Dalam landskap fesyen lelaki moden, kolaborasi antara jenama gaya hidup dengan pengeluar peralatan sukan bukan lagi perkara asing.
Namun, apabila dua jenama yang masing-masing mempunyai identiti kukuh dan kredibiliti tersendiri bersatu, hasilnya sering kali mencetuskan impak luar biasa.
Kolaborasi terbaru antara Stone Island dan New Balance menerusi model Numeric 272 adalah satu manifestasi kejayaan antara dunia teknikal dengan subkultur jalanan yang autentik.
Model asas kasut ini, New Balance Numeric 272, sememangnya sudah dikenali dalam kalangan peminat aktiviti papan selaju sebagai pilihan yang menggabungkan keselesaan dan prestasi.
Untuk versi kolaboratif ini, Stone Island menyuntik DNA rekaan yang sinonim dengan jenama tersebut iaitu pengolahan fabrik berkualiti tinggi dan permainan tona warna yang sofistikated.
Eksplorasi Rekaan dan Inovasi Material
Kasut ini hadir dalam tiga variasi warna iaitu putih gading, biru laut dan kuning mustard. Panel atas kasut diperbuat daripada gabungan kanvas dan suede yang bertekstur mewah namun tahan hentak.
Struktur dua tona pula ditampilkan dalam pilihan warna off-white, biru navy dan kuning mustard, masing-masing disuntik dengan sentuhan reka bentuk khas daripada Stone Island yang memperkuat karakter visual kasut ini.
Ads
Selain dari segi visual, inovasi material juga menjadi kekuatan utama kasut ini. Bahagian tapak menggunakan getah vulkanis yang memberikan cengkaman maksima serta fleksibiliti yang diperlukan oleh pemain skateboard.
Lidah kasut pula menampilkan logo kompas ikonik Stone Island yang memberikan nilai eksklusif kepada pemakainya.
Ciri-ciri teknikal ini menunjukkan bahawa kolaborasi ini tidak hanya sekadar estetik, malah mengambil kira aspek fungsi secara mendalam.
Eksklusiviti Pelancaran dan Relevansi Budaya
Kasut ini bakal dilancarkan secara rasmi pada 18 Jun 2025 menerusi platform eksklusif Stone Island sahaja.
Tiada pengesahan sama ada ia akan ditawarkan kepada pengedar runcit umum, menjadikannya antara item yang mempunyai potensi tinggi untuk menjadi buruan kolektor dan peminat gaya jalanan.
Ads
Keputusan untuk melancarkan model ini secara terhad selaras dengan pendekatan eksklusif yang biasa digunakan oleh Stone Island dalam mengukuhkan statusnya sebagai jenama premium.
Lebih menarik, kolaborasi ini turut memberi nafas baharu kepada New Balance dalam memperkukuh posisi mereka dalam arena budaya skateboard.
Ia membuktikan bahawa jenama warisan seperti Stone Island masih mampu kekal relevan dan berinovasi dalam konteks budaya kontemporari.
Ads
Dalam masa yang sama, ia juga mencerminkan bagaimana rekaan teknikal tidak perlu terasing daripada persekitaran gaya hidup harian, malah boleh diintegrasikan dengan estetika moden dan gaya maskulin urban.
Secara keseluruhannya, New Balance x Stone Island Numeric 272 merupakan simbol penyatuan dua dunia yang berbeza tetapi saling melengkapi.
Ia adalah manifestasi bahawa keselesaan, fungsi dan gaya boleh wujud dalam satu entiti. Sama ada anda pemain skateboard aktif atau pencinta fesyen berprofil tinggi, model ini menawarkan nilai estetika dan prestasi yang tidak mudah diketepikan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di dalam dunia gemerlap selebriti, aksesori seperti jam tangan seringkali menjadi simbol status dan gaya. Namun, tidak semua jam tangan yang dipakai oleh selebriti adalah mahal.
Berikut adalah senarai enam selebriti popular yang memilih jam tangan yang kasual namun bergaya dan yang penting, mampu milik.
1. Timex – Will Ferrell
Selebriti: Will Ferrell
Jam: Timex Camper (Kolaborasi Abu Garcia)
Will Ferrell, yang terkenal dengan koleksi jam tangan mewah seperti Zenith El Primero, pernah tampil di acara karpet merah dengan Timex Camper. Uniknya, jam ini adalah hasil kolaborasi eksklusif dengan Abu Garcia, sebuah syarikat peralatan memancing dari Sweden, yang hanya dijual di Jepun.
2. Casio – Bill Gates
Selebriti: Bill Gates
Jam: Casio Dive Watch
Bill Gates sering dilihat memakai jam tangan Casio dengan tali hitam. Walaupun beliau mampu memiliki jam tangan paling mewah di dunia, pilihan beliau terhadap Casio menunjukkan minatnya terhadap jam yang sederhana, praktikal, dan tahan lasak.
3. Casio MQ24-9B – Tyler, the Creator
Selebriti: Tyler, the Creator
Jam: Casio MQ24-9B
Selain mengumpul barang mewah seperti beg Louis Vuitton dan kereta vintaj, Tyler sering digambarkan memakai Casio MQ24-9B. Jam analog ringkas ini dikenali kerana harganya yang mesra poket tetapi menawarkan fungsi yang sangat baik.
4. G-Shock – Central Cee & Ed Sheeran
Selebriti: Central Cee, Ed Sheeran
Jam: G-Shock DW-6900
Central Cee, seorang rapper terkenal, sering dilihat memakai pelbagai model G-Shock sejak kecil. Ed Sheeran pula menambahkan jam tangan G-Shock dalam koleksi mewahnya, termasuk model hasil kolaborasi dengan John Mayer, iaitu G-Shock Ref. 6900-Subtract berwarna kuning cerah.
5. Supreme x The North Face x G-Shock – Olaolu Slawn
Selebriti: Olaolu Slawn
Jam: Supreme x The North Face x G-Shock
Artis yang berpangkalan di London ini memiliki koleksi jam tangan yang unik, termasuk jam G-Shock hasil kolaborasi dengan jenama streetwear terkenal Supreme dan The North Face.
6. MoonSwatch – Daniel Craig & Zlatan Ibrahimović
Danial Craig – Jam Tangan
Selebriti: Daniel Craig, Zlatan Ibrahimović
Jam: Omega x Swatch MoonSwatch
Kolaborasi antara Omega dan Swatch menghasilkan MoonSwatch, yang dengan cepat mendapat perhatian ramai termasuk selebriti seperti Daniel Craig dan Zlatan Ibrahimović. Dengan harga yang jauh lebih mampu milik daripada Omega asli, jam ini menjadi simbol gaya dengan sentuhan mewah
Calon hendaklah memilih jaket yang berwarna gelap seperti hitam dan biru gelap untuk memberi efek keseriusan pada penampilan calon. Jika calon memakai jaket berwarna coklat, putih atau warna-warna fesyen seperti merah, biru, hijau dan sebagainya boleh menyebabkan calon kelihatan tidak serius seolah-olah hendak menghadiri majlis. Etikanya disini dikecualikan jika calon memang hendak menghadiri temuduga dalam bidang kreatif umumnya dan fashion designer, atau fashion stylish khasnya . Ia memang sangat digalakkan untuk berpenampilan sedemikian.
Pemilihan potongan gaya jaket juga perlu diambil berat kerana terdapat jaket yang berwarna gelap tetapi potongannya tidak sesuai untuk ke pejabat. Jaket tersebut hanya sesuai digunakan untuk acara kasual yang tidak memerlukan calon untuk kelihatan serius.
Fabrik juga memainkan peranan dalam pemilihan jaket. Terdapat fabrik jaket hanya sesuai digayakan untuk kelihatan kasual. Selalunya, material yang digunakan daripada material kain lembut seperti cotton, polyster dan sebagainya dan tida mempunyai lapisan seperti jaket khas untuk ke pejabat iaitu lapisan untuk menahan daripada kesejukan pendingin udara. Namun, jaket adalah pilihan untuk ke temuduga. Jika calon tidak memiliki jaket cukup sekadar berkemeja dan bertali leher, calon sudah boleh kelihatan hebat.
Calon hendaklah memilih jaket yang berwarna gelap seperti hitam dan biru gelap untuk memberi efek keseriusan pada penampilan calon.
2. Kemeja
Potongan kemeja perlu sesuai denga potongan badan calon. Potongan kemeja hedaklah tidak terlalu besar atau kecil apabila dipakai oleh calon. Ini kerana calon akan kelihatan selekeh jika kemeja terlalu besar atau kelihatan sendat dan sempit seperti bungkusan nangka jika calon memakai baju yang kecil daripada potongan badan sebenar calon. Paling dikhuatiri, calon akan mendapat persepsi negatif daripada penemuduga bahawa anda tidak bersedia untuk hadir ke temuduga tersebut.
Warna kemeja juga hendaklah warna yang lembut dan cerah serta tidak bercorak (plain) agar mudah disesuaikan dengan tali leher yang akan dipakai. Warna yang disarankan adalah seperti biru laut/ muda dan putih untuk mudah mempengaruhi kelembutan emosi kepada penemuduga. Mereka juga manusia biasa yang boleh terganggu emosinya dengan pelbagai sebab.
3. Seluar slack
Terdapat 3 jenis potongan seluar dalam pasaran. Ada yang double pleat, single pleat dan flat front (tiada lipatan lisu) . Potongan seluar double pleat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang agak lebar. Manakala single pleat untuk mereka yang mempunyai bahagian perut yang sederhana dan kecil. Mereka juga boleh memakai seluar flat front tetapi ianya lebih sesuai digayakan dalam acara kasual.
Warna yang disarankan juga gelap berpadanan dengan jaket yang digayakan. Fabrik seluar juga bukan daripada jeans, potongan khakis atau kudroi. Ia merupakan potongan dan fabrik yang tidak sesuai digayakan semasa dalam temuduga kerana lbih bersifat acara kasual tidak bersifat korporat mahupun professional.
4. Stokin dan kasut
Warna stokin dan kasut perlu berpadanan dengan seluar yang dipakai iaitu berwarna gelap. Potongan kasut hendaklah potongan gaya professional bukan gaya untuk majlis makan malam atau untuk acara santai.
5. Tali Leher
Pemilihan tali leher tidak serumit jaket, kemeja dan seluar. Pemilihan tali leher hanya dititikberatkan pada pemilihan warna. Tali leher yang berpengaruh dicadangkan lebih gelap daripada warna kemeja. Untuk kelihatan lebih hebat dan mempunyai karisma padankan kemeja putih dengan tali leher berwarna merah. Penampilan calon bukan sahaja hebat malah warna tersebut sendiri akan memberi efek kepada calon untuk lebih semangat dan bertenaga dalam sesi temuduga.
Pemilihan tali leher tidak serumit jaket, kemeja dan seluar. Pemilihan tali leher hanya dititikberatkan pada pemilihan warna. Tali leher yang berpengaruh dicadangkan lebih gelap daripada warna kemeja.
6.Jam Tangan
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh calon lelaki ialah memakai jam tangan berupa sport yang tidak sesuai digayakan dengan pakaian yang digayakan. Sport watch hanya sesuai digayakan dengan pakaian acara santai atau kasual. Jika digayakan bersama st ia boleh mengurangkan kredebiliti profesional dan korporat. Bukankah seperti ada yang tidak kena pada penampilan itu?
SUMBER :TIP INTERVIEW
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sama seperti wanita, lelaki juga mementingkan fesyen rambut. Selain penampilan diri, fesyen rambut terkini dan trendy menjadi antara aksesori terpenting yang ingin mereka tonjolkan. Tidak dinafikan fesyen rambut lelaki sentiasa berubah-ubah dari satu gaya ke satu gaya yang lain.
Sebelum ke kedai gunting rambut, pernahkah anda terfikir sama ada fesyen rambut yang anda pilih itu sesuai dengan diri anda atau tidak. Buat anda yang mungkin buntu untuk memilih fesyen rambut yang sesuai, apa kata hadam panduan ini agar pilihan fesyen rambut anda kena dengan gaya dan bentuk muka.
1. OBLONG: BENTUK MUKA LEBIH PANJANG DARIPADA LEBAR
Potongan rambut yang pendek sesuai dengan bentuk muka jenis oblong. Tetapi anda perlu berhati-hati jika mempunyai jambang kerana jambang yang terlalu tebal akan membuatkan muka anda nampak lebih lebar dan besar.
2. OVAL: BENTUK MUKA YANG RUNCING DAN TIDAK MENAMPAKKAN TULANG RAHANG
Bagi yang mempunyai bentuk muka oval, anda sangat bertuah kerana kebanyakan daripada jenis penggayaan rambut sesuai dengan bentuk muka anda. Tetapi, berhati-hati dengan pemilihan rambut hadapan atau apa jenis penggayaan rambut yang boleh menutupi dahi anda. Ini kerana pemilihan rambut tersebut boleh menampakkan muka anda lebih bulat.
3. DIAMOND: MEMPUNYAI ‘JAWLINE’ DAN TULANG PIPI YANG BERBENTUK
Ia berbeza dengan bentuk muka oval tadi. Untuk bentuk muka diamond, mereka lebih sesuai jika mempunyai rambut depan yang menutupi sedikit ruang dahi mereka. Untuk menampakkan anda lebih maskulin, lelaki dengan bentuk muka diamond lebih sesuai jika mempunyai jambang.
4. BULAT: SAIZ BENTUK MUKA SAMA PANJANG DAN LEBAR
Bagi lelaki yang mempunyai bentuk muka round/bulat, jenis penggayaan rambut yang mempunyai sedikit definisi dan berbentuk sangat sesuai. Potongan rambut yang sesuai dnegan bentuk muka bulat anda adalah jenis potongan yang boleh menipiskan bahagian tepi rambut.
Bentuk muka petak ini biasanya mempunyai tulang muka yang lebih jelas dan nampak lebih maskulin. Bentuk muka petak ini biasanya sama sahaja dengan gaya rambut yang sesuai untuk bentuk muka yang bulat. Mereka lebih sesuai memilih rambut yang lebih nipis di kiri dan kanan serta sedikit tebal di bahagian atas.
6. TRIANGLE: TULANG RAHANG LEBIH LEBAR DARIPADA TULANG PIPI
Bentuk muka triangle mempunyai tulang rahang yang agak lebar dan berbentuk berbanding tulang pipi mereka. Lelaki dengan bentuk muka triangle ini lebih sesuai mempunyai kepanjangan rambut yang medium, di mana tidak terlampau pendek dan tidak terlampau panjang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.