
Aktivis wanita Malaysia, Ardell Aryana, kembali menjadi tumpuan utama negara, namun kali ini bukan di arena seni, tetapi di medan kemanusiaan yang mencabar.
Selepas ditahan rejim Israel ketika menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF), isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa ini dilaporkan mengalami kecederaan fizikal dan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Istanbul, Turki.
Maklumat terkini yang dikongsi oleh Nadzmi Adhwa semalam mengejutkan ramai pihak. Selain mengalami kecederaan koyak pada bahu, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin turut dilaporkan dikasari dengan perlakuan zalim.
Ketika dalam tahanan, beliau difahamkan ditumbuk pada bahagian muka dan rambutnya ditarik dengan kasar oleh rejim Israel.
Perlakuan yang tidak berperikemanusiaan ini nyata meninggalkan kesan yang dalam, di mana Ardell kini masih berada dalam rawatan intensif, menerima drip dan ubat-ubatan bagi menstabilkan kesihatannya.

Selain Ardell, seorang lagi aktivis negara, Haikal Abdullah, yang turut menyertai misi GSF, juga dilaporkan dihantar ke hospital di Istanbul untuk rawatan lanjut.
“Minta Masa dan Doa Sahaja” – Rayuan Suami
Dalam keresahan menanti kepulangan isteri tercinta, Nadzmi Adhwa tampil dengan kenyataan yang menyentuh hati, memohon ruang dan doa daripada semua.
Menerusi beberapa hantarannya di Threads, dia memintak semua pihak agar terus bersabar dan berdoa.
“Minta masa dan doa sahaja ya untuk isteri saya dan kesayangan korang semua ❤️🤲🏻 Tolong la jangan keluarkan gambar yang bukan bukan.
“Boleh tak kita tunggu je Ardell balik? Please ya korang. Korang sangat baik mendoakan dan amik berat. Terima kasih untuk itu. Minta masa tau,” jelas Nadzmi.

Permintaan ini bukan sahaja menunjukkan kebimbangan mendalam seorang suami, malah menggariskan sifat profesionalisme dan amanah media yang perlu dijaga, terutamanya bagi mengelakkan sebarang fitnah atau spekulasi yang tidak sahih.
Pesanan Wira Negara: Teruskan Bicara Tentang Gaza
Meskipun dalam keadaan cedera, semangat juang Ardell Aryana tetap kental dan menjadi inspirasi. Nadzmi Adhwa turut berkongsi kata-kata semangat daripada isterinya yang menunjukkan kekuatan luar biasa seorang aktivis sejati.
“Isteri saya suruh sabar sabar sabar. Allahuakbar. Isteri saya kuat dan nak korang pun kuat. Teruskan bercakap tentang Gaza,” tambahnya lagi.

Ini adalah pesanan yang perlu dipegang teguh. Pengorbanan yang dilakukan oleh Ardell dan rakan-rakan seperjuangan dalam Misi GSF, meskipun berdepan ancaman dan kekasaran, adalah demi memastikan isu Palestin tidak sunyi daripada liputan dan keprihatinan global.
BACA: Kapten Itali Cerita Detik Peluk Islam Dalam Tahanan, Akui Rasa Seperti ‘Dilahirkan Semula’
Kisah Ardell Aryana dan wira-wirawati negara yang lain menyertai GSF adalah cerminan keberanian dan kemanusiaan.
Mereka telah meletakkan nyawa dalam risiko demi membela nasib rakyat Palestin yang terus dizalimi. Ia adalah tindakan yang patut mendapat penghormatan tertinggi.
View this post on Instagram
Marilah kita bersama-sama menyahut seruan Nadzmi Adhwa, tidak hanya dengan doa untuk kesihatan yang baik dan kepulangan yang lancar kepada aktivis kita, tetapi juga dengan terus menyuarakan dan menyebarkan kisah perjuangan ini.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa serta pengorbanan mereka dalam usaha murni membantu dan membela rakyat Palestin dari kezaliman rejim haram Israel.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang







