Sejak kecil ita selalu dipesan agar untuk selalu membasuh tangan terutamanya sebelum makan. Namun tahukah anda bahawa tabiat membasuh tangan selain sebelum makan mampu melindungi kita daripada pelbagai jenis kuman?
Apatah lagi sebenarnya dalam aktviti harian kita semenangnya senang terdedah dengan pelbagai kuman serta bakteria terutamanya di peralatan atau peranti.
Anda mungkin terkejut dengan senarai barangan yang terdapat dalam senarai MASKULIN kongsikan di bawah. Jom ikuti 10 barangan atau perlaran yang sering terdedah dan menjadi ‘sarang’ kuman.
Jadi sebelum dan selepas menyentuh kesemua barangan yang dinyatakan di atas, anda bolehlah amalkan basuh tangan dengan air atau cecair atau buih anti-bakteria.
Ingat amalan itu mungkin anda anggap remeh tapi sebenarnya mampu menyelamatkan nyawa anda.
Sumber:
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
3 Tips berhadapan dengan bos yang sombong dan panas baran.
Biasanya bos yang sombong dan panas baran ini orangnya jenis “high expectation”. Citarasanya tinggi. Dia agak cerewet. Cakapannya kekadang sedikit kasar kerana emosinya sensitif pada perubahan situasi di sekitar tempat kerja. Sebab itu asal ada sahaja yang tidak kena, dia akan cepat melenting.
Tips 1: Tonjolkan diri.
Untuk mengambil hati seorang bos yang sombong dan panas baran, anda perlu mencapai ekspektasi yang dimahukannya. Anda kena tunjukkan kepadanya kerajinan anda, professionalisma, juga kecekapan anda bekerja supaya dia sedar yang anda ada kelebihan tersendiri. Berikan kepadanya idea-idea bernas yang anda fikirkan. Beranikan diri memberi pendapat di kala rakan-rakan sekerja anda teragak-agak untuk mengutarakan pendapat mereka. Stand out from the crowd! Sikap sombong dan panas baran itu jika dipandang dari sudut positif, sebenarnya mendesak anda untuk memajukan diri sendiri supaya prestasi anda sama seperti prestasi kecemerlangan yang dimahukan oleh bos anda itu.
Tips 2: “Dalam dia marah-marah tu, mesti ada waktu untuk dia ‘cool’ seketika.”
Orang yang sombong dan panas baran ini, hatinya perlu dirawat dengan pujian namun janganlah pula berlebihan. Dari luar terlihat keras dan angkuh, tapi di dalam begitu lembut dan rapuh. Ya, seperti buah durian. Kebanyakan orang yang bersikap sombong dan panas baran memiliki hati yang lembut. Disinilah kunci utamanya! Orang yang memiliki sifat seperti ini sangat mengharapkan perhatian yang lebih, kerana dia akan menyimpan dan memandam segala masalahnya sendiri. Ada sisi rapuh di sini, di mana dia mudah terkoyak oleh sesuatu yang mengena seperti kasih sayang. Ambilah sisi ini, kerana sisi tersebut sangat sensitif dan mudah mempengaruhinya.
Ajak dia bercerita tentang kisah hidupnya, bercerita pasal anak-anak, ahli keluarganya, majlis-majlis tertentu, sukan rekreasi yang dia selalu lakukan. Seorang bos akan merasa bangga apabila ada dikalangan para pekerja atau orang bawahannya yang ingin tahu bagaimana dia berusaha untuk berjaya sehingga sampai ke tahap kedudukan dan jawatannya sekarang ini. Sudah tentu dia akan menceritakan segala pengalamannya dengan senang hati. Bila dia sudah senang hati, mudahlah untuk anda berhadapan dengannya bila-bila masa. Anda boleh dekatinya, dan dia juga akan merasa selesa untuk bergaul dengan anda.
Tips 3: “Bila bos anda marah anda, biarkan saja dia memarahi anda semahunya.”
Orang yang sombong dan panas baran ini, memiliki perasaan sakit hati pada situasi-situasi tertentu dalam hidupnya. Semua perasaan sakit hati itu telah terkumpul lama dalam ingatannya. Makin lama semakin bertambah dan makin membanyak. Mungkin dia ada masalah kewangan, masalah perhubungan atau merasa tertekan dengan tanggungjawab kerjanya yang bertimbun. Bila dia ada peluang untuk marah, dia akan melepaskan semua perasaan sakit hatinya yang terkumpul selama ini.
Apabila anda berdepan dengan bos yang pemarah, panas baran atau “cepat naik angin”, biarkan saja dia melepaskan kemarahannya selagimana dia mahu. Beri peluang untuk dia lepaskan kesemua yang terbuku di hatinya. Dia gunakan kemarahannya itu pada anda sebagai cara untuk dia lepaskan geram.
Elakkan untuk memberi apa-apa respon pada waktu itu. Lama kelamaan bila keadaannya sudah reda, bila geramnya sudah hilang “power”, dia akan menjadi seseorang yang amat baik. Masa inilah anda boleh gunakan untuk mendekatinya. Pastikan suasana ketika itu sunyi, bebas dari apa jua gangguan. Beritahu bos anda yang anda faham dengan situasi-situasi sukar yang dihadapi olehnya.
Pasti hatinya luluh dengan keikhlasan anda. Bos anda akan menganggap anda seorang kakitangan yang boleh dipercayai. Selepas itu, setiap kali anda berdepan dengannya atau duduk berhampiran dengannya, anda akan merasa selesa, tidak ada lagi perasaan takut-takut atau segan-segan.
Kesimpulannya
Setiap orang yang kena marah memang agak sukar untuk melupakan rasa dimarahi itu, melainkan kita mengganggap yang kita sedang memberi peluang kepada bos kita untuk melepaskan tekanan yang telah lama terbuku di hatinya. Inilah caranya untuk kita memiliki ketahanan apabila dimarahi. Jika fikiran anda terganggu dengan seseorang yang berwatak sombong atau panas baran, bukan berarti bos anda tersebut telah melakukan kesalahan. Perasaan jengkel anda disebabkan cara berfikiran yang berbeza. Anda melihat situasi dari sisi “anda sendiri”. Anda berfikir segala yang terjadi seharusnya sesuai dengan cara anda. Sedangkan bos anda mempunyai cara berfikiran yang lain. Memang rumit, tapi bersangka baiklah dengan kemarahan orang yang memarahi anda!
Belajarlah menerima sesiapa sahaja dengan seadanya. Yang penting mulakan segala kebaikan pada diri sendiri terlebih dahulu. Jika kita inginkan kebaikan orang pada kita maka kita hendaklah terlebih dahulu memulakan kebaikan itu pada diri sendiri. Dengan cara ini kita akan mampu bergembira apabila bertemu dengan sesiapa sahaja, walaumacamana sekalipun perangainya. Moga Allah SWT memberi kelapangan dada untuk kita menghadapinya, insya Allah.
sumber: mohamadzakihalim.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Skin tags atau daging seakan-akan kutil pada kulit memang boleh menggangu penampilan. Kutil boleh muncul di bahagian yang lebih jelas seperti wajah dan leher ataupun bahagian belakang badan dan di celah ketiak.
Kutil boleh muncul dari luka atau goresan setelah bercukur, geseran dari barangan perhiasan, steroid yang berlebihan, masalah gula dalam darah, kehamilan, diabetes, hormon dan juga dari berat badan berlebihan (obesiti).
Menurut Medicine Net, skin tags adalah perkara biasa dan tidak merbahaya. Skin tags boleh dihilangkan dalam pelbagai cara sama ada melibatkan teknik khusus yang dilakukan oleh ahli dermatologi ataupun menggunakan cara alami.
Menurut pakar, Dr Doug Willen yang juga dikenali sebagai The Health Fixer, satu lagi cara atau proses yang boleh digunakan untuk menghapuskan skin tags (lebihan kulit) yang biasa muncul di leher, celah ketiak, bawah mata adalah dengan bantuan cuka epal.
Letakkan cuka epal di kawasan yang terlibat dan urut perlahan-lahan. Lakukan rawatan ini berulang kali. Dari semasa ke semasa, skin tags ini akan mulai hilang dan tanggal.
1. Oleskan cuka epal pada putih kapas atau kapas kecil.
2. Kemudian sapukan kapas tadi pada skin tags.
3. Lakukan 2 hingga 3 kali sehari untuk tempoh beberapa kali (mungkin seminggu atau lebih daripada itu).
4. Anda akan nampak skin tags tadi berubah warna menjadi semakin gelap dan kehitaman sebelum ia tertanggal dengan sendirinya.
Sebenarnya ada banyak jenis diet yang ada di dunia ni. Malah keinginan untuk mendapatkan badan yang diidamkan bukanlah perkara baru. Sejak dulu lagi masyarakat disogokkkan dengan pemikiran standard bahawa ‘kurus itu perfect’.
Namun disebabkan tidak mahu menjaga pemakanan dan ingin kurus dalam masa yang singkat, ramai yang sanggup melakukan pelbagai cara ekstrem untuk kurus. Malah ada yang terlalu obsesi untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman hingga sanggup mengabaikan kesihatan.
Kali ini Maskulin kongsikan 4 jenis diet popular yang sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan. Jika mahu kekal langsing dan sihat, jawapannya ialah dengan mengamalkan senaman secara rutin dan mengawal pemakanan dengan baik. Bukanlah mengikat perut dan hanya mengambil nutrisi tertentu sahaja.
Beyonce menjadi selebriti pertama yang mempopularkan diet ini di aman diet ini mengambil masa antara 7-21 hari sahaja. Ia juga dikenali sebagai diet lemonade dengan hanya minum air lemon yang dicampur dengan sirap maple dan serbuk cayenne. Pengamal diet ini tidak boleh mengambil sebarang makanan pejal dan hanya minum air campuran tersebut ketika lapar.
KEBURUKAN: Anda akan mengalami gangguan paras gula dalam tubuh dan keletihan yang melampau. Pening kepala dan lesu adalah antara simptom utama. Malah diet jenis ini juga boleh merosakkan tisu otot dan mengganggu sistem penghadaman kerana kekurangan nutrisi lain.
Jennifer Aniston pernah mengamalkan diet ini yang hanya makan makanan bayi seperti puri sayuran dan buah-buahan. Makanan bayi tidak mempunyai nutrisi yang secukupnya untuk keperluan nutrisi orang dewasa.
KEBURUKAN: Makanan bayi mempunyai kurang protein sedangkan orang dewasa memerlukan sumber tersebut setiap hari. Anda akan mengalami masalah penghadaman juga kadar metabolisme yang berkurangan.
Cuka epal mungkin boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan rasa lapar. Pengamal diet ini perlu makan 2-3 sudu cuka epal setiap kali sebelum makan.
KEBURUKAN: Cuka epal mengandungi kandungan asid makanan yang tinggi dan boleh mencederakan kerongkong dan merapuhkan gigi.
Mungkin kurang popular di Malaysia, tetapi diet ini terkenal di Hollywood dan telah diamalkan oleh selebriti sejak tahun 1970-an. Satu jenama rokok popular pernah mempromosikan rokok sebagai pengganti kepada ketagihan mengambil makanan atau minuman manis. Pengamal perlu menghisap rokok setiap kali mempunyai keinginan untuk mengambil makanan bergula.
KEBURUKAN: Sudah tentu rokok berbahaya kepada kesihatan. Tidak perlu kami terangkan kesannya.
Kesimpulannya, janganlah kita mensia-siakan hidup semata-mata untuk cepat kurus. Sebaiknya amalkan gaya hidup sihat dengan kerap bersenam dan menjaga pemakanan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 10 kasut larian tempo terbaik 2025 pilihan pakar, lengkap dengan ulasan dan sebab mengapa setiap model menonjol. Ketahui kasut yang paling sesuai untuk meningkatkan prestasi dan kelajuan tempo run anda tahun ini.