Kajian terbaru yang dijalankan oleh Universiti Oxford telah menggemparkan dunia perubatan dan kesihatan awam apabila mendapati bahawa berjalan kaki secara konsisten setiap hari mampu mengurangkan risiko sehingga 13 jenis kanser.
Kajian ini melibatkan lebih 85,000 orang dewasa di UK, menjadikannya antara penyelidikan paling menyeluruh dalam bidang ini.
Apa yang menjadikan kajian ini lebih signifikan ialah penggunaan peranti pengesan aktiviti (activity tracker) untuk mengumpul data.
Hasilnya menunjukkan bahawa hanya dengan 5,000 langkah sehari sudah cukup untuk memberi manfaat kesihatan, namun lebih banyak langkah membawa kesan lebih besar.
Tak Perlu Laju, Yang Penting Bergerak
Satu lagi penemuan menarik dari kajian ini ialah intensiti pergerakan bukan faktor utama.
Dalam erti kata lain, anda tidak perlu berlari atau berjalan laju seperti dalam maraton.
Cukup sekadar berjalan pada kadar santai tetapi konsisten setiap hari.
Ads
Kajian ini membuktikan bahawa jumlah pergerakan harian lebih penting daripada kelajuan atau tahap kepenatan.
Ini satu berita baik terutamanya buat mereka yang mungkin berhadapan dengan kekangan masa, masalah kesihatan, atau sekadar mahu memulakan gaya hidup lebih aktif secara perlahan-lahan.
Foto : Kosmo
13 Jenis Kanser Yang Dikaji
Dalam kajian ini, para saintis memberi fokus kepada 13 jenis kanser utama yang sering menyerang masyarakat global. Antaranya termasuk:
Kanser kolon (usus besar)
Kanser paru-paru
Kanser hati
Kanser payudara
Kanser pundi kencing
Hasil kajian menunjukkan bahawa kanser perut, hati dan paru-paru mencatatkan penurunan risiko yang paling ketara dalam kalangan mereka yang berjalan melebihi 7,000 langkah sehari.
Ini membuktikan bahawa aktiviti fizikal ringan seperti berjalan kaki boleh memberi kesan perlindungan terhadap penyakit serius, yang selama ini kita sangka hanya boleh dicegah melalui senaman berat atau rawatan mahal.
Ads
Cara Mudah Kurangkan Risiko Kanser
Menurut para saintis, meningkatkan jumlah langkah harian mungkin antara cara paling mudah, murah dan praktikal untuk mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser.
Contohnya, anda boleh mulakan dengan memarkir kereta sedikit lebih jauh dari destinasi supaya ada ruang untuk berjalan kaki.
Selain itu, cuba amalkan berjalan selama 10 minit selepas setiap kali makan bukan sahaja membantu penghadaman, malah menambah jumlah langkah tanpa sedar.
Aktiviti berjalan kaki juga boleh dijadikan masa berkualiti bersama keluarga atau pasangan, contohnya dengan berjalan santai di taman.
10 Sebab Lelaki Yang Berkahwin Lebih Panjang UsiaMasalah kewangan, masih belum bertemu calon pilihan dan komitmen keluarga merupakan punca utama kepada pembujangan golongan lelaki di Malaysia…
Tapi selepas baca artikel ni mesti korang akan rasa pentingnya sesebuah perkahwinan buat seorang lelaki. Data statistik sekali berjaya membuktikan bahawa lelaki yang sudah berkahwin mereka hidup lebih lama daripada lelaki yang single.Berikut adalah beberapa sebab mengapa lelaki yang sudah berkahwin boleh hidup lebih lama daripada lelaki bujang.
1.Wujudnya ikatan emosi
Ya, kebanyakan hubungan emosi datang dari pasangan anda dan ramai lelaki bergantung pada ikatan emosi ini untuk rasa bahagia.
2. Hubungan intim menjadikan lelaki kelihatan lebih muda
Ghairah yang kerap merupakan sumber kesihatan bagi lelaki dan wanita. Orang yang cenderung melakukan hubungan intim lebih kerap daripada mereka yang kelihatan lebih muda kerana peredaran darah yang lebih sihat.
3. Tidak perlu bingung tentang makanan
Lelaki berkahwin boleh menikmati masakan rumah lebih kerap daripada lelaki bujang. Memasak juga bermakna kurang bahan pengawet dan kalori untuk lelaki yang sudah berkahwin daripada makanan yang sering anda makan di restoran sebagai lelaki bujang.
4. Lelaki dengan hubungan bahagia tidak mengalami kemurungan
Kualiti adalah kunci kehidupan, lelaki yang berada dalam hubungan yang bahagia tidak mengalami kemurungan dan kecemasan. Mereka rasa lebih optimis, ceria dan bertenaga.
5. Lelaki berkahwin mempunyai jangka hayat yang panjang
Lelaki berkahwin dilaporkan hidup lima hingga tujuh tahun lebih lama daripada lelaki bujang. Satu kajian yang dijalankan oleh pelajar Harvard menunjukkan bahawa semakin lama seorang lelaki berkahwin, semakin lama umurnya, berbanding dengan seorang lelaki yang seusianya.
6. Perkahwinan adalah penawar untuk kesepian
Tidaklah rahsia lagi bahawa kesepian boleh membunuh. Kesepian dikaitkan dengan tekanan perasaan, tekanan darah tinggi, jangka hayat yang lebih pendek, penyakit mental, dan perubahan berat badan.
7. Lelaki berkahwin lebih bertahan dari penyakit kronik
Lelaki bujang kurang daya tahan penyakit kronik, kerana mereka tidak memeriksa penyakit awal dan mencari rawatan lanjut. Ini berlaku baik bagi lelaki dan wanita. Tidak seperti lelaki yang sudah berkahwin. Ada pasangan yang menggalakkan mereka pergi ke doktor dan memberi sokongan untuk melawan penyakit.
Banyak cara nak kempiskan perut. Selain produk, boleh juga guna air detoks untuk kempiskan perut yang maju ke depan. Kini macam-macam perasa air detoks yang direka sesuai dengan masalah yang dihadapi.
Ramai yang dah amalkan air detoks untuk kempiskan perut. Memandangkan amalan ini semakin diminati, Ibrahim Yop berkongsi petua kempiskan perut yang dah maju ke hadapan. Petua yang diperolehnya daripada orang Cina ini dikongsikan menerusi laman Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Petua untuk mengempiskan perut yang dah maju ke hadapan. Dapat daripada orang cina semalam.
Bahan-bahan:
1. Sebiji lemon 2. Halia dalam dua atau 3 inci 3. Air 1.5 liter
Seeloknya dibuat waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.
Cara membuatnya:
1. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yang dah dipotong dan halia yang telah ditumbuk ke dalam periuk tersebut.
2. Biarkan mendidih selama 5 minit. Jangan lupa kacau.
3. Selepas 5 minit mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.
4. Padamkan api dan tutup habis periuk tersebut. Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.
Cara minum:
Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk tu boleh dihabiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh dibawa ke pejabat. Minum sedikit-sedikit. Dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai kenal Pilates sebagai senaman regangan popular dalam kalangan wanita moden. Tapi tak ramai tahu, senaman ini sebenarnya dicipta oleh seorang lelaki iaitu Joseph Pilates, pejuang kecergasan yang membina sistem latihan dari pengalaman hidupnya sendiri.
Hari ini, senaman Pilates bukan sekadar rutin regangan atau terapi badan. Ia telah menjadi sistem kecergasan menyeluruh yang menggabungkan kekuatan otot, fleksibiliti, postur badan, fokus mental dan teknik pernafasan. Dan di sebalik semua itu, berdiri seorang lelaki yang percaya bahawa kekuatan sebenar datang daripada kawalan tubuh dan minda.
Siapa Joseph Pilates?
Joseph Hubertus Pilates dilahirkan di Jerman pada tahun 1883. Sejak kecil, beliau sering sakit – menghidap asma, riket dan demam reumatik. Tapi kelemahan bukan alasan untuk mengalah. Joseph memilih jalan berdisiplin dengan mengkaji anatomi manusia dan melatih tubuhnya dengan pelbagai teknik seperti:
Gimnastik
Bina badan
Yoga dan Tai Chi
Seni bela diri
Latihan pernafasan
Gabungan latihan dari Timur dan Barat ini menjadi asas kepada sistem kecergasan yang dinamakan Contrology – seni mengawal pergerakan dan kekuatan dengan bantuan minda.
Asal Usul Senaman Pilates Bermula Dari Kem Tahanan Perang
Semasa Perang Dunia Pertama, Joseph Pilates ditahan di Britain dan berkhidmat sebagai jururawat. Ketika itu, beliau membantu pesakit terlantar membina semula kekuatan fizikal. Beliau menggunakan katil, spring dan tali untuk mencipta alat bantuan senaman – yang hari ini dikenali sebagai Pilates Reformer.
Di sinilah lahirnya prinsip utama Pilates:
Kawalan pergerakan
Pernafasan terkawal
Pengaktifan otot teras (core)
Postur yang seimbang
Fokus mental semasa bersenam
Dari Kem Tahanan Ke Studio Pilates Pertama Di New York
Selepas perang, Joseph berhijrah ke Amerika Syarikat dan membuka studio pertamanya di New York pada tahun 1926. Studio itu menjadi tumpuan penari profesional, atlet dan pesakit pemulihan.
Antara pelanggan awal beliau termasuk:
Martha Graham – penari moden terkenal
George Balanchine – koreografer balet
Atlet dan pesakit kecederaan tulang belakang
Keberkesanan teknik Pilates dalam membina kekuatan tanpa membebankan sendi menjadikannya senaman pilihan ramai – walaupun pada asalnya direka oleh lelaki untuk lelaki.
Manfaat Senaman Pilates
Walaupun Pilates kini lebih sinonim dengan wanita, senaman Pilates untuk lelaki sebenarnya amat sesuai bagi:
Atlet sukan kompetitif
Lelaki yang ingin betulkan postur
Pengamal gym dan latihan bebanan
Lelaki yang mengalami sakit belakang atau ketegangan otot
Individu yang mahu kuatkan otot teras dan fleksibiliti
Antara manfaat utama Pilates untuk lelaki:
✅ Meningkatkan kekuatan otot teras (core strength) ✅ Memperbaiki fleksibiliti dan mobiliti sendi ✅ Mengurangkan risiko kecederaan ✅ Membetulkan postur dan keseimbangan badan ✅ Meningkatkan kesedaran tubuh (body awareness)
Ramai atlet profesional seperti pelari maraton, pemain bola sepak dan angkat berat turut mengamalkan Pilates sebagai latihan sokongan.
“It is the mind itself which builds the body.” – Joseph Pilates
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.