Pasti ramai di antara kamu yang susah untuk bangun pagi. Walaupun dah set alarm dan sudah bunyi banyak kali, tapi masih lagi sukar untuk bangun. Jom ikut langkah-langkah ini, lepas ni kamu sudah tidak ada masalah masuk kerja lambat!

1. Buatlah rutin malam hari sebagai persediaan untuk keesokannya. Setengah dari pertarungan untuk bangun pagi adalah tidur pada jam yang sesuai. Mulakanlah rutin malam hari dengan menyiapkan tubuh anda untuk santai dan menempatkan anda dalam gerakan rutin setidaknya 7-8 jam sebelum anda bangun pada keesokan paginya. Ini mampu diamalkan dengan mandi air suam, minum secawan teh chamomile, ambil nafas dalam atau meringkuk di atas katil, berselimut dan membaca atau menulis catatan anda. Ciptakan sebuah ritual yang benar-benar akan membuat anda dapat tidur dengan lena dan menyambut waktu bangun pagi dengan hati terbuka.

2. Matikan televisyen dan komputer pada jam sewajarnya. Televisyen dan internet terlalu menstimulasi prilaku sebelum waktu tidur. Jangan menonton televisyen di tempat tidur dan berhentilah melayari internet lama sebelum rutin tidur anda.

3. Jauhi kafein. 19 cawan kopi sepanjang hari mungkin yang membuat anda menjadi seekor burung hantu malam. Ganti dengan decaf sedikitnya jam 4 petang, lebih baik jika lebih awal.

4. Makan malam ringan. Makan malam yang berat sebelum waktu tidur dapat mengganggu tidur anda dan membuat anda lebih susah untuk bangun di pagi hari. Tetaplah dengan makan malam yang lebih ringan untuk sementara, seperti sup, sayur-sayuran rebus, dan salad makan malam yang menyihatkan jantung. Seeloknya makan malam pada awal waktu, misalnya sekitar pukul 7 atau 8 malam. Jangan sekali-kali makan pada lewat malam.

IKLAN

5. Buka langsir bilik dan tingkap di bilik. Biarkan udara pagi mengalir masuk ke dalam bilik anda. Lihatlah matahari yang mula menampakkan dirinya dan mula menyinari bilik anda.

6. Mengetahui motivasi anda. Jika anda ingin bangun pagi hanya kerana anda merasa seperti anda seorang yang kecundang jika anda tetap tidur, itu bukanlah benar-benar apa yang para pakar psikologi sebut motivator positif. Anda perlukan satu alasan untuk melakukan sesuatu agar berhasil, tidak hanya alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang lain. Apakah anda ingin pergi kerja sebelum bos anda sehingga beliau dapat melihat anda kelihatan produktif sebaik saja ia melangkah masuk pejabat? Apakah anda ingin memiliki waktu untuk menulis di pagi hari sebelum anak-anak bangun? Fikirkan apa yang terlebih dulu memotivasi anda untuk bangun pagi-pagi dan tulis semua alasan-alasan itu. Letakkan tulisan-tulisan motivasi anda di depan meja sisi katil anda sebagai peringatan untuk anda lebih “motivated” untuk bangun pagi.

IKLAN

7. Buat perjanjian di pagi hari. Jadualkan pertemuan di awal pagi, sesi olahraga di tempat kerja dengan teman dan pembersihan gigi. Buat kewajiban anda untuk bangun pagi-pagi tidak hanya untuk diri anda sendiri tetapi juga untuk orang lain. Anda akan lebih bertanggungjawab jika anda tahu ada sesuatu yang menanti anda untuk dilakukan.

8. Berikan diri anda sebuah penghargaan. Jika anda adalah jenis yang menginginkan penghargaan untuk sebuah pekerjaan yang telah dilakukan dengan baik, maka petunjuk ini istimewa pentingnya. Hanya secawan kopi di kafe kesukaan anda atau 15 minit membaca blog sebelum anda melompat ke bilik mandi, tetapi sekali anda telah menyelesaikan kerja keras anda untuk keluar dari tempat tidur anda yang besar dan nyaman, berikan diri anda sendiri sedikit hadiah.

IKLAN

Diharap cara dan langkah-langkah di atas mampu memotivasikan nada untuk bangun pagi se awal mungkin. Apatah lagi jika anda seorang yang beragama Islam yang mana anda disarankan untuk bangun awal pagi untuk menunaikan ibadat wajib sebelum apa-apa kerja yang lainnya.

 

sumber: panduanpercuma.info

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI