KERETA dan lelaki memang sukar dipisahkan malah ada di antara mereka sanggup berhabisan berpuluh-puluh ribu ringgit di dalam melakukan pengubahsuaian kereta. Namun, apakah perasaan anda sekiranya kereta idaman milik anda yang anda sayangi selama ini telah dijadikan sebagai ‘kanvas’ lukisan oleh anak anda? Begitulah pengalaman ‘ngeri’ seorang lelaki apabia mendapati kereta kesayangannya yang berwarna putih itu telah diconteng oleh anak perempuan dengan menggunakan pen berdakwat kekal.
Ads
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Yang ini telah memuatnaik beberapa keping gambar keretanya yang telah mendapat ‘sentuhan khas’ anak perempuannya itu ke laman Facebook beliau. Daripada gambar tersebut, anak Yang boleh dilihat masih leka menconteng kereta kesayangan milik ayahnya itu tanpa menyedari perbuatannya itu bakal mendatangkan masalah.
Ads
Namun bagi Yang, ianya bukanlah sebuah perkara yang besar dan beliau menganggap ianya sebagai salah satu proses pembelajaran seorang kanak-kanak Bukan sahaja tidak menyuruh anak perempuannya berhenti daripada melukis, Yang turut memberikan galakan dengan menyuruh anak perempuannya itu supaya membuat latihan melukis lagi. Menurutnya lagi, dia tidak akan memadan lukisan tersebut kerana mahu menjadikannya sebagai kenang-kenangan manis apabila anaknya dewasa kelak.
Bagus betul bapa ni kan.
Ads
Sumber : Taiko tai
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bentuk badan menarik bukanlah sesuatu yang ingin dijadikan kebanggaan tetapi lebih pada membina keyakinan diri. Pelakon popular Saharul Ridzwan ini walaupun kini semakin sibuk menguruskan perniagaan dan keluarganya, dia tetap mementingkan kesihatan tubuh badan juga penampilannya.
JAGA BADAN ANDA WALAUPUN SIBUK SEBAGAI AYAH
“Ketika di bangku sekolah, saya merupakan seorang remaja yang gemuk. Kerana kegemukan itu, saya disisihkan dan rasa rendah diri mula menyelubungi diri. Ketika itu, saya merasakan keyakinan diri berada di tahap paling rendah. Untuk tidak disisihkan rakan-rakan, saya cuba sedaya upaya untuk berdiet dan menurunkan berat badan.
Mungkin kerana tertekan, berat badan saya turun mendadak sehingga menyebabkan badan saya terlalu kurus. Tiga tahun lalu, saya mula menjadi ahli pusat kecergasan berhampiran tempat tinggal. Lapan bulan pertama saya melakukannya sendiri. Selepas faham dan tahu mengenai teknik workout yang betul, saya terus melakukannya. Saya juga dapatkan nasihat daripada beberapa orang yang punyai pengetahuan mengenai penjagaan tubuh dan cara workout.
Saya akan workout tiga kali seminggu dan baru-baru ini saya mula membuat senaman cross fit. Ia sememangnya amat berkesan dan bagus. Kesannya dalam dilihat dalam jangka masa yang agak cepat kerana ia memberikan tindak balas dari seluruh tubuh dan semua anggota badan.”
PENDORONG SEMANGAT
“Ramai, kebanyakannya rakan-rakan yang sentiasa menyokong. Apabila melihat kawan-kawan lain mempunyai bentuk badan menarik dan sasa, saya juga menginginkan bentuk badan sedemikian. Mungkin pada mulanya sedikit sukar kerana terpaksa bekerja keras, tapi lama kelamaan saya mula melihat hasil yang diinginkan.
Selain dari itu, keluarga juga turut memberikan dorongan untuk saya berusaha. Kata mereka, bukan semata-mata untuk bentuk badan menarik, tetapi penting juga menjaga kesihatan tubuh. Bagi saya, tidak rugi sekiranya kita menjaga kesihatan.”
KEPENTINGAN MEMPUNYAI BENTUK TUBUH MENARIK
“Bagi saya, bentuk tubuh menarik memberikan kelebihan kepada kita terutamanya lelaki. Saya tidak membina bentuk badan menarik semata-mata untuk mencuri perhatian, tetapi lebih kepada membina keyakinan diri dan kepuasan diri sendiri.
Banyak faedah sebenarnya. Jika kita rajin bersenam dan workout, kita kurang alami penyakit. Setiap kali melakukan workout, tubuh akan membuang toksin-toksin yang boleh memberi penyakit dan menghilangkan stres”.
PEMAKANAN DAN PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN
“Makanan tambahan semestinya perlu untuk pertumbuhan otot. Saya mengambil whey protein sebagai makanan tambahan. Untuk pemakanan pula, saya mengambil tiga hidangan setiap hari tetapi elak mengambil nasi dan makanan berminyak. Saya menggantikan nasi dengan mi dan sumber karbohidrat lain. Air kosong adalah penting dan perlu diminum dengan kuantiti yang mencukupi.”
LIMA CIRI-CIRI LELAKI MASKULIN
Berani
Sentiasa jujur dengan diri sendiri
Tegas dengan pendirian
Tampil dalam keadaan berkeyakinan
Bijak mengatur langkah dalam kehidupan
Nama: Mohd Saharul Ridzwan b Hashim
Nama panggilan: Syarul
Tarikh lahir: 26 Januari 1989
Asal: Bangi
Berat: 73 kg
Tinggi: 178 cm
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika tidak pernah dengar atau tidak kenal dengan figura pelakon sensasi Hollywood ini besar kemungkinan anda mungkin sesetengah golongan yang menolak sebarang bahan hiburan secara total.
Nama Tom Crusie sebenarnya bolehlah kita anggap sebagai di antara pelakon lelaki yang paling dikenali di seluruh dunia bukan sahaja untuk ekarang tetapi sepanjang zaman. Persona lakonan yang dibawa oleh aktor yang kini berusia 61 tahun tersebut dianggap ramai sebagai pelakon yang sentiasa meletakkan penanda aras yang tinggi.
Dalam umurnya yang rata-rata dianggap sebagai ‘senja’, Tom Crusie masih lagi gah berlakon dalam filem aksi yang bukan sahaja lasak tetapi menuntut dirinya melakukan lagak aksi ngeri sendiri. Di sinilah di antara kekuatan Tom Crusie yang dicemburui ramai kerana keberaniaannya melakukan aksi berani mati sendiri.
Terbaru, Tom Crusie bakal muncul sekali lagi membawakan watak ikonik, Ethan Hunt dalam ‘Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One’. Ini merupakan filem ketujuh Tom Crusie bagi francais filem aksi yang kini dianggap sebagi antara yang terbaik dihasilkan.
Menerusi instalasi terbaru ini, Ethan Hunt dan pasukan IMF diketuainya akan berdepan dengan satu misi yang cukup sukar. Tugas mereka ialah menjejaki senjata berteknologi baharu yang mampu mengancam keselamatan manusia sejagat dan perlu mendapatkannya sebelum jatuh ke tangan yang salah.
Dengan usaha serta misi yang sukar tersebut, Ethan sekali lagi dipaksa untuk bertindak pantas mengelilingi dunia dan melakukan apa sahaja demi mengelakkan senjata itu jatuh ke pihak musuh.
Buat peminat Tom Cruise dan filem ‘Mission Imposible’ terutamanya pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan instalasi terbaru ini! Selain Tom Cruise beberapa muka lama dalam siri ini turt muncul seperti Ving Rhames, Simon Pegg dan Rebecaa Ferguson. Turut melakukan kemunculan ialah Hayley Atwell yang tampil sebagai Grace.
‘Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One’ bakal ditayangkan di seluruh negara pada 12 Julai 2023.
Berikut MASKULIN kongsikan 5 sebab mengapa Tom Cruise merupakan seorang pelakon filem aksi yang cukup mantap!
Tom Cruise terkenal dengan dedikasinya yang tinggi dalam memainkan peranan-peranan aksi. Dia sering melibatkan diri dalam latihan dan persediaan yang intensif untuk memastikan aksi yang dipersembahkannya tampak autentik dan menakjubkan.
Tom Cruise mengambil berat tentang kecergasan fizikalnya sendiri. Beliau kerap melibatkan diri dalam aksi-aksi berbahaya yang melibatkan lompatan, berlari, dan pergerakan yang rumit. Kecekapan fizikalnya yang tinggi membolehkannya menjalankan tugas-tugas aksi dengan kejayaan dan meyakinkan.
Tom Cruise sering melakukan aksi-aksi berbahaya sendiri tanpa menggunakan pengganti. Dia telah melakukan pelbagai aksi seperti terjun payung, berlari di atas atap bangunan tinggi, dan mengendalikan kenderaan-kenderaan berkelajuan tinggi. Keberanian dan kemahirannya dalam melaksanakan aksi-aksi ini menjadikannya seorang pelakon aksi yang dihormati.
Tom Cruise bukan hanya seorang pelakon aksi yang hebat, tetapi juga mampu menyampaikan persembahan lakonan yang berkualiti.
Dia dapat menghidupkan watak-watak yang dimainkannya dengan emosi dan keaslian yang tinggi. Kecemerlangan lakonannya melengkapkan pengalaman menonton filem-filem aksi yang dipersembahkan olehnya.
Tom Cruise telah membuktikan keupayaannya untuk menghadapi tekanan dan beban kerja yang besar dalam filem-filem aksi yang diambilnya. Dia sering terlibat dalam adegan-adegan yang memerlukan konsentrasi dan kecekapan fizikal yang tinggi.
Kemampuannya untuk menangani tekanan dan memberikan persembahan yang cemerlang menjadikannya seorang pelakon aksi yang unggul.
Jom sertai peraduan Tayangan Premier MASKULIN x Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One’ menerusi hantaran Facebook MASKULIN di bawah!
Jawab soalan mudah ini di Facebook MASKULIN!
Tarikh tutup: 10 Julai 2023 (10 pagi)
Dan jangan lupa subscribe serta follow YouTube dan TikTok MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bercinta ni memang sweet, masa sayang semua depan mata nampak baik je, semuanya indah. Tapi bila dah putus, Negeri kelahiran dia pun akan jadi ‘haram’ untuk anda jejak. Mungkin tak ada jodoh, atau kita ter jaga jodoh orang lain.
Fakta menunjukkan lelaki ni paling lambat meroyan apabila putus cinta. Tapi bila dah sampai masanya, mulalah cari balik bekas teman wanita anda, meratap kesedihan hari-hari, tak fokus ketika berkerja.
Disini kami sediakan tips move on untuk jejaka diluar sana
Bukan mudah untuk anda melupakan segala kata-kata kesat dan perangai pasangan anda. Lelaki ni jenis, diam-diam bahaya. Mungkin anda seorang yang tidak begitu sensitif, namun jika pasangan anda mencuit kemarahan anda dengan perkara-perkara yang anda tidak suka, pasti meletus seperti gunung berapi kan? Maafkan mereka merupa satu cara untuk anda move on.
Adakalanya anda sudah berubah untuk lebih serius dengan pasangan anda. Dah tak nak main-main dah. She’s the one! Tapi, anda dikejutkan dengan si dia curang atau putuskan hubungan tanpa sebab. Lihat balik kesilapan lama anda, mungkin anda pernah lakukan perkara yang sama ketika anda bersama orang lain? Cari mereka dan minta maaf. Percayalah, anda akan lebih tenang.
Mungkin ada diantara anda yang tak boleh hidup single. Setiap kali putus, pasti akan cari yang baru. Beri ruang pada diri sendiri. Jangan jadikan pasangan baru anda ‘rebound’ untuk lupakan si dia. Anda pasti tidak mahu kecewakan orang lain bukan? Sayangi diri anda terlebih dahulu, baru sayang orang lain.
Ini cara paling mudah. Jika selepas waktu pejabat anda akan luangkan masa dengan dia, kini anda boleh sibukkan diri dengan pergi ke gym, atau lepak bersama rakan-rakan anda. Cari hobi baru seperti hiking atau sertai Marathon pada hujung minggu.
Mungkin ketika anda bersama dengan si dia, anda abaikan keluarga anda. kalau setahun sekali balik kampung tu, rajin-rajinlah balik jumpa keluarga anda. Inilah masanya anda meluangkan masa bersama orang tua anda. Jika kampung anda jauh, baliklah pada hujung minggu. Keluarga ni ibarat air yang dicincang tak akan putus. Pasangan anda tu bersifat sementara.
Tak semua lelaki tabah bila berhadapan dengan cinta. Jika anda seorang yang setia dan cinta mati pada jodoh tak jadi anda tu, sudah tiba masanya anda delete semua kenangan dengan si dia. Kalau perlu, block dan unfollow si dia. Bukan niat untuk putuskan Silaturahim, tapi ini salah satu cara. Ala, nanti bila dah moved on, anda boleh unblock dan follow kembali bekas pasangan anda. Ingat, jangan sebab cinta anda tak kesampaian, anda bermusuh sampai ke sudah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.