Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki. Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.
Suami Rendah, Isteri Tinggi, Murah Rezeki
Dalam masyarakat kita, ramai yang secara spontan akan ketawa bila nampak pasangan yang suaminya lebih rendah daripada isterinya. Macam janggal, kata mereka. Tapi realitinya, bahagia itu bukan terletak pada tinggi atau rendah, besar atau kecil — tapi pada persefahaman dan rezeki yang Allah kurniakan.
Persepsi Masyarakat VS Realiti Kehidupan
Kalau kita tengok dari sudut pandang budaya, masyarakat Melayu memang banyak kepercayaan yang unik. Ada yang logik, ada juga yang hanya mitos. Tapi menariknya, pasangan ‘tinggi rendah’ ini selalu dikaitkan dengan rezeki yang murah dan rumah tangga yang harmoni. Kenapa agaknya?
Jawapannya mungkin bukan terletak pada fizikal semata-mata, tetapi pada dinamika hubungan itu sendiri.
Lelaki yang berani berkahwin dengan wanita yang lebih tinggi biasanya seorang yang yakin dengan diri sendiri. Dia tidak kisah pandangan orang luar, sebaliknya fokus pada nilai dan hati pasangannya. Manakala wanita pula yang memilih lelaki lebih rendah daripadanya selalunya lebih terbuka dan matang — dia nampak nilai lelaki itu bukan pada ketinggian, tapi pada kualiti diri.
Dan bila dua orang yang ‘luar biasa’ ini bersama, mereka saling melengkapi. Komunikasi lebih matang, ego lebih terkawal, dan masing-masing tahu peranan dalam hubungan. Maka dari situ, datanglah rezeki — bukan sahaja dalam bentuk duit, tapi juga ketenangan, kesihatan, kebahagiaan dan anak-anak yang membahagiakan.
Rezeki Itu Rahsia Tuhan
Perlu kita ingat, rezeki bukan datang sebab tinggi atau rendah seseorang. Ia datang daripada Tuhan yang melihat usaha dan keikhlasan hati kita. Tapi andai pasangan rendah dan tinggi itu saling menyokong dan membina rumah tangga yang harmoni, maka tidak mustahil pintu rezeki itu terbuka luas.
Kata orang, bila kita reda dengan pasangan kita seadanya, Allah tambah lagi nikmat yang tak disangka-sangka. Mungkin itulah maksud sebenar pepatah tu — bukan sebab beza tinggi, tapi sebab mereka bersyukur dan saling menerima.
Ads
Jadi kalau anda seorang wanita tinggi yang rasa susah nak cari jodoh sebab lelaki asyik rendah daripada anda, jangan risau. Mungkin rezeki anda ada pada seseorang yang tidak tinggi dari segi fizikal, tapi tinggi akhlak, tinggi usaha dan tinggi cinta dia pada anda.
Dan untuk lelaki pula, jangan cepat rasa rendah diri bila pasangan anda lebih tinggi. Tinggi rendah tu urusan badan, tapi bahagia itu urusan hati.
Apa kata kita ubah cara pandang? Daripada gelak atau sindir, lebih baik kita doakan — moga pasangan ‘tinggi-rendah’ ni terus dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan yang tak putus-putus.
Melalui satu hantaran pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim, dia berkongsi situasi tentang dirinya dan isteri, pempengaruh Maryam Younarae. Berbanding dirinya, Maryam memiliki lebih ketinggian berbanding dirinya.
“DAH TAHU TINGGI PAKAI SELIPAR JEPUN CUKUP LAH”- TULISNYA DI RUANGAN KAPSYEN.
Hantaran Ryzal itu mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk rekod, Ryzal mendirikan rumah tangga bersama Maryam pada 15 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rina yang kini berusia 4 tahun
dan seorang cahaya mata lelaki, Nik You Rian yang dilahirkan pada 19 Februari lalu.
LELAKI ZAMAN DAHULU DAN LELAKI ZAMAN SEKARANG, RAMAI YANG MENYUARAKAN LELAKI ZAMAN DAHULU DAN SEKARANG BANYAK BERBEZA. LELAKI ZAMAN DAHULU LEBIH BERTANGGUNGJAWAB BERBANDING LELAKI ZAMAN SEKARANG YANG KEBANYAKAN DILIHAT PEMALAS DAN ‘BAJET’ HENSEM SAHAJA.
Pemalas di sini difokuskan pada keadaan mereka menguruskan diri mereka sendiri. Lihat sahaja bagaimana mereka menguruskan katil tidur mereka sehingga tidak dapat membezakan pakaian kotor dan bersih. Mereka hanya anggap mengemas rumah hanya kerja wanita.
Seorang wanita menceritakan pengalaman berhadapan dengan lelaki yang jenis pemalas dan bajet hensem. Nak cari lelaki yang betul-betul budiman seperti ayah-ayah kita dahulu memang susah.
“Aku merupakan pelajar diploma tahun akhir di sebuah IPTA dan sepanjang 2 tahun aku di sini macam-macam jenis manusia yang aku jumpa di menara gading yang amat berbeza dengan semasa di zaman sekolah dahulu. Terutamanya lelaki. Tak dinafikan ramai lelaki-lelaki baik yang aku jumpa di sini tetapi ada juga yang perangai macam ‘harem’.
“LELAKI PEMALAS, ANTARA CIRI LELAKI ZAMAN SEKARANG YANG PALING NAMPAK TAK PAYAH TENGOK JAUH-JAUH, DEKAT SEKTOR PEKERJAAN PUN KAUM WANITA YANG MENDOMINASI. MANA LELAKI? PUPUS DAH KE? KALAU NAK LEBIH DEKAT SIKIT, DI UNIVERSITI PUN DAH NAMPAK DAN MEMANG MENYAMPAH KALAU JUMPA LELAKI YANG PEMALAS NI.
“Aku ada terbaca satu tweet tentang lelaki Kelantan kebanyakannya pemalas. Sebenarnya aku tak setuju dengan kenyataan tersebut sebab lelaki negeri lain pun aku tengok ada teruk pemalasnya. Pakcik aku pun orang Kelantan tetapi dia sangat rajin bekerja dan memang aku sangat respect dia. Sampailah aku masuk ke alam universiti barulah aku perasan kenyataan tu ada betulnya juga tetapi tak semua lah.
“Namun, ada jugalah terselit seorang mamat ni yang berasal dari Kelantan. Aku jumpa dia masa sama-sama masuk sebuah badan beruniform dan masa tu ada kem yang dianjurkan oleh universiti. Awal-awal sem perangai okay lagi, tapi bila dah hujung ni mulalah buat perangai. Bukan dia seorang, semua lelaki pun begitu.
“Nak dijadikan cerita dia merupakan ketua seksyen bagi kumpulan aku tapi tak pernah melibatkan diri langsung sepanjang kem tu. Padahal dia sebagai ketua seksyen kena sentiasa kemas kini tentang keanggotaan dalam pasukan tu. Akhirnya, orang yang tak ada kena mengena yang kena ganti jadi ketua seksyen.
“Rupa-rupanya dia sedap tidur dalam khemah, goyang kaki, melepak kat dengan budak memasak lepastu dok kacau orang dengan aku sekali kena kacau. Ikut hati nak aje aku ‘jack’ kepala dia, nasib baik dia tinggi jadi kaki aku tak sampai. Amboi, orang penat buat kerja tapi kau yang dapat nama. Banyak cantik muka kau. Unta dekat padang pasir pun tak malas macam kau tau.
“BAJET HANDSOME, INI PUN MERATA LAH YANG AKU JUMPA TAK KIRA DI DALAM ATAU DI LUAR KAMPUS. LAGI-LAGI YANG INSTAFAMOUS, BUDAK-BUDAK BARU NAK UP TU, HARAP MUKA HANDSOME JE TAPI APA PUN TAK BOLEH BUAT. CONTOHNYA MEMANG ADA DAH DEPAN MATA AKU, MUKA BOLEH TAHAN HANDSOME TAPI NAK BUAT KERJA-KERJA LELAKI PUN TAK BOLEH.
“MACAM MANA KAU NAK JADI PEMIMPIN/ KETUA KELUARGA KALAU APA PUN TAK BOLEH BUAT. TAHU MAIN INSTAGRAM, WECHAT, MENYANYI DEKAT SMULE KONON TUNJUK MUKA TAPI SUARA HAMPEH. ITULAH YANG AKU NAMPAK PERANGAI LELAKI SEKARANG. NAK CERITA AYAH AKU MASA MUDA DULU, MUKA TAK HANDSOME PUN BIASA JE HAHA TAPI SEBAB AYAH AKU KERJA KUAT KUMPUL DUIT, PIKAT KELUARGA IBU AKU UNTUK KAHWIN DENGANNYA. INGAT SENANG KE?
“Ada pulak yang aku jumpa muka tak adalah handsome sangat pun tapi dia punya perasan handsome adoi aku pula yang menyampah. Sejenis macam ni pun berlambak juga, kalau setakat bergurau tak kisah lah ini yang setiap kali jumpa ada je benda nak suruh dipuji. Ini memang spesis tak sedar diri lah kan. Lagi satu yang aku perasan lah tak tahu lah betul atau tidak, nak tunjuk dia laku ke tak dia akan usha lah seorang perempuan padahal tak suka pun saja je nak test. Then, bila dah dapat perempuan tu dia akan heboh lah lat member-member yang dia dah ada awek untuk tunjukkan yang dia laku dengan muka hancur.
“Start situ lah dia akan rasa bajet handsome sebab dia berjaya tackle seorang awek, konon bersweet-sweet dekat story Instagram. Ha tunjuklah kat semua orang, tak kahwin aku gelak,” katanya.
SIKAP PEMALAS SESETENGAH LELAKI INI KADANG-KADANG SEHINGGA SUDAH MENDIRIKAN RUMAH TANGGA. ADA ANTARA SUAMI YANG MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK TIDAK BEKERJA DAN MENGHARAPKAN DUIT DARI ISTERI. SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN KELUARGA SIKAP SEPERTI ITU SEPATUTNYA TIDAK DI AMALKAN. SEORANG LELAKI PERLU BERTANGGUNGJAWAB DAN SIKAP PEMALAS ITU HARUS DIBUANG.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kepetahannya berbicara dalam pelbagai bahasa menjadikan hos dan selebriti serba berbakat, Baki Zainal dipilih oleh jenama isi rumah popular, Eco-Shop sebagai duta terbaru mereka.
Menerusi kenyataan media dari Baki Zainal Entertainment, kolaborasi menarik antara Baki Zainal dan Eco-Shop Marketing Sdn Bhd menyaksikan di mana dia akan memainkan peranan sebagai Duta Masyarakat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk Eco-Shop.
Sebagai seseorang yang sentiasa komited dalam melindungi alam kelestarian terutamanya lautan kita dan memupuk perubahan positif dalam kebajikan masyarakat, komitmen Baki Zainal sejajar dengan visi Eco-Shop ke arah perubahan persekitaran yang lebih mampan dan positif.
Bukan itu sahaja, malah pengaruh dan kesungguhan beliau terhadap amalan mesra alam juga selari dengan visi Eco-Shop dalam mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lestari.
Sebagai Duta CSR, Baki Zainal akan memainkan peranan penting dalam menggerakkan pelbagai inisiatif kelestarian, berinteraksi dengan komuniti, dan mempromosikan kesedaran alam sekitar melalui kempen dan acara pendidikan.
“Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada misi Eco-Shop dalam memperjuangkan amalan lestari.
“Kerjasama ini memberikan peluang yang luar biasa untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif dan memperkasakan individu untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam,” jelasnya.
Dalam pada itu, pihak Eco-Shop turut memaklumkan bahawa sumbangan pelbagai aspek Baki Zainal dalam pemerkasaan gaya hidup berwawasan ini telah menjulang beliau sebagai duta utama.
Kedua-dua belah pihak juga amat mengharapkan agar inisiatif yang digerakkan ini mampu memberi impak dan mewujudkan legasi dalam perubahan positif untuk alam sekitar dan juga komuniti.
Dengan kerjasama baharu ini, Baki Zainal akan memimpin langkah pertama Eco-Shop ke arah kemampanan dengan melancarkan kempen revolusioner mereka, “No Plastic, Go Eco.”
Langkah ini tidak hanya akan meningkatkan kesedaran, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelanggan Eco-Shop dan komuniti Malaysia untuk menerapkan amalan mesra alam dengan menghentikan penggunaan beg plastik di kedai mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Obses dengan lengan yang mengancam dan sado, lelaki kurus ini sanggup melakukan sesuatu yang tak boleh diterima akal. Namun, sebelum membuat sesuatu rasanya lebih baik kita fikir kesan sampingannya. Ramai lelaki yang mahukan bentuk badan yang sado terpaksa berusaha dengan menghabiskan masa berlatih di gimnasium.
Namun berbeza dengan peminat sukan bina badan dari Rusia, Kirill Tereshin berpandangan cara lama untuk ‘sado’ iaitu dengan mengangkat besi dan mengambil banyak protein memerlukan masa yang panjang. Jadi, dia memutuskan untuk menyuntik kedua-dua belah tangannya dengan beberapa liter minyak sintetik dikenali sebagai ‘synthol’.
Seperti kebanyakan pengguna synthol, Tereshin, 21, memulakannya dengan menyuntik sejumlah kecil minyak itu terus ke dalam ototnya, tetapi sedar untuk memastikan ototnya kelihatan besar, dia perlu meningkatkan kuantiti dan menyuntiknya lebih kerap.
Dia pertama kali menyuntik 250ml synthol di lengannya, tetapi ototnya hanya membesar 1 inci. Tidak gembira dengan hasil itu, dia mendakwa menyuntikkan beberapa lagi liter synthol untuk lengannya kelihatan besar. Walau bagaimana pun, penggunaan Synthol dapat memberikan kesan sampingan seperti kerosakan saraf, strok, bengkat ataupun ulser di dalam otot.
Menurut Kirill, pada beberapa hari yang pertama setelah menyuntik bahan itu pada lengannya, beliau mengalami demam panas sehingga terbaring di atas katil
Meskipun kini beliau memiliki otot yang besar dan ‘mengancam’, tetapi hakikatnya kekuatan beliau tidak bertambah kerana otot tersebut tidaklah terbina secara semulajadi.
Info tentang Synthol
Synthol adalah sejenis minyak yang dihasilkan sebagai bahan bantuan kepada ahli bina badan yang mempunyai genetik yang lemah, lebih-lebih lagi mereka yang tidak mempunyai otot-otot yang bulat. Ahli bina badan menggunakan synthol untuk membesarkan otot yang lemah dan yang kurang, daripada otot-otot lain, untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih simetri. Namun, ahli bina badan professional menggunakannnya dengan cara yang betul dan penggunaannya dilakukan oleh mereka yang berpengalaman. Jika digunakan dengan cara yang betul, ia akan memberikan kesan yang baik dan tidak berbahaya.
Hati-hati guys!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.