Seseorang yang mengalami rasa senak mata akan tidak berasa selesa kerana matanya seperti gagal untuk dibuka seluas-luasnya atau fokus dengan lebih mendalam.
Jika mata dipaksa untuk fokus, individu tersebut akan merasai kesakitan kecil di bahagian kepala seolah-olah ada urat yang tertarik sehingga ke bahagian otak.
Akibatnya, orang lain mungkin melihat kita seperti silau tetapi sebenarnya sedang menahan sakit kerana senak mata.
Punca senak mata terjadi
Masalah senak mata selalu terjadi kepada mereka yang :
Kurang tidur
Bekerja pada waktu malam
Duduk dalam kawasan gelap yang terlalu lama
Menghadap skrin komputer atau telefon bimbit yang belebihan.
Jika asyik bermain telefon, anda bukan sahaja akan mengalami senak mata malah pada bahagian belakang leher akan turut berasa letih.
Cara merawatnya
1. Rehat setiap 20 minit
Kalau anda sedang menulis atau menghadap skrin komputer, berhentilah setiap 20 minit sekali untuk mengelakkan rasa senak mata. Jika sebelum ini anda terlalu fokus bekerja untuk menyiapkan tugasan, fikirkan juga tentang mata anda.
2. Pandang pemandangan hijau yang jauh
Pemandangan yang hijau mampu menyegarkan mata. Cuba lemparkan pandangan sejauh-jauhnya ke luar jendela sama ada ke kawasan padang atau hutan yang berdekatan jika ada.
3. Regangkan otot
Mata berasa senak atau pedih boleh terjadi jika badan terlalu banyak statik atau duduk terlalu lama. Sesekali bangun dari tempat duduk dan lakukan regangan tubuh. Menggeliatlah. Jika anda berkeseorangan, anda disarankan menggeliat dan lepaskan kepenatan itu dengan suara anda yang mungkin berbunyi, “Iyaarrggghhhhh..!!”
Semoga melalui perkongsian ini membolehkan anda mengurangkan rasa senak mata dan kembali bekerja seperti biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemilihan makanan sihat mempengaruhi gaya hidup seseorang individu itu, sama ada ingin mengamalkan kehidupan sihat atau pun sebaliknya. Untuk memastikan badan kita kekal fit dan cergas. Maka, untuk itu korang kenalah mengamalkan diet yang seimbang.
Get creative dengan menghasilkan menu makanan sihat yang amat menyelerakan!
Jom kita tengok 7 resepi perapan ayam yang simple dan menarik oleh saudari Fafae Mimie ni.
1. RESEPI PERAPAN AYAM SATE
Bahan-bahan:
bawang putih
halia
serbuk cendawan (saya guna sebagai pengganti kiub ayam / serbuk perasa)
gula kabung / gula Stevia (yang tak ada boleh tukarkan dengan gula merah / gula biasa)
serbuk kunyit
jintan
ketumbar
sedikit garam
2. RESEPI PERAPAN AYAM CILI KERING
Bahan-bahan
bawang putih
halia
serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
cili kering potong
sos cili
sos tiram
3. RESEPI PERAPAN AYAM BEREMPAH
Bahan-bahan
bawang putih
halia
serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
rempah kari
serbuk jintan
cili kisar
sedikit garam
4. RESEPI PERAPAN AYAM NASI AYAM
Bahan-bahan
bawang putih
halia
serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
minyak bijan
sedikit garam
kicap manis
5. RESEPI PERAPAN AYAM HAINAN
Bahan-bahan
bawang putih
halia
serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
minyak bijan
sedikit garam
6. RESEPI PERAPAN AYAM BLACK PEPPER
Bahan-bahan
bawang putih
halia
serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
lada hitam kisar
sedikit garam
7. RESEPI PERAPAN AYAM MIX HERBS
Bahan-bahan
bawang putih
halia
serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
mixed herbs
cajun
Simpan Dalam Chiller / Freezer
Saya simpan dalam pek macam ni je senang nak simpan.
Bubuh dalam freezer untuk dijadikan stok frozen. Senang dah siap menu macam ni kan?
Nanti kalau nak masak esok, malam tu keluarkan 1 menu dan letak dekat chiller.
BEGINILAH HASILNYA, NAMPAK SEDAP!
Bila dah masak, macam ni lah hasilnya…
Kesemua resipi ini anda boleh masak secara grill. Baru sihat kan? Memang best kalau diet macam ni!
Berlari mahupun bersukan sambil mengenakan windbreaker adalah satu kemestian. Bahkan, ia turut memberi kepuasan buat si pemakai kerana ia dianggap pakaian yang boleh membantu menurunkan berat badan dan membakar kalori dengan banyak.
Namun, adakah benar pakaian ini mempunyai fungsi yang begitu hebat atau sebaliknya? Sama-sama kita baca perkongsian Mohd Dziehan Mustapa ini.
Apa yang kita pakai semasa berlari adalah perkara yang penting. Pakaian yang sesuai akan buat kita rasa lebih selesa semasa berlari.
Saya sering berlari petang hari dan melihat beberapa pelari lain di taman rekreasi yang memakai windbreaker/ sweatshirt semasa berlari.
Adakah pemakaian windbreaker/ sweatshirt ada kelebihannya untuk boleh bakar lebih kalori?
Semua tahu apabila kita berlari degupan jantung kita akan meningkat untuk hantar lebih banyak bekalan darah beroksigen ke otot-otot. Lebih degupan jantung, lebih tenaga diperlukan, lebih kalori akan dibakar.
Apabila seseorang itu memakai windbreaker/sweatshirt, suhu badan seseorang itu akan meningkat, seterusnya peredaran darah meningkat dan degupan jantung juga akan meningkat.
Peningkatan degupan jantung ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan suhu badan. Hasil daripada peningkatan degupan jantung itu, tubuh akan bakar lebih kalori… Walau bagaimanapun idea ini tidak semestinya bagus.
Keletihan haba (heat exhaustion) berlaku apabila suhu badan meningkat dan tubuh badan tak mampu seimbangkan ia semula. Keletihan haba juga mungkin boleh berlaku dalam keadaan melakukan beberapa aktiviti fizikal/senaman secara berlebihan.
Oleh itu memakai windbreaker/sweatshirt semasa berlari cenderung untuk mendapat keletihan haba atau dalam keadaan lebih serius boleh menyebabkan stroke haba lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang panas ketika ini.
Pembakaran jumlah kalori bergantung kepada dua perkara iaitu “intensiti dan tempoh” melakukan aktiviti fizikal. Peningkatan degupan jantung menyebabkan pembakaran kalori lebih cepat.
Peningkatan degupan jantung menunjukkan intensiti sesuatu aktiviti fizikal itu. Walau bagaimanapun aktiviti fizikal berintensi tinggi sukar untuk dikekalkan dalam tempoh masa yang lama. Dalam erti kata lain adalah; ‘cepat penat’
Oleh kerana windbreaker/ sweatshirt akan meningkatkan intensiti senaman anda, ia mungkin mengehadkan tempoh senaman (cepat penat), seterusnya ia menafikan manfaat pembakaran kalori secara optimum.
HANYA SATU MITOS
Terdapat satu mitos jika memakai lapisan tambahan pakaian semasa berlari/ bersenam boleh membuat seseorang itu menurunkan berat badannya lebih cepat, kerana berpeluh lebih banyak.
Walaupun memakai windbreaker/ sweatshirt akan membuat seseorang itu berpeluh lebih banyak dan berpeluh lebih banyak ini secara tidak langsung membakar lebih banyak kalori melalui peningkatan kadar degupan jantung, sebenarnya sebahagian besar berat badan yang hilang melalui berpeluh adalah ‘berat air’.
Kehilangan berat badan seperti ini adalah bersifat sementara dan bukan jenis penurunan berat badan yang sihat atau berkekalan.
Maka, jika berlari dengan windbreaker/ sweatshirt dan badan menjadi terlalu panas, dinasihatkan agar buka windbreaker/ sweatshirt tersebut dengan segera agar suhu tubuh kembali stabil semula dan minum air untuk hidrasi tubuh.
Sebaik-baiknya bagi pendapat saya, pakai baju berlari yang sesuai dan tidak perlu tambah dengan lapisan windbreaker/ sweatshirt. Terutama pada ketika musim panas sekarang ini.
Mungkin pemakaian windbreaker/ sweatshirt dilihat sesuai jika kita berlari pada ketika awal pagi dan suhu sekitaran yang sejuk.
Namun jika matlamat untuk kurang berat badan melalui peluh berlebihan dengan memakai windbreaker/ sweatshirt; ia adalah satu mitos. Ia agak kurang sesuai dan boleh menyebabkan keletihan haba seterusnya stroke haba.
Jom kita berlari dan pakai pakai pakaian sukan dan kasut yang sesuai. Oh yer, jangan lupa menutup aurat juga 😊
MITOS BERLARI PAKAI WINDBREAKER / SWEATSHIRT Saya UPLOAD SEMULA penulisan saya tahun lepas berkaitan penggunan…
Walaupun tidak bertindak sebagai ubat untuk memulihkan penyakit seperti selsema namun vitamin C mampu membantu melindungi sistem imunisasi, penyakit kardiovaskular, penyakit mata dan masalah kulit.
Salah satu produk yang pernah tular dahulu yang kaya dengan vitmain C ialah Berocca.
Berocca mempunyai kandungan Vitamin B (8 jenis), Vitamin C dan mineral asas seperti magnesium, zink, calcium dan macam-macam lagi.
Antara kebaikan dan fungsinya adalah:
1. Meningkatkan stamina
2. Meningkatkan konsentrasi dan fungsi mental mental
3. Mengurangkan keletihan dan kelesuan
Ada yang nasihat kata tak perlu supplement ini kerana apa yang kita makan sudah mencukupi. Tapi percayalah jika anda seorang yang sentiasa melakukan aktiviti fizilal atau pelajar yang banyak memerlukan otak untuk berfikir, ia dapat manfaat dari pengambilan supplement.
Berocca adalah produk keluaran syarikat Pharmaceutical Bayer dan sangat popular di luar negara .
KELEBIHAN BEROCCA
Kegunaan utama Berocca ini adalah membekalkan tenaga (Vitamin B1, B2) meningkatkan mental alert (Panthothenic) serta peningkatakan ketahanan dan kesihatan tubuh (Vitamin C 500mg). Selain itu Berocca ada beberapa kandungan lain seperti Calcium, Magnesium dan Zinc.
Kebanyakan vitamin effervescent di pasaran Malaysia adalah Vitamin C atau Vitamin C dan Zinc. Jadi, competitor bagi Berocca (Vitamin B complex, Vitamin C, Calcium, Magnesium, Folic Acid) tak banyak yang dalam bentuk larut dalam air.
KEKURANGAN MENGAMBIL BEROCCA
Kalau anda berminat untuk consume Berocca selepas ini, jangan terkejut kalau urine jadi kuning. Ini kerana content Vitamin B Complex boleh menyebabkan urine jadi kuning dan kadang2 berbau.
Seperkara lagi, pengambilan B Complex juga boleh mengakibatkan selera makan meningkat dan cepat lapar untuk sesetengah orang. Selera makan ini ialah perkara yang subjektif – boleh jadi baik atau negatif.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.