Salah satu penyakit yang paling digeruni oleh kita semua ialah kanser. Apatah lagi ia boleh menyerang tanpa sedar dan menyebarkak sel kanser ke organ utama dalam badan.
Ramai orang yang mendapat kanser tak sedar pun mereka menghidapinya. Bila sudah membawa kesan terhadap kesihatan barulah diketahui. Disebabkan itu jugalah ramai yang mengesannya bila sudah masuk ke Stage 3 atau 4.
Salah satu kanser yang merbahaya ialah kanser paru-paru. Umum mengentahui antara sebab utama kanser paru-paru ialah disebabkan oleh tabiat merokok atau menjadi penghidu asap rokok kedua iaitu mereka yang terdedah secara langsung dengan asap dihembus perokok.
Namun kanser paru-paru juga boleh dihidapi dengan cara lain. Menerusi perkongsian di Facebook, Public Health Malaysia mendedahkan bahawa atap rumah jenis asbestos juga boleh menjadi punca kanser paru-paru.
Ikuti perkongsian mereka di bawah, semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat dan buat kita lebih berhati-hati di masa akan datang.
Ads
KENALI ATAP ASBESTOS
Lihat kawasan rumah anda. Selalu kan anda nampak atap bumbung ini di kawasan rumah anda? Ianya juga bersepah di tepi jalan, tempat pembuangan sampah, dan kadang-kadang di taman permainan kanak-kanak. Adakah anak kita terdedah dengan atap ini?
Ini namanya bumbung atap asbestos.
Dulu kebanyakan rumah dan kilang memang menggunakan atap ini kerana ianya murah dan sejuk. Namun selepas asbestos diketahui penyebab kanser mesothelioma, ianya telah kurang digunakan dan dihasilkan. Malah ada negara telah mengharamkan penggunaannya namun di Malaysia ianya diharamkan hanya pada pembinaan bangunan kerajaan yang baru.
Jika atap ini tidak diusik, risiko untuk dapat cancer sangat rendah. Namun jika ianya pecah, rosak dan anda terlibat secara langsung dalam mengendalikan asbestos, anda berisiko tinggi untuk mendapat radang asbestosis paru-paru dan juga kanser mesothelioma.
Ads
Sebutir debu cukup untuk anda mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Apa yang anda boleh buat untuk pencegahan adalah;
✅Jika anda gunakan bumbung asbestos ini, pastikan bumbung tidak retak, pecah.
✅Jika ianya pecah, pastikan proses membaikpulih bumbung mengikut prosedur khusus DOSH dan Jabatan Alam Sekitar.
✅Jika anda nampak di Kawasan rumah/perjiranan anda, hubungi pihak berkuasa temptan anda dengan segera untuk proses pelupusan. Jangan BAKAR, dan jangan tanam atau lupus sendiri.
Ads
✅Jangan biarkan anak anda bermain di kawasan asbestos. Kesan kanser asbestos hanya boleh nampak selepas 30 tahun.
✅Simptom asbestosis dan kanser mesothelioma adalah seperti sesak nafas, dada terasa ketat, batuk kering berpanjangan, sakit dada, kurang selera makan, penat, demam dan berpeluh sewaktu malam.
Jika anda dapati anda berisiko dan mempunyai gejala-gejala tersebut, dapatkan rujukan awal di Klinik Kesihatan berhampiran.
Perkongsian asal Public Health Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak korang lihat Fenomena Pancuran Meteor?Haa…ini peluang emas tau bukan senang nak lihat fenomena alam ni. Melalui kenyataan Agensi Angkasa Negara, Angkasa, rakyat Malaysia dijangka dapat melihat secara purata sekitar 60 hingga 100 meteor sejam. Malah, ianya juga boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam bagi kawasan yang bebas daripada pencemaran cahaya semasa kemuncak fenomena.
“Cabaran pada 2017 adalah cahaya bulan yang terang kerana berada pada fasa bulan menghampiri purnama ketika kemuncak kemunculan meteor.
Dalam pada itu juga, bulan dijangka akan terbit lebih awal, iaitu pada 10.16 malam 11 Ogos. Ianya mungkin akan menyebabkan kadar kenampakan menjadi kurang. Jumlah meteor yang dapat dilihat juga bergantung kepada keadaan tempat dan cuaca”, menurut kenyataan itu.
Pancuran meteor Perseid terjadi apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet terbakar ketika memasuki atmosfera. Fenomena ini berlaku pada setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos.
Orang ramai juga dipelawa berkongsi gambar fenomena kejadian ini di Facebook Angkasa.
Sudah 31 hari kita berada di tahun 2024 dan kini telah masuk bulan kedua dalam tahun baru ini. Macam mana dengan azam tahun baru anda? Masih lagi bersemangat atau pun dah tergelincir? Relaks, masa ada 11 bulan untuk anda capai segala impian yang masih belum terlaksana.
Apa yang istimewa sangat dengan bulan Februari ni? Seperti yang semua sudah tahu, hanya bulan Februari saja yang mempunyai 28 hari dan bila tahun lompat, ia akan menjadi 29 hari. Unik kan?
Nak tahu macam mana karakter individu yang lahir pada bulan Februari ini? Berikut merupakan kajian yang telah dibuat berdasarkan personaliti bulan kelahiran Februari.
• Berfikiran abstrak
• Sukakan benda yang realiti dan abstrak
• Seorang yang bijak
• Berpesonaliti mudah berubah
• Mudah menawan orang lain
• Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
• Jujur dan setiap pada segalanya
• Keras hati untuk mencapai matlamat
• Tidak suka dikongkong
• Mudah memberontak apabila dikongkong
• Suka kegiatan yang lasak
• Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
• Mudah menunjukkan perasaan marah
• Tidak suka benda yang remeh-temeh
• Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
• Sangat berani dan memberontak
• Bercita-cita tinggi dan suka berangan
• Pemerhatian yang tajam
• Suka hiburan dan sukan
• Suka benda yang bersifat seni
• Sangat romantik pada dalam tetapi tidak pada luaran
• Berkecenderungan pada benda yang tahyul
• Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
• Belajar untuk mempamerkan emosi
Walau bagaimanapun, sifat-sifat ini adalah hanya berdasarkan kajian dan pemerhatian sekeliling. Mungkin tidak 100 peratus sama tetapi ada juga yang seakan sama dengan personaliti individu yang lahir pada bulan Februari.
Antara selebriti yang dilahirkan pada bulan ini adalah seperti Neelofa, Erra Fazira, Henry Golding dan Choi Siwon.
Apa-apapun, happy birthday buat anda yang lahir pada bulan Februari ini.
Artikel ini diambil dan diolah dari REMAJA.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Skuad Chinlone tekad memberikan emas sulung buat negara pada hari pertama temasya Sukan Sea 2017 berlangsung pada 16 Ogos nanti.
Skuad Chinlone kebangsaan tekad menghadiahkan pungutan pingat emas sulung buat Malaysia pada hari pertama temasya Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur, Ogos nanti.
Turun beraksi pada 16 Ogos 2017, sasaran emas diletakkan pada acara ketiga daripada empat acara yang disertai bagi mengatasi pencapaian pungutan pingat perak dan gangsa dua tahun lalu di Singapura.
Jurulatih Chinlone, Yusof Abdullah berkata, memandangkan sukan chinlone bakal memulakan perebutan pingat pada hari pertama kejohanan, inilah peluang terbaik untuk melakar nama pada negara.
“Kami akan menyertai empat acara yang dipertandingkan dalam sukan Chinlone ini, pada temasya dua tahun lalu, pasukan mendapat pingat perak dalam acara satu dan gangsa acara ketiga.
“Untuk aksi di Kuala Lumpur, kami yakin mampu mengatasi pencapaian di Singapura dengan acara ketiga bakal memberikan emas pertama buat pasukan dan negara,” katanya.
Ditanya mengenai keyakinan tinggi yang disuarakan, Yusof menjelaskan ia berdasarkan prestasi semasa dipamerkan anak didiknya dalam beberapa siri latihan dan perlawanan persahabatan di Myanmar.
“Sebenarnya pasukan baru pulang dari kejohanan di Myanmar dengan keputusan cemerlang merangkul kejuaraan bagi acara ketiga dan peningkatan pungutan mata oleh pemain.
“Kejohanan tersebut turut disertai kuasa-kuasa besar dalam sukan Chinlone ini antaranya Thailand, Myanmar dan Filipina yang memberikan saingan sengit dalam acara yang dipertandingkan.
“Jadi kami rasakan jika semuanya berjalan dengan lancar dan mengikuti perancangan, Insyallah emas mampu diraih sambil mengharapkan kejutan bagi acara pertama,” katanya pada sidang media Kita Juara di MSN Bukit Jalil, tengah hari tadi.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah pengurus pasukan, Wan Mohd Husni Abdullah dan atlet Chinlone, Mohd Faiz Roslan serta Ab Muhaimi Che Bongsu.
Sementara itu Wan Mohd Husni berkata, kelebihan pasukan tuan rumah akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memburu pingat emas kerana kami percaya Myanmar memiliki kekuatan mereka tersendiri.
“Sebagai tuan rumah, Malaysia dibenarkan menyertai empat acara dipertandingkan, tetapi hanya dua buat negara lain dan berdasarkan penyertaan Myanmar hanya menyertai acara kedua dan keempat, jadi peluang meraih emas cerah.
“Bagi acara pertama perbezaan Malaysia dengan Thailand yang turut menyertainya adalah tidak banyak bezanya berdasarkan perlawanan yang disertai di Myanmar sebelum ini. Kami hanya dibezakan beberapa mata sahaja dengan Thailand yang menjuarai acara tersebut.
“Kami perlu menggunakan peluang yang ada selain keyakinan tinggi pemain untuk melakar kejayaan di laman sendiri,” katanya.
Pada masa sama, Wan Husni turut memaklumkan, khidmat dan kepakaran bekas jurulatih Myanmar yang membawa pasukan mengutip pingat emas dalam beberapa temasya Sukan Sea akan digunakan selewat-lewatnya, Jumaat nanti.
“Bekas jurulatih yang akan membantu pasukan kebangsaan ialah Khin Maung Win yang juga merupakan ketua pasukan Myanmar sebelum ini.
“Kehadiran Maung Win pastinya akan memberi lebih keyakinan buat pemain untuk terus menimba ilmu pengetahuan serta teknik lebih berkesan semasa latihan dan juga perlawanan berlangsung,” jelasnya yang turut memaklumkan barisan pemainnya akan terus berkampung di Myanmar menyertai kejohanan selepas sambutan Aidilfitri nanti.
Untuk rekod Malaysia memenangi satu pingat perak (acara pertama) dan satu gangsa (acara ketiga) dalam acara Chinlone sewaktu Sukan Sea Singapura, 2015.
Malaysia yang dibarisi Mohammad Kamal Azmi, Mohamad Azlan Alias, Mohammad Arif, Mohd Nazuha Mohd Nadzi, Muhammad Zaim Razali, Amirul Zazwan Amir, Ab Muhaimi Che Bongsu dan Mohamad Fazil Mohamad Asri mengalahkan tuan rumah, Singapura dengan kemenangan 2-0 (101-56, 107-56) pada penentuan pingat gangsa bagi acara ketiga.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.