Foto: yanalya - www.freepik.com

Di antara situasi mencemaskan boleh berlaku kepada kita semasa memandu adalah kejadian tayar pecah dengan tiba-tiba. Ia bukan sahaja menyebabkan kemalangan malah boleh menjadi punca kecederaan parah dan lebih manakutkan mengakibatkan maut.

Pelbagai punca boleh menjadi penyebab mengapa tara pecah secara tiba-tiba. Antaranya ialah faktor usia tayar, kandungan tekanan angin yang tidak tepat dan juga faktor luaran seperti paku atau objek tajam di atas jalan atau lebuh raya.

Jika perkara ini berlaku kepada anda, perkara pertama sekali yang mesti sentiasa diamalkan ialah tidak panik. Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.

1) Jangan Terus Tekan Brake Pedal

Jangan terus menghentam pedal brek. Kebanyakan orang akan cenderung untuk menekan brek sepenuhnya (brek kecemasan) dalam keadaan kecemasan.

Brek kecemasan adalah perkara yang paling teruk anda boleh lakukan dalam kejadian sebegini kerana ini akan menggangu arah kenderaan dan menjadikannya berada di luar kawalan. Anda boleh menggunakan ‘brek enjin’ dengan menurunkan gear kepada yang lebih rendah. Tekan brek kaki secara ringan apabila kenderaan anda telah perlahan.

2) Tenangkan diri dan kekalkan pedal minyak

Jangan terus angkat kaki dari pedal minyak secara tiba-tiba. Tenangkan diri dan kekalkan pedal minyak untuk seketika, sebelum melepaskan ia beransur-ansur. Pergerakan kenderaan akan segera perlahan dan berhenti dengan lebih cepat selepas tayar meletop. Jika anda dalam kawalan pelayaran (auto-cruise), pastikan anda memadamkan fungsi ini.

IKLAN

3) Membelok stereng dengan banyak ia akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan

Saat kejadian kereta anda akan berasa ditarik ke arah tayar yang pecah. Cuba untuk memastikan arah kenderaan anda adalah lurus. Membelok stereng dengan banyak semasa kenderaan masih laju dan tayar pecah akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.

Tayar Pecah Ketika Sedang Memandu, Usah Panik Ini Beberapa Langkah Keselamatannya
Foto: jcomp – www.freepik.com

4) Hidupkan Lampu Kecemasan

Hidupkan lampu kecemasan untuk memberi amaran kepada kenderaan sekeliling. Program kawalan kestabilan Kenderaan (contohnya ESP) dalam sistem sesebuah kenderaan juga adalah penyelamat dalam keadaan tayar yang pecah. Pertimbangkan ciri-ciri ini apabila merancang untuk membeli kereta anda yang seterusnya demi lebih ciri keselamatan.

BACA: Tukar Tayar Sebelum Terlambat, Ini 5 Cara Paling Mudah Pastikan Tayar Anda Selamat!

IKLAN

Tip Tambahan

Selain daripada perkara diatas jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu.

Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, bengkel atau mekanik, kawan-kawan, saudara dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.

Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jet kereta dan pastikan tayar gantian anda didalam keadaan yang sempurna iaitu tidak pancit.

IKLAN

Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika ia bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan yang baru. Yang amat penting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan.

Ingat, keselamatan anda adalah yang utama. Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama.

Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.

Tayar Pecah Ketika Sedang Memandu, Usah Panik Ini Beberapa Langkah Keselamatannya

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI