Shopee Taja Pasukan e-Sport Mobile Legends Dikenali Sebagai Team Bosskurr

Share

Ya, jangan gosok mata anda yang tak gatal itu. Apa yang anda baca pada headline di atas memang bukan salah eja atau silap tulis.

Percaya atau tidak kini ada sebuah pasukan e-sport Mobile Legends yang aktif menggunakan nama Team Bosskurr.

Lebih menarik, team yang bersaing ecara aktif dalam Mobile Legends ini turut ditaja oleh sebuah syarikat e-dagang terkenal di Malaysia iaitu Shopee.

Dengan penajaan ini pasukam tersebut secara rasmi dikenali dengan nama baru iaitu Shopee Bosskurr. Seperti mana yang anda tahu istilah ‘Bosskurr’ telah tular sejak tahun lalu gara-gara ia turut digunakan oleh bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razal di laman media sosial.

BACA: Warganet Gempar Bila Game PUBG Diharamkan Hingga 30 April!

Antara individu yang membuatkan istilah ‘bossku’ jadi tular, Dato’ Seri Najib Razak

Malah istilah lebih kurang sama itu turut digunakan oleh pelumba MotoGp negara, Hafiz Syahrin yang mempatenkan cap dagang perkataan BO55KU.

Untuk pasukan e-sport ini pula mereka terlebih dahulu dikenali dengan nama Team Saiyan. Mereka sebenarnya bukanlah nama baru dalam industri e-sport malah cukup popular di kalangan peminat tempatan.

Pasukan ini dianggotai seramai 6 orang ahli iaitu Faris Zakaria, Abdul Wandi, Andi Alfian, Herwin Baharuddin, Sofian Sultan dan Ahmad Fuad Razali.

Pihak Shopee turut mengumumkan mereka akan mengadakan beberapa pertandingan Mobile Legends berbentuk mini pada masa akan datang.

Produk eksklusif pasukan ini ditawarkan oleh Shopee.

Bersempena penajaan Shopee kepada pasukan ini, Shopee turut menawarkan barangan eksklusif Shopee Bosskurr menerusi platform mereka seperti jersi dan kabel Bosskurr Gaming.

Selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada Team Shopee Bosskurr!

IKLAN