Tanpa mengira agama dan bangsa, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan sikap prihatinnya menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barang-barang kelengkapan kepada Masjid Al-Hidayah Kg Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur semalam.
Sikap teladan yang ditunjukkan bekas pemain badminton nombor satu negara ini nyata mendapat pujian ramai netizen.
Perkara ini telah dimuat naik menerusi akaun facebook Masjid Al-Hidayah Kg.Sungai Penchala bersama tiga keping gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid tersebut.
Ads
“Terima kasih Datuk Lee Chong Wei
Diatas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala dikala suasana PKP ini.
Ads
Kredit: Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga Kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.
Ads
Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seluruh dunia kini seakan hampir lumpuh dek kerana penularan wabak Covid-19. Antara yang paling terjejas ialah industri sukan. Kita sudah sedia maklum pertandingan EURO 2020 dan Sukan Olimpik 2020 Tokyo sudah pun ditangguh.
Begitu juga dengan keseluruhan liga utama bola sepak profesional di Eropah seperti English Premier League, Serie, La Liga dan sebagainya telah ditangguh ke suatu tarik yang belum dapat dipastikan lagi.
Negara Eropah yang paling teruk terjejas ialah Itali yang menyaksikan jumlah korban akibat wabak ini telah pun melepasi China.
Pemain-pemain kelab profesional di Itali juga terkesan dengan beberapa pemain bintang didapati positif Covid-19. Manakala yang lain pula terpaksa melakukan kuarantin dan berada di rumah.
Salah seorangnya ialah Ashley Young, pemain kelab Inter Milan dan juga bekas kapten Manchester United. Hari ini warganet terutamanya pengguna Twitter berasa kagum dengan perkongsian bebenang yang dilakukan oleh Ashley Young tentang pengalaman serta tip yang cukup berguna untuk berdepan dengan masalah penularan wabak ini.
Berikut merupakan beberpa tip yang sangat berguna boleh kita ikuti:
Ashley Young menjelaskan dia kini berada di tengah-tengah lokasi penularan wabak yang dahsyat sekali. Jelasnya, di sana pasaraya kini menjadi lokasi utama penyebaran virus ini.
Suasana pasaraya di Itali cukup tenang. Tiada sebarang pergaduhan berebut makanan kerana setiap rumah hanya seorang wakil sahaja yang pergi membeli barangan.
Pasaraya membenarkan hanya beberapa jumlah individu untuk masuk dalam satu masa. Jadi ia tidak pernah sesak. Tunggu giliran dengan sabar kerana barangan tidak akan habuis.
Jika menggunakan lif bersama individu lain pastikan anda tidak menghadap satu sama lain. Pandang ke arah berlawanan dan jangan bernafas secara terus ke hadapan individu lain.
Sila gunakan sarung tangan selepas keluar daripada kereta. Pastinya anda tidak mahu memegang troli yang disentuh orang lain sebelum itu.
Bila ke pasaraya jangan sesekali untuk lupa memakai topeng muka atau skaf. Pastikan juga jarak anda dengan individu lain sentiasa dijaga. Letakkan troli di belakang anda ketika beratur untuk membayar.
Jangan letakkan barangan anda di atas barang orang lain. Pastikan ada sedikit jarak anda barang anda dan orang lain di atas cashier conveyor belt.
Ingat mana-mana individu selain ahli keluarga anda di rumah ada potensi sebagai pembawa virus Covid-19!
Dan akhir sekali yang paling penting sentiasa menjaga keselamatan diri. Segala tip yang dikongsi di atas adalah untuk memastikan diri sentiasa selamat. Sentiasa ingat untuk lakukan penjarakkan sosial!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445H/2024M melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan wakil dari Negeri Sembilan menyandang gelaran Johan Qari, sekaligus melayakkan negeri itu menjadi Johan Keseluruhan pertandingan itu.
Mengalunkan bacaan surah al-An’am dengan irama tarannum Rast dan Nahawand, Mohamad Husaini Mahmur berjaya meraih markah sebanyak 89 peratus bagi kategori Tilawah.
Memetik laporan Alhijrah Online, kemenangan itu melayakkan Husaini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji, piala, cenderamata dan sijil.
Menerusi hantaran di laman Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Husaini juga layak untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Wakil dari Terengganu, Abdul Hadi Che Ab Halim juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menyandang gelaran Naib Johan dengan beza markah hanya 0.33 peratus.
Tempat ketiga pula disandang oleh wakil dari Pahang, Mohamad Syaheed Sabri dengan markah sebanyak 86.67 peratus, demikian menurut keputusan penuh yang dilaporkan Alhijrah Online dalam sebuah artikel berasingan.
Untuk rekod, MTHQK Tahun 1445H/2024M berlangsung selama enam hari di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang bermula pada 23 hingga 28 Mei 2024.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Terdahulu, Negeri Sembilan juga dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi MTHQK Tahun 1444H/2023M yang diadakan di Pulau Pinang.
Dalam dunia seni lakon tempatan, nama Bront Palarae tidak asing lagi. Pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip berbakat ini telah mengukuhkan namanya bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di persada antarabangsa.
Bront Palarae atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, telah aktif dalam dunia hiburan lebih dua dekad. Namanya terus dikenali kerana beraya menampilkan keunikan serta versatiliti lakonan yang mengagumkan.
Namanya mula menjadi sebutan selepas mencuri perhatian menerusi watak dalam drama bersiri ‘Sindarela’ (2008), sebelum namanya semakin menyerlah dalam filem seperti ‘Belukar’ (2010) dan ‘Jwanita’ (2015).
Namun, kejayaan beliau tidak terhenti di situ sahaja. Bakat lakonannya turut mendapat pengiktirafan antarabangsa, membolehkannya beraksi dalam produksi luar negara seperti siri HBO Asia, ‘Halfworlds’, dan filem aksi Indonesia, ‘Headshot’.
Tidak sekadar seorang pelakon, Bront juga berperanan di belakang tabir. Beliau merupakan pengasas Pixel Play Entertainment dan telah menerbitkan filem seperti ‘One Two Jaga’ (2018), yang dipuji kerana keberanian mengangkat isu sosial dan ketidakadilan dalam sistem penguatkuasaan undang-undang.
Terbaru, Bront Palarae telah mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Seni Sinematik (FCA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU).
Pelantikan ini diumumkan secara rasmi oleh MMU sebagai pengiktirafan terhadap kepakaran serta pengalaman luas beliau dalam industri seni dan kreatif.
Memetik kenyataan Fakulti Seni Sinematik, MMU, Bront Palarae merupakan seorang penggiat profesional dalam industri hiburan Malaysia dengan berpengalaman selama lebih dua dekad di bidang lakonan, penerbitan dan seni kreatif.
“Beliau sudah membintangi lebih 70 filem merentasi tujuh negara, termasuk memfokuskan karier seninya di tanah air, Indonesia serta Thailand.
“Seorang tokoh terkemuka dalam industri filem, Bront sudah berkhidmat dalam Jawatankuasa Penasihat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas),” kata kenyataan dari MMU itu lagi.
Untuk rekod, gelaran Profesor Adjung merupakan anugerah kehormat kepada profesional dan tokoh berpengalaman dalam sesuatu bidang.
Selain Bront, dua tokoh animasi terkenal, Nizam Razak dan Usamah Zaid Yassin, turut menerima pelantikan yang sama di fakulti berkenaan.
Dengan pengiktirafan ini, Bront menyertai barisan selebriti tempatan lain yang turut diberi penghormatan akademik, termasuk Datuk Afdlin Shauki, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Rizalman Ibrahim, Datuk Ras Adiba Radzi dan Datuk Cef Wan.
Sebagai contoh, Afdlin pernah dilantik sebagai Profesor Adjung di Universiti Utara Malaysia (UUM), manakala Cef Wan menerima gelaran tersebut pada 2017 bagi bidang pelancongan dan hospitaliti.
Pelantikan Bront sebagai Profesor Adjung bukan sahaja menandakan pencapaian individu beliau, tetapi juga membuktikan bahawa industri kreatif tempatan semakin diiktiraf dalam dunia akademik.
Dengan pengalaman serta pemahaman mendalam dalam dunia perfileman, Bront pastinya akan membawa inspirasi dan panduan berharga kepada generasi pembikin filem masa depan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.