Bila pasangan masih belum dikurniakan zuriat, ramai lelaki cepat menuding jari pada wanita. Tapi fakta yang ramai tak tahu bahawa 40 hingga 50 peratus masalah kesuburan datang dari pihak lelaki sendiri, dan puncanya bukan sebab tak cukup “jantan”, tetapi sperma yang rosak dan lemah akibat gaya hidup sendiri.
Menurut Pegawai Perubatan, Dr. Ahmad Samhan Awang, kesuburan lelaki banyak bergantung pada kualiti, kuantiti dan kekuatan sperma dan ini boleh terjejas tanpa sedar melalui tabiat harian yang kita anggap biasa.
Menurut Pegawai Perubatan, Dr. Ahmad Samhan Awang
“Jangan salahkan isteri je kalau tak subur. Kadang-kadang puncanya ada pada suami, tapi tak ramai yang sanggup tengok cermin dan nilai diri sendiri.”
Kalau anda bergelar suami atau bakal suami ini 7 tabiat harian yang mungkin sedang perlahan-lahan membunuh peluang anda untuk jadi bapa.
1. Pakai Seluar Terlalu Ketat
Stail slim-fit memang nampak segak, tapi seluar yang terlalu ketat menekan testis, mengurangkan pengaliran darah dan menyebabkan suhu testis meningkat — sedangkan sperma perlukan suhu lebih sejuk dari badan untuk berkembang sihat.
Maskulin Tip: Pilih seluar potongan slim yang masih beri ruang bernafas untuk alat sulit anda. Kalau rasa sendat, itu petanda awal bahaya.
2. Letak Laptop Atas Paha
Bekerja atau menonton filem dengan laptop atas paha nampak produktif, tapi bahang haba dari peranti boleh naikkan suhu testis hingga merosakkan sperma. Kajian dari Universiti New York menunjukkan suhu skrotum boleh naik lebih 2.5°C dalam tempoh 30 minit.
Maskulin Tip: Guna pad penyejuk atau meja khas untuk elak laptop terus sentuh paha. Lebih sejuk, lebih subur.
Gambar Hiasan AI
3. Merokok & Vape
Tak kisahlah rokok atau vape, dua-duanya musuh kesuburan lelaki. Nikotin dan toksin lain menyebabkan kerosakan DNA sperma, kurangkan daya gerak (motility), dan ubah bentuk sperma (morphology). Malah, ia turut dikaitkan dengan risiko keguguran isteri.
Ads
“Kalau sperma rosak, embrio tak berkembang dengan baik. Nak lekat pun susah,” jelas Dr. Samhan.
Maskulin Tip: Kalau anda serius nak jadi ayah, berhenti hari ini. Jangan tunggu bila isteri kecewa baru nak berubah.
4. Menahan Ejakulasi Terlalu Lama
Ramai lelaki fikir tahan lama tandanya kuat. Hakikatnya, menahan ejakulasi terlalu lama buat sperma terperangkap terlalu lama dalam tubuh, terdedah kepada suhu panas dan radikal bebas — akhirnya rosak dari dalam.
“Sperma yang ‘tersimpan’ terlalu lama dalam tubuh boleh alami kerosakan DNA (DNA fragmentation),” jelas Dr. Samhan.
Maskulin Tip: Hubungan intim yang sihat dan teratur membantu kekalkan kualiti sperma. Jangan terlalu ekstrem.
Ads
5. Kurang Bersenam
Lelaki yang jarang bersenam cenderung miliki paras testosteron rendah dan metabolisme perlahan, yang menyumbang kepada penghasilan sperma yang lemah.
Maskulin Tip: Lakukan senaman kardio dan kekuatan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Lebih banyak peluh = lebih sihat = lebih subur.
6. Stres Berlebihan
Stres bukan saja buat anda lesu dan bad mood ia ganggu keseimbangan hormon, menjejaskan libido dan menurunkan kualiti sperma. Ramai lelaki yang ‘nampak tenang’ sebenarnya sedang menyimpan stres yang membunuh kesuburan.
Maskulin Tip: Amalkan teknik kawalan stres seperti senaman, meditasi atau hobi aktif. Mental yang tenang bantu tubuh berfungsi dengan lebih baik.
7. Duduk Terlalu Lama Tanpa Regangan
Kerja pejabat atau gaming berjam-jam tanpa bangun bukan sahaja buat badan kejang ia juga ganggu peredaran darah ke bahagian sulit. Tekanan haba dari posisi duduk lama pun boleh menjejaskan suhu testis.
Ads
Maskulin Tip: Bangun setiap 45 minit, buat regangan ringan dan pastikan posisi duduk tak menghimpit bahagian alat sulit.
Nak Zuriat? Jaga Sperma Dulu
Kesuburan lelaki bukan hal remeh. Ia bukan sekadar tentang ego, tapi tentang tanggungjawab dan kesedaran diri sebagai suami dan bakal ayah.
“Tak adil salahkan rahim isteri, kalau sperma suami pun tak dijaga,” pesan Dr. Samhan.
Jangan tunggu bila semuanya terlambat baru nak berubah. Mulakan dengan gaya hidup yang lebih sihat, aktif dan bertanggungjawab.
Siapa tak kenal dengan pelakon Thailand yang pernah mendapat gelaran Hundred Million Hero selepas mencipta nama dan dikenali di pentas antarabangsa menerusi filem box office Nang Nak dan Bang Rajan.
Terbaru, berita duka diterima apabila Winai Kraibutr, 54, dilaporkan meninggal dunia pada 20 Mac yang lepas, lapor portal 8days.
Winai yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem romantik seram, Nang Nak (1999) meninggal dunia akibat penyakit Bullous Pemphigoid.
Ia merupakan penyakit kanser kulit yang jarang ditemui dan mendiang menderita penyakit tersebut sejak lima tahun lepas.
Menerusi satu hantaran di media sosial isterinya, Chonrada Saenrangsi memaklumkan mendiang meninggal dunia di Hospital Bangkok selepas alami masalah tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada salur darah.
Kata isterinya lagi, tahap kesihatan Winai merosot sejak 15 Mac yang lepas, sebelum diserang sawan dua hari kemudian. Selepas itu, mendiang dilaporkan tidak sedarkan diri dan akhirnya disahkan meninggal dunia minggu lepas.
Menurut 8days, kehidupan Winai berubah selepas dia didiagnosis menghidap Bullous Pemphigoid, penyakit autoimun yang menyebabkan lepuh pada kulit pada tahun 2019.
Takziah kami ucapkan buat ahli keluarga Winai Kraibutr.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Jika selama ini anda suka mencabut bulu hidung atau memicit jerawat di sekitar segi tiga muka, baik anda hentikan tabiat itu bermula hari ini!
Tidak dinafikan jerawat dan bulu hidung mencacatkan penampilan, namun tabiat ini dianggap sebagai kawasan segi tiga yang sangat bahaya.
Menurut doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.
Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. “Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.
Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok.
Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.
Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.
Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.
Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides.
Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.
PHM sentiasa menekankan konsep Pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung. Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril.
Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.
Baru-baru ini, heboh berita mengenai seorang remaja perempuan yang menyamar sebagai doktor di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang menggunakan kad pengenalan palsu.
Susulan itu, doktor selebriti Dr Shazril Shaharuddin atau mesra disapa Dr Say tampil berkongsi cara untuk memeriksa kesahihan pentauliahan doktor untuk merawat pesakit jik anda mengesyaki mana-mana individu sebagai doktor palsu.
Bagaimanapun, panduan ini tidak boleh digunakan untuk memeriksa doktor gigi, doktor haiwan atau doktor falsafah (PhD).
Layari portal MeRITS
Foto: Tangkap layar laman web MeRITS.
Semudah membuat carian kata kunci “registered doctor” di laman Google, anda akan menemui MeRITS iaitu portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengandungi maklumat para pengamal perubatan bertauliah di Malaysia
Kemudian, masukkan nama individu yang anda ingin periksa. Tidak mengapa jika anda tidak mengetahui nama penuh. MeRITS akan menyenaraikan semua nama penuh individu yang mengandungi nama yang and acari.
Foto: Tangkap layar laman web MeRITS.
Setelah menemui nama individu yang anda cari, anda boleh melihat sama ada individu itu boleh merawat pesakit atau tidak.
Tekan nama individu berkenaan, kemudian anda perlu menatal paparan skrin ke bawah hingga anda menemui nombor dan tahun bagi Annual Practicing Certificate (APC).
Hanya doktor yang memiliki nombor APC ini sahaja yang layak untuk merawat pesakit.
Menurut Dr Say, anda boleh menemui tiga kategori individu menerusi carian di MeRITS.
Kategori 1: Miliki Ijazah Perubatan & APC
Foto: Contoh rekod individu yang memiliki ijazah perubatan dan APC di laman MeRITS.
Menerusi hasil carian di MeRITS, anda boleh melihat jika individu tersebut mendapatkan ijazah perubatan dari institusi pengajian mana, tahun bila dan pemilikan APC nya.
Jika individu itu memiliki kesemua perkara tersebut, jelas dia adalah seorang doktor yang bertauliah dan boleh merawat pesakit.
Kategori 2: Miliki Ijazah Perubatan Tanpa APC
Foto: Contoh rekod individu yang memiliki ijazah perubatan namun tiada APC di laman MeRITS.
Ada juga individu yang memiliki ijazah sarjana muda perubatan namun tidak memiliki APC. Ini berkemungkinan individu berkenaan tidak menghabiskan tempoh latihan klinikal selepas graduasi (housemanship) atau pun tidak menghabiskan tempoh khidmat wajib.
Mereka yang tergolong dalam kategori ini masih boleh menggunakan gelaran doktor, namun tidak boleh merawat pesakit sama ada di klinik, hospital, atau pusat perubatan.
Kategori 3: Tiada Ijazah Perubatan & APC
Foto: Contoh rekod individu yang tiada ijazah perubatan dan APC di laman MeRITS.
Kategori yang ketiga ialah individu yang tiada langsung ijazah perubatan apatah lagi nombor APC.
Individu ini sah seorang doktor palsu. Oleh itu, anda boleh melaporkan segera kepada KKM sekiranya anda mendapati individu berkenaan berpakaian seragam doktor di klinik atau hospital.
Dengan panduan ini, mudah untuk anda memainkan peranan untuk membanteras golongan doktor-doktor palsu.
Ingat, semakin mereka galak menjalankan aktiviti haram mereka, semakin banyak nyawa yang akan diperjudikan.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.