Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan kekal menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman, selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
Beliau berkata, kebebasan berhimpun merupakan salah satu hak asasi yang dijamin, namun rakyat perlu sentiasa ingat bahawa kebebasan itu datang dengan tanggungjawab.
Menurutnya, kerajaan sebelum ini telah menunjukkan sikap terbuka dengan membenarkan pelbagai perhimpunan diadakan, asalkan ia tidak menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam.
Bagaimanapun, Anwar mengingatkan bahawa hak untuk berhimpun tidak boleh ditafsir secara mutlak hingga mengetepikan undang-undang serta adab yang perlu dijaga.
Foto : Utusan
“Prinsip kebebasan menuntut kita untuk bertanggungjawab, patuh kepada hukum serta menjaga adab dan undang-undang. Berhimpun secara aman tidak boleh sama sekali disalahgunakan,” tegas beliau.
Kecam Serangan Ke Atas Ketua Polis Dang Wangi
Dalam kenyataannya, Perdana Menteri turut mengecam sekeras-kerasnya insiden serangan terhadap Ketua Polis Daerah Dang Wangi yang berlaku baru-baru ini.
Tindakan pihak tertentu yang mencederakan penjawat awam itu disifatkan sebagai perbuatan keji dan tidak boleh diterima sama sekali.
Ads
Anwar berkata, serangan ke atas anggota keselamatan bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mencabar kewibawaan institusi polis sebagai penjaga keamanan negara.
“Ia satu tindakan yang melampau, tidak bertanggungjawab, dan mesti dikecam sepenuhnya,” katanya.
Foto : Utusan
Sehubungan itu, Anwar menggesa pihak berkuasa untuk segera mempercepatkan siasatan serta menahan dalang di sebalik serangan tersebut.
Beliau menekankan bahawa tindakan tegas perlu diambil agar kejadian serupa tidak berulang dan supaya rakyat tidak hilang keyakinan terhadap sistem keselamatan negara.
Tolak Hasutan, Utamakan Kedamaian
Anwar turut memberi peringatan agar himpunan aman tidak dijadikan alat untuk kepentingan politik sempit yang akhirnya menggugat ketenteraman rakyat.
Ads
Menurut beliau, budaya keganasan yang disemai melalui hasutan kebencian dan penyebaran maklumat palsu berpotensi menjejaskan perpaduan negara jika tidak dibendung.
“Keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian, dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat,” ujar Perdana Menteri.
Beliau menegaskan bahawa prinsip demokrasi perlu dipertahankan dengan penuh tanggungjawab.
Foto : Berita Harian
Hak rakyat untuk berhimpun mesti diimbangi dengan keperluan menjaga ketenteraman awam, demi memastikan Malaysia terus kekal aman dan harmoni.
Ads
Akhirnya, Anwar menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menolak sebarang bentuk provokasi dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah yang boleh mencetuskan perpecahan.
Katanya, kedamaian dan keharmonian nasional adalah milik bersama yang wajib dipelihara oleh setiap warganegara.
Wanita suka lelaki yang bersih dan wangi. Maka soalan tentang perlukah kaum lelaki melakukan grooming adalah sudah tidak relevan. Ia memang perlu. Sebagai lelaki yang mahu sentiasa mendapat tempat di hati wanita, kebersihan dan kekemasan perlu diambil kira. Jika anda ingin tahu rahsianya, ikuti tip ini. Wanita pasti terpikat, atau paling tidak menoleh!
10 Tip Untuk Wanita Pandang Anda:
Trim bulu hidung
Perkara asas ini sering diabaikan oleh kaum lelaki. Kadangkala sampaikan bulu hidung terkeluar pun tidak perasan. Hari ini, sudah banyak syarikat kecantikan mengeluarkan peralatan berbentuk pengetip pelbagai guna. Percayalah bahawa alat ini memang berguna tanpa ramai yang menyedari. Buanglah bulu hidung yang sudah terjulur itu.
Kemas bulu kening berselerak
Bukan bertujuan untuk membentuk tetapi mengemas bulu-bulu kening yang tumbuh berselerak. Mengamalkan menyikat bulu kening setiap hari mampu membantu bulu kening kemas dan tersusun.
Bulu-bulu halus sekitar telinga dan tengkuk
Jika anda mengunjungi kedai gunting rambut atau salon, jangan lupa minta tukang gunting rambut membersihkan bulu-bulu halus yang terdapat pada telinga dan tengkuk anda. Kita tidak mahu kelihatan seperti beruang berbulu.
Potong kuku pendek dan bersih
Jangan biarkan kuku anda panjang dan kotor kerana ia menampakkan personaliti anda. Sesekali tidak salah kunjungi pusat penjagaan jari dan kuku untuk membantu kuku anda tumbuh dengan sihat dan berkilat. Hanya mereka yang pakar merawat kuku rosak atau patah.
Berus dan flos gigi setiap hari
Tidak kisahlah jika anda mempunyai gigi yang tidak rata dan kurang putih. Kebersihan gigi bukan sekadar memberus tetapi perlu flos untuk menanggalkan plak-plak dan makanan yang melekat di celah gigi.
Pilih saiz pakaian sesuai
Keselesaan berpakaian perlu diambil kira tetapi bukannya terus membiarkan anda memilih saiz pakaian yang besar dari tubuh badan. Penampilan terbaik adalah memilih pakaian yang bersaiz tepat pada tubuh badan. Segaklah sikit!
Berdiri tegak
Postur badan sangat penting untuk menunjukkan personaliti diri. Berjalan dengan tegak membuatkan anda kelihatan yakin dan gagah di hadapan wanita.
Basuh wajah setiap hari
Lebih baik mengaku jika anda tergolong orang yang menggunakan sabun mandi untuk membasuh muka.Kebanyakan sabun badan mempunyai bahan yang kuat untuk merosakkan kulit muka. Tentunya kulit muka lebih sensitif daripada kulit badan. Memang tidak sesuai melainkan anda mahu wajah berkerak.
Minyak wangi
Tidak mengapa jika anda bukan penggemar minyak wangi. Sekurang-kurangnya, haruman perlu ada pada diri anda walaupun sekadar deodoran, bedak, cologne mahupun losen.
Padanan tali pinggang dan kasut
Ramai yang kurang arif tentang hal yang mudah ini. Dek masalah ini yang menyebabkan anda menjadi bahan bualan wanita. Jika anda memakai kasut hitam, elak memakai tali pinggang coklat. Permainan warna membantu anda menjadi lebih baik dalam berfesyen.
Kesimpulan
Kadangkala kita lupa akan perkara asas seperti ini penting untuk penampilan dan kesihatan diri. Sudah memakai pakaian mahal dan berjenama, jalan bergaya, duduk stail macho, tetapi nafas bukan main berbau dan bulu hidung terkeluar berlumba-lumba.
KALAU MACAM ITU KESNYA, MEMANG WANITA AKAN MENOLEH TETAPI KEMUDIAN AKAN CABUT SELAJU-LAJUNYA!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menamatkan zaman bujkang merupakan satu perkara dan peristiwa yang cukup besar bagi seorang lelaki. Bermula selepas ijab kabul maka dia mempunyai tanggungjawab yang sangat besar bagi menjaga dan memberi nafkah sebaiknya kepada isteri.
Dalam perkahwinan antara perkara paling penting dalam rukun nikah ialah ijab kabul. Dan dalam ijab kabul lelaki diwajibkan memberikan mas kahwin kepada bakal isterinya.
Jika di negara kita setiap negeri telah menetapkan nilai mas kahwin yang tersendiri. Jadi kepada anda yang berura-ura nak kahwin sila ketahui nilai mas kahwin ya.
Berbeza pula kisahnya dengan negara jiran kita iaitu Indonesia. Sepasang pengantin baru yang baru berkahwin telah memilih cendol sebagai salah satu mas kahwin mereka.
Ini memang sangat unik!
Menerusi beberapa buah video perkongsian yang di muat naik olegh seorang pengguna Facebook, Bagus Yudhistira, majlis pernikahan pasangan ini berlangsung dengan cukup meriah walaupun dalam suasana serba sederhana.
Berdasarkan video tersebut akad nikah telah digalas oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin surah Al-Ikhlas dan segelas cendol.
Dengan haya sekali lafaz sahaja, pengantin lelaki kelihatan tersenyum dengan kelancaran ijab kabul yang dilaluinya.
Bersenam bukan saja untuk jadikan badan korang sado dan fit tapi sebenarnya banyak lagi kelebihannya. Jika nak tahu senaman mampu mengubah hidup korang pada skala lebih baik dari segi fizikal mahupun secara mental. Salah satu faktor yang boleh mencetuskan emosi gembira adalah aspek kesihatan dan kesejahteraan diri. Dari sudut yang menyeluruh, kesihatan dan kesejahteraan bukan sahaja merujuk kepada keadaan bebas penyakit, tetapi mampu untuk menjalankan fungsi hidup dengan baik, sama ada aspek fizikal, sosial, intelek mahupun kerohanian
Satu kajian jangka panjang yang dijalankan di Kanada dalam tahun 2012 yang melibatkan seramai 17,200 peserta kajian, penyelidik mendapati bahawa mereka yang aktif bersenam menunjukkan tahap kegembiraan yang lebih tinggi berbanding mereka yang sedentari selepas tahun kedua dan keempat kajian.
Berikut ini adalah beberapa cara untuk membuatkan hidup anda berasa lebih hebat dan tak mudah bosan dengan melakukan senaman.
1. Berhubungan Baik
Rutin melakukan senaman mampu untuk membuatkan anda memiliki hubungan yang lebih baik dengan kelompok sosial. Senaman juga memberikan kesan yang cukup besar dalam hal penampilan dan berkomunikasi. Kerana ianya membuatkan anda lebih cekap, ekspresif serta mampu berfikir dengan lebih baik.
2. Lebih Stamina & Mantap di Ranjang
Bagi anda dan pasangan yang sudah menikah, jangan hanya menyibukkan diri untuk mencari wang dan bekerja. Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan senaman kerana hal tersebut mampu menjadi aset bagi keharmonian hubungan seks anda. Sudah pasti dengan banyak bersenam, anda akan lebih berstamina di atas ranjang.
3. Postur Yang Lebih Baik
Tentunya melakukan senaman mampu untuk membuatkan postur anda jauh lebih baik. Tubuh anda akan lebih berbentuk dan ideal. Meskipun anda bukanlah bersenam hingga mati-matian, kalau anda mampu untuk melakukannya dengan cara yang lebih teratur, tubuh anda akan mampu untuk mencapai berat badan yang ideal.
4. BeriInspirasi Kepada Orang Lain
Lelaki yang sentiasa dengan rutin bersenam mampu untuk membuatkan orang lain untuk berasa kagum kerana pada kenyataannya masih ramai orang yang belum berjaya menjaga tubuh mereka sendiri. Dengan begitu, anda mungkin sahaja sudah menjadi inspirasi bagi orang lain yang ingin belajar untuk menjaga kesihatan tubuh dan jiwa mereka.
5. Kerana Diriku Begitu Berharga
Dengan melakukan senaman, anda akan menyadari bahawa anda makin sayang dengan tubuh anda dari hari ke hari dan ini boleh dilihat dengan kewujudan budaya spornoseksual. Bukan hanya dari luar, namun juga dari dalam. Misalnya, anda akan menitikberat penjagaan pemakanan, apa yang anda lakukan dan sebagainya.
Penjagaan kesihatan melalui kaedah kecergasan dan bersenam seperti ini boleh membantu anda untuk mendapatkan bukan sahaja bentuk badan yang ideal malah berat badan yang lebih sihat. Dengan ini anda akan memiliki gaya hidup yang memberikan inspirasi kepada orang lain di sekeliling anda. Semoga perkongsian di atas memberikan manfaat kepada anda secara khususnya kaum lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 10 kasut larian tempo terbaik 2025 pilihan pakar, lengkap dengan ulasan dan sebab mengapa setiap model menonjol. Ketahui kasut yang paling sesuai untuk meningkatkan prestasi dan kelajuan tempo run anda tahun ini.