Ads

Skechers Friendship Walk & Run 2026 Catat Rekod Baharu Dengan Penyertaan 10,000 Peserta

skechers

Acara tahunan Skechers Friendship Walk & Run 2026 mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menarik penyertaan seramai 10,000 peserta, peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding edisi tahun lalu.

Penganjuran kali kesembilan itu sekali lagi membuktikan bahawa acara berkenaan terus menjadi antara festival larian komuniti paling mendapat sambutan di Malaysia.

Berlangsung di Anjung Floria, Putrajaya pada 21 Jun lalu, acara anjuran Skechers itu bukan sahaja menghimpunkan komuniti pelari daripada pelbagai latar belakang, malah turut memperkenalkan kategori baharu 21KM Half Marathon. Ini sekali gus menawarkan cabaran lebih besar kepada peserta yang ingin menguji kemampuan masing-masing.

Skechers Friendship Walk & Run 2026 Catat Rekod Baharu Dengan Penyertaan 10,000 Peserta

Tiga Kategori Untuk Semua Peringkat

Skechers Friendship Walk & Run 2026 menawarkan tiga kategori utama yang memenuhi keperluan pelbagai tahap kecergasan.

Kategori baharu 21KM Half Marathon Individual Run menjadi tumpuan utama tahun ini, khusus buat pelari berpengalaman yang mahu mencabar ketahanan fizikal mereka.

Sementara itu, 10KM Competitive Individual Run terus menarik penyertaan pelari kompetitif yang mengejar catatan masa terbaik.

Skechers Friendship Walk & Run 2026 Catat Rekod Baharu Dengan Penyertaan 10,000 Peserta

Bagi mereka yang mahu menikmati suasana santai bersama keluarga dan rakan-rakan, kategori 5KM Leisure Walk memberikan peluang kepada peserta daripada semua peringkat umur untuk sama-sama mengamalkan gaya hidup aktif.

Bukti Komuniti Larian Terus Berkembang

Menurut Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, Zann Lee, peningkatan jumlah penyertaan daripada 8,000 kepada 10,000 peserta menunjukkan sokongan berterusan komuniti terhadap acara tersebut.

Ads

“Melihat jumlah penyertaan meningkat daripada 8,000 tahun lalu kepada 10,000 tahun ini membuktikan kekuatan komuniti yang sentiasa menyokong acara ini sejak ia diperkenalkan.

“Pengenalan kategori 21KM Half Marathon mencerminkan komitmen kami untuk berkembang bersama para peserta apabila sasaran dan kemampuan mereka turut meningkat.”

Beliau turut menyifatkan Skechers Friendship Walk & Run kini telah menjadi antara acara penting dalam kalendar kecergasan Malaysia.

Skechers Friendship Walk & Run 2026 Catat Rekod Baharu Dengan Penyertaan 10,000 Peserta
Pelepasan kategori 21KM

Menampilkan Teknologi Kasut Terbaharu Skechers

Sepanjang acara berlangsung, peserta turut berpeluang melihat sendiri dua koleksi kasut larian utama Skechers yang menjadi tumpuan tahun ini.

Antaranya ialah Skechers Hands Free Slip-ins: Max Cushioning Glide-Step serta Skechers AERO Razor, yang dibangunkan menggunakan teknologi kusyen dan prestasi terkini bagi memberikan keselesaan maksimum ketika berjalan mahupun berlari dalam jarak jauh.

Skechers Friendship Walk & Run 2026 Catat Rekod Baharu Dengan Penyertaan 10,000 Peserta

Ads

Turut mencuri perhatian ialah dinding khas yang memaparkan nama kesemua peserta, sekali gus menjadi lokasi popular untuk bergambar sebagai kenangan menyertai acara edisi kesembilan ini.

Larian Yang Membawa Makna Lebih Besar

Selain mempromosikan gaya hidup sihat, Skechers turut meneruskan komitmen terhadap tanggungjawab sosial menerusi kerjasama bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Dalam majlis berkenaan, Skechers menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi membantu pesakit kanser yang memerlukan serta menyokong pelbagai program kebajikan yang dijalankan oleh MAKNA.

Skechers Friendship Walk & Run 2026 Catat Rekod Baharu Dengan Penyertaan 10,000 Peserta
Penyampaian sumbangan kepada MAKNA

Penolong Ketua Bahagian Projek MAKNA, Ravi Varman A/L Arron, berkata sumbangan tersebut amat bermakna buat pesakit dan keluarga mereka.

“Bagi ramai pesakit kanser dan keluarga mereka, rawatan bukan sahaja mencabar dari segi fizikal dan emosi, malah turut memberi tekanan kewangan. Sumbangan daripada Skechers ini akan membantu kami memperluaskan bantuan kepada mereka yang memerlukan.”

Ads

BACA: Ronaldo Tutup Mulut Pengkritik, Kini Jadi Pemain Pertama Jaringkan Gol Di Enam Edisi Piala Dunia

Suasana Meriah Hingga Garisan Penamat

Selepas menamatkan larian, peserta turut menyertai pelbagai aktiviti di Race Village termasuk sesi regangan dikendalikan oleh Windrunners serta sesi Move & Groove Zumba, yang berjaya menghidupkan suasana dengan penyertaan ratusan peserta.

Dalam kategori 21KM Half Marathon, Mohamad Nur Radzman muncul juara kategori terbuka lelaki dengan catatan masa 1 jam 15 minit 45 saat, manakala Chew Jia Qi menjuarai kategori wanita menerusi masa 1 jam 30 minit 42 saat.

Skechers Friendship Walk & Run 2026 Catat Rekod Baharu Dengan Penyertaan 10,000 Peserta
21KM Open Men’s
Skechers Friendship Walk & Run 2026 Catat Rekod Baharu Dengan Penyertaan 10,000 Peserta
21KM Open Women’s

Bagi kategori 10KM Competitive Run, Prabudass Krishnan dan Nurul Juliana Shakira masing-masing muncul juara kategori terbuka lelaki dan wanita.

Skechers Friendship Walk & Run 2026 Catat Rekod Baharu Dengan Penyertaan 10,000 Peserta
10KM Open Men’s
Skechers Friendship Walk & Run 2026 Catat Rekod Baharu Dengan Penyertaan 10,000 Peserta
10KM Open Women’s

Selain hadiah wang tunai dan baucar Skechers, para pemenang turut menerima pelbagai hadiah tajaan daripada rakan penaja termasuk bekalan makanan selama setahun daripada O’Brien’s Irish Sandwich Café untuk juara kategori tertentu.

Acara itu diakhiri dengan cabutan bertuah utama yang menyaksikan seorang peserta bertuah membawa pulang bekalan kasut Skechers selama setahun, sekali gus menutup tirai Skechers Friendship Walk & Run 2026 dengan penuh meriah.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
xiaomi ev

Xiaomi EV Cipta Sejarah Di Nurburgring, Catat Pusingan Rasmi Pertama Dunia...

Xiaomi EV mencipta sejarah apabila YU7 GT menjadi kenderaan pertama melengkapkan pusingan rasmi Nürburgring Nordschleife tanpa pemandu.