Ramai yang mahu kurus dalam masa singkat, namun kebanyakannya kurang mengambil berat mengenai keperluan nutrien yang diperlukan tubuh. Keinginan yang tinggi untuk menurunkan berat badan dalam tempoh singkat membuatkan individu itu ‘menutup mata’ dari segi pengambilan makanan berkhasiat dan senaman, hingga ada yang sanggup mengamalkan diet yang menurunkan berat badan secara mendadak.
Ramai juga suka mencuba diet sebegini kerana menjanjikan hasil yang cepat berbanding berusaha mengurangkan berat badan dengan melakukan perubahan jangka panjang dari segi tabiat pemakanan dan senaman.
Banyak perkara yang boleh diperkatakan mengenai penurunan berat badan sehinggakan tiada satu pun dianggap mustahil. Ini kerana terdapat pelbagai cara menurunkan berat badan terutama mengehadkan pengambilan makanan berkalori tinggi dan bersenam setiap hari.
Menurut pakar pemakanan Orlando Magic, Tara Gidus, ada beberapa makanan yang dapat membantu fungsi pembakaran lemak dipanggil termogenik. Makanan termogenik membakar lebih banyak kalori. Penulis buku Weight Loss: The Alternative Medicine Guide menjelaskan, makanan pembakar lemak mempunyai tiga karakter iaitu mengandungi protein, lemak dan serat yang tinggi.
“Makanan ini walaupun mengandungi lemak, ia memerlukan tenaga ketika proses penghadamannya. Ini membuatkan proses pembakaran lemak menjadi lebih cepat,” ujarnya.Berdasarkan kajian, terdapat enam makanan membakar lemak terbaik antaranya:
-Daging tanpa lemak
Mengambil daging tanpa lemak untuk makan tengah hari akan membuatkan anda kenyang lebih lama. Ini kerana daging kaya protein sehingga memerlukan banyak tenaga ketika proses penghadaman.
Ads
Sekiranya tubuh memerlukan lebih tenaga untuk pemecahan protein yang terkandung dalam daging, ini bererti tubuh memerlukan lebih banyak kalori untuk membakarnya.
-Teh hijau
Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika melaporkan, minum empat cawan teh hijau setiap hari membuatkan berat badan berkurangan sehingga enam kilogram dalam tempoh lapan minggu. Ini kerana kandungan EGCG iaitu sejenis bahan antioksidan di dalam teh hijau menjadikan minuman ini sangat berkesan sebagai bahan pembakar lemak.
Ads
-Avokado
Avokado mempunyai nilai kalori yang sangat tinggi, kaya lemak serta tinggi kandungan serat yang membantu membakar banyak lemak. Pengambilan avokado dalam hidangan harian menjadikan pembakaran kalori berlaku setiap hari.
-Badam
Ads
Segenggam badam mengandung protein, lemak dan serat. Badam memberikan rasa kenyang lebih lama dan membantu membakar lemak tiga kali lebih cepat berbanding kekacang lain.
-Cili merah
Ramai tidak tahu cili merah yang berfungsi menambah rasa pedas dalam masakan membantu meningkatkan kemampuan tubuh membakar lemak. Ini kerana kandungan capsaicin di dalam cili meningkatkan metabolisme.
-Kopi
Kafein juga mampu membuat metabolisme bekerja lebih cepat. Ini kerana kafein dapat melakukan proses pemecahan lemak atau liposis. Satu atau dua cawan kopi setiap hari sudah mencukupi untuk pembakaran kalori anda.
Selain itu, pastikan anda mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan kerana kedua-duanya membantu mengurangkan rasa lapar. Kandungan gula semula jadi yang terdapat di dalamnya memberikan rasa kenyang lebih lama. Untuk mengelak rasa bosan, buah boleh dijadikan salad, jus atau snek harian. Jangan lupa, bersenam setiap hari selama 10 minit membantu tubuh kekal langsing dan sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila kita berpuasa, tubuh akan kehilangan banyak cecair. Oleh itu, kita perlu memastikan pengambilan air putih yang mencukupi untuk mengganti semula cecair yang telah hilang semasa kita berpuasa. Jika air yang diganti terlalu sedikit, kita mungkin akan berisiko untuk mengalami dehidrasi.
Tapi bagaimana untuk mengamalkan minum air mencukupi seperti yang disarankan iaitu sebanyak 8 gelas sehari. Nah ini tips cara pengambilan air di bulan puasa — bermula semasa berbuka puasa, sehinggalah sewaktu bersahur, cukup 8 gelas sehari.
Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur – Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.
Minum Waktu Tidur – Peluang untuk minum hanya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.
Makanan Dengan Kandungan Air Tinggi – Anda juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.
Elak Minum Banyak Ketika Berbuka – Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi bila berpuasa, tetapi cuba jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. Minum 8 gelas air saat berbuka bukanlah penyelesaian yang tepat.
Berbuka Dengan Kurma & 2 Gelas Air – Tentu ramai yang sudah tahu bahawa kita disarankan berbuka dengan kurma terlebih dahulu tetapi tahukah anda kebaikan daripada tindakan yang diamal? Ya, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi, serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa. Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan.
Bawa Air Ketika Keluar Malam – Setiap kali pergi terawih atau keluar mencari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air.
Cadangan minum air ketika puasa:
1 gelas selepas azan Maghrib
1 gelas selepas solat Maghrib
1 gelas selepas makan
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas Tarawikh
1 gelas sebelum tidur
1 gelas selepas bangun sahur
1 gelas selepas makan sahur
Okay sekarang dah jelaskan.
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia hiburan, wajah kacak sering dianggap sebagai tiket mudah untuk menyerlah. Namun bagi pelakon muda Syazwan Razak, dia tidak pernah menjadikan rupa paras sebagai ukuran untuk menilai dirinya. Malah, adik kepada pelakon terkenal Syafiq Kyle ini mengakui bahawa dia selesa dengan identiti sendiri dan tidak terfikir untuk menjadi seperti abangnya.
Baru-baru ini, Syazwan tampil dalam podcast Ashhrapp Channel bagi menjawab persoalan netizen yang sering membandingkan wajah dan penampilannya dengan Syafiq. Tidak dinafikan, ada segelintir pihak yang menganggap dirinya tidak setampan abangnya. Ada juga yang melemparkan komen berbentuk body shaming, menyifatkannya gemuk atau kembang.
Namun, jawapan Syazwan cukup matang dan penuh keyakinan diri.
“Bila saya muncul, orang nampak saya tak sehelok abang. Ada yang kata saya gemuk, saya kembang. Padahal saya sendiri tak pernah terfikir nak jadi macam dia,” jelasnya.
Bukan Menumpang Populariti Abang
Selain isu penampilan, ada juga yang mendakwa Syazwan masuk ke dalam industri hiburan hanya kerana ‘kabel’ abangnya. Dakwaan ini sekali lagi ditolak tegas oleh pelakon muda itu.
“Yang masuk industri ini saya. Kalau nak pakai kabel abang, lama dah saya buat. Kenapa pula sekarang baru nak pakai?” katanya.
Tambahnya, segala langkah yang diambil adalah atas usaha sendiri, malah dia melihat Syafiq lebih gembira apabila dia turut berkecimpung dalam dunia seni.
“Alhamdulillah, kami saling sokong antara satu sama lain. Itu yang penting, brothers sentiasa di belakang,” ujarnya.
Keyakinan Diri Lebih Penting Daripada Wajah
Bagi Syazwan, kejayaan dalam bidang seni bukan diukur dengan wajah kacak semata-mata. Apa yang lebih penting ialah bakat, disiplin, serta keaslian yang dibawa ketika menghidupkan watak. Baginya, setiap orang ada aura tersendiri, dan dia lebih selesa membina jalan sendiri tanpa perlu meniru sesiapa.
Kisah Syazwan Razak menjadi inspirasi buat lelaki di luar sana – bahawa keyakinan diri datang daripada penerimaan siapa diri kita sebenarnya. Wajah mungkin bonus, tetapi apa yang menentukan nilai sebenar seorang lelaki adalah usaha, kejujuran dan keberanian untuk terus berdiri dengan nama sendiri.
Maskulin sejati bukan tentang tampan di mata orang, tetapi tentang jati diri yang kukuh dan berani melangkah tanpa gentar dengan perbandingan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa kata penghidap kencing manis tak boleh nak join Marathon. Jangan jadikan sakit sebagai alasan anda tidak mahu bersenam. Badan yang sihat boleh mencegah diri dari penyakit kronik. Jadi, bila orang tanya “kalau saya ada kencing manis, dan saya nak join Half Marathon, macam mana ye? Apa yang perlu saya buat?
Selalu check gula dalam darah sebelum memulakan senaman dan sentiasa berada dalam lingkungan bacaan yang dipersetujui oleh doktor anda. Ini paling utama, anda kena sedar, anda bukan normal. Bukan apa, kita mahu badan lebih sihat bukan terukkan lagi. Jangan lupa ambil bacaan ye.
Bekalkan diri anda dengan Manisan
Membawa makanan manis yg senang digunakan seperti air kotak, gula-gula atau Sport Drinks semasa latihan. Badan akan lemah apabila kita menggunakan tenaga yang sangat banyak. Ia akan membahayakan seseorang terutamanya pesakit Diabetes.
Elak Hypoglycemia
Ajak kawan-kawan anda berlatih di rumah atau di taman sehingga anda mampu menghidari hypoglycemia (gula bawah 4 mmol/l). Mula dari bawah, baru ada Stamina dan penyakit boleh dielakkan.
Bawa atau pakai Tag Medical Alert
PENTING! Sentiasa bawa kad bersama anda. Kalau boleh, ketika anda register untuk sertai Marathon tu, jujur dalam mengisi ruang kesihatan. Ini memudahkan Medical Team menyatakan penyakit anda supaya senang Medical Team memberikan rawatan.
Makan, minum sebelum, selepas senaman
Hyperglycemia juga boleh terjadi dan diburukkan lagi dengan Dehydration (kurang air). Hyperglycemia (gula tinggi) akan menyebabkan badan kita lagi cepat hilang air. Jika Marathon anda itu pada waktu pagi, makanlah sekeping roti atau sebiji pisang. Ia sangat membantu.
Pesakit Diabetes, berhati-hati dalam bersenam yang memerlukan intensiti tinggi. Setakat Marathon anda masih lagi mampu. Jika anda mahu menurunkan berat badan, sila rujuk pakar Dietitian supaya anda tahu apa yang perlu dan apa yang tidak perlu ketika bersenam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.