Tak Perlu Muat Turun Borang Atau Call, Kini Boleh Daftar i-Akaun KWSP Atau Semak Status Guna Online Je!

Share

Kerajaan telah memperkenalkan Pengeluaran i-Lestari bermula 1 April lalu di mana pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengeluarkan sejumlah maksimum RM500 sebulan menerusi Akaun 2.

Sedikit sebanyak, Pengeluaran i-Lestari ini dapat meringankan bebanan pencarum yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

Jika sebelum ini, pencarum yang tidak mempunyai i-Akaun KWSP perlu mendaftar Pengeluaran i-Lestari menerusi panggilan telefon

atau memuat turun borang, kini KWSP memperkenalkan sistem terbaharu yang lebih mudah hanya menggunakan online.

Sistem terbaharu ini pastinya melegakan pencarum yang belum mendaftar i-Akaun KWSP kerana pendaftaran boleh dilakukan hanya di hujung jari.

Selain membuat permohonan baharu, sistem ini juga membolehkan anda menyemak status permohonan, membaca panduan pengguna atau soalan-soalan lazim.

Pengeluaran i-Lestari Online Kini Lebih Mudah!

Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/

Pautan pantas:

1. Permohonan baru: https://ilestari.kwsp.gov.my/submit-request.php

2. Semak Permohonan: https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php

3. Panduan Pengguna (Infografik): https://ilestari.kwsp.gov.my/pdf/i-Lestari%20Online%20-%20Panduan%20Pengguna%20Infografik_20200413.pdf

4. Soalan Lazim: https://www.kwsp.gov.my/faq-i-lestari

Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari

Sila BACA dan FAHAMI INFO PENTING sebelum meneruskan permohonan.

MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU

1. Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/

2. Pilih PERMOHONAN BARU

3. Isikan Nama Penuh, No. MyKad, No. Telefon Bimbit, Alamat Emel, Alamat & Poskod

4. Pilih jumlah Amaun Dimohon Sebulan (RM)

5. Pilih Bank dan masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif

6. Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon

7. Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekat butang SETUJU.

8. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah BETUL dan TEPAT sebelum menekan butang HANTAR.

9. Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar.

SEMAK STATUS PERMOHONAN

Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan.

1. Pilih SEMAK STATUS PERMOHONAN
2. Masukkan Nombor MyKad, Nombor Telefon Bimbit, dan tekan SEMAK.
3. Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan.

Layari https://ilestari.kwsp.gov.my untuk membuat pengeluaran sekarang ATAU imbas kod QR (rujuk gambar).

IKLAN