Setiap lelaki perlu tahu jenis kulit masing-masing sebelum nak beli produk wajah. Ia penting agar anda boleh memahami masalah yang timbul pada jenis kulit anda.
Bila dah tahu jenis kulit, tak adalah anda membazir duit kerana terbeli produk yang tidak sesuai dengan kulit wajah, malah boleh maintain kacak dan dapatkan kulit flawless.
Ini kerana epidermis jenis kulit lelaki mempunyai tekstur yang berbeza dengan wanita namun rejim penjagaan dan cara perapiannya perlulah selari.
Jadi tidak hairan kini lebih ramai lelaki gemar untuk menjaga kulit wajah seiring dengan munculnya pelbagai produk penjagaan kulit wajah khusus untuk lelaki.
Sebelum nak membeli produk, penting untuk anda tahu spesifikasi produk yang sesuai dengan jenis kulit. Ia penting untuk anda kenali jenis kulit anda sebelum mengaplikasikan apa-apa produk pada wajah.
Jadikan lima jenis kulit ini sebagai garis panduan untuk anda memahami produk apa yang anda perlukan untuk mengatasi masalah kulit anda.
Orang jenis kulit normal tidak memiliki sebarang masalah kulit yang dominan. Minyak atau sebum yang ada pada permukaan kulit wajah adalah lebih rendah, malah teksturnya lebih lembut dan liang pori-porinya agak kecil. Ini kerana kadar kandungan air yang diperlukan oleh kulit mencukupi dan menghasilkan kulit wajah yang lebih sihat.
Ads
Jenis kulit normal sangat jarang berdepan dengan masalah kulit jerawat, jeragat ataupun bintik hitam. Untuk penjagaan kulit wajah, cuci dengan pembersih sebanyak dua kali sehari dan lakukan rejim-rejim lain seperti memakai serum dan pelembap.
Jenis kulit berminyak kebanyakannya dialami lelaki sejak usia remaja, malah ia adalah jenis kulit yang paling tidak digemari. Jenis kulit ini akan mengalami wajah berminyak di keseluruhan muka dan menjadikan wajah anda berkilat.
Liang pori-pori terbuka sederhana besar dan ini akan memudahkan minyak dikeluarkan ke permukaan wajah, sekali gus berkumpul pada tekstur kulit. Kesannya akan mendedahkan anda dengan masalah jerawat dan bintik hitam.
Anda yang memiliki jenis kuit berminyak perlu mengatasi masalah ini dengan mengaplikasikan pembersih wajah anti minyak dan pelembap yang berasaskan kandungan air. Kertas anti minyak juga boleh anda gunakan untuk menyerap minyak yang terhasil pada permukaan kulit ketika anda menjalani aktiviti harian di luar.
Biarpun jenis kulit ini kurang menghasilkan minyak dan sebum, masalah yang anda hadapi adalah kekeringan kulit. Kekeringan yang ketara lebih jelas kelihatan pada bahagian bibir lantas memberi refleks kepada raut wajah yang kusam dan kelihatan kering.
Liang pori-pori ada ketikanya tidak kelihatan langsung. Kulit kering nyata akan memperlihatkan impak kulit mengelupas sehingga menimbulkan rasa tidak selesa pada kulit wajah.
Untuk rejim penjagaan kulit wajah, hindari produk pembersih wajah yang mengandungi banyak bahan kimia khususnya salicylic acid. Carilah pembersih wajah dengan kandungan minyak kelapa dan pelembap daripada bahan aloe vera atau minyak zaitun agar kulit anda tidak terlalu kering.
Elakkan mencuci wajah dengan air panas kerana ia akan menambahkan lagi kekeringan pada kulit anda. Jangan cuci wajah dengan pembersih lebih daripada sekali sehari. Waktu terbaik untuk anda mencuci wajah agar terhindar daripada kekeringan adalah pada waktu malam.
Jika anda miliki jenis kulit sensitif, cubalah sederhanakan rutin anda dengan produk yang lembut dan mudah. Kemudian, perlahan-lahan selitkan produk yang anda inginkan agar anda tahu dengan tepat jenis produk pembersih yang akan bertindak balas negatif dengan kulit anda.
Jika kulit anda sensitif, kemerahan atau mengelupas, cuba gunakan pelembap dengan bahan yang melegakan kulit. Ini kerana produk yang mengandungi zink oksida bertindak sebagai pelindung matahari yang boleh menenangkan kulit.
Ternyata jenis kulit ini adalah salah satu yang paling mengelirukan. Jenis kulit kombinasi akan menghasilkan tekstur berminyak sekitar hidung dan dagu, manakala mengalami kekeringan pada bahagian pipi.
Penjagaannya juga harus rapi kerana anda perlu mengawal sebahagian kulit yang akan menyebabkan masalah. Cara terbaik untuk mengatasinya adalah mencari produk pembersih wajah untuk kulit sensitif (tidak berminyak) namun bersihkan bahagian yang berminyak tadi.
Pernah alami saat-saat rambut keguguran? Ataupun botak di mana-mana bahagian? Puncanya disebabkan oleh rambut anda yang kurang sihat dan kerap keguguran.
Jika wanita menganggap rambut sebagai mahkota, begitu juga dengan lelaki. Rambut yang lebat dan bersinar memang menjadi pilihan lelaki yang gemarkan gaya dan menjiwai fesyen.
Barangkali juga produk rambut yang anda gunakan tidak sesuai dengan rambut anda. Di sini MASKULIN listkan apa yang patut anda lakukan untuk mendapatkan rambut lebat dan atasi rambut lambat panjang.
1. Stress
Gangguan emosi merupakan salah faktor terbesar untuk memiliki rambut yang tidak berkualiti. Menderita akibat stress boleh menyebabkan rambut anda gugur dengan sangat cepat.
2. Penggunaan Bahan Kimia Yang Berlebihan
Menggunakan bahan kimia pada rambut juga merupakan salah satu faktor yang melambatkan pertumbuhan rambut. Melakukan bleaching, rebonding, mengerintingkan rambut atau kerap menggayakan rambut boleh menyebabkan rambut rosak dan ‘mati’.
3. Kekurangan Nutrisi
Antara faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah kekurangan nutrisi. Mengamalkan diet yang tidak seimbang akan menghancurkan folikel (akar) rambut sehingga menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh.
4. Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat-ubatan secara tak langsung akan memberikan kesan kepada kulit kepala dan juga rambut.
5. Kurang Tidur
Kurang tidur juga boleh menjadi punca rambut lambat panjang. Sebaiknya anda perlu tidur antara 7 ke 8 jam setap hari bagi menjana sel-sel rambut ketika anda tidur ini kerana ketika itu tubuh dan otak anda seTidur yang mencukupi, antara 7 ke 8 jam dalam sehari mampu menjana sel-sel rambut ketika anda tidur kerana ketika itu tubuh dan otak anda sedang berehat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap deodoran yang ada dipasaran berbeza-beza dan kualiti yang ditawarkan juga cukup bervariasi. Tapi tahukah anda terdapat beza yang besar di antara deodoran yang baik dan biasa? Jadi bagaimana cara untuk anda tentukan deodoran yang baik.
Sebelum itu kita harus tahu beberapa kriteria untuk memilih deodoran. Antara faktor pentingnya ialah;
Bahan
Jenis deodoran seperti roll-on stick, gel, spray atau paste
Deodoran atau antiperpirant atau keduanya sekali
Berapa lama ia bertahan
Berapa lama ia perlu ditukar
Harga yang ditawarkan
JENIS DEODORAN
Roll-On StickGelSprayPaste
MEMILIH DEODORAN
Pertama sekali anda perlu tahu beza di antara deodoran dan antiperspirant. Ikuti perbezaannya di bawah:
Perbezaan antara deodoran dan antiperpirant.
Deodoran
Mengandungi bahan seperti alkohol untuk membuatkan kulit bawah lengan lebih acidic jadi bakteria bau busuk tidak akan berkumpul dan menghasilkan bau busuk. Namun deodoran tidak menghalang anda untuk berpeluh.
Antiperspirant
Manakala antiperspirant pula dibuat daripada bahan asa aluminium yang akan menyumbat liang kulit dan merendahkan kadar anda berpeluh.
JIKA ADA ALAHAN
Satu produk deodoran kebiasaannya mengandungi sebanyak 10 atau lebih bahan. Kebiasaannya ia akan disenaraikan sebagai ‘fragrance’ yang merupakan kombinasi dari 100 atau lebih bahan.
Sebelum membelinya bacalah kandungan bahan-bahannya pada label deodoran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pakai mask memang bagus untuk keselamatan dari tersebar atau dijangkiti bakteria. Namun jika anda memakainya dalam tempoh yang terlalu lama, ia akan menyebabkan kulit wajah ‘breakout’.
Pelitup muka yang anda pakai itu akan bergesel dengan kulit wajah dan menyebabkan luka halus atau “micro tears” terjadi pada kulit.
Bakteria yang ada pada pelitup muka dan pada permukaan kulit akan tertolak masuk ke dalam luka-luka halus sehingga mencetuskan breakout.
Kanda Aziz menjelaskan di Facebooknya, situasi sebenar mengapa ia terjadi dan bagaimana merawat kulit wajah ‘breakout’ supaya menjadi bersih dan bebas daripada sebarang acne.
Maskne = Mask + Acne
Jerawat yang tumbuh akibat panggunaan pelitup muka yang kerap dipanggil MASKNE. Terma ini adalah hasil gabungan Mask dengan Acne.
Maskne bukanlah perkara baru. Orang-orang bekerja yang menggunakan pelitup muka setiap hari dari dulu lagi hadap maskne ni.
Cuma sekarang semakin ramai orang awam seluruh dunia memakai pelitup muka setiap hari, oleh itu topik maskne jadi popular balik.
Macam mana nak elak maskne?
Memakai pelitup muka memang dah termasuk dalam norma baru, jadi takleh nak ngelat dah. Tapi berikut adalah cara-cara untuk kurangkan maskne.
1. Tukar pelitup muka
Korang janganlah berhari-hari pakai pelitup yang sama, kalau rasa macam pelitup tu dah kotor dengan air liur sebab kerap bercakap, batuk dan bersin, zohor tu tukarlah pelitup muka yang lain pula.
2. Cuci muka
Pastikan cuci muka guna pencuci muka yang bersesuaian selepas menanggalkan pelitup muka. Untuk kulit berminyak yang cenderung naik jerawat, pakai pencuci muka yang ada Salicylic Acid. Sekali sekala buatlah double cleanse guna Cleansing Oil atau Micellar Water.
3. Elakkan produk skincare yang tebal/ mekap tebal
Bila kita pakai krim tebal atau mekap tebal, kulit kita yang sedia berminyak (peluh dari haba pakai mask) akan jadi lebih berminyak dan menyebabkan kotoran dan bakteria lagi mudah terkumpul pada kulit.
4. Pakai Chemical Exfoliant
BHA dan AHA dalam produk chem exfo memastikan pori-pori bersih dari sel-sel kulit mati, minyak dan kotoran luar. Bila kulit bersih, bakteria pun payah buat hal. Pakai yang daily exfoliating toner tu pun okay kalau sesuai.
Lepas tu, kau teruskan dengan rutin-rutin lain macam biasa. Kalau breakout teruk sangat dan berlarutan, dapatkan ubat jerawat dari ahli farmasi atau doktor.