Larian merupakan salah satu cara yang baik untuk kita semua kekal sihat, meningkatkan mood dan memperbaiki kesihatan keseluruhan. Oleh sebab itulah terdapat pelbagai jenis tip larian boleh didapati.
Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, idea untuk berlari boleh kelihatan menakutkan atau membosankan.
Berita baiknya adalah terdapat banyak cara untuk menjadikan larian lebih menyeronokkan, menjadikannya aktiviti yang anda nantikan daripada yang anda benci.
Berikut MASKULIN kongsikan tip larian yang mampu buat ia jadi lebih menyeronokkan.
Tetapkan Matlamat Realistik
Salah satu tip larian menyeronokkan ialah menetapkan matlamat realisitk. Ini berdasarkan apa yang boleh dicapai dan terukur dapat memberikan tujuan dan arah kepada rutin larian anda.
Sama ada ia berlari pada jarak tertentu, meningkatkan kelajuan anda, atau menyertai perlumbaan tempatan, mempunyai matlamat untuk dicapai dapat menjadikan larian anda lebih bermakna dan memotivasi.
Berlari di persekitaran yang cantik atau menarik dapat menjadikan pengalaman lebih menyeronokkan.
Terokai laluan, taman, atau kejiranan yang berbeza. Menukar pemandangan anda dapat membantu menjadikan larian lebih segar dan menarik.
Ads
Melabur Dalam Peralatan Baik
Kasut larian yang selesa dan pakaian yang sesuai dapat membuat perbezaan besar dalam pengalaman larian anda.
Apabila anda berasa selesa dengan peralatan anda, anda lebih cenderung untuk menikmati larian anda. Jangan lupa untuk mempertimbangkan cuaca dan berpakaian dengan sesuai untuk kekal selesa.
Dengar Muzik Atau Podcast
Membuat senarai lagu motivasi dengan lagu-lagu kegemaran anda dapat memberikan tenaga kepada larian anda.
Sebagai alternatif, mendengar podcast atau buku audio dapat membuat masa berlalu dengan cepat dan memberikan anda sesuatu untuk dinantikan semasa larian anda. Pertimbangkan untuk menggunakan fon kepala jenis bone-conduction, yang membolehkan anda kekal sedar dengan persekitaran sambil menikmati audio anda.
Berlari dengan rakan atau menyertai kumpulan larian tempatan dapat menjadikan pengalaman lebih sosial dan menyeronokkan.
Mempunyai rakan larian dapat memberikan motivasi, sokongan, dan persaingan yang sihat. Tambahan pula, ia adalah cara yang baik untuk berkumpul dan berkongsi perjalanan bersama seseorang.
Menggunakan aplikasi larian atau penjejak kecergasan dapat membantu anda memantau kemajuan dan menetapkan cabaran baru.
Ads
Melihat peningkatan anda dari masa ke masa dapat sangat memotivasi dan memuaskan. Raikan pencapaian anda dan ganjarilah diri anda apabila mencapai matlamat..
Ganjaran Diri
Berikan diri anda sesuatu untuk dinantikan selepas larian. Ini boleh jadi makanan sihat, mandi yang menenangkan, atau masa rehat dengan buku atau rancangan TV yang baik. Mengaitkan larian dengan ganjaran positif dapat menjadikan keseluruhan pengalaman lebih menyeronokkan.
Sertai Acara Larian
Mendaftar untuk perlumbaan tempatan atau larian amal dapat menambah rasa tujuan dan keseronokan kepada rutin larian anda. Suasana hari perlumbaan, dengan komuniti yang menyokong dan suasana perayaan, dapat sangat memotivasi dan menyeronokkan.
Menjadikan larian lebih menyeronokkan adalah tentang mencari apa yang sesuai untuk anda dan memastikan perkara tetap segar dan menarik.
Selamat berlari!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ingat senang nak dapatkan perut six pack? Bertahun diet, bersenam nak dapatkan postur tu ok, ini 5 sebab mengapa lelaki yang dah ada six pack tak perlu lagi terburu-buru nak bekerja keras sampai nak mati.
Relaks dan bertenang inilah masanya untuk anda tayang badan anda kepada orang ramai.
1. Tidak perlu bersukan setiap hari
Bersenam memang baik dan menyihatkan tubuh badan anda. Namun sama seperti hal lain, senaman berlebihan boleh juga membahayakan tubuh anda.
Jadi anda boleh bersenam sekurangnya 3-4 kali seminggu demi memiliki perut six pack. Hal itu dilakukan demi menjadikan otot perut itu lebih rileks dan menghindari bahaya dari senaman berlebihan.
2. Jangan sampai cedera
Ramai antara mereka yang melaporkan mengalami kecederaan akibat dari senaman berlebihan. Hal itu dinyatakan oleh pihak American Army yang melakukan bancian.
Dengan adanya bancian tersebut sebaiknya ia dijadikan teladan. Jangan terburu-buru dan berlebihan jika ingin bersenam. Lebih baik melakukan dengan normal secara berkala.
3. Fokus pada bahagian otot yang lain
Untuk memiliki perut six pack, jangan hanya fokus kepada bahagian dan rutin senaman tertentu sahaja. Anda juga sebaiknya fokus pada bahagian otot yang berlainan juga.
Ini membolehkan seluruh otot tubuh anda untuk mendapat senaman dan gerakan yang mencukupi disertai dengan amalan pemakanan yang bernutrisi.
4. Punggung yang kuat
Perut six pack melambangkan juga postur punggung yang tegap dan kuat. Jangan biarkan bahagian punggung anda lemah kerana ia boleh menyebabkan kecederaan di saat anda bersenam demi mendapatkan perut six pack.
Ini adalah disebabkan punggung, khususnya bahagian bawah, bertanggung jawab untuk menyokong otot di sekitar perut.
5. Cermin mampu untuk menipu
Terdapat dua jenis lemak yang berada di dalam tubuh, iaitu lemak gut dan lemak hypodermic. Sifat lemak gut pula lebih berbahaya kerana kebiasaannya ia boleh menganggu fungsi jantung dan organ lain.
Jadi meskipun perut anda sudah six pack, jangan tertipu dengan cermin kerana mungkin sahaja anda memiliki lemak gut dalam tubuh.
Sumber: Lelaki Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila dalam mulut anda terkena ulser, sakitnya pasti sangat mengganggu kerana anda nak makan atau minum sekali pun, semua serba tak kena.
Ulser terjadi bukan sahaja kerana tergigit bibir sahaja malah ada kalanya akibat luka ketika memberus gigi, alergi dan sebagainya.
Paling lama ia akan hilang selepas 1 – 2 minggu tetapi untuk mempercepatkan proses penyembuhan, anda boleh gunakan bahan-bahan ini :
Garam
Kumurkan mulut anda dengan air garam selama 30 saat. Ulangi proses ini 2 hingga 3 kali sehari. Ini kerana sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan proses osmosis lalu membantu luka ulser untuk segera sembuh.
Madu
Madu mempunyai sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan ulser mulut. Madu boleh mengekalkan kelembapan mulut seterusnya menggalakkan proses pembentukan tisu baru. Sapukan sedikit madu asli pada tempat terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut.
Tuam uncang teh
Ambil uncang teh yang telah direndam dan letakkan pada bahagian mulut atau bibir yang terkena ulser. Biarkan selama 5 minit kerana teh adalah sejenis bahan beralkali. Sehubungan itu, teh dalam uncang dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.
Gel aloe vera
Selain madu, gel aloe vera juga merupakan sumber anti-bakteria dan anti-keradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara semulajadi. Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta.
Baking soda
Baking soda boleh digunakan dengan mudah dengan menyapukannya di bahagian dalam mulut yang terkena ulser atau anda boleh mencampurkannya dengan sedikit air. Sapukan pada bahagian ulser dan biarkan seketika. Selepas beberapa minit, kumur dengan air bersih. Baking soda atau soda bikarbonat yang bersifat alkali membantu meneutralkan keasidan pada ulser mulut. Ia juga boleh membantu membunuh bakteria agar ulser sembuh dengan cepat.
Minyak vitamin E
Jika anda mempunyai minyak vitamin E, sapukan pada bahagian mulut yang terdapat ulser. Sebagai alternatif, boleh juga membuka kapsul vitamin E dan sapukan minyaknya. Minyak ini akan membantu mengelakkan luka ulser daripada jangkitan dan memulihkannya dengan pantas.
Sapukan gel oral
Gel oral seperti Bonjela atau Oral Aid adalah antara ubat yang sering disyorkan dan ia boleh didapati di farmasi. Gunakan mengikut arahan pada label dan ikut preskripsi daripada ahli farmasi.
Kumur dengan larutan antiseptik
Larutan antiseptik seperti Listerine dapat membantu mencegah bakteria daripada menjangkiti luka ulser. Baca arahan pada label dan gunakan setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ya, kita semua tahu bahawa senaman plank merupakan bentuk workout yang cukup simple dan boleh dilakukan hampir di mana sahaja.
Malah senaman yang memerlukan hanya sedikit pergerakan seperti plank ini sangat popular bukan sahaja di kalangan atlet tetapi penggiat aktiviti sihat.
Namun ia adalah satu perkara yang sangat mustahil dan sukar dilakukan terutamanya buat individu yang mempunyai masalah sakit pergelangan tangan atau bahu. Disebabkan itulah pilihan yang mereka ada ialah melakukan elbow plank.
Akan tetapi terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan elbow plank. Di bawah MASKULIN senaraikan 7 kesilapan biasa yang dilakukan.
PUNGGUNG TERLALU TINGGI
Ramai orang cenderung meletakkan punggu mereka tinggi semasa melakukan elbow plank. Ini mungkin untuk dapatkan masa lebih lama. Namun ia hanya memberikan lebih tekanan di bahagian bahu.
TERLALU MEMBONGKOK
Bila badan terlalu membongkok anda membuatkan kondisi tulang belakang berada pada kedudukan yang tidak baik. Betulkan bahagian pelvis agar bahagian belakang lebih rata.
PINGGANG TERLALU RENDAH
Sesetengah orang yang berbadan kecil cenderung meletakkan punggung mereka agak rendah. Ini menyebabkan berat anda ditampung oleh bahagian otot punggung sahaja.
Bila melakukan elbow plank kedudukan leher perlulah selari dengan badan. Usah terlalu menunduk atau mendongak kerana ia boleh sebabkan kecederaan otot leher.
BAHAGIAN BELAKANG CONDONG
Ada juga sesetengah orang akan melakukan bentuk bulat pada bahagian belakang semasa melakukan plank ini. Ia disebabkan kekuatan yang tak mencukupi tapi masih degil melakukan juga senaman. Ia hanya menyebabkan anda sakit belakang serta bahu.
KEDUDUKAN BAHU SALAH
Kedudukan bahu merupakan antara faktor paling penting semasa melakukan elbow plank. Oleh sebab itu anda harus pastikan kedudukan bahu selari dalam garisan lurus.
MEMBUKA TANGAN
Bila anda membuka tangan ke lantai ia akan mengurangkan kesan senaman. Ini disebabkan bila tangan dibuka otot perut akan kurang tegang dan hasilnya tidak seperti anda harapkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.