Nama Sze Fei dan Nur Izzuddin bukanlah asing dalam dunia badminton Malaysia.
Pasangan beregu ini telah membuktikan kemampuan mereka di pentas antarabangsa, menaikkan nama Malaysia dalam sukan ini.
Beregu Lelaki Nombor Satu Malaysia
Terbaru, gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merampas kedudukan selaku beregu lelaki nombor satu Malaysia yang sebelum ini dimiliki juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Berdasarkan ranking dunia terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Sze Fei-Nur Izzuddin melonjak empat anak tangga ke tempat ketiga selepas mengumpul 85,916 mata yang juga merupakan pencapaian tertinggi dalam karier mereka.
Kredit: Badminton Photo (Raphael Sachetat)
Dalam pada itu, pencapaian ini telah diperoleh susulan prestasi cemerlang apabila muncul naib juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China pada Ahad lalu.
Sze Fei-Nur Izzuddin membuat penampilan sulung pada kejohanan itu, tewas 17-21, 21-17, 11-21 kepada pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam pertarungan tiga set yang mendebarkan.
Ads
Selain muncul naib juara Jelajah Dunia Akhir 2024, Sze Fei-Nur Izzuddin turut merangkul tiga gelaran Jelajah Dunia musim ini iaitu Terbuka Jepun (Super 750), Terbuka China (Super 1000), dan Terbuka Artik (Super 500).
Sementara itu, Astrup-Rasmussen melangkah ke tangga utama ranking dunia dengan 95,003 mata, menggantikan tempat pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024, manakala Liang Wei Keng-Wang Chang dari China yang turun ke tempat kedua dengan 93,018 mata.
Bagi beregu negara, Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang gangsa Olimpik Paris 2024 turun satu anak tangga di tempat keenam dengan 82,615 mata.
Ads
Kredit: The StarKredit: X Chen Tang Jie
Dalam kategori beregu campuran, pasangan nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut mencatat ranking tertinggi dalam karier mereka apabila melangkah ke kedudukan keenam dengan 73,940 mata berbanding sebelum ini di tempat kelapan, selepas pencapaian gelaran naib juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024.
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula mendaki ke tempat ketujuh daripada tangga ke-10 selepas mengumpul 71,470 mata manakala pasangan dari China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping kekal di kedudukan teratas dengan 98,700 mata.
Seterusnya, pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia turut naik memperbaiki kedudukannya apabila menghuni tangga keenam dengan 79,016 mata berbanding tempat kelapan sebelum ini.
Ads
Dalam pada itu, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah mengekalkan kedudukan mereka di tempat keenam untuk minggu kelima berturut-turut selepas mengumpul 79,016 mata, di belakang Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China yang mendahului carta dengan 102,746 mata.
Penyakit resdung atau sinusitis adalah masalah yang lazim di seluruh dunia. Di Malaysia dianggarkan 60-65 peratus penduduk mengalami resdung.
Antara faktor yang menjadi penyumbang adalah dari segi iklim, pemakanan, gaya hidup dan sebagainya. Kita seharusnya lebih peka dengan keadaan kesihatan serta perubahan pada badan diri sendiri.
Berikut adalah beberapa petanda anda sudah mula diserang penyakit resdung namun ia sering diabaikan kerana mungkin merasakan ia adalah tindak balas normal badan.
Tidak kira masa dan keadaan, hidung anda tidak henti-henti mengalir dari pagi hingga ke malam. Kejadian ini akan menyebabkan anda sukar untuk tidur dengan lena. Jika anda kurang peka dengan keadaan kesihatan sendiri, ia akan berlarutan hingga anda betul-betul jatuh sakit.
2. Gatal pada kelopak mata
Ia bukan gatal biasa. Kegatalan yang dimaksudkan adalah anda akan menggosok mata hingga terdapat kemerahan pada kelopak mata.
3. Nafas & mulut berbau
Kebiasaannya, bagi penghidap resdung nafas & mulut sedikit berbau. Walaupun anda sudah membersihkan mulut dengan memberus gigi atau berkumur guna mouthwash, bau busuk masih ada di mulut anda hingga menganggu orang lain.
4. Batuk yang teruk pada waktu malam
Ada kalanya ia boleh menyebabkan pesakit rasa seperti sukar bernafas kerana ruang hidung tersumbat disebabkan selsema atau dalam hidung yang membengkak. Ia juga akan memberikan kesan kepada tekak anda akibat resdung yang mengeluarkan lendir yang begitu banyak. Akhirnya anda akan batuk dengan teruk pada waktu malam.
Antara tanda lain resdung adalah kerap kali bersin terutamanya ketika waktu pagi ataupun keadaan persekitaran yang sejuk. Teruknya bersin anda hingga membuatkan hidung warna kemerahan.
6. Hilang deria bau
Anda tidak dapat mengenalpasti sesuatu bau dengan baik. Di peringkat ini anda sudah memasuki fasa resdung yang serius dan memerlukan rawatan yang segera. Kalau tidak keadaan akan bertambah teruk jika tidak dirawat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perkongsian lelaki ini yang berjaya turun 10kg dalam masa 2 minggu bermodalkan RM6 je, boleh anda jadikan rujukan dan inspirasi untuk menurunkan berat badan. Terdapat beberapa tip penting yang kita selalu terlepas pandang dalam mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Jom baca perkongsian lelaki bernama Afnan Rosli ini.
TIPS TURUN 10KG DALAM 2 MINGGU.
Ni saya share Tools yang saya guna untuk Lose Weight cepat. As an Athlete dalam sukan yang lawan ikut Kelas Berat ni. Naik Turun Berat tu memang dah jadi benda Biasa bagi kami.
Tak caya, boleh tanya Athlete Silat Olahraga. Diorang kenal sangat la Sauna Suit ni.
Saya turun 10Kg dalam masa 2 minggu guna SAUNA SUIT ni. Beli kat Daiso je. RM6 je.
Even Kim Kardashian pun cakap dia turun 7 Pound pakai sauna suits.
Sauna Suits ni dia best sebab bila pakai tu, dia burn fat and bagi kita peluh gila2. Rasa macam duduk dalam sauna. Peluh keluar macam air paip??
Cuma yang tak best nya, peluh tu bertakung dalam suit ni. (Refer Video). Kalau jogging atas treadmill or workout kat Gym, peluh mesti meleleh leleh atas lantai. Takut orang lain jela rasa tak selesa.
Ni antara tips saya turun berat dengan cepat gunakan Sauna Suits ni:
1. Pakai benda alah ni time buat Cardio SAHAJA. Kalau time buat latihan bebanan saya tak pakai.
2. Sapu minyak panas pada tempat2 yang kita nak burn fat. Macam perut and lengan. Time saya nak buat Sixpack ritu, saya sapu Lotion Mustajab kat perut & pakai Bengkung. Any minyak panas pun boleh.
3. Of course Diet tu korang kena jaga la. Yang tu nanti kita buat another post asing bab tu. Or korang google jela meal plan sesuai ngan body korang.
4. Drink Plenty of Water. Air memang WAJIB minum banyak2. Sebab bila pakai benda ni korang akan lose banyak fluid. So, kena ganti balik air dalam badan tu. Saya juga minum honey banyak masa process nak turun berat ritu.
5. Body fat saya turun dari 18% ke 12% dalam masa 2minggu. Ni cerita Zaman Athlete dulu la.
So, sape yang duk tercari2 cara nak Hilang lemak cepat tu boleh la pi cari benda ni dekat Daiso cepat2. Dia ada jual seluar sekali, berasingan. Sekali seluar baru RM12. Kalau xde daiso, cari kat shopee pun ade.
Tag #Share pada kawan2 korang yang dah lama Azam Turun berat dia terkubur tu. ????.
Posted by Afnan Rosli on Wednesday, 12 September 2018
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun trend pemakaian skinny jeans kini dilihat sedikit menurun tapi masih ramai lagi golongan lelaki yang menggayakan seluar ketat ini.
Jika anda ke gedung membeli-belah atau jenama pakaian lelaki terkenal, seluar jenis cutting ketat ini masih lagi banyak ditawarkan kepada pengguna.
Pelbagai jenis material atau bahan kain turut diperkenalkan seperti denim, stretch denim dan juga cotton.
Namun, tanpa sedar pemakaian seluar ketat terutama daripada fabrik jean atau denim mengundang bahaya kepada si pemakai sama ada lelaki mahupun wanita.Memang, sebelum ini golongan lelaki lebih sering dikaitkan dengan isu ini ekoran boleh menyebabkan kemandulan.
Hakikatnya, pemakaian seluar denim tidak dilihat memberi kemudaratan kepada pemakai selagi mereka berasa selesa, tidak ketat dan tidak mengehadkan pergerakan, namun jika sebaliknya, ada risiko yang mereka bakal berdepan. Pemakaian seluar yang ketat dan tidak fleksibel dalam jangka masa yang lama dan secara berterusan akan menghalang pergerakan serta boleh menimbulkan masalah kesihatan.
RISIKO TERHADAP LELAKI
Terdapat kajian terdahulu tentang pemakaian seluar yang ketat yang boleh menyebabkan kaki berasa kebas pada paha atau lebih dikenali sebagai meralgia paresthetica yang didakwa sering berlaku dalam kalangan pemain bola sepak. Pun begitu, keadaan tersebut berlaku bukanlah dirujuk kepada spesifikasi kepada pemakaian seluar denim yang ketat semata-mata tetapi juga kepada pemakaian pakaian yang ketat pelbagai jenis fabrik dan tidak fleksibel di bahagian pinggang.
Pemakaian ketat hanyalah salah satu antara penyumbang kepada masalah kesihatan yang mungkin dilihat tidak serius, namun hakikatnya keadaan itu boleh menjejaskan fungsi-fungsi saraf dan otot di kawasan tertentu.
Kesan pemakaian seluar ketat berlaku apabila pergerakan sendi anggota bawah menjadi terhad di bahagian pinggang yang menyebabkan ruangan pada bahagian pelvis dan sendi pinggul menjadi sangat sempit ketika individu itu bergerak seperti berjalan dan melangkah.
Keadaan lebih ketara ketika membengkokkan badan ke hadapan semasa duduk di kerusi, mencangkung dan sebagainya.
Akibatnya, tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf yang terletak di pelvis secara tetap sehingga mengakibatkan seseorang individu itu berasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, sangat sensitif apabila tersentuh, selain rasa tidak selesa pada bahagian tepi paha.
Simptom itu boleh berlaku sementara ataupun dalam tempoh berpanjangan bergantung kepada tahap tekanan yang berlaku.
SIMPTOM DAN KESAN
Pada peringkat awal, mungkin seseorang itu hanya akan mendapat simptom seperti yang dinyatakan di atas untuk sementara sahaja pada bahagian lateral atau tepi paha.
Sekiranya individu itu mengabaikan masalah yang berlaku dan tiada rawatan diberikan, lama-kelamaan simptom lain seperti sakit pada sendi pinggul, sendi lutut atau otot betis akan muncul.
Ini adalah kesan secara tidak langsung yang berlaku kepada pesakit apabila mereka cuba mengubahsuai pergerakan aktiviti harian semata-mata untuk mengurangkan simptom awal yang dialaminya.
PERUBAHAN POSTUR TUBUH
Biarpun pemakaian seluar ketat hanyalah salah satu faktor penggalak kepada masalah jika berlaku kecederaan saraf, namun perkara itu tidak boleh diambil mudah ekoran keadaan itu secara tidak langsung mengubah cara seseorang itu melakukan aktiviti harian daripada cara yang normal kepada yang tidak normal.
Keadaan itu melibatkan perubahan seluruh postur tubuh, gaya berjalan dan peri laku seseorang tanpa disedari. Perubahan itu juga akan menjurus kepada ketidakseimbangan pergerakan tubuh dan fungsi setiap otot pada tubuh badan.
Untuk tempoh jangka masa yang lama pemakaian seluar ketat mendatangkan rangkaian masalah muskuloskeletal (tulang dan otot) yang serius pada diri seseorang.
Walau bagaimanapun, itu hanyalah antara faktor dan masih terdapat faktor yang lain seperti genetik atau struktur anatomi tubuh manusia yang perlu diambil kira sekiranya kecederaan pada saraf tersebut berlaku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.