Bagi yang aktif berlari situasi di mana anda dapati kaki melecet selepas tamat larian bukanlah satu perkara pelik. Malah MASKULIN dapat jamin anda semua pasti berdepan masalah ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Malah ada yang larian mereka terbantut di tengah jalan akibat kecederaan yang disebabkan oleh kaki melecet atayu bister. Namun jika tahu bagaimana untuk mengelak ia berlaku pasti masalah kecederaan seperti ini tidak lagi menghantui anda.

Teknik Untuk Elak Kaki Melecet Semasa Melakukan Larian 

PENYEBAB KAKI MELECET

Permukaan kulit yang melecet ketika berlari terutamanya di bahagian tapak kaki akan membuatkan ia menggelembung dan mempunyai air. Turut dikenali sebagai blister, ini merupakan kondisi yang berlaku akibat daripada geseran kaki dan stoking yang anda pakai.

Selain itu kaki yang terlalu basah akibat peluh atau kasut basah juga boleh menyebabkan blister. Ini kerana keadaan basah tersebut membuatkan kulit kaki menjadi lembut lalu lebih mudah berlakunya pergeseran.

IKLAN

Memakai kasut yang terlalu kecil atau ketat juga boleh menyebabkan kaki melecet. Begitu juga memakai kasut yang sedikit longgar dan menyebabkan pergerakan terlalu banyak kaki dalam kasut.

CARA MENGELAK KAKI MELECET BERLAKU

Stoking Sesuai

Ingat, jangan guna stoking sembarangan. Belilah stoking yang dihasilkan untuk larian sahaja. Stoking larian mempunyai bentuk yang cukup fit untuk kaki anda dan menggunakan material yang tidak menahan air. Sesetengah pelari aktif memakai dua lapisan stoking untuk perlindungan tambahan.

IKLAN

Saiz Kasut

Semasa berlari kaki anda akan jadi sedikit besar. Oleh itu kasut larian anda seharusnya pada setengah saiz atau satu saiz lebih besar dari kasut kasual anda. Pada bahagian ibu jari seharusnya ada ruang sedikit.

Teknik Untuk Elak Kaki Melecet Semasa Melakukan Larian 

Lebihan Kulit

IKLAN

Jika anda mendapatkan rawatan atau khidmat pedicure, pastikan mereka tidak membuang kulit lebihan atau calluses di tapak kaki dengan menggunakan pisau cukur atau emery board. Kulit keras di bawah tapak kaki anda itu sebenarnya bertindak menjadi pelindung dari blister.

Tape Atau Pads

Sesetengah pelari aktif menggunakan moleskin atau tape di bahagian kritikal pada kaki untuk mengelak berlakunya blister. Namun anda perlu ingat jiak menggunakan tape elakkan kulit kaki dari berkedut akibat terlalu ketat.

Guna Lubricant

Salah satu teknik mudah untuk elak kaki melecet ialah dengan menyapu lubricant atau Vaseline di bahagian kritikal. Ia akan membantu kaki anda bergerak lebih baik di dalam kasut dan mengurangkan berlakunya pergeseran.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI