Pernah tak korang rasa sangat ‘sengkek’ dan sesak tiap kali hujung bulan, lagi-lagi kalau bekerja makan gaji. Silap hari bulan siap kena buat ‘advance’ dengan majikan ataupun meminjam duit rakan-rakan yang lain. Memang pening kepala dibuatnya.
Walaupun telah banyak penulisan tentang pengurusan kewangan yang baik, admin terpanggil untuk berkongsi tip dan amalan yang mudah ini dalam pengurusan kewangan kita.
1. Hulur sebahagian kepada ibu dan ayah.
Ibu dan ayah merupakan insan yang paling banyak berkorban untuk kejayaan kita pada hari ini. Redha Allah terletak pada redha Ibubapanya. Hulurlah sebahagian gaji anda untuk ibubapa. Walaupun tidak banyak, tetaplah berusaha untuk mengasingkan sebahagian duit gaji Tabung Haji
Ads
2. Ingat urusan anak.
Sekiranya anda seorang ayah, utamakan dahulu urusan keluarga. Sebagai ketua rumah, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memenuhi segala keperluan isirumah. Asingkan sebahagian gaji untuk tujuan ini sehingga hujung bulan. Pastikan anda mengutamakan urusan keluarga berbanding urusan peribadi.
3. Jika isteri yang bekerja.
Ads
Jika anda merupakan seorang isteri yang bekerja,tidak salah kiranya anda membantu meringankan beban suami. Namun, para suami jangan pula mengambil kesempatan terhadap kebaikan isteri.
4. Jika isteri tidak bekerja.
Jika anda seorang surirumah sepenuh masa, usahlah memberatkan suami dengan permintaan yang tidak mampu dipenuhi. Sebaiknya, sentiasalah menjadi pendamping setia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada suami. Mudah-mudahan suami anda lebih bermotivasi untuk bekerja menyara kehidupan keluarga.
Banyakkan bersedekah. Konsep sedekah tidak harus disempitkan dengan mesti menghulurkan wang tapi sekiranya mampu, hulurlah untuk meringankan beban orang lain.
6. Jangan Kedekut
Murahkanlah hati dengan meringankan beban orang lain namun jangan sampai terlalu boros. Membazir bukan sahaja merugikan, bahkan akan merunsingkan hati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Isteri basuh kain samping suami sampai jadi ‘skirt ruffle.’ Seorang wanita berasa terkejut apabila samping songket tenun milik suaminya mengalami kerosakan teruk selepas dicuci menggunakan mesin basuh akibat teknik pencucian yang tidak sesuai.
Menerusi satu perkongsian di TikTok oleh pengguna @Delishaurelia87, kelihatan kain samping tersebut disidai dalam keadaan renyuk dan berkedut selepas dicuci, menyebabkan ramai warga maya turut berkongsi pengalaman serupa.
“Samping suami saya pun pernah jadi begini. Tapi saya hapuskan bukti terus! Lima tahun dah berlalu, dan setiap kali suami tanya, saya pura-pura cari,” kongsi @Lyana_muhamad.
Paling kelakar bila ada warga maya yang memberi idea kreatif untuk mengelakkan suami menyedari keadaan samping yang sudah rosak.
“Lipat kemas-kemas, simpan dalam almari. Bila suami jumpa, buat-buat terkejut dan tanya, eh kenapa jadi begini?,” cadang @Simfoninatura.my.
Kain samping jenis songket tenun merupakan warisan budaya yang sangat bernilai, bukan sahaja dari segi seni dan kehalusan buatannya, tetapi juga dari aspek simbolik dalam adat dan tradisi Melayu.
Oleh kerana songket tenun diperbuat daripada benang emas atau perak yang ditenun secara tradisional, ia memerlukan penjagaan khas agar kekal cantik dan tahan lama.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda amalkan untuk menjaga kain samping songket tenun dengan baik.
Salah satu faktor utama yang boleh menyebabkan kain songket cepat rosak ialah cara penyimpanan yang tidak betul. Pastikan kain samping disimpan di tempat yang kering, sejuk, dan bebas daripada kelembapan. Anda boleh menggantungnya menggunakan penyangkut khas atau melipatnya dengan kemas dalam kotak beralaskan kain kapas untuk mengelakkan geseran berlebihan.
Hindari daripada menyimpan songket dalam plastik kerana ia boleh menyebabkan kelembapan terperangkap, sekali gus mendorong pertumbuhan kulat yang merosakkan kain. Sebaiknya, gunakan kain muslin atau kain kapas untuk membalut songket sebelum disimpan.
Cahaya matahari yang berlebihan boleh menyebabkan warna kain songket pudar dan benang emas atau perak menjadi kusam. Jika anda perlu menjemur kain songket selepas mencuci atau menghilangkan bau, pastikan ia diletakkan di tempat yang redup dan berangin. Jangan biarkan ia terkena sinaran matahari secara langsung dalam tempoh yang lama.
Cara melipat kain songket juga penting bagi memastikan benang dan coraknya tidak rosak. Jangan melipat songket dengan cara yang sama setiap kali kerana ini boleh menyebabkan lipatan kekal yang sukar dihilangkan. Sebaliknya, ubah lipatan secara berkala supaya kain tidak mengalami tekanan pada bahagian yang sama berulang kali.
Sekiranya anda ingin memastikan kain tidak berkedut, letakkan sehelai kain nipis antara lipatan atau gunakan gulungan kain kapas sebelum menyimpannya.
Songket tenun tidak boleh dicuci seperti pakaian biasa kerana benang emas atau peraknya mudah rosak apabila terkena air. Jika kain samping anda terkena kotoran ringan, cukup sekadar mengelap bahagian tersebut dengan kain lembap yang bersih. Untuk kotoran yang lebih degil, gunakan tuala lembut yang dicelup dengan air suam dan sedikit sabun lembut, kemudian lap secara perlahan-lahan.
Jika anda perlu membersihkan keseluruhan kain, sebaiknya hantar ke pencuci kering (dry cleaning) yang berpengalaman dalam mengendalikan kain tradisional seperti songket.
Untuk mengelakkan bau hapak dan serangan serangga seperti lipas atau kutu kain, anda boleh meletakkan pewangi khas dalam almari penyimpanan songket. Pilihan yang baik ialah bunga cengkih, hirisan kayu gaharu, atau pek silica gel yang boleh menyerap kelembapan berlebihan.
Elakkan penggunaan kapur barus secara terus pada kain kerana ia boleh merosakkan tekstur dan warna benang songket.
Zachary Levi, pelakon yang dikenali dengan watak superhero yang penuh humor dan karisma dalam filem Shazam!
Zachary Levi dilaporkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Menerusi satu perkongsian di Instagram, bintang berusia 44 tahun itu mengumumkan bahawa teman wanitanya, Maggie Keating kini sedang berbadan dua.
Zachary turut memuat naik fotonya dan Maggie sedang berpelukan di tepi pantai, juga imej imbasan ultrabunyi bayi mereka. Di ruangan kapsyen, pelakon itu meluahkan keterujaannya untuk bergelar bapa, menyifatkannya sebagai mimpi yang menjadi kenyataan.
“Sejak kecil lagi saya sudah memasang impian untuk menjadi bapa. Impian itu tidak pernah pudar dari hidup saya,” katanya.
Tambah Zachary, dunia kebapaan ibarat satu bahagian yang hilang dalam hidupnya selama ini. Sekali gus membawa kasih sayang dan tanggungjawab baru yang sering didambakannya.
Dalam perkongsian sama, bintang Chuck itu mengimbas kembali perjalanannya untuk bergelar bapa. Sejak November tahun lalu, Zachary mula memberi fokus pada peningkatan diri untuk mempersiapkan dirinya dengan tanggungjawab baru. Usahanya termasuk menjaga kesihatan fizikal, mental, emosi dan rohani.
Dia turut meminta cadangan nama daripada 1.4 juta pengikutnya di Instagram. “Pastikan ia asli, tapi tidak terlalu asli. Kami tak mahu dia dibuli di sekolah lebih daripada bapanya yang sering berlakon watak ‘skema’ ini,” selorohnya.
5 Fakta Menarik Zachary Levi, Superhero Filem ‘Shazam!’
1. Bermula Sebagai Pelakon Komedi
Sebelum menjadi superhero, Zachary Levi terkenal dengan watak utamanya dalam siri TV popular Chuck (2007-2012). Dalam siri ini, dia memegang watak seorang pakar IT yang secara tidak sengaja menjadi perisik. Gabungan komedi, aksi, dan karisma Levi menjadikan siri itu kegemaran ramai, membuktikan bakatnya yang serba boleh.
2. Berbakat Dalam Muzik
Tahukah anda, Zachary Levi juga seorang penyanyi? Suaranya yang merdu boleh didengar dalam filem animasi Disney, Tangled (2010), di mana dia menyumbangkan suara untuk watak Flynn Rider. Lagu duetnya bersama Mandy Moore, “I See the Light,” malah dicalonkan untuk Anugerah Oscar! Selain itu, Levi juga kerap membuat persembahan pentas dan konsert, menunjukkan cintanya terhadap seni muzik.
3. Perjuangan Melawan Kesihatan Mental
Di sebalik senyumannya yang menawan, Levi pernah melalui cabaran besar dalam hidupnya. Dia secara terbuka berkongsi pengalamannya melawan tekanan dan kebimbangan. Dalam satu wawancara, Levi menggalakkan peminat untuk tidak takut mendapatkan bantuan dan berbicara tentang kesihatan mental. Kejujurannya ini menjadikan dia lebih dihormati sebagai seorang insan.
4. Latihan Intensif untuk Watak ‘Shazam!’
Walaupun Levi mempunyai fizikal yang sedia atletik, dia menjalani rutin latihan yang ketat untuk membentuk tubuhnya menjadi seorang superhero dalam Shazam!. Untuk watak Billy Batson dewasa yang memiliki kekuatan dewa, Levi meluangkan berjam-jam di gimnasium setiap hari dan mengikuti diet protein tinggi. Hasilnya? Transformasi yang mengagumkan, sesuai dengan imej seorang superhero yang penuh tenaga.
5. Penggemar Komik Sebenar
Levi bukan sekadar melakonkan watak superhero – dia juga peminat komik dalam kehidupan sebenar! Semasa kecil, Levi sering membaca komik dan menonton filem superhero. Peluang untuk membintangi filem Shazam! adalah impian yang menjadi kenyataan. Minatnya terhadap dunia superhero dapat dilihat melalui dedikasinya dalam memberikan jiwa kepada watak Shazam.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak kebelakangan ini sering diperkatakan mengenai peningkatan kos sara hidup. Ramai berpendapat kos sara hidup telah meningkat lagi-lagi yang tinggal di bandar-bandar besar lagi akan terasa peritnya. Sebenarnya ada tip yang boleh dipraktikkan untuk mengurangkan kos hidup, salah satunya jimatkan pengunaan elektrik di rumah. Jom kita guna 14 tip berguna yg boleh anda amalkan ni.
1. Gunakan ruang dalam mesin basuh sepenuhnya. Jangan basuh pakaian dalam kuantiti yang sedikit dan kerap.
2. Cuci filter pendingin udara bagi memastikan ia boleh beroperasi secara efisyen.
3. Tutup tingkap dan pintu semasa menggunakan pendingin udara. Lagi kecil ruang yang perlu disejukkan, lebih kurang bil anda.
4. Gunakan mentol lampu yang menggunakan tenaga yang sikit.
5. Gosok baju dalam kuantiti pukal.
6. Penuhkan pemanas air elektrik ke tahap maksimun setiap kali anda isi semula
7. Cari barangan elektrik yang mempunyai rating 5 bintang.
8. Beri ruang kepada peti sejuk anda untuk ‘bernafas’. Jarakkan peti sejuk anda dengan dinding sejauh 10cm bagi membolehkan peredaran udara yang lebih efisyen. Selain itu, jangan dedahkan peti sejuk secara langsung kepada sinaran matahari. Apabila keadaan sekeliling panas, lebih banyak tenaga diperlukan untuk peti sejuk anda untuk sejuk kembali.
9. Tutup komputer / laptop/monitor lcd jika tidak digunakan. Jangan biarkan ia berada dalam keadaan ‘standby’.
10. Gunakan timer untuk peralatan yang hanya diperlukan untuk masa-masa tertentu. Seperti contoh lampu spotlight di luar rumah.
11. Gunakan lampu pendarfluor T5 atau LED untuk lebih jimat api. (Lampu adalah kecil tetapi panjang).
12. Setkan suhu pendingin udara kepada 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun. Jika kurang dari itu, lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk menyejukkan bilik anda.
13. Susun barangan di dalam peti sejuk supaya lebih tersusun. Ini boleh membuatkan udara sejuk di dalam peti sejuk beredar dengan lebih efisyen seterusnya menjimatkan elektrik.
14. Gunakan mod ‘cold wash’ ketika membasuh pakaian menggunakan mesin basuh. Jika tidak, mesin basuh anda akan memerlukan lebih tenaga untuk memanaskan air.
Sumber: karangkraf via Islamik.info
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang