Apabila usia meningkat, tubuh lelaki mengalami pelbagai perubahan seperti kehilangan jisim otot, penurunan fleksibiliti, dan kepadatan tulang yang semakin merosot. Keadaan ini sangat ketara di kalangan lelaki pertengahan umur yang semakin aktif mencari cara mengekalkan kecergasan.
Namun, tidak semua jenis senaman sesuai untuk kumpulan umur ini. Sesetengah senaman boleh memberi tekanan berlebihan pada sendi dan meningkatkan risiko kecederaan. Tetapi jangan jadikan itu alasan untuk berhenti bersenam. Senaman tetap memainkan peranan penting dalam membantu tubuh kekal sihat dan kuat.
1. Angkat Beban yang Terlalu Berat
Ramai lelaki masih ingin mengekalkan kekuatan seperti zaman muda dan cuba mengangkat beban yang terlalu berat. Namun, bagi lelaki pertengahan umur, ini boleh menyebabkan tekanan berlebihan pada sendi, otot, dan tulang belakang.
Golongan ini lebih terdedah kepada kecederaan seperti koyakan otot, ketegangan ligamen, dan masalah cakera tulang belakang. Alternatif yang lebih selamat termasuk:
Angkat beban ringan dengan lebih banyak ulangan
Gunakan mesin gim untuk kawalan pergerakan yang lebih baik
Latihan rintangan menggunakan band elastik
2. Larian Jarak Jauh di Permukaan Keras
Larian memang baik untuk kesihatan jantung. Namun, larian jarak jauh di atas permukaan keras seperti jalan tar boleh memberikan tekanan berlebihan pada lutut, pergelangan kaki, dan pinggul.
Ini boleh mempercepatkan masalah sendi seperti osteoarthritis. Alternatif yang lebih selamat untuk lelaki pertengahan umur ialah:
Ads
Berjalan pantas di laluan berturap
Berbasikal
Berenang
3. Latihan Plyometrik (Lompat Tinggi dan Letupan Tenaga)
Latihan plyometrik seperti box jumps dan burpees memerlukan daya letupan tinggi dan memberikan impak kuat pada sendi dan tendon.
Apabila usia meningkat, tendon menjadi kurang elastik dan lebih mudah cedera. Risiko jatuh dan terseliuh juga lebih tinggi. Sebagai alternatif, cuba:
Yoga
Tai chi
Latihan keseimbangan dengan bola kestabilan
4. Sit-Up atau Crunch yang Berlebihan
Ramai beranggapan bahawa sit-up dan crunch ialah cara terbaik untuk mendapatkan perut yang tegap. Tetapi bagi lelaki pertengahan umur, senaman ini boleh memberi tekanan pada tulang belakang dan leher.
Ads
Jika dilakukan tanpa teknik betul, ia boleh menyebabkan cakera tergelincir atau sakit belakang kronik. Alternatif yang disarankan:
Plank
Dead bug exercise
Leg raises
5. Squat atau Deadlift dengan Teknik Salah
Squat dan deadlift memang latihan hebat untuk kekuatan badan. Namun, jika postur atau beban tidak sesuai, ia boleh menyebabkan tekanan tinggi pada lutut, pinggul, dan bahagian bawah belakang.
Lelaki pertengahan umur yang tidak biasa dengan senaman ini disarankan mendapatkan bimbingan jurulatih terlebih dahulu. Sebagai alternatif, lakukan:
Ads
Leg press
Glute bridge
Step-up menggunakan bangku rendah
Kesimpulan
Senaman amat penting untuk mengekalkan kesihatan lelaki pertengahan umur, tetapi pemilihan jenis senaman perlu dilakukan dengan bijak. Mengelakkan senaman berimpak tinggi yang memberi tekanan pada sendi dan otot dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan jangka panjang.
Fokuslah pada senaman berimpak rendah, latihan kekuatan fungsional, serta latihan fleksibiliti dan keseimbangan untuk mengekalkan kecergasan tanpa menjejaskan kesihatan tubuh. Dengan perancangan yang betul, lelaki pertengahan umur boleh terus kekal aktif dan bertenaga sepanjang usia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan penyakit batu karang hempedu ini merupakan penyakit yang sering dihidapi oleh kebanyakan orang. Kekerapan penyakit batu karang hempedu ini bertambah mengikut usia seseorang.
Penyakit batu karang hempedu ini berkait rapat dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Ia melibatkan tiga organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas.
Bagi yang ingin mencari alternatif lain untuk penyakit batu karang hempedu tanpa perlu dibedah, ini ada petua yang dikongsikan Dr Hamid Arshat menerusi Facebooknya.
Petua yang dikongsikan ini merupakan kaedah rawatan natural untuk mengeluarkan batu karang hempedu yang diasaskan oleh Dr Lai Chiu Nan dari negara China.
Rawatan natural ini juga sesuai untuk mereka yang mengalami lemah hati kerana hati dan pundi hempedu juga berkait rapat.
Petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu (Gallbladder Stones)
1. Minum empat gelas apple juice tiap-tiap hari selama lima hari berturut-turut.
2. Pada hari keenam, jangan makan malam (dinner).
3. Pada jam 6 petang, makan satu sudu teh garam Epsom (magnesium sulfat) beli dari farmasi dengan segelas air suam.
4. Pada jam 8 malam, ulangi makan garam Epsom.
5. Pada jam 10 malam, campurkan satu cawan (250 ml) Olive Oil atau Sesame Oil dan setengah cawan jus lemon yang fresh (perah 3 biji lemon). Campur Olive Oil dengan jus lemon dan minum.
6. Insya Allah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.
Tujuan penggunaan:
1. Fungsi lemon untuk menumpulkan batu karang supaya tak mencederakan organ dalaman semasa proses keluar dari hempedu.
2. Epal hijau pula untuk melembutkan batu karang supaya ia mudah keluar dan menggelongsor dari hempedu.
3. Apabila minum minyak zaitun atau minyak bijan selepas berpuasa, badan akan mengesan ia sebagai bahan tinggi lemak. Isyarat akan dihantar ke batu hempedu supaya bekerja keras. Secara tidak langsung, batu hempedu akan dipam keluar semasa hempedu bekerja pada tahap luar biasa ini.
4. Garam Elsom pula membantu membuka saluran hempedu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda pasti sering berhadapan dengan semangat yang berkobar-kobar untuk bersenam, namun tidak kesampaian hanya kerana malas kan! Ataupun motivasi anda tidak begitu kuat sehingga menjadikan anda lemah dalam segala bab terutamanya pada pemakanan. Semua orang mempunyai matlamat yang berbeza-beza dalam mendapatkan bentuk badan yang cantik. Ada diantara anda yang mahu berat badan turun dengan cepat kerana anda perlu kelihatan menarik pada majlis perkahwinan bekas teman wanita anda nanti. Apa pun jua alasan anda, sentiasa fokus memerlukan daya tahan yang sangat tinggi. Maka, ini adalah beberapa langkah untuk anda fokus pada goal anda.
Mula dengan kadar segera
Jangan tangguh-tangguhkan masa anda. Jika anda seorang gemuk, atau terlalu kurus, mulalah sekarang! Jangan jadikan badan anda alasan untuk anda terus dimotivasi.
Tulis Goal anda
Mengapa perlu anda tulis? Kebanyakkan orang yang mula untuk menurunkan berat badan tidak punya fokus tertentu. Apabila ditanya, mereka hanya akan mengatakan bahawa mereka ingin kekal sihat dan fit. Hakikatnya, jika anda menulis sebab mengapa anda ingin kurus atau berotot, contohnya seperti penat diejek dan dicaci, jika anda tampalkan goal anda itu di dalam ruang kamar anda dan lihat hari-hari, anda akan terus termotivasi dan anda tidak akan lari dari fokus.
Plan, plan, plan
Tidak kira sejauh mana anda sibuk, anda harus terus plan jadual harian anda. Makanan merupakan jadual yang harus anda utamakan sepanjang anda dalam program diet anda yang tersendiri. Jadual senaman jangan pernah sekali ditinggalkan, dan jika anda terpaksa melalui minggu anda terpaksa ke luar negara atau mesyuarat yang tak sudah, maka anda perlu lihat balik jadual anda dan selitkan masa anda di gym jika berkesempatan.
Mulakan dengan perkara mudah
Jangan cuba untuk mencabar diri anda di awal diet. Contohnya seperti larian 1km walhal anda bukanlah seorang pelari. Ataupun anda mengangkat berat 20kg pada hari pertama anda masuk ke gym. Itu akan membuatkan anda tidak mahu berkawan baik lagi dengan dunia kecergasan. Mulakan dengan mudah bermakna anda perlu menapak dengan perlahan. Jaga pemakanan anda terlebih dahulu, diikuti dengan senaman ringan setiap hari. Jangan terlalu obses dengan pencapaian. Kuatkan stamina dan bagi badan anda selesa dengan kecergasan terlebih dahulu, baru anda dikira pro!
Berdisiplin
Paling penting, DISIPLIN! Segala point di atas tadi tidak akan tercapai jika anda tidak berdisiplin. Jadi, bangun pagi dan mulakan hari anda dengan dengan awal. Barulah badan anda akan sentiasa cergas dan bermotivasi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman jumping jack atau lompat bintang merupakan antara senaman yang pernah popular digunakan sebagai senaman alternatif. Senaman jumping jack antara senaman yang penting kerana ia mampu meningkatkan daya tahan kardiovaskular pada tubuh badan.
Meskipun senaman jumping jack ini kelihatan mudah tetapi ia juga sangat efektif untuk dilakukan. berikut disertakan 8 kelebihan senaman jumping jack.
1. Baik untuk jantung
Dengan senaman ini ia mampu untuk meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga bertindak sebagai agen yang mampu mencegah penyakit kardiovaskular seperti diabetes dan mencegah obesiti.
2. Meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh badan
Senaman jenis ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan stamina dan daya tahan. Ia juga membantu untuk meningkatkan fleksibiliti pada tubuh.
3. Menguatkan tulang
mengurangkan risiko osteoporosis apabila anda melakukan jumping Jack dengan menggunakan beban kerana ia mampu menguatkan tulang.
4. Membakar kalori
Membantu dalam proses membakar kalori dengan cara yang paling efisyen dan efektif. Ia juga mampu untuk membakar lemak dan membolehkan seseorang itu mengekalkan berat yang ideal terutama jika ia dilakukan dengan kosisten.
5. Melatih otot
Jumping Jack bagus untuk melatih dan menguatkan otot pada abdomen, deltoids dan calves.
6. Meningkatkan metabolisme
Senaman yang paling bagus untuk meningkatkan kadar metabolisma. Ia juga mampu memberikan ton terhadap tubuh badan anda.
7. Mengurangkan berat badan
Jumping Jack juga mampu untuk mengurangkan berat badan kerana senaman ini dapat meningkatkan kadar denyutan jantung anda dan ia menyebabkan proses pembakaran kalori dan lemak secara tidak lansung.
8. Mengekalkan tubuh badan yang ideal
Senaman ini juga dapat membantu anda mendapatkan serta mengekalkan tubuh badan yang ideal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Astro memperkenalkan Generasi: Perfect 10 di KLCC melalui lenticular billboard yang hidup dan bergerak simbol inovasi serta cara baru penceritaan tempatan yang menyentuh emosi.