Alasan tiada masa dan sibuk dengan kerja serta tugasan di rumah merupakan perkara yang cukup menjengkelkan. Usah berdalih sebenarnya yang membuatkan sesetengah daripada kita tidak bersenam hanya sebab malas. Tapi kenapa malas jika anda boleh lakukan speed work out yang bakal MASKULIN kongsi di bawah.
Tidak perlu ambil masa yang lama, cukup hanya selama empat minit sahaja. Lebih menarik lagi anda boleh lakukan sebanyak empat jenis senaman berbeza iaitu squats jump, push up, burpees dan sit up.
Tapi untuk melakukan speed work out seperti ini anda perlu meracangnya dengan baik. Selain itu pastikan juga badan anada boleh biasa dengan senaman pantas seperti ini. Buat beginner MASKULIN nasihatkan lakukannya dengan sedikit perlahan. Usah paksa diri kerana kelak nanti anda juga yang merana.
Apa yang penting ia perlu dilakukan secara konsisten setiap hari. Dalam masa yang sama anda juga perlulah realistik. Dengan melakukan senaman empat minit ini jangan pula harapkan perubahan pada badan dan tahap kesihatan berlaku sekelip mata.
Ads
Apa yang MASKULIN boleh jamin ia akan beri satu hasil yang anda sendiri tak akan sangka dan ia mampu berlaku dalam tempoh 4 hingga 6 bulan.
Usah berlengah kerana anda boleh mulakannya pada hari ini! Ikuti step berikut untuk melakukan 4 senaman dalam masa 4 minit! Lakukan mengikuti turutan berikut dengan mengulangi sebanyak 2 reps.
Squats jumps – 20 saat
Rehat – 10 Saat
Ads
Push up – 20 saat
Rehat – 10 saat
Burpees – 20 saat
Rehat – 10 saat
Ads
Sit ups – 20 saat
Rehat – 10 saat
*ulang step dari mula
Dengan melakukan senaman secara konsisten seperti ini anda boleh hilangkan lebih 18 peratus lemak bada. Kepada yang ingin mencuba, selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada anda.
Untuk video workout yang menarik, follow YouTube MASKULIN untuk content menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kota raya Kuala Lumpur kembali menjadi tumpuan dunia larian jarak jauh apabila Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh semangat dan aksi luar biasa.
Ribuan pelari dari pelbagai negara membanjiri ibu negara, menghidupkan suasana pagi Ahad yang penuh tenaga dan inspirasi.
Edisi ke-17 acara larian paling berprestij di Malaysia ini menyaksikan penyertaan rekod seramai 42,000 peserta termasuk 3,300 pelari antarabangsa dari 53 negara.
Dengan status World Athletics Elite Label Race, KLSCM kekal sebagai satu-satunya acara larian jarak jauh di negara ini yang diiktiraf di peringkat dunia.
Hari kedua perlumbaan menyaksikan John Nzau Mwangangi dari Kenya muncul juara Full Marathon Lelaki Terbuka dengan catatan masa 2 jam 17 minit 28 saat, membawa pulang hadiah USD15,000 (RM63,225).
Di peringkat kebangsaan pula, pelari muda Yeow Ni Jia menamatkan saingan dengan masa 2 jam 36 minit 13 saat untuk merangkul gelaran Juara Marathon Malaysia 2025.
Mwangangi yang berusia 35 tahun yang sebelum ini dua kali berpuas hati di tempat kedua, akhirnya berjaya menebus kekecewaan dengan strategi baharu hasil analisis perlumbaan terdahulu.
“Saya terlepas tempat pertama dua kali kerana kurang pengalaman di kilometer terakhir. Jadi, saya belajar daripada kesilapan lalu dan ubah strategi. Laluan kali ini seimbang dengan gabungan rata dan berbukit, jadi saya dapat tingkatkan kelajuan dan perbaiki masa,” katanya.
Keungguan pelari Kenya terus menyerlah dengan dua lagi pelarinya, Kiprotich Kiru dan Vincent Kiprono, melengkapkan podium dengan catatan masing-masing 2:17:45 dan 2:18:06.
Dalam kategori wanita terbuka, Truphena Chepchirchir, juga dari Kenya, menjuarai acara dengan masa 2:41:36, mengatasi Almaz Negede Fekade dari Ethiopia (2:41:50) dan Joyline Chemutai (2:42:34).
Manakala kategori kebangsaan berlangsung sengit dengan kehadiran nama-nama besar. Yeow Ni Jia menewaskan pemegang rekod kebangsaan Tan Huong Leong (2:37:05) dan juara bertahan enam kali Muhaizar Mohamad (2:44:37).
“Laluan berbukit di KL memang mencabar, tetapi saya bersyukur kerana mencapai sasaran untuk catatan bawah 2:40. Jika dipilih ke Sukan SEA, saya akan fokus untuk capai catatan lebih baik,” katanya.
Bagi kategori wanita Malaysia, Chua Khit Yeng menebus kekalahan lalu apabila menamatkan perlumbaan dengan masa 3:05:40, mengatasi juara bertahan Noor Amelia Musa (3:09:03) dan Lee Siok Chin (3:11:07).
Pengarah Projek KLSCM, Rainer Biemans, berkata edisi tahun ini sangat bermakna kerana sambutan luar biasa dan sokongan komuniti pelari tempatan serta antarabangsa.
“KLSCM 2025 telah menerima sambutan luar biasa daripada komuniti larian. Lebih 3,300 peserta datang khas ke Kuala Lumpur semata-mata untuk acara ini.
“Tahun ini lebih istimewa kerana buat pertama kali, kami menggunakan laluan baharu dengan titik mula dan tamat berbeza serta pengiktirafan World Athletics Elite Label,” tambahnya lagi.
CEO Standard Chartered Malaysia, Mak Joon Nien, turut berkongsi makna acara ini terhadap warisan 150 tahun bank tersebut di Malaysia.
“Setiap langkah dalam maraton ini adalah simbol perjalanan kami bersama pelanggan, komuniti dan rakan kongsi.
“KLSCM bukan sekadar perlumbaan, tetapi perayaan semangat, ketabahan dan matlamat bersama,” katanya.
Turut mendapat perhatian ialah inisiatif Run For A Reason (RFAR) yang berjaya mengumpul dana untuk empat badan amal tempatan.
Badan amal tersebut ialah Futuremakers by Standard Chartered, Hospis Malaysia, Kechara Soup Kitchen dan Teach For Malaysia. Biemans menyatakan harapan agar jumlah kutipan tahun ini dapat mengatasi rekod RM1 juta yang dicapai tahun lalu.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai orang mengetahui bahawa makan minyak zaitun sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan.
Bukan hanya itu, makan minyak zaitun juga boleh mencegah kolesterol selain menjadi ramuan terbaik untuk menurunkan berat badan.
Minyak zaitun kaya akan kandungan vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Ia dapat membantu mengurangi rasa lapar dan keinginan untuk makan banyak, merendahkan lemak dan kolestrol serta membantu mencernakan makanan agar menjadi lebih baik.
Sebelum mengetahui cara-cara untuk menurunkan berat badan dengan minyak zaitun, ada baiknya anda mengetahui larangan pengambilan minyak zaitun terlebih dahulu iaitu elak mengambil lebih daripada lima sudu.
Ini kerana ia boleh menimbulkan reaksi buruk seperti masalah cirit-birit, gula dalam darah menjadi terlalu rendah atau mengundang racun pada tubuh.
Pengambilan satu sudu minyak zaitun sebelum sarapan atau sebelum tidur malam akan membantu otak untuk lebih menghasilkan hormon leptin. Hormon ini akan menstimulasikan tubuh agar anda rasa cepat kenyang. Ketika perut anda kenyang, secara automatiknya anda akan mengurangi pengambilan makanan ketika waktu siang sehinggakan jumlah kalori yang masuk ke tubuh dapat dikawal dengan baik. Bukan itu sahaja, minyak zaitun juga dapat meningkat imunisasi tubuh serta mengurangkan masalah kolesterol pada tubuh badan.
Antioksidan yang terdapat pada sayur-sayuran dan buah-buahan memerlukan lemak agar ia mudah untuk diserap oleh tubuh. Memandangkan minyak zaitun mengandungi lemak yang baik untuk tubuh, secara tidak langsung ia menjadi paduan hebat untuk dimakan bagi mengurangkan berat badan.
Minyak zaitun kaya dengan lemak tak tepu dan ia dapat mengurangi kadar lemak dalam tubuh yang boleh mengakibatkan kolesterol tinggi. Malah anda juga boleh menambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak. Kesemua lemak ini akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.
Minyak zaitun juga boleh dijadikan campuran dalam minuman bagi membakar lemak dan melancarkan proses diet anda. Anda boleh cuba mencampurkan satu sudu minyak zaitun bersama madu dan jus lemon ke dalam air suam. Minuman kaya serat ini dapat melancarkan pencernaan sekali gus mengurangi risiko sembelit yang selalunya dihadapi oleh mereka yang sedang berdiet. Amalkan campuran ini setiap pagi.
Selain bagus untuk dimakan, minyak zaitun juga merupakan minyak terbaik untuk urutan dan memanjakan diri kerana ia boleh membakar lemak dari luar. Untuk membuat minyak zaitun sendiri, pembuatannya juga mudah. Anda hanya perlu campurkan setengah cawan minyak zaitun bersama kopi dan perahan limau nipis. Sapukan pada perut atau bahagian tubuh yang berlemak. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lokasi yang dimaksudkan ialah Bukit Kuari atau Bukit Matt di Rawang, Selangor. Mungkin ramai tidak begitu mengenali nama kawasan pendakian ini melainkan komuniti pendaki yang aktif di Lembah Klang.
Tetapi jika panorama bukit itu membabitkan ‘spot’ ikonik, iaitu sebahagian Lebuhraya Rawang-Serendah atau lebih dikenali dengan nama Rawang Bypass dapat dilihat pada kemuncaknya, mungkin hampir semua pendaki di Malaysia mengetahui mengenai keistimewaan lokasi ‘viral’ itu.
Reputasi dengan menjadikan latar belakang jambatan lebuh raya tertinggi di Malaysia itu sebagai foto latar pemandangan untuk menghiasi akaun media sosial, ia antara kepuasan nyata bagi sesiapa yang dapat menawannya.
Macam tak percaya, tapi Lebuhraya Rawang-Serendah tersebut sebenarnya mengambil masa 12 tahun, dan RM628 juta untuk dilengkapkan. Haa, menarik kan? Jadi ini dia 7 lagi fakta menarik tentang Jalan Pintasan Rawang, ataupun Rawang Bypass:
1. TIADA TOL
Orang Lembah Klang macam Min sendiri memang dah lelah sangat dah dengan bayar tol ni, jadi, apabila Jalan Pintasan Rawang ni dibuka tanpa tol, memang sangat melegakan untuk mereka yang berulang-alik Kuala Lumpur, dan Rawang untuk berkerja.
Apa kata, kita buat banyak lagi jalan tanpa tol? Hehe
2. PROJEK TERGENDALA HAMPIR 6 TAHUN
Lebih tepat lagi, projek ini pernah tergendala selama 2132 hari dek prosedur dan proses-proses daripada pihak ketiga, yang langsung diluar kawalan JKR.
3. PERJALANAN 2 JAM, JADI 30 MINIT
Sebelum ini, mereka yang memulakan perjalanan dari Bandar Rawang memerlukan masa lebih kurang 2 jam untuk ke Kuala Lumpur pada waktu puncak. Tetapi, dengan lebuhraya 4 lorong Rawang Bypass, jadi 30 minit je walaupun pada waktu puncak!
4. MELALUI TAMAN WARISAN NEGERI SELANGOR
Rawang Bypass dibina melalui jajahan Taman Warisan Negeri Selangor sebesar 108,000 hektar, iaitu Taman Warisan ketiga terbesar Semenanjung Malaysia. Maksudnya, sambil memandu di atas Rawang Bypass, korang akan disajikan dengan pemandangan yang sangat tenang.
5. PEMBINAAN MESRA ALAM
Antara sebab mengapa Rawang Bypass dibina sangat tinggi, dan juga jalan yang bengkang bengkok adalah untuk mengelak daripada terlalu banyak pokok-pokok ditebang, dan akan menjejaskan eko-sistem. Jalan yang bengkang-bengkok telah berjaya mengekalkan sebanyak mungkin pokok dibawah binaan lebuhraya itu.
6. RUMAH KEPADA GIAM KANCHING
Giam Kanching merupakan sejenis spesis pokok yang hanya terdapat di Malaysia sahaja, dan hanya di Taman Warisan Negeri Selangor sahaja. Disebabkan Giam Kanching sangat berharga kepada Malaysia, dan turut disenaraikan sebagai spesis terancam, pembinaan lebuhraya ini turut mengambil kira langkah-langkah untuk mengelakkan kerosakan pada spesis Giam Kancing.
7. JALAN BERTINGKAT SEPANJANG 2.6KM, SETINGGI 60 METER
Ini merupakan fakta menarik yang menjadi faktor utama ramai ingin melalui jalan tersebut semata-mata, walaupun tiada urusan di Rawang. Bayangkan kalau Min ada kereta convertible dan lalu disini, disajikan dengan pemandangan hutan, dan angin malam. Peh!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.