Ketika drama Nur sedang hangat menjadi bualan diantara netizen, perhatian turut tertumpu pada pelakon baru yang sedang meningkat naik, Raja Muhd Atiqullah baru berusia 18tahun yang memegang watak sebagai Amirul.
Lunaknya Suara Raja Atiq!
Meskipun hanya memegang watak sokongan dalam drama ini, namun tanpanya sudah pasti jalan ceritanya tidak akan lengkap. Terbaru, ramai yang memuji suara Atiq yang begitu lunak ketika sedang mengaji di dalam salah sebuah episod Nur.
Lantaran itu, dia telah dijemput ke studio HotFM dan turut mengalunkan bacaan surah Ar-Rahman yang bukan sahaja netizen, malah rasanya semua yang dengar akan terkesima. Sungguh merdu!
Ads
Bekas Pelajar Tahfiz
Untuk anda yang tidak tahu, Atiq sebenarnya merupakan bekas pelajar tahfiz dimana dia pernah menuntut di Sekolah Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) Kuala Terengganu.
Menurutnya juga, dia pernah menjadi imam di sebuah masjid dan Johan untuk pertandingan hafazan ketika masih bersekolah. Tidak hairanlah suaranya begitu lunak!
Sumber : Hangat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semakin lama semakin unik cara orang mengekspresikan diri. Atau dalam kes yang MASKULIN kongsikan kali ini, agak pelik. Dan jika di sisi agama Islam memang HARAM untuk dilakukan.
Budaya modifikasi badan kini menjadi sebagai fenomena baru di kalangan masyarakat Barat. Sebelum ini pasti anda pernah lihat pengikut trend ini mengubah tubuh badan mereka seperti menambah tanduk silikon, misai seperti kucing dan juga mancacah tatu seperti sisik ular.
Namun ia tak dapat menandingan apa yang dilakukan oleh seorang pemuda yang berasal daripada Australia. Apa yang dilakukan olehnya? Dia membuang kira-kria separuh daripada bahagian telinganya sehingga berlubang. Jika sebelum ini ramai yang membuat lubang untuk memakai subang besar, kali ini ia lebih berbeza.
Perkara ini dikongsi oleh Chai Maibert yang merupakan pemilik Calm Body Modification yang terletak di Stockholm, Sweden. Menurutnya menerusi posting di Facebook, dia melakukan proses dikenali sebagai ‘conch removal’. Dalam proses tersebut dia membuang bahagian tengah telinga iaitu concha (atau dikenali juga auricle atau pinna) pelanggannya.
Jelasnya prosedur ini dilakukan olehnya sendiri di atas permintaan pelanggannya yang datang dari Australia. Dan dia juga berkata bahawa modifikasi telinga ini tidak membuatkan seseorang itu pekak tetapi pada permulaannya ia akan sedikit terjejas. Namun selepas otak mula dapat adjust dengan kondisi telinga ia akan menjadi lebih baik.
Berdasarkan komen-komen di posting tersebut ramai menyatakan bahawa ia satu tindakan yang kurang bijak. Rata-rata berkata modofikasi seperti ini tidak membawa sebarang kebaikan. Tapi tidak kurang juga yang meumuji keberanian lelaki tersebut melakukan modifikasi seperti ini.
Antara komen paling menarik ialah dari seorang pakar audiologist. Dia seakan tidak percaya mengapa seseorang itu boleh melakukan modifikasi badan seperti ini. Dia dengan lantang menasihatkan agarwarganet yang lain tidak meniru perbuatan ini kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan kadar diskaun 50 peratus bagi saman-saman tertentu bermula 25 hingga 29 Mac ini bersempena dengan Hari Polis ke-213.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, pihaknya akan melancarkan kempen pembayaran secara dalam talian (e-Payment) selama lima hari tersebut.
“Kempen ini bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman secara dalam talian berikutan penutupan kaunter saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac.
“Ini merupakan langkah JSPT bagi menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan di seluruh negara ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Azisman berkata pembayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal www.myeg.com.my DAN www.rilek.com.my.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bak kata pepatah, ‘cinta tidak mengenal usia’. Memang benar, usia hanyalah angka namun ia sering kali mengundang prasangka negatif di dalam soal perhubungan. Apabila bercakap soal pasangan, sering kali umur menjadi ukuran keserasian pasangan. Terutama sekali apabila melibatkan pasangan lelaki yang mencintai wanita lebih berusia daripadanya. Pasti masyarakat mula membuat persespi salah. Anak ikan, kerana harta, tidak laku dan sebagaianya merupakan persepsi klise yang sering kita dengar.
Kita lihat di Hollywood, Ashton Kutcher dan Demi Moore, Nick Cannon dan Mariah Carey. Di Malaysia apa kurangnya, pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine juga tidak terkecuali. Atas dasar cinta yang tidak berbelah bagi, pasangan ini kekal bahagia hingga kini. Sudah pastinya ada sebab pasangan berusia menjadi pilihan hati.
Matang
Ia menjadi sebab paling utama. Tidak kiralah sama ada pasangan yang berusia itu lelaki mahupun wanita, kebanyakan daripada mereka ternyata lebih bijak dan teratur dalam menguruskan rumah tangga. Kematangan mereka juga terserlah dalam apa-apa jua soal termasuk soal anak-anak mahupun kebajikan. Ini berikutan dengan pengalaman yang diterima sejak awal. Bak kata pepatah ‘lebih dahulu makan garam’. Mereka tidak memandang remeh akan segala hal yang berkaitan rumah tangga mahupun kelangsungan perhubungan.
Stabil
Kebanyakan daripada mereka telahpun mencapai kestabiliti dalam aspek kerjaya mahupun ekonomi. Mereka juga kebiasaannya tidak punya sebarang masalah dalam soal kewangan, menjadikan mereka di antara golongan buruan terutama sekali bagi yang baru ingin memasuki alam rumah tangga. Seolah-olah ia satu jaminan, pasangan seperti ini jarang sekali terbabit dalam masalah yang melibatkkan kewangan.
Berwawasan
Pasangan yang berusia juga didapati lebih berwawasan dan punya hala tuju dalam sesebuah perkahwinan. Walaupun kebanyakan sudah mengalami alam perkahwinan yang ke beberapa kalinya, namun mereka pasti telah banyak belajar kesilapan lalu dan cuba untuk perbaikinya di masa hadapan. Ini membuktikan mereka punya harapan dan impian dalam perhubungan , seterusnya perkahwinan.
Pelindung
Dalam soal ini, ia bukan sahaja melibatkan aspek keselamatan dan fizikal semata-mata namun ia lebih daripada itu. Kebiasaannya pasangan yang berusia lebih bijak dan mahir dalam menangani aspek emosi dan perasaan, baik diri sendiri mahupun pasangannya. Pasangan berusia lebih cenderung untuk memastikan pasangannya itu selamat fizikal dan emosi tanpa dibuat-buat, kerana lazimnya kecenderungan itu lahir secara spontan atau dengan sendirinya.
Pandai Bawa Diri
Ini juga merupakan salah satu sebab yang nyata. Kebolehan untuk menjaga diri menjadikan pasangan berusia menjadii pilihan teman hidup. Bukan sahaja dari aspek keselamatan, bagi mereka yang berusia lebih kelihatan profesional, bijak menjaga imej dan peribadi, reputasi dan mereka begitu mementingkan aspek pembawakan diri terutama sekali di hadapan khalayak ramai.
Pengalaman
Ia menjadi alasan terbaik pasangan berusia menjadi pilihan. Pengalaman tidak mungkin dapat dijual beli melainkan menghadapi dan menyelaminya sendiri. Bagi pasangan berusia, pastinya pengalaman banyak mengajar mereka untuk lebih beretika dalam perhubungan, serius dalam percintaan dan bijak dalam soal rumah tangga. Sesungguhnya pengalaman itu amat berharga.
3 PERATURAN UTAMA PERLU IKUT
– Bagi lelaki yang ingin mendirikan rumah tangga bersama wanita lebih berusia, anda harus ingat, setua manapun bakal isteri anda, di dalam soal kebajikan rumah tannga haruslah diketuai oleh anda sendiri. Sejak azali ia terletak di atas bahu suami. Jangan terlepas pandang dan jangan sesekali membiarkan tanggungjawab itu lepas ke tangan sang isteri.
– Para lelaki juga perlu belajar untuk matangkan diri sebaik mungkin. Banyak belajar dan cuba amati gaya pasangan anda itu. Semoga anda dapat mempelajari sesuatu daripadanya.
– Ini adalah biasa. Bagi wanita yang bersuamikan lelaki muda pasti hatinya sentiasa risau dan gundah takut diri anda lebih cenderung dipikat mahupun terpikat dengan wanita yang lebih muda. Oleh itu, jika benar perkahwinan anda itu atas dasar cinta sejati, berikan komitmen sepenuhnya dan cintailah pasangan anda tersebut seikhlasnya.
– Kajian membuktikan hampir 65% lelaki mengahwini wanita lebih berusia, dan 35% lagi sebaliknya di seluruh dunia.
– Di Hollywood, trend lelaki mengahwini wanita lebih tua meningkat sebanyak 12% setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
JD Sports Malaysia meraikan ulang tahun ke-10 dengan pelbagai produk eksklusif, ganjaran pelanggan dan acara khas JD Frequency di Sunway Pyramid. Sambutan berlangsung sepanjang tahun buat peminat sneaker dan athleisure.