang betul. Jangan terburu-buru, buat kajian, dan pilih gearbox yang sesuai dengan keadaan kereta dan bajet anda. Dengan penjagaan yang baik, gearbox yang baru ditukar boleh bertahan lama dan memastikan pemanduan yang lancar serta selesa.
Sudah tidak menjadi rahsia lagi apabila beberapa keping gambar SUV kedua keluaran Proton sedang tular di kebanyakan timeline pengguna media sosial.
SUV tersebut yang diberi nama Proton X50 didedahkan pengguna media sosial yang hebatnya mengalahkan pengamal media yang cukup menjaga rahsia eksklusifnya.
Berdasarkan pemerhatian Maskulin ke atas beberapa portal yang turut menyiarkan info tentang SUV ini, katanya :
Sekiranya Proton X70 dijual pada harga serendah RM99,800, bagaimana pula dengan anggaran Proton X50? Ada ramalan yang berkata, harga bagi Proton X50 berkemungkinan besar dalam julat RM75,000. Mungkin sahaja, ya!
Meskipun ada pengguna media sosial berkata Proton X50 bakal menemui pelanggan tahun ini namun menurut sumber-sumber lain, ada yang menegaskan ia hanya akan diperkenalkan pada tahun 2020.
Bagi melancarkan pergerakan yang sempurna, Proton X50 dikatakan dijana enjin 1.5L pengecas turbo. Ketua Kejuruteraan Proton, Yang Jun pernah mengesahkan Proton bakal perkenalkan model baharu yang menggunakan enjin tersebut dan diyakini ia adalah X50.
Persaingan segmen bagi Proton X50 merangkumi Honda HR-V, Mazda CX-3, Subaru XV, Peugeot 2008 dan Toyota C-HR dan ketika ini, kalau lihat pada Proton X70, jenama tersebut masih menang pada harga.
Menurut info yang diterima, Proton X50 sudah tiba di Malaysia dan ia kini sedang menjalani ujian daripada pihak Proton. Dalam masa sama, pihak pengurusan tertinggi DRB-HICOM juga dikhabarkan sudah melihat dan menyentuh SUV kompak itu.
Selain itu, berikut adalah ciri-ciri lain yang menonjolkan identiti Proton X50 yang baharu :
Kalau ikut komen-komen netizen, katanya Proton X50 ini lebih nampak segak dan kemas dan harganya pasti dimenangi Proton.
Kredit : Pandulaju.com.my, The Ajerul & Group Proton X70 Community Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah kereta rosak ketika dalam perjalanan merupakan satu perkara yang bukan sahaja memenatkan tetapi boleh memberikan tekanan jiwa! Terutamanya bila enjin kereta overheat!
Bayangkan anda sedang dalam perjalanan menuju ke kampung atau pulang ke ibi kota semula bersama ahli keluarga tiba-tiba lampu amaran ‘hot’ berkelip dengan cukup huru-hara. Lebih teruk lagi air cond mula tidak berfungsi. Enjin pula terasa lebih berat dan semput dan kadangkala mengeluarkan asap putih!
Mahu tidak mahu kereta terpaksa dihentikan kerana enjin telah menjadi terlalu panas atau dalam istilah ‘pomen’, overheat.
Anda mungkin tertanya mengapa ini boleh berlaku. Terlebih dahulu apa yang perlu anda faham adalah masalah dasar overheat ini. Overheat adalah satu masalah di mana sistem penyejukan enjin telah gagal berfungsi dengan baik.
Terdapat beberapa punca yang mungkin boleh membawa masalah suhu enjin kereta anda naik mendadak. Suhu normalnya adalah sekitar 70 ke 80 darjah Celcius. Jadi bila suhu terlalu tinggi maka berlakulah overheat.
Kondisi menjadi terlalu panas ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.
Apabila ini berlaku anda harus biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Ingat, jangan sesekali membuka penutup coolant radiator ketika ia masih panas. Tunggu sahaja dahulu dan jangan buat apa-apa. Kalau ada asap putih keluar biarkan ia benar-benar hilang dahulu.
Satu perkara lagi yang ramai orang lakukan ialah menambah air dengan segera di dalam radiator untuk meredakan kepanasan. Usah berbuat demikian kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Bukan semua masalah overheat disebabkan kurangnya air dalam radiator. Seperti dinyatakan di atas ia boleh berlaku disebabkan banyak faktor lain.
Itulah beberapa punca mengapa enjin kereta boleh overheat. Ikuti artikel seterusnya untuk mengikuti bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.
Jika anda ingin mencari aksesori kereta, anda boleh dapatkan di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.