Travel solo memang best, tambah lagi jika anda tak payah nak ikut masa atau ragam orang.

Namun apabila travel solo, bagaimana anda nak mengambil gambar? Tak menjadi masalah. Sebenarnya anda boleh je menjadi jurugambar sendiri.

Ashraffjunior, seorang pengguna Twitter yang sering berkongsi tip-tip travel, cycling dan beberapa aktiviti menarik lain, ada cara nak snap gambar sendiri tanpa bantuan orang lain.

Menurut Ashraf, perkara paling penting yang anda harus miliki adalah tripod.

Sekiranya anda ada tripod, anda boleh buat gambar seperti ini. Potrait boleh, landscape pun boleh. Tambahnya lagi, dia turut menggalakkan orang ramai menggunakan tripod gorilla kerana ia lebih ringan dan mudah untuk diletakkan di mana-mana sahaja.

Walaupun tak tinggi, anda boleh letakkan tripod ini di atas objek lain untuk menambahkan ketinggian dan boleh membengkokkan kaki tripod untuk lekatkannya pada tiang atau pagar serta beberapa tempat lain.

IKLAN

Kedua, anda perlu mengguna angle yang unik.

Letak kamera di sebalik objek.

Kemudian, gunakan grid dan tetapkan setting kepada auto HDR.

IKLAN

Gunakan aplikasi lightroom dan snapseed.

IKLAN

Sewaktu edit gambar, pastikan color tidak over.

Jaga exposure.

Malah dia turut memberikan beberapa contoh gambar yang cantik sebagai rujukan orang ramai.

Sumber: Ashraffjunior

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI