Ada fakta membuktikan kebanyakan kemalangan jalan raya adalah berpunca daripada brake pad yang gagal berfungsi ketika kecemasan. Ini amat merbahaya kepada pemandu serta pengguna jalan raya yang lain.
Situasi ini selalunya berlaku ketika kereta sedang laju dan tiba-tiba tidak boleh brek. Apa yang ingin MASKULIN tekankan di sini adalah ramai orang seringkali tidak memeriksa keadaan brake pada sama ada masih elok atau sudah tiba masa untuk diservis serta ditukar baharu.
Ikuti perkongsian tip memeriksa brake pad yang dibuat oleh sebuah Bengkel Kereta yang berpusat di sekitar Lembah Kelang bagaimana untuk memeriksa keadaan system brake pad kereta anda.
Ikuti tips lengkap di bawah ini,
Ads
BAGAIMANA NAK TAHU BILA BRAKE PAD PERLU DITUKAR?
#1: ‘Brake Warning Lights’ = BRAKE PROBLEM
Ini ada pentunjuk paling mudah yang menunjukkan system brake anda problem. Punca utama ada samaada brake pad telah habis atau minyak brake berkurangan. Periksa jenis minyak brake yg kereta anda pakai pada penutup tangki minyak brek kereta anda supaya tidak salah pakai minyak.
Ads
#2: MINYAK BREK BERKURANGAN
Periksa paras minyak brek pada tangki atau tempat masuk minyak brek. Pastikan ianya sentiasa dalam paras maximum. Boleh tambah terus minyak brek atau bawa ke bengkel untuk proses bleeding system brake.
#3: BUNYI NYARING ATAU BISING KETIKA BREK DITEKAN
Apabila brake pad terlalu nipis melepasi tahap minimum atau tahap selamat, pin indicator pada brake pad akan bergesel dengan disk rotor. Bunyi nyaring yang terhasil dari geseran ini adalah amaran brake pad nipis dan perlu ditukar segera.
Ads
#4: JARAK MASA BERHENTI LEBIH LAMA / JAUH (BRAKE TAK MAKAN)
Puncanya mudah, permukaan brake pad dan brake rotor tidak rata atau terlalu banyak habuk. Material brake pad tidak lagi mencengkam atas faktor usia. Atau brake pad yang dipakai tidak berkualiti. Jika ini yang anda rasa, terus tukar atau servis system brake kerana ianya sangat bahaya. Bayangkan keadaan jika anda perlu brek emergency.
#5: STERING BERGEGAR KETIKA BREK DITEKAN
Punca utama adalah brake rotor tidak rata, boleh cuba skimmed disc iaitu meratakan semula brake rotor atau jika sudah terlalu nipis, perlu terus tukar.
#6: TERASA KOSONG SEMASA TEKAN BREK
Ini mungkin berpunca sebab ada angin dalam salur minyak brek atau kerosakkan pada pedal brake itu sendiri. Jika ada angin, perlu buat proses bleeding semula di bengkel.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tidak kagum dengan lakonan Robert Downey Jr. sebagai Tony Stark yang juga merupakan seorang adiwira Iron Man yang cukup diminati ramai.
Dalam setiap filem, Tony Stark digambarkan sebagai seorang lelaki kaya dan pintar dalam membangunkan sesebuah aplikasi yang bersifat futuristik.
Namun dalam melayan filem-filem lakonannya sebagai Tony Stark, pernah tak anda curi-curi pandang dengan teliti kereta apa yang Tony Stark pakai?
Kalau macam tak perasan atau terlepas pandang sebab anggap kereta itu sekadar perhiasan mencantikkan sinematografi, jom layan gambar-gambar di bawah :
a) Iron Man 1
Dalam filem pertama Iron Man, antara kereta milik Tony Stark yang diperkenalkan adalah Audi R8. Ia menjadi trend sehingga orang menggelarnya sebagai kereta Iron Man. Di samping itu, di dalam garaj milik Tony Stark juga tersimpan beberapa kereta klasik seperti Shelby Cobra, Saleen S7, Tesla Roadster dan 1932 Ford Flathead Roadster.
b) Iron Man 2
Dalam sekual kedua, Tony Stark dilihat memperkenalkan Audi R8 Spyder buat seketika dan selain itu, ada kelihatan juga kereta Ford Flathead dari filem pertamanya.
c) Iron Man 3
Menerusi kejayaan besar filem tersebut, Tony Stark dalam filem ketiga ini dilihat segak memandu Audi R8 e-tron dan Bugatti Veyron Supersport.
Seterusnya dalam filem pertama gabungan semua adiwira terawal, Tony Stark ditampilkan dengan kereta dari jenis Acura NSX namun terdapat sedikit pengubahsuaian daripada konsep asal.
e) The Avengers: Age of Ultron
Masih menceritakan kesinambungan dari filem pertama Avengers, filem ini membangkitkan kisah permulaan Ultron wujud sebagai jasad yang hidup dan di samping itu, Tony Stark dilihat mengguna semula Audi R8 yang mendapat sedikit sentuhan rekaan semula. Sama juga seperti dalam filem Captain America : Civil War, tidak banyak perubahan kenderaan yang digunakan Tony Stark.
f) Spider-Man: Homecoming
Dalam filem reboot Spider-Man, Tony Stark dilihat menggunakan kereta Audi A8 yang baharu.
g) Avengers : Endgame
Dalam filem yang bakal dinanti-nantikan ini pula, jenis kereta yang akan dipandu Tony Stark belum diketahui tetapi baru-baru ini, Robert Downey Jr. dijemput untuk memandu uji Audi e-tron GT yang terbaharu.
Adakah ini kereta yang akan dipakai Tony Stark dalam filem Avengers : Endgame? Sama-sama kita saksikan!
Tetapi sebenarnya koleksi kenderaan Tony Stark ada banyak lagi dan ini sekadar pendedahan ringkas. Nak tahu lebih lanjut, terus kekal bersama Maskulin.
Pasaran motosikal besar tempatan sebenarnya agak sepi buat seketika. Khabarnya Ducati Malaysia bakal melancarkan beberapa model baru ke pasaran Malaysia. Antaranya ialah model Ducati Scrambler Cafe Racer dan Scrambler Desert Sled.
Buat masa ini, tarikh rasmi pelancaran dua model berkenaan masih belum disahkan. Ducati Malaysia memaklumkan dua model itu bakal tiba ke pasaran tempatan sama ada penghujung Julai ini atau pun awal Ogos.
Mengukuhkan lagi ketibaan dua model itu apabila penulis sendiri terlihat model berkenaan sedang diuji oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahagian automotif.
Model Ducati Scrambler Cafe Racer diperkenalkan pada pameran EICMA 2016, Milan, Itali. Negara jiran, Indonesia melancarkan model klasik berkenaan pada 19 Mei lalu.
Ducati Scrambler Cafe Racer dijana oleh enjin 803cc dengan teknologi L-Twin Desmodromic Distribution. Enjin berkenaan menghamburkan kuasa 55kW pada 8250rpm dan tork maksimum 68Nm pada putaran enjin 5750rpm.
Tenaga yang dihasilkan kemudian disalurkan melalui sistem transmisi 6-kelajuan dengan klac basah APTC Multiple bersama Kawalan Mekanikal yang akan menjadikan tarikan pecutan jentera begitu ganas. Dilengkapi dengan emisi Euro4, kecekapan bahan api tidak perlu diragukan.
Gabungan gaya klasik dan moden begitu seimbang pada setiap sisi luarannya. Rekaan lampu depan bulat dengan padanan teknologi LED memberikan pencahayaan yang terang pada waktu malam. Manakala, lampu belakang turut didatangkan dengan ciri LED bersama lampu difusi. Bahagian tepi tangki minyak bersaiz 13.5 liter itu disisipkan lencana ‘Scrambler’ yang timbul.
Gaya cafe racer boleh dilihat pada bahagian pelana balutan kulit berwarna coklat. Pihak Ducati memilih ekzos perlumbaan berwarna hitam bersama peredam aluminium Termignoni yang menyerlahkan imej sporty.
Cafe racer itu juga menampilkan panel digital LCD yang merangkumi informasi speedometer, jarak perjalanan dan jam. Walaupun kelihatan ringkas tetapi tetap informatif.
Menyentuh soal rangka, Ducati Scrambler Cafe Racer menggunakan rangka kukuh jenis Tubular Steel Trellis. Rangka berkenaan bukan sahaja kuat tetapi juga ringan. Sehingga mampu membuatkan model klasik berkenaan memecut dengan mudah.
Penulis berpeluang menunggang uji model tersebut. Dengan tinggi pelana 805mm dirasakan sudah cukup ideal, walaupun para pengguna di Malaysia memiliki postur tubuh sederhana. Penulis dengan ketinggian 156 sentimeter sedikit menjengket. Tapi masih selesa.
Scrambler Cafe Racer mempertaruhkan sitem brek Brembo berukuran 330mm pada bahagian depan dan bahagian belakang bersaiz 245mm. Melengkapkan bahagian kaki, Ducati menggunakan tayar Pirelli Diablo Rosso II. Tidak ketinggalan model ini didatangkan dengan ciri ABS sebagai standard.
Penulis menjangkakan harga Ducati Scrambler Cafe Racer ialah RM68, 000 seunit.
SPESIFIKASI DUCATI SCRAMBLER CAFE RACER ENJIN: 803cc, teknologi L-Twin Desmodromic Distribution KUASA MAKSIMUM: 74hp @ 8,250rpm TORK MAKSIMUM: 68Nm @ 5750rpm TRANSMISI: 6-kelajuan wet klac APTC Multiple PxLxT: 2,107mm X 810mm X 1,066mm JARAK RODA: 1,436mm TINGGI PELANA: 805mm BERAT: 188kg SUSPENSI: Fork terbalik Kayaba berukuran 41mm (depan) / Penyerap hentak Kayaba dengan preload yang boleh laras Kayaba SAIZ TAYAR: 120/70 ZR17 (depan)/ 180/55 ZR17 (belakang)
Honda Malaysia secara rasmi melancarkan Civic Baharu, membawa inovasi teknologi ke tahap baharu dalam segmen sedan C.
Model ini dilengkapi dengan Google Built-In, reka bentuk terkini dan prestasi hibrid yang cemerlang, menjadikan setiap pemanduan lebih mengujakan.
Civic Baharu tampil dengan kehadiran yang lebih berani. Varian e:HEV RS kini menampilkan gril berwarna badan dan rim aloi matte kelabu 18 inci.
Varian RS Petrol pula hadir dengan gril hitam untuk rupa yang sporty. Warna baharu Canyon River Blue Metallic juga diperkenalkan buat pertama kali, bersama empat pilihan warna lain.
Varian e:HEV RS dikuasakan oleh enjin 2.0L e:HEV yang menghasilkan 184PS dan 315Nm, dengan transmisi e-CVT yang efisien.
Bagi peminat prestasi, varian RS Petrol menawarkan enjin 1.5L VTEC Turbocharged dengan kuasa 182PS dan 240Nm, memastikan pengalaman pemanduan yang mengujakan.
Teknologi Google Built-In membolehkan pengguna mengakses Google Assistant, Google Maps dan Google Play secara langsung dari paparan 9 inci.
Pemandu boleh menggunakan arahan suara untuk navigasi, kawalan penghawa dingin dan banyak lagi.
Honda CONNECT kini dilengkapi ciri baharu seperti fungsi Light & Horn untuk memudahkan mencari kenderaan.
Selain itu, RS e:HEV menampilkan paparan meter TFT 10.2 inci dan kad kunci pintar yang menambah keselesaan.
Keselamatan menjadi keutamaan dengan teknologi Honda SENSING yang disediakan standard.
Sistem ini termasuk Adaptive Cruise Control, Collision Mitigation Braking System dan Lane Keep Assist, antara lain.
Civic Baharu ditawarkan pada harga bermula RM133,900 hingga RM167,900 bergantung pada varian.
Honda Malaysia mensasarkan jualan bulanan sebanyak 1,000 unit dan berhasrat mengekalkan kedudukan dalam segmen C bukan nasional.
Untuk maklumat lanjut atau penjadualan pandu uji, pelanggan boleh melawat pusat jualan Honda atau laman web rasmi Honda Malaysia.
Dengan inovasi termaju dan gaya premium, Civic Baharu menetapkan penanda aras baharu dalam segmen sedan C.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang