
Ali XPDC yang dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas sudah menunjukkan perkembangan yang baik selepas seminggu dibenarkan pulang ke rumah.
Perkara itu disahkan isterinya Sharifah Azuwanna Syed Joned, 52, menerusi laporan Harian Metro
“Alhamdulillah, semangat suami sangat kuat untuk sembuh. Dia juga sudah boleh menyanyi lagu nada tinggi di karaoke semalam,” kata Sharifah Azuwanna.
Sharifah Azuwanna berkata, suaminya juga mahu kembali menyanyi selepas seminggu keluar dari hospital dan berehat di rumah.
Tambahnya, Ali juga kini boleh berjalan tanpa bantuan kerusi roda.
“Kalau setakat menyanyi satu atau dua lagu secara santai dan sambil duduk tu sudah bolehlah,” katanya.
Mahu Kembali Beraksi Bersama XPDC
Mengenai persembahan lagi, kata Sharifah Azuwanna, suaminya juga merancang untuk kembali menjayakan persembahan bersama kumpulan XPDC.
“Suami beritahu dia mahu segera sembuh kerana mahu kembali buat persembahan bersama kumpulan XPDC.
“Saya bersyukur dengan peningkatan tahap kesihatan suami kerana dia sudah boleh menyanyi lagu nada tinggi ketika berlatih di karaoke.
“Namun, buat masa ini, suami belum memiliki keupayaan dari segi stamina untuk buat persembahan di konsert lagi,” katanya.

Masih Perlu Rawatan Susulan
Bagaimanapun Sharifah Azuwanna berkata Ali masih perlu menjalani rawatan susulan membabitkan masalah jantungnya yang bengkak di klinik nuklear, Hospital Putrajaya, pagi esok.
“Masalah paru-paru berair sudah okay selepas doktor beri ubat untuk lawas kencing. Cuma rawatan susulan di hospital nanti untuk merawat masalah jantung bengkak sahaja lagi.
“Suami juga dijadualkan buat rawatan susulan mengenai masalah jantung bengkak itu di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada Ogos nanti,” katanya.
18 April lalu, Ali dikejarkan ke wad kecemasan, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang kerana mengalami sesak nafas di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi jam 11 pagi ketika majlis penyerahan sumbangan kerusi roda.
Sumber: Harian Metro
BACA: Pempengaruh Kecergasan Tegur Kandungan Jenaka Isteri Kurang Ajar, Suami Lembik
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
5 Cara Untuk Menghindari Cyber Crime Ketika Ber Video Call. No 4 Tu Macam Dekat Dengan Selebriti Malaysia

Berkomunikasi dengan video call memang menyenangkan, terutama antar keluarga atau rakan-rakan yang berjauhan. Melihat wajah orang yang kita sayangi secara real time memang dapat mengubati rasa rindu.
Namun tak semuanya berakhir dengan indah, setiap yag baik pasti ada buruk dan risiko tinggi video call ni. Masalah yang paling umum adalah video tersebut bocor ke orang yang tidak bertanggung jawab, kemudian digunakan untuk hal-hal jahat yang menguntungkannya. Mulai dari pornografi, hinggalah kecurian identiti. Ini antara 5 cara yang anda boleh lakukan untuk mengelak jenayah cyber menerusi video call.
1. Gunakan Aplikasi yang Encrypted

Untuk menjamin video anda tidak dirakam dan disalahgunakan, pastikan pastikan anda hanya menggunakan aplikasi yang encrypted. Ini juga termasuk pihak developer tidak boleh melihat atau mendengar isi video call yang anda lakukan.
Aplikasi popular biasanya tidak dienkripsi dan harus dielakkan. Ini antara cadangan aplikasi panggilan video selamat termasuk Telefon Silent, Soma Free, dan JusTalk.
2. Update Antivirus

Sebelum membuat panggilan video, pastikan anda mengimbas semula peranti anda terlebih dahulu untuk mengelakkan bahaya panggilan video. Antivirus yang digunakan mesti dikemas kini dan mempunyai keupayaan untuk mengesan sebarang jenis virus, termasuk perisian telefon pintar yang boleh membocorkan rakaman video peribadi. Tidak hanya apabila panggilan video itu, kemas kini dan imbasan antivirus seperti ini harus dilakukan secara rutin.
3. Jangan Chat dengan Orang Asing

Kebanyakan kes sembang video melalui jenayah berlaku apabila mangsa menyampaikan video dalam talian dengan orang baru dari internet. Inilah yang anda perlu elakkan. Lebih selamat, pastikan aplikasi yang anda gunakan berkualiti tinggi supaya tak ada sesiapa boleh mengakses kenalan anda.
Sekiranya anda perlu berbual dengan orang yang tidak dikenali, anda harus memberitahu sahabat atau keluarga supaya mereka dapat membantu anda apabila keadaan mencurigakan.
4. Jangan Bogel di Depan Kamera

Apa sahaja urusan yang kita lakukan, risiko kebocoran video atau jenayah lain masih ada kemungkinan, terutamanya dalam kes-kes pornografi dan peras ugut. Oleh itu, langkah berjaga-jaga terakhir yang perlu kita lakukan adalah tidak pernah telanjang atau seksi di hadapan kamera. Jadi, sekiranya kebocoran video anda, orang lain tidak boleh menyalahgunakannya.
5. Sila laporkan kepada pihak berkuasa jika ada sebarang keraguan

Sekiranya anda menjadi mangsa satu jenayah siber, jangan ragu-ragu untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa. Khususnya untuk perkara-perkara yang melibatkan peras ugut, eksploitasi seksual, buli, dan kecurian identiti. Sebilangan besar kes jenayah siber yang tidak dilaporkan telah menyebabkan jenayah seperti ini semakin berleluasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Angin Ahmar Menyerang Lelaki Kuat Makan

Strok atau angin ahmar adalah penyakit yang sangat biasa berlaku sekarang. Ia berkaitan cara hidup tidak sihat masyarakat zaman sekarang. Penyakit ini akan mengakibatkan masalah lumpuh sebelah badan atau lemah sebelah badan dengan masalah pertuturan serta muka menjadi senget.
Ia kerana saluran darah pada bahagian otak menjadi tersumbat atau berlaku pendarahan pada otak. Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mengalami kesukaran meneruskan aktiviti seharian dan akan terlantar serta perlu dibantu untuk aktiviti kehidupan asas seperti mandi, bergerak, makan dan berpakaian.

Berdasarkan satu kajian dibuat di Sweden yang dilaporkan dalam Journal Neurology tahun ini, gaya hidup lebih sihat mampu menurunkan risiko mendapat strok. Kajian menunjukkan lima faktor dikatakan sebagai gaya hidup sihat iaitu pemakanan sihat, tidak merokok, aktif secara fizikal, meninggalkan minum alkohol dan mengawal berat badan.
Kajian menunjukkan seseorang mengamalkan gaya hidup sihat mempunyai kadar risiko lebih rendah mendapat penyakit strok sehingga 54 peratus berbanding seseorang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
Bagi pesakit yang mengalami masalah strok, mengamalkan gaya hidup sihat akan mendapat faedah mengurangkan impak dan meningkat peratusan pemulihan kepada lebih baik.

- Mengawal tekanan darah tinggi
Penyakit darah tinggi risiko utama untuk mendapat strok. Kita perlu selalu memeriksa tekanan darah dan memastikan ia tidak tinggi dan terkawal. Pesakit darah tinggi perlu mendapat rawatan dan mematuhi arahan doktor dengan mengambil ubat yang dipriskripsi secara tetap. - Berhenti merokok
Merokok juga faktor risiko tinggi boleh menyebabkan penyakit strok. Merokok merosakkan dinding saluran darah dan menyebabkan berlaku penyumbatan saluran darah oleh plak kolesterol yang mendap pada dinding saluran darah di otak. Merokok juga menyebabkan tekanan darah tinggi dan saluran darah lebih mudah menjadi sempit. - Mengawal paras kolesterol
Paras kolesterol terlalu tinggi akan menyebabkan saluran darah tersumbat akibat mendapan kolesterol pada dinding saluran darah. Kolesterol tinggi juga menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan lebih mudah tersumbat akibat darah beku yang akan menyebabkan penyakit strok. - Mengawal paras glukosa darah
Meninggalkan tabiat mengambil gula berlebihan menurunkan risiko mendapat strok. Pesakit diabetes didapati mempunyai risiko mendapat strok lebih tinggi berbanding orang lain. Pesakit diabetes perlu mengawal paras gula dengan baik mengikut arahan doktor dan mengambil ubat dengan betul. - Bersenam atau aktif secara fizikal
Seseorang tidak aktif secara fizikal berisiko mendapat masalah obesiti. Seseorang yang mengalami masalah itu mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit strok. Bersenam akan melancarkan perjalanan darah dan mengawal berat badan lebih baik selain menurunkan risiko mendapat penyakit strok secara terus. Bagi pesakit strok, senaman secara fisioterapi penting untuk mengelak anggota menjadi keras dan kaku. Kajian juga menunjukkan senaman membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok secara umumnya. - Mengamalkan pemakanan lebih sihat
Kajian mendapati seseorang yang mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian mereka akan menurunkan risiko mendapat penyakit strok. Ia juga benar untuk pesakit yang diserang penyakit ini. Makan lebih banyak ikan juga membantu menurunkan risiko penyakit strok kerana ikan mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi. Pesakit strok juga didapati boleh pulih dengan lebih baik jika makan ikan secara tetap atau mengamalkan makanan tambahan Omega 3. Mengambil makanan tambahan vitamin dan mineral juga boleh membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok. - Tidak minum alkohol
Minuman beralkohol diharamkan dalam Islam. Banyak kajian menunjukkan pengambilan alkohol menyebabkan penyakit strok dan pelbagai penyakit kronik lain. Meninggalkan tabiat minum arak akan mengurangkan risiko mendapat penyakit ini. - Mendapatkan degupan jantung yang betul
Degupan jantung tidak normal seperti masalah Atrial Fibrillation (AF) boleh mewujudkan masalah darah beku dalam jantung yang boleh menyebabkan penyumbatan saluran darah dalam otak yang menjadi punca penyakit strok. Pesakit perlu mendapat rawatan tepat dengan doktor. Dengan menjaga kesihatan secara keseluruhan, kita akan menurunkan risiko mendapat serangan angin ahmar. Di samping itu, ia akan mencegah dan menurunkan risiko mendapat penyakit lain seperti diabetes, darah tinggi, kanser dan sakit jantung, insya-Allah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
AMARAN! KAMU WAJIB LEPASKAN DIA KALAU ADA TANDA-TANDA INI PADA SI DIA

Dating itu umpama gamble. Tidak kisah siapa yang kamu jumpa, sama ada si dia adalah individu yang betul-betul kamu minat ataupun orang yang kamu tidak kenali, mungkin juga seseorang yang kamu jumpa dari Tinder, first impression itu sangat penting! Pertemuan pertama kali ini tidak banyak yang boleh diduga. Apa yang kamu boleh lakukan adalah dengan memerhati perilakunya, dan memahami gaya personalitnya. Ini memudahkan kamu untuk berfikir sama ada kamu dapat bertahan dengan si dia dalam tempoh yang agak lama ataupun kurang dari 1 jam. Tetapi, bagaimana kamu yakin dia tidak akan mengubah sikapnya selepas kenal kamu dalam tempoh yang lama? Biasalah kata orang, awal-awal memang semua mahu tunjukkan personaliti yang baik belaka. Bila sudah lama, disebaliknya pula berlaku.
Usah risau! Ada beberapa tanda yang bisa kamu ketahui lebih awal tentang sikap si dia. Jika kamu tengah dating dengan seseorang dan perilakunya ada termasuk antara list di bawah, jangan berfikir panjang. Kamu harus terus keluar dari situ dan tinggalkannya.
1. Individu yang suka menyambut ulang tahun berkali-kali

Jika kamu sedang berkenalan dengan seseorang dan tempoh perkenalan kamu sudah cukup sebulan, dan si dia mahu menyambut ulang tahun itu sepanjang bulan, itu sudah kritikal. Paling teruk, bila kamu hanya berkenalan dengannya seminggu, dan dia sudah mahu menyambut ulang tahun sepanjang seminggu itu. Lupakan dia! Ini menunjukkan dia seorang yang clingy dan sentiasa mahu bersama kamu setiap masa.
2. Senang bermusuh

Jika dia seorang yang sentiasa mengadu dan mengkritik tentang rakan-rakan mereka di tempat kerja, atau selalu menyalahkan ahli keluarga mereka dan mungkin juga yang tidak pernah berfikir bahawa mereka tidak pernah salah, ini menunjukkan si dia mudah menjadi musuh, bermusuhan dan cepat untuk menyalahkan orang lain. Apa yang terbaik di dalam hubungan apabila kedua-dua pihak dapat menerima kekurangan serta kesilapan kedua pihak dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki antara satu sama lain. Orang yang melihat kesalahan orang lain dan sentiasa menganggap diri mereka betul adalah alasan untuk kamu tidak perlu bertolak ansur.
3. Obsesi pada bekas kekasih

Jika seseorang itu tengah dating bersama kamu, dia perlulah ada rasa hormat dan memberi sepenuh perhatian kepada kamu. Jika sekiranya bekas kekasih si dia masih lagi mengacau proses perkenalan kamu berdua, lebih baik jika kamu tidak serius dengan si dia. Apabila dia asyik bercerita mengenai bekas kekasihnya, ataupun sentiasa mengadu kepada kamu tentangnya, dan yang paling teruk masih mahu melihat media sosial bekas kekasihnya contohnya di Instagram sewaktu bersama kamu, maksudnya gadis itu masih tidak boleh move on. Seharusnya kamu yang move out dari hidup dia sebelum kamu dipergunakan. Takut nanti dia mendekati kamu semata-mata wang kamu dan bukannya rasa cinta. Nanti siapa yang rugi?
4. Kerap berhubung

Jika si dia kerap text atau call kamu, contohnya meninggalkan seratus voicemail dan mesej apabila kamu berjauhan dari dia,ia adalah satu petunjuk yang cukup jelas bahawa mereka mempunyai isu terhadap diri sendiri yang selalu sunyi dan terlalu memerlukan kamu. Ya, sudah pasti kamu akan berasa begitu bahagia dan manis di saat menerima menerima mesej daripada seseorang yang anda suka. Tetapi jika mesej itu tidak henti-henti dan memberi anda tiada ruang untuk bernafas maka ia adalah satu petunjuk yang besar bahawa mereka mahu anda dan mengharapkan keseluruhan perhatian daripada kamu setiap masa.
5. Kurang ajar

Jika kamu lihat perikaunya sebegini, ini adalah tanda amaran yang kamu patut tahu tentang dirinya yang “angin”. Jika seseorang itu bersikap kurang ajar dan biadap kepada pelayan, atau memperkecilkan sesiapa yang bekerja sebegitu, jalan yang terbaik adalah keluar terus dari restoran itu. Ini membuktikan bahawa si dia hanya memandang kepada harta-benda dan pangkat, dan sentiasa memandang rendah kepada mereka yang bukan setaraf dengannya. Sesungguhnya untuk hubungan yang bagus, adalah tidak menghiraukan tentang latar belakang kamu, malah terima kamu seadanya.
6. Kuat menguji

“I only broke up with you to see if you would fight for me”
“I said I wanted us to stop having sex to see if you were really attracted to me”
Pernah dengar ungkapan sebegini? Jika ya, si dia tidak pernah mempercayai kamu. Apa gunanya mempercayai seseorang yang tidak mempercayai diri kamu? Apabila mereka mula mengungkap ayat sebegini, mereka mahu menguji ataupun mencabar kamu tentang kejujuran kamu. Ini juga bermakna si dia kuat cemburu yang tidak bertempat. Jadi, lupakan sahaja.
7. Queen Control!

Ini adalah satu lagi tanda buruk serius. Setiap orang berhak berkawan dengan sesiapa saja dan mempunyai kehidupan sosial sendiri. Walaupun pasangan kamu tidak sewajibnya berkawan dengan kawan-kawan kamu, mereka tidak mempunyai hak untuk menentukan dengan siapa kamu bersosial. Ia tanda yang jelas bahawa mereka tidak mempercayai kamu apabila si dia berada jauh dengan kamu dan ia jelas, bahawa mereka memerlukan perhatian yang berterusan, Apa yang paling teruk, mereka merasa kamu harus berada di bawah telunjuk mereka. Tambahan pula, si dia akan menyekat hubungan kamu dengan orang lain, Bagi dia, ia adalah cara yang terbaik untuk kamu tidak berkawan dengan rakan-rakan kamu dan hanya memberi fokus kepada dia. Teruk!
8. Pisau cukur

Ada sesetengah orang, mereka ini kurang jelas tentang sikap “pisau cukur” mereka. Tetapi apabila si dia asyik bertanya tentang kerjaya kamu dan berapa gaji kamu, nah! Dia adalah ‘pisau cukur’! Lebih baik jika kamu tinggalkan dia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

