Jenama global Skechers, yang sinonim dengan teknologi keselesaan dan gaya prestasi, kini melangkah ke fasa baharu dalam arena bola sepak menerusi pelancaran koleksi Football CTRL^ Pack.

Pelancaran rasmi ini diraikan dengan perlawanan persahabatan eksklusif di Lalaport DO Arena, membariskan nama-nama besar Liga Super Malaysia seperti Indra Putra, Sharul Nazeem, Aliff Haiqal Lau dan Kevin Deeromram, sambil memperkenalkan dua pemain muda, Sharul dan Aliff, sebagai Skechers Athletes baharu.

Skechers CTRL^ Pack, Revolusi Hebat Kasut Bola Sepak Moden

Skechers CTRL^ Pack, Revolusi Hebat Kasut Bola Sepak Moden

Acara ini bukan sekadar pelancaran produk, tetapi satu demonstrasi gaya, kawalan dan keselesaan yang menjadi DNA utama Skechers.

Pemain media turut berpeluang turun ke padang bersama bintang bola sepak tempatan, menguji sendiri kehebatan dan rekaan terkini kasut bola Skechers yang menggabungkan teknologi moden dengan ketepatan pergerakan di padang sebenar.

Teknologi Kawalan Penuh Untuk Setiap Pemain

Koleksi CTRL^ Pack menampilkan tiga siri utama — Elite, Academy dan Club, direka untuk pelbagai tahap permainan dari profesional hingga rekreasi. Setiap siri dibangunkan dengan teknologi berbeza mengikut keperluan pemain.

Skechers CTRL^ Pack, Revolusi Hebat Kasut Bola Sepak Moden

Bagi pemain elit, Skechers Razor 1.5 Elite FG dan SKX_2 Elite FG (RM1,199) menawarkan gabungan teknologi HYPER BURST PRO™ dan Performance FitKnit™, yang memberikan tindak balas pantas serta kawalan tepat semasa sepakan.

Ads

Skechers CTRL^ Pack, Revolusi Hebat Kasut Bola Sepak Moden

Ciri Lock Fit™ silicone grip dan Precise Strike Control (P.S.C.) pula memastikan kestabilan maksimum, menjadikannya pilihan ideal untuk padang semula jadi.

Untuk pemain pertengahan yang mahu meningkatkan skil dan keyakinan di padang, siri Academy (RM499) hadir dengan Move Foam™ cushioning yang ringan dan responsif, manakala plat TPU direka untuk kestabilan serta daya cengkaman tinggi pada permukaan rumput semula jadi.

Skechers CTRL^ Pack, Revolusi Hebat Kasut Bola Sepak Moden

Sementara itu, siri Club (RM339) menjadi pilihan pemain kasual dan sosial yang mahukan keselesaan serta fleksibiliti maksimum.

Direka untuk pelbagai jenis permukaan (Multi Ground), kasut ini dilengkapi TPU multi-ground plate dan EVA sockliner ringan, memberikan sokongan ideal untuk perlawanan santai selepas waktu kerja atau hujung minggu bersama rakan-rakan.

Ads

Fokus Pada Bakat Muda: Skechers Kids Football

Skechers turut melancarkan rangkaian khas Kids Football untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 10 tahun.

Ditawarkan dalam dua pilihan warna — Black-Orange dan Pink-Black — serta dua jenis tapak (Firm Ground dan Multi Ground) dengan harga RM259, kasut ini direka untuk mengasah skil dan keyakinan pemain muda sejak awal.

Skechers CTRL^ Pack, Revolusi Hebat Kasut Bola Sepak Moden

Dengan TPU plate responsif dan EVA sockliner yang ringan, kasut ini membolehkan pergerakan lincah sambil memberikan sokongan kepada kaki yang masih membesar. Rekaan permukaannya membantu kanak-kanak memahami asas kawalan bola dan imbangan ketika latihan.

Bola Sepak Sebagai Bahasa Universal

Menurut Stephanie Chang, Pengurus Besar Kanan Skechers Malaysia, semangat bola sepak adalah sesuatu yang merentasi sempadan bahasa dan budaya.

“Bola sepak bukan sekadar sukan – ia bahasa universal yang menyatukan manusia di seluruh dunia. Di Skechers, kami bangga membawa semangat itu ke dalam permainan dengan kasut berprestasi tinggi yang direka untuk memperkasakan pemain di setiap peringkat,” katanya.

Ads

Skechers CTRL^ Pack, Revolusi Hebat Kasut Bola Sepak Moden

BACA: Tip & Teknik Dapatkan Larian 10km Dalam Masa Sebulan

Manifestasi Teknologi, Gaya & Aspirasi

Koleksi Skechers Football CTRL^ Pack bukan sekadar produk sukan, tetapi manifestasi teknologi, gaya dan aspirasi.

Ia meraikan semangat bola sepak sebagai permainan sejagat yang menghubungkan semua – daripada pemain elit hingga anak kecil yang baru belajar menendang bola.

Kini boleh didapati di Football Republic terpilih di seluruh Malaysia termasuk Pavilion Elite, The Curve, dan Alor Setar — Skechers bersedia untuk menakluk padang, satu langkah pada satu masa.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI