Foto : VOCKET

Seorang pelari dari Indonesia, Alfadistian Rahman Hakim mencuri tumpuan ramai apabila berjaya menamatkan acara Surabaya Orthopedic Half Marathon sejauh 21 kilometer hanya dengan memakai sepasang selipar Jepun yang dipercayai harganya adalah bernilai kurang daripada RM5 sahaja.

“Di Jalanan, Tiada Siapa Peduli Jenama Kasut Kita”

Alfadistian yang juga merupakan seorang pempengaruh dari negara jiran, tampil berbeza dengan selipar ringkasnya.

Namun berjaya membuktikan kepada orang ramai bahawa semangat dan ketekunan lebih penting daripada peralatan mewah.

“Di jalanan, tiada siapa yang peduli tentang jenama kasut yang kita pakai. Satu-satunya yang mereka ingin tahu adalah sama ada anda akan menamatkan larian atau menyerah kalah,” tulisnya di Instagram baru-baru ini.

Tamatkan Half Marathon Dengan Selipar Jepun, Alfadistian Cipta Momen Luar Biasa!

Selipar Murah, Jiwa Besar

Walaupun tidak menggunakan kasut larian berjenama mahal, Alfadistian berjaya mencatat masa 1 jam 53 minit dengan pace 5:24/KM.

Ads

Ia merupakan satu pencapaian yang sangat baik untuk seorang pelari biasa apatah lagi dengan hanya berselipar jepun.

“Kasut mahal mungkin boleh buat kau tinggi hati, tapi dengan selipar ini boleh mengingatkanmu untuk tetap membumi. Garis penamat kita semua sama sahaja, rasa letih pun sama, tetapi rasa bangga kita berbeza,” tambahnya.

Inspirasi Dari Mereka Yang Tidak Menyerah

Apa yang dilakukan oleh Alfadistian mengingatkan kita kepada kisah-kisah luar biasa lain yang pernah mencuri perhatian.

Sebelum ini, seorang pemuda OKU penglihatan juga mencipta detik bersejarah apabila berjaya menamatkan larian sejauh 21KM bersama rakan baiknya.

Ads

Tanpa deria penglihatan, namun dengan bantuan seorang pacer dan semangat yang tak pernah padam, dia membuktikan bahawa batas fizikal bukan penghalang untuk melangkah ke garisan penamat.

Ini jelas menunjukkan bahawa daya tahan mental dan jiwa yang cekal jauh lebih penting daripada apa yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Tamatkan Half Marathon Dengan Selipar Jepun, Alfadistian Cipta Momen Luar Biasa!
Foto : BORAKDAILY

Dua insan ini berbeza latar belakang, tetapi berkongsi satu nilai yang sama iaitu keberanian untuk terus melangkah, walau apa jua cabaran di hadapan.

Ads

Selipar Jepun itu mungkin tampak remeh di mata sesetengah orang tetapi tidak di mata Alfadistian.

Namun, dalam langkah-langkah kecil yang diambil Alfadistian sepanjang 21KM itu, terselit mesej besar bahawa keaslian, kejujuran dan semangat tidak boleh dibeli.

BACA LAGI : Merdeka Food Run 2025 Kembali Lagi, Raikan Kecergasan & Apresiasi Makanan Tempatan

Sumber : BORAKDAILY

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads