Rambut, baik lelaki atau wanita, ia diibaratkan seperti mahkota dan perkara utama yang selalu dijaga. Jika tidak dijaga, rambut anda akan berbau busuk sekaligus memberikan pandangan buruk apabila bertemu rakan serta berjumpa orang lain.

Isu rambut rosak selalu terjadi kepada mereka yang selalu memandang enteng tentang penjagaan asas yang sepatutnya dilakukan ke atas rambut.

Dalam entri ini, MASKULIN senaraikan 5 habit yang patut anda elakkan untuk pastikan rambut anda kekal sihat. Pasti anda tidak mahu membazir wang untuk membuat rawatan rambut bila sudah ada pelbagai penyakit yang menhurung rambut anda seperti kutu dan sebagainya.

BACA: Tampil Lebih Kacak Macam Artis Dengan 10 Inspirasi Gaya Rambut Trendy Terkini!

1. Selalu mengelak untuk cuci rambut setelah guna pomade

IKLAN

Memakai produk rambut selalu dilakukan lelaki untuk memastikan ia kekal terletak cantik di kepala anda. Ketahuilah bahawa segal produk pomade, gel, wax mengandungi pelbagai kimia dan jika tidak dicuci dengan sempurna boleh merosakkan rambut. Jadi sebelum tidur atau selepas pulang dari kerja, pastikan anda basuh dahulu rambut untuk membuang segala kimia yang tidak diperlukan rambut.

2. Merokok

Merokok bukan sahaja menyakitkan organ dalaman serta orang sekeliling, ia juga berupaya merosakkan rambut dari dalam. Pembuluh darah anda bakal sempit terutamanya yang membekalkan darah ke bahagian kepala. Ini akan merosakkan folikel rambut. Selain itu, bau asap rokok akan melekat di rambut dan pasti pasangan anda tidak menyukainya.

IKLAN

3. Tidak membersihkan kulit kepala

Bagus, anda sudah syampu rambut. Namun jika anda tidak meramasnya hingga ke kulit kepala, sama sahaja seperti tidak syampu rambut. Jadi pastikan ketika mandi untuk meramas kandungan syampu hingga ke dasar kulit rambut.

4. Sering menukar warna rambut

IKLAN

Ya, mewarna rambut bakal memberi imej baru kepada anda. Namun jika anda sering menukar warna, anda bakal memusnahkan rambut yang telah anda laburkan selama ini. Bahan kimia yang ada dalam produk warna rambut lebih banyak daripada pomade. Kepala anda bakal mengalami iritasi atau kegatalan yang teruk jika anda berterusan menukar warna rambut.

BACA: Cara Murah Guna Air Garam Untuk Elak Rambut Gugur, Kelemumur & Kawal Minyak!

5. Tidak menjaga rambut

Memang lumrah seorang lelaki yang selalu tidak mengendahkan perkara yang leceh. Namun, kesihatan rambut anda mesti dijaga untuk mengekalkan kesegarannya. Anda tidak perlu berbelanja lebih, hanya perlu dapatkan nasihat daripada pakar tentang syampu apa yang sesuai dan jaga ia mengikut kemampuan anda.