Orang-orang tua pernah berpesan kalau nak hilangkan jerawat yang beranak-pinak dekat muka, perkara pertama yang kita kena buat sebelum tidur adalah tepuk bantal.
Tepuk bantal sebanyak 7 kali agar debu hilang dari permukaan bantal sekali gus mengurangkan habuk-habuk kotor yang tidak kelihatan.
Selain itu diwajibkan juga minum air masak sekurang-kurangnya dua gelas sebelum melelapkan mata. Minum lebih pun tak mengapa kerana air masak :
Ads
1. Dapat membersihkan racun
Ketika tidur, tubuh kita akan berehat dan segelas air kosong yang suam boleh boleh membuang racun tubuh menerusi air kecil. Perhatikan, apabila anda minum air kosong dengan banyak, anda juga kerap membuang air kecil dan airnya menjadi semakin jernih.
2. Menghaluskan dan melembabkan kulit
Anda tidak harus membiarkan tubuh anda terhidrasi sekali gus boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Minum segelas air kosong satu jam sebelum tidur boleh merawat kulit anda agar tidak kusam dan kering.
Ads
3. Baik untuk saraf otak
Ketika tidur, seluruh tubuh akan berehat secara keseluruhan tetapi ada masanya, otak anda akan aktif seperti biasa. Air yang cukup dalam tubuh anda boleh membantu saraf otak anda berfungsi dengan lancar.
4. Singkir jerawat
Kulit yang bersih, sihat dan bebas jerawat sudah pasti menjadi idaman ramai orang. Anda tidak perlu membeli krim yang pelik-pelik di pasaran. Cukup dengan minum air kosong secara kerap untuk menyingkirkan jerawat.
Ads
5. Menurunkan Berat Badan
Banyak orang yang sering terbangun pada malam hari kerana lapar. Namun jika ada ke dapur dan minum segelas air kosong yang suam, anda akan berasa kenyang. Sekali gus ia membantu anda untuk mengurangkan berat badan.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman ringan bulan puasa sering menjadi persoalan setiap kali Ramadan tiba. Masuk sahaja Ramadan, ramai yang terus tekan butang berhenti terhadap rutin senaman. Gimnasium semakin jarang dikunjungi, kasut latihan dibiarkan tersimpan, alasan pula tidak jauh bezanya. Takut penat. Takut haus. Takut tenaga merudum.
Hakikatnya, badan kita tidak memerlukan rehat sebulan penuh. Yang perlu diubah hanyalah strategi. Ramadan bukan masa untuk mengejar rekod peribadi atau menambah beban maksimum. Ini masa untuk mengekalkan momentum, menjaga kadar metabolisme dan memastikan badan tidak memasuki “mod perlahan”.
Jika kena caranya, anda masih boleh kekal aktif tanpa menjejaskan ibadah atau tenaga harian. Berikut lima jenis senaman ringan bulan puasa yang realistik dan selamat dilakukan sepanjang Ramadan.
Kadang kala perkara paling asas sebenarnya paling memberi impak. Berjalan kaki selama 20 hingga 30 minit sudah memadai untuk mengaktifkan sistem kardiovaskular dan membantu badan kekal cergas.
Pilih waktu hampir berbuka atau selepas solat tarawih. Kelajuan tidak perlu terlalu laju. Cukup sekadar degupan jantung meningkat sedikit dan badan terasa hangat.
Bagi lelaki yang bekerja di pejabat dan banyak duduk, ini cara paling praktikal untuk mengelakkan badan menjadi terlalu pasif sepanjang Ramadan.
Dalam konteks senaman ringan bulan puasa, anda tidak semestinya memerlukan pemberat atau mesin gim untuk kekal cergas.
Gabungkan tekan tubi, squat, lunges dan plank dalam bentuk litar ringan. Lakukan dua atau tiga pusingan sahaja dengan ulangan terkawal. Fokus pada teknik dan kawalan pergerakan, bukan kelajuan.
Waktu paling sesuai ialah sekitar satu jam sebelum berbuka atau dua jam selepas makan secara sederhana. Jika dilakukan sebelum berbuka, anda tahu waktu untuk minum dan makan sudah hampir. Jika selepas berbuka, pastikan badan sudah mendapat air secukupnya.
Tujuan utamanya bukan untuk memenatkan diri, tetapi memberi rangsangan supaya otot terus aktif dan tidak kehilangan kekuatan.
Ramai lelaki memandang ringan latihan pergerakan, sedangkan inilah kunci badan terasa ringan ketika melakukan senaman ringan bulan puasa.
Sepanjang puasa, otot mudah menjadi tegang terutama di bahagian belakang, bahu dan pinggul. Luangkan 15 hingga 20 minit untuk melakukan regangan dinamik dan latihan pergerakan sendi.
Pergerakan seperti pembukaan pinggul, putaran bahu dan regangan tulang belakang membantu melancarkan peredaran darah serta mengurangkan risiko kecederaan. Apabila kembali ke latihan lebih berat selepas Ramadan, badan tidak terasa terlalu terkejut.
Jika anda mahukan sesuatu yang lebih terkawal dan memberi tumpuan kepada pernafasan, ini pilihan yang baik dalam rutin senaman ringan bulan puasa.
Yoga atau latihan otot teras yang ringan membantu meningkatkan keseimbangan, kestabilan dan kawalan nafas. Dalam keadaan berpuasa, teknik pernafasan yang betul amat penting supaya anda tidak cepat berasa lemah.
Pergerakan seperti bird dog, dead bug, side plank atau gerakan mendaki perlahan boleh mengaktifkan otot teras tanpa membebankan tenaga secara berlebihan.
Bagi yang gemar bergerak aktif, lakukan sesi kardio ringan selepas berbuka sebagai sebahagian daripada strategi senaman ringan bulan puasa.
Berbasikal secara santai, berjalan di atas mesin larian pada kadar sederhana atau lompat tali secara perlahan selama 15 hingga 20 minit sudah mencukupi. Pastikan anda sudah minum air dan makan dalam jumlah sederhana supaya badan mempunyai sumber tenaga.
Elakkan latihan berintensiti tinggi yang terlalu agresif. Ramadan bukan medan untuk menguji had maksimum badan.
Secara umum, terdapat dua waktu yang lebih selamat untuk melakukan senaman ringan bulan puasa.
Pertama, sekitar satu jam sebelum berbuka. Jika tenaga mula menurun, waktu untuk minum dan makan sudah hampir.
Kedua, selepas berbuka apabila badan telah mendapat hidrasi yang mencukupi. Ini lebih sesuai untuk sesi yang sedikit lebih panjang.
Elakkan bersenam pada waktu tengah hari ketika tahap tenaga berada pada paras paling rendah dan risiko kekurangan air lebih tinggi.
Puasa bukan alasan untuk menjadi terlalu pasif. Ia hanya memerlukan pendekatan yang lebih bijak.
Senaman ringan bulan puasa yang konsisten membantu mengawal berat badan, mengekalkan stamina dan memastikan badan tidak hilang rentak sepenuhnya. Disiplin kecil sepanjang 30 hari ini akan menentukan sama ada anda kembali cergas selepas raya atau terpaksa bermula semula dari awal.
Ramadan adalah tentang kawalan diri, termasuklah bagaimana anda mengurus dan menjaga tubuh sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk bergelar seorang pemain ragbi yang berkaliber & hebat seperti Sonny Bill Williams, anda kena pastikan badan sentiasa cergas & fit.
Ini kerana dalam satu perlawanan ragbi melibatkan perlawanan yang berlangsung selama 80 minit dan dibahagikan sebanyak 2 separuh masa dengan pembahagian 40 minit untuk separuh masa pertama dan kedua serta rehat selama 10 minit.
Sukan ini dianggap ‘Full body Contact’ kerana pemain akan membawa bola dari tempat asal ke tempat lawan. Ia juga melibatkan rempuhan atau tackle, Scrum dan sepakan bola.
MASKULIN sempat mengintai apakah pelan diet & senaman yang diamalkan oleh pemain ragbi legenda New Zealand, Sonny Bill William.
Menurut dalam satu temubual yang disiarkan oleh Daily Telegraph Australia, dia menyatakan bahawa makanan dietnya bermula dengan pengambilan lemak seperti minyak kelapa, kekacang dan Avokado.
Ia diambil sebagai bentuk pemulihan selepas berlatih serta bermain dalam setiap perlawanan.
Selepas itu, untuk menguatkan otot di badan dia memakan dada ayam dan ikan Salmon serta daging lembu bebas lemak.
Selain itu, dia juga mengambil sayuran seperti brokoli serta sangat gemar Ubi Manis.
Untuk senaman pula dia sering melakukan workout seperti Bench press dengan berat yang berbeza.
Ini untuk menguatkan otot dada dan bahu yang memudahkan dia untuk melakukan tackling yang sempurna tanpa mencederakan bahu dan dadanya.
Untuk menguatkan otot biceps & triceps pula, dia banyak membuat senaman push-ups atau bangkit tubi.
Akhir sekali, untuk memastikan pasukan anda mencatatkan jumlah ‘try’ yang banyak, larian anda mestilah mantap dan laju. Laju bukan laju biasa, anda kena ada tenaga yang mencukupi untuk melakukan pecutan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perkara paling ditakuti oleh setiap lelaki ialah apabila rambut yang merupakan mahkota mereka mengalami masalah seperti kelemumur dan sedikit demi sedikit mengalami keguguran yang akhirnya menyebabkan kebotakan. Hal ini akan menyebabkan lelaki merasa rendah diri. Tambahan pula, lambakan shampoo dan perawatan rambut tidak semestinya berkesan dan yang pasti kosnya akan ‘mencekik’ kamu. Jadi apa kata kita mencuba cara altenatif ini di rumah.
Murah, mudah dan berkesan okay.!
Tetapi, bagaimana caranya?
Air garam ada kandungan yang berfungsi melicinkan rambut kita juga dapat menolong menjaga kulit kepala hingga mampu kurangkan keguguran rambut. Sesudah bersihkan rambut dengan syampu, sukat sebanyak 100-150 gm garam yang digaul rata dengan air serta rendam rambut kedalam air garam sepanjang 3 – 5 minit.
Urut lembut kepala supaya liang-liang rambut boleh menyerap kandungan garam dengan cara yang sempurna. Bersihkan rambut anda dengan air bersih selepas itu serta ulangilah 2 kali dalam 1 minggu. Hasilnya akan kelihatan selepas 1 bulan kemudian.
Kelebihan Membersihkan Rambut Dengan Air Garam:
1. Menyingkirkan Kelemumur
Saat kepala kita penuh dengan kelemumur, itu tandanya bahawa kepala kita telah dijangkiti oleh bakteria. Membersihkan rambut dengan air garam boleh menolong kita menghapuskan bakteria degil ini. Namun jika alami masalah alergi diingatkan agar terus berjumpa doktor
2. Rambut Kelihatan Lebih Segar
Air garam boleh menolong kita bersihkan kepala dari minyak, bakteria, serta kotoran-kotoran yang lain. Hasilnya akan menyebabkan rambut kelihatan lebih segar serta berkilat.
3. Mengawal Minyak Berlebihan
Rambut jenis berminyak ialah kumpulan rambut yang paling mudah gugur. Oleh kerana itu anda perlukan air garam sebagai pengawal minyak berlebihan yang akan membuatkan rambut anda menjadi lebih sihat.
4. Mengelak Keguguran
Air garam boleh membuatkan rambut jadi lebat serta menutup rapat liang-liang kulit kepala hingga masalah rambut gugur tidak lagi dialami.
Kesimpulannya: Membersihkan rambut dengan air garam banyak faedahnya, jadi janganlah lupa cuci sekurang-kurangnya 1 minggu sekali mengggunakan air garam.
SUMBER: bulletinmedia.blogspot.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memadankan kasut bersama baju Melayu memainkan peranan besar dalam gaya lelaki di pagi Raya. Ketahui 5 jenis kasut paling bergaya yang boleh menaikkan penampilan Baju Melayu anda ke tahap lebih maskulin dan premium.