Buah pinggang berfungsi sebagai penapis darah dan membuang toksik dari badan melalui proses perkumuhan yang berlaku melalui saluran kencing anda.

Jika terjadi kegagalan buah pinggang, maka ia akan hilang keupayaan untuk menapis benda asing yang tidak diperlukan badan dengan baik.

Jika ada salah satu daripada tanda-tanda ini, anda dinasihatkan untuk pergi membuat pemeriksaan di mana-mana hospital atau klinik untuk rawatan selanjutnya.

Untuk mengenal pasti tanda-tanda ini, anda boleh rujuk perkongsian yang dibuat oleh Dr. Abdul Rahim Nor di laman Facebooknya. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Ikuti perkongsiannya:

Sini doc nak share 10 tanda mungkin anda mempunyai penyakit buah pinggang. Kalau ada, elok pergi check dengan doktor anda secepat mungkin.

1. Uoll rasa nak buang air kencing lebih kerap dan tapi air kencing sikit je. Kerap jadi malam, ganggu time tidur anda. Ni kerana penapis buah pinggang anda dah mula rosak menyebabkan peningkatan keinginan untuk membuang air kencing tapi keluar sikit je. Tak larat pi bilik air je.

2. Uoll alami bengkak di keliling mata anda. Kadang-kadang muka anda membelon waktu bangun tidur. Ni kerana tanda awal bahawa penapis buah pinggang uoll telah rosak, yang membolehkan protein sepatutnya disimpan dalam darah anda terbocorkan ke dalam air kencing. Muka membengkak sebab anda kehilangan banyak protein.

IKLAN

3. Cer check buku lali dan kaki anda. Bengkak tak? Picit bahgian buku lali/kaki. Ada tenggelam kulit tak? Yang lambat timbul ke asalnya bila lepas picit. Kerana fungsi buah pinggang anda terjejas leh menyebabkan pengekalan natrium dan bocoran protein.

4. Bila uoll kencing, warna kencing anda merah macam air serbat kenduri. Tu tanda ada darah dalam air kencing anda. Buah pinggang yang sihat biasanya menyimpan sel=sel darah di dalam tubuh bila menapis sisa dari darah untuk membuat air kencing, tapi bila penapis buah pinggang telah rosak, sel-sel darah ni leh mula “bocor” ke dalam air kencing.

5. Kalau anda kencing, tapi kencing anda banyak berbuih-biuh dan keruh, tu tanda protein/albumin dalam darah anda bocor ke dalam air kencing anda.

6. Jika anda mempunyai kulit kering dan gatal yang tak dapat control. Ni kerana buah pinggang yang sakit tu tak lagi mampu menjaga keseimbangan mineral, air dan nutrien yang betul dalam darah anda. Kulit anda akan kering lagi gatal sentiasa. Garu habis dalam luar. Hihihi

IKLAN

7. Otot uoll kerap kekejangan kerana ketidakseimbangan elektrolisis apabila fungsi buah pinggang anda terjejas. Selalunya tahap kalsium dan fosforus rendah yang mengakibatkan kekejangan otot anda. Aduuuh emaaak, sakiiiit!

8. Penurunan teruk fungsi buah pinggang anda leh bawa kepada pembentukan toksin dan kekotoran dalam darah melambung tinggi. Ni boleh menyebabkan uoll rasa letih, lemah dan hilang tumpuan atau fokus. Buah pinggang juga bantu buat darah merah. Apabila rosak buah pinggang, darah merah anda rendah menyebabkan anda kelemahan dan keletihan jua kerana anemia.

9. Anda mengalami kesulitan tidur. Bukan kerana Along mencari anda kerana berhutang atau isteri/suami pi kursus. Tapi kerana apabila buah pinggang tak fungsi dengan betul, toksin kekal dalam darah dan tak leh buang melalui air kencing anda. Mata beruang panda le anda saban hari.

IKLAN

10. Selera makan anda menurun. Makan apa pun tak enak. Nikmat makan Allah ambil balik. Ni kerana penumpukan toksin terlampau tinggu dalam badan anda disebabkan fungsi buah pinggang yang dah rosak teruk.

Tanda-tanda Kegagalan Buah Pinggang, Doktor Ini Kongsi Cara Nak Kenal Pasti!

C. Jika anda ada penyakit di bawah ni, anda berisiko tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang:

1. Tekanan darah tinggi
2. Kencing manis
3. Riwayat keluarga kegagalan buah pinggang
4. Usia lebih tua dari umur 60 tahun

Elok buat checkup buah pinggang setiap tahun.

“Mencegah lebih baik daripada merawat.”

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI