Ada sesetengah lelaki sama ada dia pura-pura buat tak tahu atau berada dalam denial. Itulah yang berlaku bila makin hari makin ke depan pula perut.
Masalah perut boroi di kalangan lelaki biasanya akan mula timbul bila kadar metabolisme bada berubah menjadi rendah. Ini seiring dengan peningkatan umur.
Maka jika diteruskan gaya hidup sama ketika zaman remaja hingga ke umur 30-an maka kemungkinan besar perut untuk membesar sangatlah tinggi.
Tapi tahukah anda apakah punca utamanya?
Bukan mudah untuk mengawal pemakanan agar perut kekal langsing dan sihat, namun di sebalik itu terdapat pelbagai halangan yang harus ditempuh. Ini adalah di antara 5 situasi dan perkara yang harus anda elakkan. Perut buncit adalah sarang penyakit.
1. Kerap minum air bikarbonat
Ads
Ramai orang yang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan ‘mencairkan’ kepekatan minuman berkarbonat. Ia sebenarnya salah kerana kita masih mengambil 10 sudu gula dalam minuman berkenaan, cuma hanya menambah air kosong, tidak akan memberi kesan kepada kandungan gula yang diambil. Kita juga akan terdedah kepada diabetes akibat kandungan gula yang tinggi.
Minuman berkarbonat atau soda adalah minuman yang paling digemari masyarakat kita kini. Namun sedarkah anda bahawa satu tin minuman tersebut mengandungi 150 kalori, 30 hingga 55 mg kafein, pewarna dan pemanis minuman yang tinggi. Gula yang berlebihan dalam darah jika tidak di kawal akan mengakibatkan risiko diabetes.
Satu tin air berkarbonat, mengandungi kira-kira 10 sudu gula, hampir dua kali melebihi pengambilan yang disarankan oleh pakar pemakanan, iaitu enam sudu gula sehari, bergantung kepada pekerjaan dan kegiatan harian yang dilaksanakan. Islam menegah kita daripada berlebih-lebihan dalam sebarang perbuatan, termasuk makan dan minum.
2. Makan ketika emosi tidak stabil
Ads
Anda mungkin sudah biasa dengan istilah emotional eating, suatu keadaan di mana hasrat untuk makan dikawal oleh emosi yang tidak stabil. Jarang rasanya seseorang itu melampiaskan kemarahan atau emosinya melalui makanan. Bahkan, ketika tidak merasa lapar pun, hasrat untuk makan seringkali muncul saat emosi sedang tidak stabil, termasuklah jika anda baru sahaja berselar seorang ibu. Berdasarkan laporan dari Government Equalities Office, tekanan yang diterima oleh para ibu yang baru melahirkan anak turut mampu memengaruhi pola pemakanan mereka.
Kebanyakan orang merasakan bahawa untuk melupakan stres salah satu caranya adalah dengan makan secara berlebihan. Tanpa disedari, tabiat atau kebiasaan makan seperti ini akan menjadikan seseorang itu untuk makan mengikut emosinya. Mereka merasakan bahawa makanan adalah satu-satunya jalan keluar untuk melupakan marah, sedih atau tertekan.
3. Kekurangan protein
Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh kita. Kesemua sel terbentuk hasil dari nutrien protein yang diambil. Kekurangan protein akan menyebabkan sistem badan dan sel-sel badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Apa kaitannya perut buncit dengan kekurangan protein? Salah satu sebab perut menjadi buncit akibat pengumpulan bendalir tisu.
Protein juga dapat membantu tubuh mengawal hormon yang boleh meningkatkan nafsu makan. Anda boleh mendapatkan sumber protein dari daging, kerang, daging ayam (tanpa kulit), ikan salmon, dan telur. Untuk mengatasi masalah ini, ambillah sumber protein yang mencukupi. Jika pengambilan yang berlebihan juga tidak elok. Jadi berpada-padalah. Lebih baik jika sumber protein itu diambil dari bahan organik yang bukan sahaja selamat, malah membantu kehidupan anda yang lebih sihat.
Ads
4. Makan larut malam
Makan larut malam menjadi salah satu penyebab perut buncit. Mengapa hal ini terjadi? Ini kerana ketika kita tidur dengan perut kenyang maka akan berlakunya acid reflux atau gangguan pencernaan kerana posisi tidur tidak dapat bekerja dengan lancar atau membuatkan makanan tersebut dicerna dengan baik.
Jadi, caranya adalah dengan mengelakkan dari mengambil makanan dalam porsi atau kuantiti yang terlalu besar ketika malam. Jangan tidur setelah makan, sebaiknya tunggu antara 1 hingga 3 jam setelah makan.Sekiranya anda berasa lapar ketika lewat malam, sebaik-baiknya cukup dengan menikmati buah-buahan segar daripada mengambil makanan junk food atau makanan yang diproses (cepat saji).
5. Merokok
Amalanyang menyebabkan perut buncit ialah merokok atau penggunaan tembakau dengan cara lain. Ini adalah kerana merokok boleh menganggu dan menjejaskan aktiviti penghadaman. Sikap suka merokok selepas makan akan menyebabkan perut buncit dan mudah berasa kembung kerana penghadaman terganggu. Oleh itu , cara terbaik untuk mengelakkan masalah ini ialah dengan berhenti merokok.
Sumber : Diarikurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kalau ke pasar raya anda boleh lihat pelbagai jenis susu yang dijual. Bila dah banyak sangat jenis susu, pasti anda pun boleh jadi keliru.
Namun dalam kebanyakan jenis susu yang dijual itu, rupanya ada satu jenis susu yang boleh jadi punca anda potong kaki. Jadi sebelum membelinya pastikan anda ketahui kegunaan dan khasiat susu tersebut untuk keperluan anda.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mengungkap perbezaan beberapa jenis susu yang ada di pasaran. Dengan mengetahui perbezaan ini, memudahkan anda untuk membezakan antara susu yang bagus dan tidak untuk diminum.
Kau orang pernah alami situasi ni tak? Suruh suami beli susu penuh krim, lepas tu susu apa entah dia beli. Lain disuruh, lain dibelinya.
Ha, kau orang kongsikan senarai jenis-jenis susu ni pada suami kau orang. Tak pun pada anak dara kau yang tak kenal susu tu!
1. Susu Segar (Fresh Milk)
Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.
2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk)
Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
⚠️ Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.
3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)
Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
4. Susu Skim (Skimmed Milk)
Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
ℹ️ Macam mana lemak diasingkan daripada susu?
Krim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.
5. Krim (Heavy Cream)
Ia krim terapung yang diasingkan daripada susu asli dan memiliki sehingga 40% kandungan lemak. Krim putar (whipping cream) pula mengandungi sekitar 30% lemak susu.
6. Susu Sejat (Evaporated Milk)
Susu asli penuh krim yang dipanaskan agar ia kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.
7. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk)
Susu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Menatang inilah yang banyak makan kaki rakyat Malaysia. Haha!
8. Susu Bukan Tenusu (Non Dairy Milk)
Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.
9. Susu Formula (Infant Formulated Milk)
Susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.
10. Krimer (Creamer)
Ia diperbuat daripada minyak sayuran, air, gula/pemanis, emulsifier, penstabil. Biasa digunakan untuk bancuh kopi dan teh. Ada juga yang dicampur Pepejal dan lemak susu. Ada cecair, ada serbuk. Ni pun jahat.
OK, dah faham dah beza susu-susu ni semua? Produk ni semua boleh digunakan, cuma utamakan yang mana kurang memudaratkan. OK, tu je! Semoga bermanfaatl
Zaiton (dua,kanan) bersama Robinson (dua,kiri) serta Siti Norfarhana dan Nurfariha pada sidang media #KitaJuara di MSN, Bukit Jalil tengah hari tadi.
Ramadan ternyata bukan halangan buat skuad bola jaring wanita kebangsaan untuk terus menjalani latihan yang kini hampir memasuki fasa ketiga sebagai persiapan temasya Sukan Sea 2017, Ogos nanti.
Lebih menakjubkan, perlawanan menentang pasukan lelaki yang diadakan sekurang-kurangnya seminggu sekali membuktikan kesungguhan anak didik Tracey Robinson merangkul pingat emas di laman sendiri.
Menyedari tempoh masa yang kian singkat, kesemua 15 pemain berlatih pada sebelah malam dengan penekanan kepada kecergasan selain taktikal.
Pengurus Pasukan Bola Jaring Kebangsaan, Zaiton Abd Ghani berkata walaupun berada di bulan Ramadan namun latihan tetap dijalankan pada sebelah malam.
“Kesemua 15 pemain kini giat menjalani latihan dibawah kendalian Robinson, kami juga mengaturkan beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan lelaki.
“Langkah ini diambil dalam usaha menambah kecergasan, keyakinan dan kekuatan serta menimba pengalaman.
“Paling kurang seminggu dua perlawanan persahabatan bakal dilalui dan kami dapat lihat peningkatan serta keyakinan ketara di kalangan pemain,” jelasnya pada sidang media Kita Juara di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, tengah hari tadi.
Mengenai senarai 12 pemain yang bakal mewakili skuad kebangsaan pada temasya Sukan Sea nanti, Zaiton menjelaskan ia kini dalam fasa terakhir.
“Untuk fasa terakhir, tiga pemain akan digugurkan dari senarai 15 pemain sebelum senarai akhir 12 pemain diumumkan selewat-lewatnya 1 Julai.
“Memang kami sudah ada bayangan awal senarai akhir 12 pemain, tetapi persaingan tetap sengit dengan setiap pemain menunjukkan prestasi serta komitmen yang bagus,” ujarnya.
Robinson (dua,kiri) yakin barisan pemainnya mampu membuktikan sesuatu pada temasya Sukan Sea Ogos nanti.
Sementara itu, Robinson berkata, barisan pemainnya akan menyertai beberapa siri perlawanan di Australia pada Jun dengan penekanan kepada keserasian serta keyakinan.
“Pemain akan menyertai beberapa siri perlawanan di Gold Coast pada 13 hingga 24 Jun dan Melbourne, 5 hingga 15 Julai.
“Harapan kami perlawanan ini akan dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan pasukan yang perlu diperbaiki sebelum temasya Sukan Sea nanti selain beberapa taktikal yang dirancang,” katanya.
Untuk rekod, skuad bola jaring negara berputih mata pada Sukan Sea 2015 apabila meraih pingat perak, selepas tewas tipis 43-46 berdepan tuan rumah Singapura dalam perlawanan akhir.
Namun beraksi di laman sendiri pastinya memberi kelebihan buat skuad kebangsaan untuk membalas dendam ke atas Singapura, selain suntikan semangat setelah bergelar juara Asia menewaskan Sri Lanka di Bangkok, Thailand, tahun lepas, manakala Singapura sekadar di tempat ketiga.
1.Stability ball plank untuk mantapkan otot belakang
Guna bola stabil yang ada di Gym sebagai alas kepada senaman ini. Anda hanya perlu buat posisi plank seperti kebiasaan namun kali ini ia dilakukan di atas bola. Buat 3 set dan setiap satu reps 60 saat.
2. Reverse grip pulldown
Senaman ini bakal menguatkan otot belakang badan, bicep dan lengan. Untuk melakukannya, anda perlukan kabel penarik yang boleh diubah berat yang ada di gym. Cara-caranya adalah genggam bar besi sambil pergelangan tangan menghadap ke muka anda. Pastikan tangan dibuka luas. Tarik perlahan-lahan bar bersi tersebut hingga ia sekata dengan paras dada anda. Tahan sekejap pada posisi berkenaan dan kembali ke kedudukan asal. Ulang senaman ini mengikut kemampuan anda. Cadangan yang sesuai adalah buat 3 set, setiap satu set 15 kali.
3. Barbell Row
Senaman ini untuk meransang pertumbuhan otot Lats yang mana ia dikira sebagai otot yang terbesar di bahagian belakang badan. Sama juga dengan otot bahagian atas serta tengah. Untuk senaman ini anda memerlukan besi bar bersama pemberat. Genggam besi bar serta pastikan tangan dibuka luas, bengkokkan badan & pastikan belakang badan tidak melengkung, anda kena pastikan ia rata.
4.Hammer Strength Two-Arm Row
Gunakan peralatan senaman Adjustable Cable Machine. Cara senamannya adalah tarik kabel tersebut hingga menyentuh dada serta tangan berada di sisi anda. Buat 3 set dan setiap set dibuat sebanyak 12 kali.
Anda memerlukan bangku senaman yang ada di gym. Senaman ini menyasarkan otot bahagian bawah belakang badan. Kunci kaki anda pada penyendal, tambahkan pemberat pada belakang badan. Bongkokkan badan ke hadapan dan pastikan torso anda turut membengkok serta berada pada kedudukan 90 darjah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.