Deman, pening atau sakit ringan boleh datang tanpa mengira masa. Ketika hari raya, kebanyakan klinik dan farmasi akan tutup dan bercuti lama.

Sekiranya anda diserang sakit-sakit biasa seperti demam, pening, sakit kepala, selesema dan sebagainya, sebaiknya anda standby ubat-ubatan dan boleh rawat sendiri penyakit ini di rumah.

Pegawai Perubatan Kecemasan, Dr. Asmi Syabil menasihati orang ramai agar menyimpan beberapa jenis ubat ini dalam first aid kit anda di rumah ataupun ketika anda dalam perjalanan pulang ke kampung.

Kalau nak elak anda murung sepanjang hari raya kerana sakit, pastikan anda standby ubat-ubatan ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

BACA: Ahli Farmasi Ini Ajar Cara Betul Nak Simpan Ubat, Yang Ramai Orang Tak Tahu!

Ubat-ubatan yang wajib anda simpan di rumah, asrama atau di atas kereta

Antara perkara yang boleh menyakitkan hati adalah “menunggu”.

Tak kisah lah tengah tunggu kawan yang asyik “on da way” atau tunggu saudara mara bersiap nak ke kenduri, menunggu duit gaji masuk,ianya bisa menyakitkan hati terutama bagi yang kurang sabar apabila perlu menunggu dengan jangka waktu yang lama.

Bak lirik lagu “penantian itu satu penyiksaan”.

Dan ramai sedia maklum di antara tempat yang memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan waktu menunggu yang lama adalah JABATAN KECEMASAN hospital-hospital kerajaan. (Tapi sentiasa tidak pernah surut?)

Antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan, yang mana rawatan boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar.

Antaranya seperti:

– Demam
– Batuk
– Selesema
– Cirit-birit
– gatal-gatal badan
– Muntah
– Sakit perut
– Pening
– Sakit kepala
– Dan pelbagai lagi.

Jadi, kali ini jom kita bicara serba sedikit berkenaan ubat-ubatan yang boleh disimpan dirumah sebagai ‘First aid kit’ ataupun boleh di bawa ketika ingin bermusafir agar kita tidak memenuhi jabatan kecemasan dengan kes-kes yang tidak sepatutnya.

Berilah peluang kepada mereka yang betul-betul memerlukan rawatan kecemasan terutamanya mereka yang bertarung diantara hidup dan mati untuk mendapatkan tumpuan petugas kesihatan.

Ini antara ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas.

(Sila baca deskripsi di setiap gambar ye?)

Sila dapatkan nasihat doktor jika gejala (symptom) anda berterusan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera apabila anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil.

BACA: Betul Ke Ubat Kurang Berkesan Kalau Minum Dengan Air Kelapa? Ini Jawapan Doktor

Semoga bermanfaat untuk semua dan silakan berkongsi untuk kegunaan bersama.

1. Paracetamol 500mg (Panadol)

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

Yang ini rasanya semua kenal.Boleh diambil jika anda mengalami demam ataupun sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya.

Dos disyorkan: 2 biji (sekali makan) tiga kali sehari.
Jangan melebihi 8 biji sehari.

2. Loratadine 10mg

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

Ubat dalam kategori antihistamin.

Dos disyorkan: 1 biji sekali sehari

Sering digunakan untuk mengurangkan gejala alahan, gatal-gatal, mata berair atau bahasa mudah orang selalu cakap “resdung”.

3. Chlorpeniramine 4mg (Piriton)

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

IKLAN

Bagi yang kerap berjumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan alahan mesti dah kenal dengan ubat ini.

Ubat ini juga seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin dan digunakan untuk mengurangkan gejala yang sama.

Dos disyorkan: 1 biji, 3 kali sehari.

Ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk, oleh itu jika anda rasa seperi mengalami kesan ini, elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi mereka yang bekerja.

4. Diclofenac Sodium 50 mg (Voltaren)

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

Ubat tahan sakit atau radang.Ubat ini tergolong dalam kategori NSAIDs.

Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu.

Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol.

Untuk yang ada gout mesti dah kenal sebab antara ubat yang wajib makan apabila kena serangan gout.

Elakkan pengambilan ubat ini ketika perut kosong atau bagi mereka yang ada gastritis.

5. Metoclopramide HCl 10 mg (Maxolon)

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

Ubat untuk gejala seperti loya dan muntah, juga digunakan untuk migraine.

Untuk ibu-ibu mengandung yang mengalami gejala loya dan muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan.

Muntah disebabkan keracunan makanan juga boleh dikurangkan.

Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

6. Buscopan 10mg

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

Ubat untuk mengurangkan sakit perut terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang.

IKLAN

Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

7. Ranitidine 150mg (Zantac)

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

Dos disyorkan: 1 biji 2 kali sehari.

Selalu digunakan untuk mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut,gastritis dan juga GERD.

Bertindak untuk mengurangkan rembesan asid di dalam perut.

8. Diphenoxylate + Atropine Sulphate (Lomotil)

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

Ubat untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan.

9. Activated Charcoal 250mg

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari

Sama seperti Lomotil di atas, ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.

10. Oral Rehydration Salt (ORS)

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

Dos disyorkan: 1 paket apabila perlu.

Sepertimana yang kita ketahui, badan kita memerlukan garam galian seperti sodium dan potasium untuk berfungsi dengan baik.

Dan garam galian ini boleh berkurangan akibat dehidrasi apabila kita mengalami cirit-birit yang berterusan.

Oleh itu ORS ini sering dipreskripsi okeh para doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan agar fungsi tubuh badan tidak terjejas.

IKLAN

11. Mist magnesium Trisilicate (MMT)

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

Ubat ini sama fungsinya seperi Gaviscon yang selalu dilihat di kaca tv.

Bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman.

Dos disyorkan: 15 ml 3 kali sehari.

Sila ambil sebelum makan dan pastikan anda tidak menjamah apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil.

12. Breacol – Cough Syrup

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

Yang ini memang semua orang kenal.

Boleh ja beli dimana-mana farmasi hatta di 7-eleven daripada penat korang menunggu berjam-jam di jabatan kecemasan hanya disebabkan batuk.

13. Ammeltz Yoko Yoko

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

Atau kandungan utamanya methyl salicylate seperti krim LMS yang sering diberikan para doktor untuk mengurangkan ketegangan otot.

Yang ini pun banyak dijual di luar dan sangat-sangat berguna untuk mengurangkan sakit-sakit otot atau lenguh-lenguh badan.

Takkan nak ambil LMS pun korang nak melawat jabatan kecemasan pukul 1-2 pagi, ye dak?

14. Chloramphenicol Eye Drop

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

Boleh digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis. Ala, yang selalu bangun-bangun tidur tu tetiba penuh tahi mata lepas tu mata pula rasa pedih dan berair.

15. Termometer

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

Yang ini eloklah beli dan simpan satu di rumah untuk cek sendiri suhu badan kalian atau anak-anak samada demam atau tidak.

Boleh didapati dengan pelbagai jenis dan bentuk dan kebanyakannya mudah digunakan.

Julat untuk suhu normal ada pelbagai mazhab. Tapi kebiasaan yang digunakan adalah:

Suhu 38°C dan ke atas = demam

16. Pregnancy Test Urine Strip – Ujian Kehamilan

Standby 15 Jenis Ubat-Ubatan Ini Di Rumah Jika Anda Sakit Masa Hari Raya!

Sebab apa kalian kena simpan sekali benda ini di rumah terutamanya bagi pasangan-pasangan yang memang berhasrat mendapatkan cahaya mata?

Sebab para doktor di jabatan kecemasan ni dah penat nak melayan pasangan-pasangan yang datang ke jabatan kecemasan semata-mata untuk confirmkan kehamilan mereka.

Kalau dah kalian beli di farmasi dan buat di rumah tu positif, hamil lah tu. Tak payahlah nak datang melawat kecemasan hanya untuk double confirmation. Tak cemas pun.

Kurangkan sikap pentingkan diri dan bagilah peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukan rawatan ye.

Dr. Asmi Syabil
Pegawai Perubatan Kecemasan

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI