Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sekali lagi membuktikan bahawa beliau bukan sekadar figura politik biasa.
Dalam satu langkah yang mencuri perhatian ramai, Syed Saddiq dilantik sebagai duta untuk jenama minyak wangi, Dolcea, dan menerima bayaran sebanyak RM100,000 hasil daripada kerjasama tersebut.
Namun, apa yang lebih mengharukan adalah keputusannya untuk tidak menyimpan satu sen pun daripada bayaran tersebut, sebaliknya menyumbangkannya sepenuhnya kepada rakyat di Parlimen Muar.
Langkah ini sekali gus membuktikan bahawa Syed Saddiq sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat, tidak kira dalam kapasiti rasmi sebagai ahli politik mahupun dalam kerjaya komersial di luar dewan.
Berita mengenai sumbangan itu dikongsikan oleh penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah, menerusi satu hantaran di Instagram.
Bella memuat naik foto bersama Syed Saddiq ketika mempromosikan wangian Dolcea.
Ads
Dalam kapsyen bersahaja namun sarat makna, Bella berkongsi bahawa Syed Saddiq telah mendermakan keseluruhan wang bayaran tersebut kepada Parlimen Muar.
“From Parliament to Perfume, now we’re making scents together 😆”, katanya.
Tindakan Syed Saddiq mendapat respons positif daripada warga maya, dengan ramai meluahkan rasa kagum terhadap keikhlasan beliau dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat di kawasannya.
Rakyat Muar Bertuah Punya Pemimpin Berhati Mulia
Ads
Ruangan komen pada hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan kata-kata penghargaan daripada netizen.
Ramai yang mengakui bahawa rakyat Muar sangat bertuah kerana mempunyai wakil rakyat yang benar-benar cakna, jujur, dan ikhlas berkhidmat untuk komuniti.
Bukan sekali dua Syed Saddiq menunjukkan keprihatinan sebegini.
Sepanjang bergelar ahli politik, beliau sering mengambil pendekatan turun padang, mendengar masalah rakyat secara langsung, dan membantu setakat yang termampu kini, sumbangan hasil kerjasama komersial juga tidak terkecuali.
Di sebalik kempen wangian Dolcea ini, terselit satu mesej besar kepimpinan sejati tidak terhad kepada ucapan hebat atau janji di atas pentas politik semata-mata.
Kadangkala, tindakan kecil seperti ini memberi impak luar biasa dalam membina kepercayaan dan kasih sayang rakyat.
Dengan menyerahkan semua bayaran yang diterima kepada kawasan parlimennya, Syed Saddiq membuktikan bahawa beliau benar-benar berpegang pada prinsip “untuk rakyat” dalam setiap langkah yang diambil tidak hanya sekadar retorik semata-mata.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Travel solo memang best, tambah lagi jika anda tak payah nak ikut masa atau ragam orang.
Namun apabila travel solo, bagaimana anda nak mengambil gambar? Tak menjadi masalah. Sebenarnya anda boleh je menjadi jurugambar sendiri.
Ashraffjunior, seorang pengguna Twitter yang sering berkongsi tip-tip travel, cycling dan beberapa aktiviti menarik lain, ada cara nak snap gambar sendiri tanpa bantuan orang lain.
Nak travel solo tapi risau takde jurugambar? risau kawan-kawan kata sia-sia travel tapi gambar tak lawa? Nak suruh tourist lain ambilkan tapi risau buruk? Jangan risau sebab aku akan ajar korang cara ambil gambar yang lawa walaupun kau taktau apa-apa pasal fotografi. Thread. pic.twitter.com/Qd1GQQy9FP
Sekiranya anda ada tripod, anda boleh buat gambar seperti ini. Potrait boleh, landscape pun boleh. Tambahnya lagi, dia turut menggalakkan orang ramai menggunakan tripod gorilla kerana ia lebih ringan dan mudah untuk diletakkan di mana-mana sahaja.
Walaupun tak tinggi, anda boleh letakkan tripod ini di atas objek lain untuk menambahkan ketinggian dan boleh membengkokkan kaki tripod untuk lekatkannya pada tiang atau pagar serta beberapa tempat lain.
Sekiranya korang ada tripod ni korang boleh buat gambar macam ni. Potrait boleh, landscape pun boleh pic.twitter.com/qBMtBM3q5j
Kalau nak lebih ringan boleh guna gorilla tripod. Walaupun tak tinggi, kau boleh letak tripod ni atas objek lain untuk tambah ketinggian dan kau boleh bengkokkan kaki tripod untuk lekatkan dia kat tiang ke pagar ke dan lain2. pic.twitter.com/IwBSWn37Ph
Macam ni lah kedudukan kamera korang..just guna timer dan pose la ikut kesukaan korang tanpa perlu minta orang lain ambilkan pic.twitter.com/gKCmRo4Nv2
2.Guna angle yang unik
Ambil gambar daripada angle yang korang tak biasa tengok. Kalau kau guna eye view, orang dah biasa tengok and tak impressed sangat. Cuba guna low angle ke, paras pinggang or maybe high angle kalua tempat tu sesuai untuk letak tripod. pic.twitter.com/7YzXD9fu86
3.Letak kamera di sebalik objek
Dalam term fotografi, orang sebut ni as framing. Macam kau kau letak frame kat gambar korang. So contoh kalau korang nak ambil gambar temple, korang boleh jadikan bunga2 sebagai frame. Contohnya macam ni. pic.twitter.com/gzNqyfELho
Kemudian, gunakan grid dan tetapkan setting kepada auto HDR.
4.Guna grid
Grid tu garisan melintang kat apps kamera korang. Kalaulah tak on, korang boleh hidupkan kat setting ni haa. Alang2 tu hidupkan la auto HDR so kalau tempat gelap sangat, phone korang boleh bagi gambar korang lebih jelas. Letak subjek kat pangkah tu. pic.twitter.com/tqe9rTywTC
5.Guna app lightroom (free) dan snapseed (free)
Aku suka sangat app lightroom ni sebab interface simple dan semua yang aku nak dah ada kat sini. Tengok dah beratus gambar aku edit kat sini je.Nak buat tutorial panjang sangat. So aku nak tunjuk aku suka bahagian ni pic.twitter.com/pqcRBFUJ2g
6. Color jangan over
Cara kau color gambar ibarat korang mekap muka korang. Taknak terlalu kontra dan taknak terlalu pekat warnanya. kau adjust sikit je color dan kalau nak letak filter, pastikan tak melampau kesan dia pada gambar. Contoh kalua aku nak pekatkan warna kat gambar pic.twitter.com/hRB5Aq9eRm
7.Jaga exposure dan lighting
Masa nak ambil gambar tu tekan kat skrin biar betul-betul focus kat subjek. Lighting pun biar based on subjek. Baru tak gelap sangat or over cerah sangat. pic.twitter.com/1nfmD1YS4k
Dengan adanya tripod. Korang boleh tangkap gambar long exposure. Tapi tu susah so kalau nak senang kau boleh guna apps spectre untuk buat long exposure. Just berdiri bagi stabil dan tahan 3 atau 5 saat pic.twitter.com/SkAnVYiEYF
[BONUS] Thanks sudi baca sampai habis. So aku akan bagi 8 gambar yang aku belum edit untuk korang berlatih edit color. Tag aku kalua nak aku komen hasil korang color ya. Sekian jumpa lagi. pic.twitter.com/GboBJdOZ4f
Seperti yang kita tahu, selain berdakwah ustaz Ebit Lew juga sangat terkenal sikapnya yang suka berkongsi segala kerja-kerja murninya seperti memberi bantuan dan sebagainya.
Baru-baru ini, Ebit Lew memberi sedikit sumbangan makanan kepada ‘Frontliner’ membuatkan hati netizen sebak dan terharu dengan insan ini.
Melalui sebuah video berdurasi 2 minit itu menampakkan Ebit Lew pergi ke check point-check point di mana anggota PDRM dan ATM bertugas.
Nampak Ebit Lew bersahaja dengan memakai jubah coklat dan berkopiah sambil memakai topeng dan bersarung tangan saat memberikan bantuan.
Menurut Ebit Lew, dia tidak boleh melakukan semua ini namun dia meminta jasanya itu dibalas dengan doa sahaja. Malah Ebit Lew juga sempat berdakwah dengan memberikan kata-kata semangat kepada anggota petugas.
“Moga Allah mudahkan semua, kebaikan, rahmat. Tak ada tempat lain untuk kamu melainkan syurga. Jadi orang yang beri khidmat kepada masyarakat macam abang ini, Nabi kata walaupun satu malam dijaga sahabat, tempatnya di syurga.
“Inikan pula abang ni hari-hari dari dulu kan? Jadi itulah doakan untuk saya. Terima kasih banyak. Nak buat macam abang tak dapat dah, semoga dipermudahkan semua dan selamat keluarga semua y,” katanya di dalam video yang dikongsikan di Facebook.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anak saudara Datuk Hattan, Mikael Hatta merupakan salah seorang pelajar pelajar Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya yang meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Keputusan 9A yang diraih Mikael menjadikan sekolahnya yang khusus pelajar lelaki itu sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik bagi pencapaian SPM 2023, sekaligus membanggakan Hattan sebagai bapa saudara.
Menerusi hantaran klip video di laman Instagram, Hattan kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika mengucapkan tahniah kepada anak arwah adiknya itu serta semua rakan seperjuangan yang dikenali dengan nama Warriors1923.
“Mula-mula sekali tahniah kepada Warriors1923 Alam Shah, mereka nombor satu dalam Malaysia.
“Ini anak arwah adik saya Mohd Hatta Shahbuddin. Alhamdulillah dia score dan membanggakan kami sekeluarga,” ujar Hattan.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana reaksi Allahyarham Hatta jika dia masih hidup menyaksikan kejayaan anak lelakinya itu hari ini, demikian luahan Hatttan yang langsung memeluk Mikael di dalam video tersebut.
Video tersebut dirakamkan ketika Hattan turut serta menghadiri hari pengumunan keputusan SPM di sekolah tersebut yang berlangsung pada Isnin di Dewan Putra Perdana SAS.
Untuk rekod, Mikael merupakan salah seorang dari 81 pelajar yang meraih keputusan semua A sekolah tersebut.
Foto: Barisan pelajar Warriors1923 dari Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya yang cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Dengan 14 pelajar lagi yang meraih semua A+, SAS mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 1.07 sekaligus menempatkannya di kedudukan pertama dalam ranking SPB terbaik tidak rasmi, sebuah sejarah baharu bagi sekolah itu.
Sebagai makluman, kumpulan pelajar tingkatan lima SAS yang menduduki SPM pada tahun lalu dikenali dengan nama kumpulan Warriors1923.
Angka 1923 pada nama itu diambil sempena tahun pertama pengajian mereka sebagai pelajar tingkatan satu iaitu 2019, dan tahun akhir pengajian mereka sebagai pelajar tingkatan lima iaitu 2023.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.