Nak lakukan senaman tak perlu ke gym atau alatan-alatan yang mahal. Dengan posisi yoga mengangkat kaki ke atas sebenarnya mempunyai banyak kebaikan tubuh badan. Kita cuma perlu lakukannya sekurang-kurangnya lima minit untuk dapat 6 kelebihan ini.
1. Melancarkan sistem peredaran darah
Dengan mengangkat kaki, peraliran darah dalam organ akan meningkat sekali gus melancarkan sistem pencernaan.
Ads
2. Kaki terasa lebih ringan
Kaki yang terasa berat dan bengkak adalah disebabkan aliran darah di bahagian kaki kurang baik. Anda boleh lakukan terapi 20 minit ini untuk darah akan kembali lancar dan kaki terasa lebih ringan.
3. Kurangkan stres
Kunci untuk menghilangkan stress adalah dengan memiliki fikiran yang tenang dan aliran darah yang lancar. Peredaran yang lancar membuatkan oksigen tersalur dengan baik ke seluruh tubuh badan termasuk jantung dan otak. Secara tidak langsung tubuh akan lebih tenang dan tidak mudah stres.
Ads
4. Meningkat kualiti tidur
Terapi ini sangat sesuai untuk orang yang mempunyai insomia, Jika peredaran darah berjalan lancar, maka tidur pun akan jauh lebih nyenyak.
5. Kurang sakit bahagian belakang
Ketika melakukan gerakan ini, tekanan dari bahagian belakang dilepaskan membuatkan kita rasa lebih relaks.
Ads
6. Kurangkan kaki yang bengkak dan kejang
Bagi mereka yang sentiasa berdiri atau duduk seharian lakukan gerakan ini untuk elakkan masalah bengkak atau kejang.
TIP
Ketika melakukan pergerakan ini, elakkan posisi hingga 90 darjah, kerana ia boleh mengangggu perjalanan darah di bahagian pinggul.
Sebaliknya jarakkan sedikit bahagian pinggul dari dinding, letakkan juga bantal untuk memberi keselesaan.
Dalam tempoh lima minit ini dalam keadaan tenang tarik dan hembuskan nafas melalui hidung.
Pelumba muda berbakat, Kasma Daniel Kasmayuddin akan beraksi atas tiket wildcard dalam kategori SuperSports 600cc pada Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, 11 hingga 13 Ogos ini.
Sebelum ini, Kasma pernah beraksi selama dua musim dalam kategori Asia Production 250cc di ARRC sebelum melangkah ke saingan Moto3 Kejuaraan Remaja Dunia CEV Sepanyol pada tahun ini.
Masih segar dengan kemenangan keempat dalam saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, Ahad lalu, Kasma membuat keputusan untuk menyertai perlumbaan SuperSports 600cc sebagai latihan dan persediaan untuk menghadapi sebarang perlumbaan pada musim 2017 ini.
“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran kerana perlumbaan minggu ini hanyalah sebagai medan latihan dan persediaan saya untuk menghadapi perlumbaan akan datang.
“Saya gembira kerana berpeluang untuk beraksi kembali di ARRC walaupun kategori berbeza berbanding tahun sebelum ini di dalam kategori 250cc. Saya berharap dapat menggunakan peluang minggu ini untuk menimba pengalaman dan pendedahan berguna,”ujar Kasma.
Antara musuh utama bagi seorang yang aktif dengan aktiviti larian ialah kecederaan lutut. Namun bagi mereka yang berpengalaman dan tahu teknik larian yang betul pasti dapat mengelak perkara ini berlaku. Tetapi bukan itu sahaja yang anda boleh lakukan untuk elak kecederaan lutut.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip dan teknik yang boleh anda amalkan untuk jauhi perkara ini menimpa diri anda.
Jika anda terasa sakit di bawah tempurung lutut dan rasa lagi teruk semasa berlari atau menggunakan tangga itu bermakna anda patella anda telah lari dari ligamen.
Atasinya:
Namun tidak dinafikan masalah utama yang menyumbang kepada masalah sakit lutut buat anda yang suka berlari ialah berat badan yang berlebihan. Apabila anda memiliki berat badan yang tinggi, ia akan menyebabkan lutut terpaksa menampung beban yang berat.
Ditambah pula bila anda melakukan aktiviti larian, ia hanya menyebabkan lutut amat mudah terdedah dengan kecederaan dalaman.
Jadi kepada anda yang mempunyai ebrat badan berlebihan pastikan terlebih dahulu bahawa kondisi lutut anda dalam keadaan baik sebelum berlari.
Usah lari dalam jarak yang jauh dan memaksa diri. Berlari pada pace yang sesuai denga anda. Biarlah ia perlahan tapi dalam masa yang sama memberikan keselesaan kepada badan anda.
Sebagai contoh mula berlari dalam tempoh 5 sehingga 10 minit. Apabila sudah selesa dan konsisten tambahkan jarak atau masa larian sehinggalah genap kepada 30 minit.
Jika anda mula selesa apabila mencapai tahap itu bermakna fizikal anda semakin selesa dan boleh berlari pada jarak lebih jauh.
Untuk mengelakkan anda mudah sakit lutut paling penting ialah merancang corak atau strategi larian.
Pertama sekali lakukan warm up kira-kira 10 minit dengan brisk walk untuk meningkatkan kadar denyutan jantung.
Kemudian apabila bermula lakukan larian kira-kira seminit dan selang-selaikan dengan berjalan selama 2 minit.
Ulang langkah di atas sehingga 15 ke 20 minit dan habiskan dengan 5 minit berjalan untuk cool down.
Jika anda ingin mencari kasut larian yang berkualiti pada harga menarik boleh dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketua jurulatih Sanfrecce Hiroshima, Bartosch Gaul menyifatkan beberapa faktor luar padang termasuk cuaca panas serta gangguan bunga api sebagai antara punca pasukannya tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Asia.
Jurulatih dari Jerman itu percaya situasi tersebut memberi kesan kepada persiapan pasukannya sebelum berdepan wakil Malaysia itu.
Dalam perlawanan tersebut, JDT berjaya mencatat kemenangan 3-1 ke atas kelab dari Jepun itu sekali gus membawa bekalan agregat dua gol menjelang aksi timbal balik di Jepun nanti.
Tiga gol Harimau Selatan dijaringkan oleh Ager Aketxe, Bergson Da Silva dan Marcos Guilherme, manakala gol tunggal Sanfrecce Hiroshima hadir menerusi jaringan sendiri pemain JDT, Rui Felipe.
Selepas tamat perlawanan, Gaul meluahkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa isu yang menurutnya menjejaskan persiapan Sanfrecce Hiroshima sebelum turun menentang JDT.
Pengendali kelahiran Jerman itu menjelaskan bahawa pemainnya terpaksa berdepan perjalanan yang panjang selain keadaan cuaca yang panas dan kering, sekali gus menyukarkan mereka melakukan persiapan terbaik menjelang aksi penting tersebut.
Malah, beliau turut mendakwa barisan pemain Sanfrecce Hiroshima tidak mendapat rehat yang mencukupi kerana diganggu bunyi bunga api yang dibakar berhampiran hotel tempat mereka menginap.
“Pertama sekali, saya nak cakap yang saya sangat bangga dengan pemain pemain saya. Kerana kami melalui jarak perjalanan sangat jauh, cuaca panas, membuatkan kami terpaksa membatalkan latihan kami semalam (sehari sebelum perlawanan).
“Dan kami melalui malam yang sukar. Sebab terlalu banyak bunga api dibakar. Saya tak pasti sama ada ianya dibakar di sekitar 2 meter daripada luar kawasan hotel kami atau mungkin juga di dalam hotel.
“Jadi, terlalu banyak situasi mencabar. Ini cerita betul, sejujurnya,” jelasnya lagi.
Menurut Gaul, situasi tersebut menyebabkan pemain Sanfrecce Hiroshima tidak mendapat tidur yang berkualiti sebelum perlawanan berlangsung.
Selain faktor luar padang, Gaul turut mengakui bahawa bermain dengan kekurangan seorang pemain untuk tempoh yang lama juga menjadikan situasi lebih sukar buat pasukannya ketika menentang JDT.
Menurutnya, berdepan pasukan yang memiliki ramai pemain berkualiti seperti JDT memerlukan fokus dan disiplin yang tinggi, terutamanya apabila pasukan bermain dengan jumlah pemain yang kurang.
“Bermain dengan kekurangan seorang pemain ketika berdepan lawan yang dibarisi ramai pemain berkualiti bukan tugas mudah.
“Pemain berdepan dengan pelbagai isu sebelum perlawanan seperti tempoh perjalanan yang panjang, cuaca panas dan kering serta tidak mendapat tidur yang berkualiti apabila dikejutkan dengan dentuman bunga api di luar hotel.”
Walaupun tewas dalam aksi pertama, Gaul tetap optimis bahawa Sanfrecce Hiroshima masih mempunyai peluang untuk bangkit pada aksi timbal balik nanti.
Menurutnya, kemenangan 3-0 pada perlawanan timbal balik di Jepun sudah cukup untuk membawa Sanfrecce Hiroshima mara ke pusingan suku akhir ACL Elite, dengan syarat mereka mampu mengekang JDT daripada menjaringkan gol.
Beliau percaya segala kemungkinan masih boleh berlaku dalam bola sepak, terutamanya apabila bermain di hadapan penyokong sendiri.
“Segalanya boleh terjadi dalam bola sepak, tiga gol juga boleh terhasil dengan mudah dan mengubah segalanya. Jadi, penting buat pasukan untuk kekal positif pada aksi timbal balik nanti.
“Pada aksi itu, adalah penting buat kami untuk mendapat gol pembukaan pada awal permainan sekali gus memberi tekanan kepada JDT.”
Aksi timbal balik antara JDT dan Sanfrecce Hiroshima dijadualkan berlangsung pada 11 Mac di Jepun. Perlawanan tersebut bakal menjadi penentuan sama ada JDT mampu mempertahankan kelebihan agregat atau Sanfrecce Hiroshima berjaya melakukan kebangkitan dramatik.
Dengan kelebihan dua gol yang dimiliki JDT, wakil Malaysia itu dilihat mempunyai sedikit kelebihan. Namun, Sanfrecce Hiroshima pasti akan menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk cuba membalikkan keadaan.
Keputusan perlawanan kedua nanti bakal menentukan pasukan manakah yang akan melangkah ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite musim ini.
Sumber: Stadium Astro
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.