Fenomena isteri semakin dominan dalam rumah tangga sehingga mampu untuk memukul suami
Pernah satu ketika, kasihan saya melihat rakan sepejabat yang selalu mendapat panggilan dari isterinya, menyuruhnya melakukan semua benda yang melibatkan perihal rumah tangga. Dipaksanya pulang awal, tidak boleh lepak bersama kawan lelaki apatah lagi perempuan, paling saya tidak boleh terima apabila satu ketika terkantoi isterinya cuba mengguna-gunakan rakan saya dengan melakukan amalan syirik supaya suaminya terus tunduk dan akur pada perintahnya.
Sebenarnya isu isteri garang dan suka pukul ni bukan kes baru.Maklumlah, lelaki fitrahnya lebih kuat fizikalnya berbanding wanita, jadi bila lelaki/suami jadi mangsa wanita/isteri, macam ada sahaja yang tidak kena. Tidak hanya isteri-isteri sekarang makin menguasai rumah tangga dalam bentuk kewangan, pernah ada kes isteri suri rumah tangga sepenuh masa tetapi masih boleh mendominasi.
Ada yang berkata, sebab suami ada penyakit TB – Takut Bini atau ayat lebih baik, Tak Berani aje. Bagi saya, isu ni berkait antara dua perkara saja iaitu dayusnya suami dan nusyuznya isteri.
Dayus si suami kerana membiarkan diri diperlakukan sedemikian. Tak pernah ada kes isteri tiba-tiba mengamuk dan memukul, semuanya bermula dengan pergaduhan yang didominasi oleh isteri, barulah berlaku kes suami kena pukul. Dayus suami kerana membenarkan diri tidak dihormati oleh isteri. Isteri pula nusyuz kerana gagal menghormati suami.
Syariat tentukan isteri wajib bersikap baik kepada suami bercakap dengan suara yang lembut, manja, tidak menengking apatah lagi menghina atau dimudahkan cerita, isteri wajib kekal menghormati suami dalam apa juga keadaan dan sikap si suami. Isteri boleh marah suami tetapi bukan dengan cara meninggikan suara atau menengking. Hanya dibenarkan menguatkan atau mengeraskan sikit daripada kadar biasa sahaja.
Dalam satu riwayat: Abu Bakar r.a menuju ke rumah Rasulullah SAW dan tika di muka pintu, dia terdengar Aishah, puterinya yang juga isteri Rasulullah SAW menguatkan suaranya daripada biasa tika bercakap dengan Rasulullah SAW. Dengan segera Abu Bakar r.a merempuh masuk ke rumah baginda Rasul dan hampir berjaya menampar muka Aishah
Tetapi dapat ditahan oleh Rasulullah SAW.
Ads
Tika ditanya oleh Rasulullah SAW kenapa Abu Bakar r.a bersikap sedemikian, jawab Abu Bakar: “Anak ku bersikap biadab dengan mu Ya Rasulullah!” Jawab Rasulullah SAW: “Isteri ku tidak bersikap biadab dengan ku. Dia hanya menegaskan pendapatnya dan tidak menengking aku.”
Daripada hadis ini, jelas difahami isteri boleh bersikap tegas tetapi bukan keras. Jika menengking, mencaci maki, marah-marahkan suami apatah lagi bersikap memukul suami sendiri bererti isteri tersebut telah melakukan perkara dilarang syariat iaitu gagal menghormati suami. Syariat Islam menyatakan dengan jelas, isteri wajib menghormati suami tak kira apa pun keadaan.
Punca isteri kini semakin ganas dan buas
Ada pendapat yang mengatakan ramai isteri kini bersikap garang dengan suami disebabkan isteri berasa tertekan apabila memikul tanggungjawab suami, sama ada seluruhnya mahu pun sebahagiannya. Khabar fitrah wanita yang biasanya bersikap lembut dan baik wajar berubah dengan sendirinya kerana tekanan dan bebanan memikul serta mengambil alih peranan si suami.
Lantaran si isteri yang tertekan, terbeban tadi wajar bertindak keras dan bersikap garang dengan suami. Saya akui ada benarnya dakwaan ini cuma bukan itu yang dibenarkan oleh syariat malah moral masyarakat. Secara mudah, ada tiga sebab berlakunya fenomena ini dan sebab ini berkaitan:
Ads
1- Gagal laksana peranan diri yang sebenar
Suami dan isteri mempunyai peranan yang tersendiri dalam perkahwinan. Peranan dan tanggungjawab ini perlu dilaksanakan bagi menunaikan hak pasangan. Tanggungjawab suami menjadi hak isteri. Tanggungjawab isteri menjadi hak suami.
Apabila ada kepincangan dalam pelaksanaan setiap tanggungjawab ini bererti ada pihak yang tidak menerima haknya. Maka kesannya berlakulah masalah yang kerap mewujudkan kegagalan berkomunikasi secara positif.
2- Gagal hormati diri sendiri dan pasangan
Kegagalan komunikasi secara positif menjadikan individu gagal hormati diri sendiri, membiarkan hak diri dianiayai dan konon atas nama kasih sayang, membiarkan diri dibuli pasangan termasuk kes suami membiarkan isteri menempelak, menempik, berkasar, mencaci maki dan lain-lain. Sikap melampau ini bila dibiarkan mampu membawa kesan yang buruk hingga berlaku kes memukul.
Ads
3- Mengabaikan tuntutan syariat/pegangan diri
Alasan tekanan yang dialami hingga bertindak di luar kawalan bukan jawapan penyelesaian pada apa juga masalah yang dihadapi. Ini termasuklah hal perkahwinan dan hubungan suami isteri. Mengikut emosi atau perasaan menjadikan anda terlibat dalam tekanan melampau.
Menurut syariat, mengikut emosi bererti anda mengikut nafsu diri yang diriwayatkan nafsu diri sebenarnya lebih jahat dan berkuasa daripada syaitan jika tak dikawal dengan iman dan ilmu. Ramai isteri yang mengalami dugaan hebat dalam rumah tangga tapi masih boleh kekal waras kerana mengutamakan Allah, menjadikan iman dan ilmu sebagai dasar pertimbangan, bukan emosi.
Dalam masyarakat hari ini tidak sah kalau tidak meminjam. Meminjam bukan sahaja dalam bentuk wang, tetapi meminjam juga boleh dikaitkan dengan apa sahaja bentuk barangan, termasuk barang-barang bernilai seperti kenderaan ataupun apa sahaja aksesori kesayangan. Etika kali ini, mengajar anda untuk lebih beretika apabila sudah meminjam barang orang lain, walaupun rakan karib sendiri.
1-Tolong pulangkan dalam keadaan asal
Ini masalah orang kita sekarang. Tahu meminjam tetapi tidak pandai menjaga harta barang yang dipinjam. Sebelum meminjam pandai berjanji untuk belanja makan ataupun tengok wayang. Tapi rupanya indah khabar dari rupa. Barang yang dipulang koyak rabak dan rosak sana sini. Jika barang yang dipinjam berbentuk kenderaan, pastikan tidak ada kerosakan yang teruk. Jika sebaliknya, ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada si peminjam yang akan dicop tidak tahu menjaga harta benda tetapi mungkin peluang untuk diberi pinjam tidak akan berulang lagi selepas itu.
2-Janganlah suka buat macam harta sendiri
Kalau boleh anda sendiri yang tetapkan masa untuk memulangkan barang yang dipinjam. Jangan meminjam barang terlalu lama sehingga diberi amaran dan peringatan oleh empunya tuan. Bayangkan orang mengesa-gesa anda meminta kembali barang mereka. Tentu anda sendiri berasa rimas bukan? Jadi elakkan membuat harta simpanan seolah-olah barang tersebut milik anda sahaja. Apakata setelah selesai guna, pulangkan sahaja barang tersebut dalam kondisi baik dan selesa.
Pinjam untuk tempoh sekejap tetapi perapnya berminggu-minggu, adakalanya berbulan-bulan. Kalau boleh biarlah kita yang meminjam ini yang menetapkan tarikh mengikut masa yang sesuai. Kalau tidak boleh memulangkannya dalam masa terdekat, jangan lupa beritahu awal-awal supaya tidaklah si pemberi pinjam tertanya-tanya atau buat spekulasi sendiri. Mungkin boleh dibawa berbincang atau setidak-tidaknya memberitahu punca sebenar anda tidak dapat memulangkan barang tersebut tepat pada masanya.
4-Bersikap jujur dan amanah
Jujur bukan hanya digunakan dalam urusan jual beli sahaja. Malah dalam Islam kita digalakkan berlaku jujur dalam semua aspek. Dalam hal pinjam-meminjam ini, sikap jujur haruslah ada untuk memberi rasa percaya kepada orang yang memberi pinjam. Jika ada kerosakan apa sahaja, jangan berdiam diri,seolah-olah dia tidak akan tahu. Beritahulah hal yang sebenar jika ada kerosakan biarpun kerosakan itu kecil. Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang jujur dan bertanggungjawab dalam semua benda yang diamanahkan. Ingatlah, jika kita bersikap jujur dengan semua orang, orang akan bersikap jujur kepada kita.
Jangan amalkan!. Biarpun si dia baik hati, anda mengambil kesempatan ke atasnya. Pinjam berkali-kali barang sehinggakan orang itu tiada privacy dan kebebasan hak.anda meminjam buku yang digemarinya sehinggakan suatu hari ketika dia ingin menggunakan buku tersebut, didapati buku itu ada pada anda. Bagaimana perasaannya? Pasti kecewa bukan? Kalau ini yang berlaku, jangan haraplah anda diberi peluang meminjamnya lagi.
6-Belajarlah ucap terima kasih
“ Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”. Tetapi banyak di antara
kita yang enggan atau lupa mengatakannya ketika kita sudah mendapatkan apa yang kita harapkan. Jadi, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kerana pasti si beri pinjam berasa dihargai dan tidak berkira untuk memberi anda meminjam lagi pada masa akan datang. Jangan lupa setelah pinjam sesuatu barang, ucaplah terima kasih.
Peringatan sebelum memberi pinjam
-Tulis nama atau rekodkan masa dan tarikh yang dipinjam
-Memberi syarat-syarat tertentu sebelum meminjam
-Tegas untuk tetapkan masa yang betul kembalikan semula barang yang dipinjam
-Jangan sewenang-wenang memberi pinjam kepada orang yang baru dikenali
-Pastikan selidik latar belakang peminjam untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
-Jangan memberi pinjam dalam tempoh yang lama
-Laporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat keraguan oleh si peminjam, misalnya berkenaan dengan kereta
Siapa lagi yang lebih sesuai melakonkan watak seniman legenda Hollywood Michael Jackson kalau bukan anak saudaranya sendiri Jaafar Jackson?
Memetik laporan Astro Awani, Jaafar dikatakan mewarisi banyak persamaan fizikal dengan Raja Pop dunia itu.
Foto: Jaafar Jackson sebagai Michael Jackson.
Filem arahan Antoine Fuqua dan diterbitkan oleh Graham King itu akan diterajui Jaafar Jackson yang akan memegang watak utama.
Ikut Jejak Langkah Bapa, Bapa Saudara & Ibu Saudara
Jaafar yang kini berusian 28 merupakan anak kepada Jermaine Jackson iaitu abang Michael Jackson.
Jaafar mengikut jejak langkah bapa serta bapa saudaranya, Michael dan ibu saudaranya, Janet Jackson sebagai penyanyi dan penari di Hollywood.
Selain watak utama Michael, pihak produksi juga sudah mengenal pasti pelakon-pelakon lain untuk memegang watak adik beradik Michael yang pernah dikenali sebagai Jackson 5 iaitu Jermaine, Marlon, Tito dan Jackie Jackson pada pelbagai peringkat umur
Biopik “Michael” tidak hanya akan bercerita mengenai sisi hidup Michael semata-mata, sebaliknya, Jackson 5 yang menjadi platform awal kemasyhuran Michael juga akan kembali ‘dijelmakan.’
Foto: Jaafar Jackson di set penggambaran filem biopik “Michael”.
Selain Jaafar, pelakon Juliano Krue Valdi pula akan memegang watak Michael pada usia muda.
“Naskhah sebenar filem ini memerlukan sejumlah 10 pelakon dengan bakat untuk menggambarkan Jackson 5 sepanjang tahun.
“Saya sangat teruja untuk membawa kumpulan pelakon dan penghibur yang luar biasa ini kepada penonton di seluruh dunia dalam filem ini,” kata King semasa mengumumkan senarai pelakon filem “Michael.”
Filem biopik “Michael” kini sedang dalam proses penggambaran dan dijangka ditayangkan di pawagam pada 18 April 2025.
Kalau selalu kita dengar orang bela kucing, anjing, hamster dan paling pelik orang bela ular la kot. Tapi dekat Nigiria ni betul-betul rare. Sekumpulan lelaki yang dikenali sebagai Gadawan Kura di kalangan penduduk tempatan turut memelihara haiwan liar sebagai bintang peliharaan mereka.
Tujuan mereka membela dubuk-dubuk ini adalah sebagai haiwan peliharaan adalah sebagai suatu simbolik kekuatan kumpulan mereka kepada masyarakat dan pihak lawan mereka di sana.
Dubuk merupakan sejenis haiwan liar yang ganas yang banyak terdapat di negara-negara di Afrika. Haiwan ini terkenal dengan jeritannya yang seperti suara orang ketawa. Suara ketawa ini boleh kedengaran sehingga jarak 5 km.
Sumber : Taikotai
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.