Taktik sindiket penipuan kini semakin kreatif dengan pelbagai kaedah.
Ada yang mewujudkan laman sesawang palsu dan menghantar mesej di aplikasi WhatsApp semata-mata untuk memperdayakan mangsa.
Tidak kurang juga yang membuat panggilan telefon dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, pegawai mahkamah atau pegawai bank, kononnya mahu membantu mangsa menyelesaikan masalah.
Jika anda tidak berhati-hati, tidak mustahil anda akan mudah tertipu dengan taktik sindiket penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Ads
Terbaharu, muncul satu lagi taktik sindiket penipuan menggunakan aplikasi palsu dan WhatsApp.
Bagi mengelakkan anda menjadi mangsa, Bank Negara Malaysia menasihati orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan kepada sesiapa pun.
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan taktik terbaharu sindiket penipuan yang menggunakan aplikasi palsu dan Whatsapp bagi mendapatkan maklumat peribadi atau kewangan.
Ads
Anda juga diminta untuk segera menamatkan perbualan telefon sekiranya dihubungi oleh mana-mana individu yang mendakwa mereka sebagai pegawai polis, pegawai mahkamah atau pegawai bank.
Jangan biarkan si penipu mengambil wang anda. Pastikan sebarang maklumat disemak terlebih dahulu daripada sumber yang sahih.
San Pedro Sula terletak di bahagian utara Honduran dan merupakan bandar yang paling ganas serta berbahaya di dunia. Bandar yang dikenali sebagai ‘pembunuh ibu kota dunia’ ini telah menjadi bandar paling ganas dipercayai berpunca daripada aktiviti perdagangan dadah serta kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang berjuang demi kuasa. Selain itu, gejala rasuah turut memainkan peranan utama dalam negara ini. Ramai penduduk telah melarikan diri dari bandar ini berikutan daripada faktor kemiskinan yang membelenggu masyarakat setempat.
Walaupun Brazil gah dengan penganjuran sukan Olimpik Rio 2016, namun bandar ini sebenarnya merupakan antara lokasi yang bermasalah. Rio dipengaruhi oleh keganasan malah turut mengundang bahaya kepada para pelancong. Untuk kekal selamat di sini, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan atau dadah yang dijual serta sentiasa elakkan untuk berada di bawah pengaruh dadah. Selain itu, orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak mempamerkan alatan mereka seperti telefon pintar dan tablet.
Cape Town merupakan kota kedua terpadat di Afrika Selatan. Selain daripada serangan jerung, kegiatan jenayah juga merupakan antara masalah terbesar di Cape Town. Pergaduhan dan pertempuran sesama kumpulan merupakan penyebab utama Cape Town menjadi bandar paling merbahaya di Afrika. Namun begitu, walaupun Cape Town mempunyai beberapa bahagian yang menakutkan, lokasi pelancongan di sini kebiasaannya terhindar daripada sebarang jenayah.
EL Salvador terkenal dengan jolokan merbahaya berikutan mempunyai beberapa kumpulan ganas dan ditakuti seluruh dunia seperti MS-13. Disebabkan oleh masalah kumpulan pengganas ini, ramai pihak telah melarikan diri ke utara untuk mencari perlindungan di samping menggelakkan diri daripada masalah kemiskinan di negara berkenaan.
Kabul , Afghanistan merupakan antara lokasi yang bukannya menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia. Bandar dan negara ini turut dikaitkan dengan serangan 11 September sehingga menyebabkan kuasa-kuasa seperti Taliban dan Amerika Syarikat telah menduduki kawasan luar bandar tersebut. Selain itu, dengan kewujudan ISIS, ia telah menimbulkan lagi ketegangan di Iran dan Afghanistan.
Baghdad adalah ibu negara Iraq dan mempunyai populasi dianggarkan seramai 7,000,000 orang. Selain itu, ia merupakan bandar raya terbesar di Iraq. Seperti Kabul , Baghdad masih di ambang perang, dan ia dianggap tidak selamat untuk pelancong.
Caracas merupakan bandar yang mempunyai banyak kumpulan terlibat dengan aktiviti keganasan. Difahamkan, seramai 24,000 orang telah dibunuh di Venezuela pada tahun 2014. Bandar ini adalah di bawah aktiviti harian kartel dadah dan samun bersenjata. Rakyat dan pengunjung perlu sentiasa berwaspada tidak kira yang kawasan yang mereka lawati. Jika anda mahu untuk melawat Caracas, pastikan anda tidak pergi ke bandar seorang diri.
sumber: taikotai.tv
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Saat yang dinanti sudah tiba. Tak dapat disangkal lagi, filem adiwira ‘Avengers: Endgame’ merupakan filem yang paling dinantikan pada tahun ini.
Demam luar biasa menantikan kemunculan filem dari Marvel Studio ini juga telah menyebabkan hampir kesemua panggung wayang di negara kita memulakan tayangan seawal 7 pagi dan ia telah sold out!
Hari ini bermulalah tayangan pertama filem tersebut dan apa yang pasti ia akan menjadi topik utama warganet dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Cuma satu pesanan MASKULIN kepada anda, elakkan memberi spoiler kepada rakan-rakan dan pengguna laman media sosial yang lain.
Jadilah seorang penggemr karya filem hebat yang berhemah dan bertimbang rasa.
Sempena menyambut ketibaan filem ini, kotaraya Kuala Lumpur telah dikejutkan dengan sebuah pertunjukan drone menarik. Sebanyak 300 Intel® Shooting Star™ telah diterbangkan ke ruang udara dan menyinari Kuala Lumpur dengan pertunjukan cahaya yang menarik.
Pertunjukan drone tersebut membentuk beberapa logo dan karakter yang tidak asing lagi seperti Iron Man, Thor, Captain America dan Hulk.
Menurut kenyataan media dari pengedar filem ini, The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd, pertunjukan drone istimewa ini merupakan ucapan terima kasih mereka kepada rakyat Malaysia yang selama ini memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada francais filem MARVEL STUDIO.
Malah pertunjukan drone ini juga telah mencipta rekod baru dan bakal dimasukkan ke Malaysia’s Book of Records sebagai ‘Pertunjukan Drone Bercahaya Paling Banyak Digunakan’.
Anda pasti tertanya-tanya adakah kita semua berpeluang menyaksikan pertunjukan ini sekali lagi? Ya! Pertunjukan drone hebat ini dijadualkan akan berlangsung sekali lagi pada hari Jumaat ini iaitu 26 April 2019 pada pukul 8 malam dan 10 malam (bergantung kepada keadaan cuaca).
Lokasi terbaik untuk menyaksikan pertunjukan drone ini ialah di sekitar 200 hingga 300 meter radius dari Menara KL.
Kepada anda yang tinggal berdekatan jangan lupa lepaskan peluang menyaksikan pertunjukan drone ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Musim lalu menyaksikan Liverpool menjuarai Premier League, menewaskan pencabar terdekat mereka, Arsenal dalam perlumbaan kejuaraan yang mendebarkan. Bagaimana pula Manchester United?
Namun, lupakan seketika kisah musim lalu. Kita kini berada di ambang musim baharu, Premier League 2025/26, yang dijangka lebih sengit dan mendebarkan berbanding sebelumnya!
Ramalan awal menunjukkan persaingan kali ini tidak akan semudah yang disangka. Liverpool, juara bertahan, tidak akan mendapat laluan mudah.
Setiap pasukan telah memperkuatkan skuad mereka dengan perpindahan pemain yang rancak, sekali gus menjanjikan perlawanan yang lebih kompetitif.
Arsenal, contohnya, kini diperkuat dengan penyerang berbisa baharu, Viktor Gyökeres yang dijangka akan memberikan impak besar kepada serangan mereka.
Jangan sesekali memandang enteng gergasi-gergasi lain. Manchester City bimbingan Pep Guardiola sedang rancak menjalani transformasi pasukan, manakala Chelsea telah melakukan rombakan besar-besaran untuk kembali menjadi pasukan digeruni.
Malah, Manchester United yang menamatkan musim lalu di tangga ke-15, diramal akan bangkit dengan kehadiran tiga serangkai serangan baharu iaitu Bryan Mbeumo, Matheus Cunha, dan Benjamin Šeško.
Musim baharu ini tidak menunggu lama untuk menyajikan hidangan istimewa. Minggu ini, kita akan disajikan dengan perlawanan tumpuan “Super Sunday” yang mempertemukan dua gergasi England, Manchester United vs Arsenal!
Perlawanan ini bukan sahaja pertembungan dua pasukan bersejarah, malah akan menjadi petunjuk awal hala tuju kedua-dua pasukan untuk musim ini.
Ini bukanlah sesuatu yang sering kita saksikan iaitu perlawanan pertama liga mempertemukan dua kuasa besar bola sepak Inggeris!
Untuk memeriahkan lagi sambutan musim baharu dan perlawanan epik ini, Astro akan mengadakan watch party yang pasti mengujakan.
Ia akan berlangsung pada 17 Ogos 2025 di Ground Floor, Strand Mall, Kota Damansara dari jam 8 malam. Ia bakal menjadi medan pertembungan penyokong setia Manchester United dan Arsenal, masing-masing dengan sorakan dan semangat yang tidak mahu kalah.
Anda juga dapat sama-sama menyaksikan perlawanan ini di skrin gergasi dan merasai sendiri suasana stadium.
Acara istimewa ini juga akan disiarkan secara langsung melalui program ‘Super Sunday Live’ yang dihoskan oleh Adam Carruthers, bersama pengulas terkenal, Gary Stevens dan Carlton Palmer.
Yang paling menarik, Astro turut menjemput bekas penyerang dan legenda Arsenal dari Denmark, Nicklas Bendtner, sebagai tetamu khas!
Bayangkan, anda berpeluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan salah seorang pemain yang pernah mencorak sejarah kelab gergasi dari Utara London ini.
Selain itu, suasana akan dihangatkan lagi dengan persembahan istimewa daripada Nadeera Zaini dan SonaOne, serta peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang lumayan!
Jika anda peminat Manchester United atau Arsenal, atau peminat bola sepak amnya, jangan lepaskan peluang keemasan ini! Masuk adalah percuma dan dijamin penuh dengan kemeriahan.
Persoalannya kini, pasukan mana yang akan berputih mata pada perlawanan pertama musim baharu ini? Datang dan saksikan sendiri!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu 'Andai Itu Takdirnya 2' ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi.