Jika anda inginkan mantapkan otot lebih cepat, syaratnya anda wajib buat senaman-senaman ini setiap pagi. Bukan sahaja memberi manfaat pada otot, ia juga menjadikan badan anda lebih segar dan sihat.
Malah jika lakukan secara rutin, kesannya anda nampak awet muda dan lebih hot di mata wanita. Jadi apa tunggu lagi! Jom lakukan sekarang.
Ini antara 10 senaman pagi yang wajib anda amalkan.
Baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita tersebarnya video atlet terjun negara sedang bersuka ria sambil minum minuman keras ketika berada di luar negara ketika menjalani program latihan sebagai persiapan menghadapi Siri Kejuaraan Dunia. Video itu mendapat perhatian netizen kerana dianggap tidak wajar seorang atlet negara bersuka ria ketika sedang dalam latihan, dan aksi mereka di dalam video tersebut juga kurang sopan.
Walaubagaimanapun, hampir kesemua atlet terjun tampil memohon maaf di dalam sidang media yang diadakan dan memberi penjelasan terhadap isu tersebut selepas mendapat pelbagai kritikan terhadap klip video yang viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Menurut Astro Awani online, Chew Yi Wei mengakui bahawa figura dalam video tersebut adalah mereka dan di dalam sidang media tersebut, mereka menzahirkan kekesalan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Tidak mahu menyalahkan mana-mana individu yang menyebarkan video tersebut, Yi Wei mengakui bahawa video tersebut diambil ketika meraikan malam Tahun Baru Cina tahun ini. Ekoran daripada tularnya video ini, kejadian itu berlaku diluar pengetahuan jurulatih dan telah diadakan di tempat persendirian,kami telah meminum bir dan menari yang menjadi rutin mereka ketika hari rehat.
Pengarah Program Podium Tim Newenham menjelaskan dalam sidang media tersebut, bahawa mengambil alkohol merupakan larangan dalam kalangan atlet sepanjang mereka latihan, dan mereka-mereka yang terlibat ini harus dikenakan hukuman berat termasuk kemungkinan dikeluarkan dari program terbabit.
Bintang terjun negara, Pandalela Rinong yang turut terlibat dalam video itu berkata beliau menyerahkan siasatan berkenaan kepada pihak yang bertanggungjawab.
“Kami di sini adalah untuk memohon maaf dan selebihnya itu (mengenai individu yang mengambil video tersebut) kami serahkan kepada pihak berkuasa.” jelas Pandalela kepada Astro Awani.
Sumber: Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin sekarang bila kita kembali semula ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan demi megawal penularan wabak Covid-19, aktiviti berbasikal dilihat sekadan sedikit reda. Sebelum ini kita boleh lihat betapa banyaknya jumlah basikal terutama di hujung minggu di lokasi-lokasi popular.
Bagi mereka yang tidak aktif dalam aktiviti ini mungkin tidak tahu sebenarnya banyak sekali kelebihan dari sudut kesihatan dan kecergasan bila berbasikal.
Ingin tahu betul atau tidak betapa banyaknya kelebihan berbasikal untuk kesihatan, ikuti perkongsian MASKULIN di bawah!
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat.
Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bakteria di samping menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Terutamanya di bahagian lutut. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan.
Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stres yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua.
Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stres yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
Buat anda yang mungkin beginner, sebelum mulakan kayuhan sila rujuk beberapa panduan ketika melakukan latihan seperti di bawah.
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
2. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
3. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
4. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
5. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antara 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video workout menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menurut kajian terdapat di suatu tempat di tubuh manusia, jika diletakkan degan ais pada titik tersebut selama beberapa saat, ianya berupaya memberikan impak positif terhadap kesihatan tubuh badan kita.
Insha-Allah, teknik ini akan dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera dan akan menyebabkan tubuh badan kita akan terasa ringan dan bertenaga. Melakukan terapi ini secara berterusan dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.
Tempat yang dimaksudkan adalah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.
Dalam ilmu akupunktur masyarakat Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud ‘rumah angin”. Menurut rawatan perubatan tradisional masyarakat Cina, teknik meletakan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi ianya dapat mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi tubuh badan kita. Selain itu juga, ianya dapat memberikan stimulasi emosional yang positif dan ‘meremajakan’ seluruh tubuh badan kita.
Keajaiban ini akan terjadi jika kita meletakkan ais pada Titik Feng Fu tersebut. Cubalah lakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau apabila kepala terasa pening. Ianya akan menjadikan badan kita akan menjadi lebih ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang. Menurut kajian, beberapa pengidap maslah migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif dan berkesan untuk mengatasi masalah migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan. Terapi ini juga dapat memebantu meningkatkan mood dan membangkitkan perasaan segar, ini adalah kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah anda.
Cara untuk melakukan teknik ini mudah sekali, hanya letakkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit. Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk seketika selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Meletakkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. mengatasi masalah sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualiti tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi masalah asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.