Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, budaya vape semakin meningkat naik sehinggakan golongan muda termasuk wanita tanpa segan silu vape di hadapan khalayak ramai kerana menyangka menghisap rokok elektronik itu tidaklah bahaya.
Malah, industri vape terus berkembang saban tahun dengan menjana berbilion ringgit.
Namun, penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan masyarakat terutama kanak-kanak dan remaja kain membimbangkan.
Penggunaan rokok elektronik atau vape
Terbaru, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini menyarankan supaya penggunaan rokok elektronik atau turut dikenali ramai sebagai vape untuk diharamkan sepenuhnya. Ia turut ditekankan yang mana rokok elektronik merosakkan kesihatan, selain menjadi antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah.
Ads
Untuk makluman, mengikut agama Islam, JAKIM sedia berkongsi mengatakan hukum penggunaan rokok elektronik adalah haram. Disamping itu, sejumlah lokasi juga mengharamkan penggunaan rokok elektronik di Malaysia.
Sultan Pahang bertitah akan menyuarakan berkenaan pengharaman penggunaan rokok elektronik atau vape secara sepenuhnya ini kepada kerajaan.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.
Pemuda yang dikenali sebagai Xiao Zhang (nama samaran) kerap mengalami ketegangan pada bahagian leher akibat terlalu lama duduk bekerja di meja pejabat. Untuk melegakan ketidakselesaan itu, beliau membuat keputusan mencuba urutan tradisional di sebuah pusat terapi tempatan.
Namun, selepas sesi urutan yang agak kasar, beliau mengalami kesakitan yang luar biasa pada lehernya disusuli dengan sakit kepala yang kuat. Zhang pada mulanya mengabaikan gejala tersebut, tetapi apabila bangun tidur keesokan harinya, beliau mendapati bahagian kiri badannya terasa kebas dan pertuturannya menjadi sukar difahami.
Bimbang dengan keadaannya, Zhang segera mendapatkan rawatan di sebuah hospital di wilayah Hunan. Pemeriksaan lanjut mendapati beliau mengalami infark serebrum sekunder iaitu satu keadaan di mana tisu otak mati akibat kekurangan bekalan darah.
Hasil imbasan MRI dan angiografi menunjukkan adanya diseksi pada arteri karotid kanan, yang menyebabkan aliran darah ke otak terganggu sehingga mengakibatkan kerosakan tisu otak.
Menurut Dr Liu Yan dari Jabatan Neurologi, tindakan pantas Zhang mendapatkan rawatan menyelamatkannya daripada mengalami kecacatan kekal. Dengan rawatan intensif termasuk terapi antikoagulan, penambahbaikan peredaran darah, serta rawatan antioksidan, keadaannya kini semakin pulih.
Dr Liu turut menegaskan bahawa urutan leher yang tidak dilakukan dengan teknik yang betul boleh mendatangkan risiko serius kepada kesihatan.
Sebelum ini, ada kes tragis seorang penyanyi muda Thailand yang dilaporkan meninggal dunia akibat cakera tulang belakang terherniasi atau slip disc akibat urutan leher yang kuat.
Teh dan rakyat Malaysia memang tak boleh di pisahkan, lagi-lagi jika melepak di kedai mamak.
Namun, ada satu perkara yang kena ambil tahu – minum teh berlebihan boleh ganggu kesihatan, terutamanya bab zat besi dan anemia.
Menurut Dr Zubaidi menerusi perkongsiannya, kebanyakan masalah anemia adalah disebabkan kekurangan zat besi. Zat besi adalah penting bagi pembentukan haemoglobin yang berfungsi memegang oksigen dalam sel darah merah.
Tahap haemoglobin yang rendah akan menyebabkan pesakit menjadi cepat letih dan wajah menjadi pucat.
Dalam minuman teh ada sebatian tannin yang bersifat antioksida berpotensi memberikan manfaat kesihatan jantung dan mencegah kanser.
Namun tannin juga mengganggu proses penyerapan zat besi. Bagi pesakit anemia, sudah tentu ia menyebabkan tahap zat besi dalam tubuh berkurangan dan ini mengganggu pembentukan haemoglobin. Tahap haemoglobin menjadi yang semakin rendah.
Satu laporan dari Colorado State University mendapati bahawa minum teh boleh mengurangkan penyerapan besi sehingga 60 peratus. Oleh itu, orang yang mempunyai masalah anemia dinasihatkan agar tidak minum teh bersama makanan.
Jika mahu, minum teh perlu 1-2 jam selepas makan supaya kandungan tanin dalam teh tidak mengganggu penyerapan zat besi dari makanan yang kita makan.
Namun menurut kajian lain yang dijalankan oleh M Nelson dan J. Poulter, jika kita tidak mempunyai masalah anemia, kita tidak akan berisiko mengalami anemia. Penurunan tahap zat besi dalam tubuh akan lebih jelas memberikan kesan jika sedia ada mempunyai masalah anemia. Dengan kata lain, jika kita tidak mempunyai anemia atau masalah lain berkaitan dengan tahap zat besi atau penyerapan nutrien, minum teh tidak menjadi masalah.
Namun dicadangkan minum teh tidak boleh melebihi lima cawan setiap hari. Jika diamalkan bertahun-tahun ia boleh menyebabkan kita mengalami risiko kesihatan seperti insomnia, anemia, ketagihan atau pergantungan, dan kerapuhan tulang (osteophorosis).
Memang teh ni ada banyak kebaikan, tapi jangan pandang sebelah mata!
Pada era ini memastikan kondisi kesihatan sentiasa dalam keadaan baik adalahs angat penting.
Dengan tahap kesedaran masyarakat yang semakin meningkat pelbagai inisiatif diperkenalkan untuk memudahkan orang ramai menjaga kesihatan dengan pelbagai cara menggunakan teknologi terkini.
Terbaru sebuah syarikat teknologi dalam bidang penjagaan kesihatan, Mywam Sdn Bhd, telah mengumumkan pelancaran Agata.
Ia merupakan aplikasi penjagaan kesihatan berasaskan AI (kecerdasan buatan) yang cukup inovatif dan berlangganan.
Aplikasi ini dijangka mampu merombak sepenuhnya cara penjagaan kesihatan disampaikan dalam era digital. Agata menggabungkan teknologi terkini dengan elemen kemanusiaan, menawarkan sokongan dalam lebih dari 30 bahasa melalui suara dan teks.
Ia membolehkan pesakit untuk berkomunikasi dengan doktor bila-bila masa, tanpa batasan, untuk mendapatkan nasihat perubatan, sokongan kesihatan, menjawab pertanyaan dan mendapatkan motivasi mental.
Doktor kini dapat berinteraksi dengan pesakit atau bakal pesakit dengan lebih efektif, menggunakan solusi canggih pada harga yang berpatutan, termasuk suara manusia yang disesuaikan, pengetahuan dalam bidang kesihatan, dan wakil grafik untuk berbagai keperluan perundingan.
Pada acara pelancarannya, pengasas Mywam Sdn Bhd, Dana Ariya, mengungkapkan kegembiraannya atas potensi Agata dalam mengubah industri penjagaan kesihatan. “Kami bertekad untuk membuat penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah diakses dan inklusif untuk semua, tanpa mengira lokasi atau waktu.
“Agata menjamin bahwa anggota keluarga anda mendapatkan sokongan, motivasi, dan penjagaan yang mereka perlukan setiap saat,” katanya.
Lebih daripada sekadar memudahkan akses, Agata juga mendorong kolaborasi di antara profesional penjagaan kesihatan, memungkinkan mereka untuk merancang rawatan yang lebih personal dan sesuai dengan keperluan individu.
Aplikasi ini seperti membawa pasukan pakar dan profesional ke dalam genggaman tangan pesakit.
Dikembangkan bersama Osense, startup penyelidikan teknologi terkemuka dari Taiwan, Agata menyediakan kemudahan untuk menjadualkan temu janji, mengakses rekod kesihatan, dan mendapatkan informasi tentang perjalanan penjagaan kesihatan pengguna, sambil memberikan doktor alat untuk meningkatkan kualitas penjagaan dan penglibatan pesakit.
“Aplikasi ini memperluas batasan penjagaan pesakit, melebihi apa yang biasanya dijangkau. Kami menargetkan untuk bekerjasama dengan hampir 1,000 doktor menjelang Ogos ini, dan bercita-cita untuk membantu 1,000,000 pesakit yang membutuhkan.
“Kami juga terbuka terhadap peluang investasi dari syarikat yang berminat untuk bergabung dalam revolusi industri penjagaan kesihatan demi manfaat jangka panjang masyarakat,” tambah beliau.
Agata menonjol dengan kemampuan mengintegrasikan dan menyebarkan informasi melalui Pangkalan Pengetahuan Agata (AKB), sebuah repositori yang dinamis dan dapat diperbarui yang mencakup FAQ, garis panduan prosedur, dan kriteria penting, semuanya diolah oleh enjin ChatGPT yang stabil dan aman.
Ini menjadikan Agata bukan hanya alat, tapi juga teman dalam perjalanan penjagaan kesihatan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang