Di alam kerjaya yang serba pantas hari ini, istilah rat race sering kali disebut sebagai analogi kepada persaingan sengit dan tekanan berterusan dalam kehidupan seharian, terutamanya di kalangan golongan pekerja.
Teori rat race merujuk kepada situasi di mana individu berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan kerjaya, material atau status sosial, tetapi akhirnya merasa terperangkap dalam kitaran kerja tanpa henti yang tidak membawa kepuasan hidup yang sebenar.
Asal Usul & Makna
Istilah rat race berasal daripada gambaran tikus yang berlari dalam roda tanpa henti, mencerminkan perlumbaan tanpa hala tuju yang berterusan.
Gambar sekadar hiasan (Sumber foto: Pinterest)
Dalam konteks kehidupan manusia, rat race menggambarkan keadaan di mana individu bekerja keras dengan harapan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik, namun sering kali berakhir dengan perasaan letih, tertekan, dan tidak puas hati.
Realiti Rat Race
Di Malaysia, fenomena rat race boleh dilihat dengan jelas dalam kalangan penduduk bandar, terutamanya di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar lain.
Contohnya, ramai pekerja di sektor korporat terpaksa menghabiskan masa yang panjang di pejabat, mengorbankan masa bersama keluarga dan rakan-rakan demi mengejar sasaran kerja dan kenaikan pangkat.
Ini sering kali mengakibatkan keletihan fizikal dan mental, di samping tekanan untuk memenuhi kos sara hidup yang tinggi.
Ads
Sebagai contoh, Ahmad, seorang eksekutif muda di sebuah syarikat multinasional di Kuala Lumpur, bekerja lebih dari 60 jam seminggu.
Walaupun gaji yang diterima lumayan, namun Ahmad jarang mempunyai masa untuk berehat atau menikmati hobinya.
Setiap hari, dia berulang-alik dalam kesesakan lalu lintas, menghadiri mesyuarat yang tidak berkesudahan, dan berhadapan dengan tarikh akhir yang ketat.
Akhirnya, Ahmad merasa keletihan dan tidak puas hati walaupun memiliki gaya hidup yang dianggap mewah oleh orang lain.
Kehidupan dalam rat race bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal individu, tetapi juga boleh menjejaskan hubungan peribadi dan kualiti hidup secara keseluruhan.
Tekanan kerja yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti insomnia, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung.
Selain itu, ketiadaan masa untuk bersama keluarga boleh merenggangkan hubungan dan menyebabkan konflik rumah tangga.
Mengatasi Rat Race
Untuk keluar daripada kitaran rat race, adalah penting untuk setiap individu mengenalpasti keutamaan hidup mereka dan mencari keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.
Ads
Mengamalkan gaya hidup yang sihat, seperti bersenam secara berkala, makan makanan seimbang, dan mendapatkan rehat yang cukup, adalah langkah penting dalam menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Selain itu, meluangkan masa untuk hobi dan aktiviti yang memberi kepuasan emosi juga boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kualiti hidup.
Kesimpulannya, teori rat race adalah cerminan realiti kehidupan moden yang penuh dengan persaingan dan tekanan. Walau bagaimanapun, dengan kesedaran dan usaha yang bersungguh-sungguh, setiap individu boleh mencari jalan keluar daripada kitaran ini dan mencapai kehidupan yang lebih seimbang dan memuaskan.
1- Susu lembu sangat kaya dengan kandungan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang. Kalsium bergabung dengan fosforus untuk membentuk kalsium fosfat yang merupakan bahagian penting dalam hidroksiapatit. Ia memberikan struktur dan kekuatan tulang.
2- Kewujudan kalsium dalam susu lembu juga memberi manafaat yang lain. Ia membantu dalam melindungi sel-sel usus besar dari bahan kimia yang menyebabkan kanser. Ia juga boleh mencegah migrain dan mengurangkan gejala PMS ( Pre Menstrual Syndrome) untuk wanita.
3- Kalsium berguna dalam mencegah obesiti di kalangan anak-anak. Ia juga membantu orang dewasa yang mempunyai masalah berat badan terutama obesiti di bahagian perut.
4- Kewujudan kalsium dalam susu membantu dalam pengoksidaan lemak tubuh dan dengan demikian ia mampu menurunkan hormon paratiroid. Oleh kerana itu, tahap hormon ini dipertahankan pada tahap yang lebih rendah.
5- Kalsium sangat bermanfaat melawan kanser payudara. Ini juga memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, kontraksi otot, pengawalan tekanan darah dan fungsi mambran sel.
6- Susu lembu mengandungi protein yang berkualiti tinggi dan sangat penting bagi tubuh.
7-Susu juga terbukti dapat membantu dalam melawan gout, yang merupakan penyebab artritis.
8- Susu lembu mengandungi riboflavin (vitamin B2) dan vitamin B12. Kedua-dua vitamin ini berfungsi dalam penghasilan tenaga untuk tubuh. Vitamin ini juga berfungsi dalam perlindungan sistem kardiovaskular.
9- Vitamin B12 berperanan penting dalam pengeluaran sel darah merah.Ini boleh mencegah anemia dan membantu dalam pembangunan penuh sel-sel saraf. Selain itu, ia meningkatkan kebolehan sel untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein.
10-Susu lembu mengandungi iodin dalam jumlah yang tinggi. Ia merupakan komponen penting untuk hormone triidothyronine dan tiroksin.
11-Vitamin A pula yang terkandung dalam susu lembu diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan rangkaian epitel dan mukosa di dalam usus. Rangkaian ini melindungi tubuh terhadap racun dan organisma dari menyerang badan kita. Kekurangan Vitamin A menyebabkan beberapa penyakit seperti demam selsema , infeksi telinga dan reumatik .
12-Satu cawan susu lembu menyediakan 10,8% dari keperluan tubuh sehari-hari untuk kalium. Kalium diperlukan untuk kontraksi otot, termasuk otot jantung dan juga diperlukan dalam sistem saraf.
13- Susu yang kaya dengan kalsium dan potassium mencegah pembentukan batu karang dalam tubuh.
Namun begitu ada juga sesetengah orang yang alahan kepada kandungan laktosa di dalam susu lembu. Sila mendapat rawatan jika mengalami masalah cirit-birit selepas meminum susu lembu.
Bakal dibuka pada 5 Oktober 2017, stor terbaru ini bakal memberi anda satu pengalaman membeli-belah yang baru! Mana tidaknya, bukan hanya bisa membeli rekaan mewah dari jenama ini, malah pemandangan serta suasana yang segar buat kamu tidak keluar dari stor baru ini! Seperti biasa, jenama H&M ini memberi anda pelbagai pilihan trend daripada fesyen wanita, lelaki, remaja juga kanak-kanak. Apa yang paling ditunggu-tunggu adalah para pelanggan bakal ‘dihidangkan’ dengan trend fesyen fall yang terbaru! Gabungan workmanship yang lebih mewah, terperinci dan tinggi nilai buatannya menjadi kunci pada produk baharu jenama ini. Termasuklah jaket bulu yang bercorak, perincian seluar serta dress ala glam!
H&M SkyAvenue berlokasi di Lot 60, Level T2A & Lot 58, Level T2B, SkyAvenue, Resorts World Genting, Genting Highlands, 69000 Pahang. Ia beroperasi dari jam 10 pagi ke 10 malam termasuklah cuti am.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Skuad Chinlone tekad memberikan emas sulung buat negara pada hari pertama temasya Sukan Sea 2017 berlangsung pada 16 Ogos nanti.
Skuad Chinlone kebangsaan tekad menghadiahkan pungutan pingat emas sulung buat Malaysia pada hari pertama temasya Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur, Ogos nanti.
Turun beraksi pada 16 Ogos 2017, sasaran emas diletakkan pada acara ketiga daripada empat acara yang disertai bagi mengatasi pencapaian pungutan pingat perak dan gangsa dua tahun lalu di Singapura.
Jurulatih Chinlone, Yusof Abdullah berkata, memandangkan sukan chinlone bakal memulakan perebutan pingat pada hari pertama kejohanan, inilah peluang terbaik untuk melakar nama pada negara.
“Kami akan menyertai empat acara yang dipertandingkan dalam sukan Chinlone ini, pada temasya dua tahun lalu, pasukan mendapat pingat perak dalam acara satu dan gangsa acara ketiga.
“Untuk aksi di Kuala Lumpur, kami yakin mampu mengatasi pencapaian di Singapura dengan acara ketiga bakal memberikan emas pertama buat pasukan dan negara,” katanya.
Ditanya mengenai keyakinan tinggi yang disuarakan, Yusof menjelaskan ia berdasarkan prestasi semasa dipamerkan anak didiknya dalam beberapa siri latihan dan perlawanan persahabatan di Myanmar.
“Sebenarnya pasukan baru pulang dari kejohanan di Myanmar dengan keputusan cemerlang merangkul kejuaraan bagi acara ketiga dan peningkatan pungutan mata oleh pemain.
“Kejohanan tersebut turut disertai kuasa-kuasa besar dalam sukan Chinlone ini antaranya Thailand, Myanmar dan Filipina yang memberikan saingan sengit dalam acara yang dipertandingkan.
“Jadi kami rasakan jika semuanya berjalan dengan lancar dan mengikuti perancangan, Insyallah emas mampu diraih sambil mengharapkan kejutan bagi acara pertama,” katanya pada sidang media Kita Juara di MSN Bukit Jalil, tengah hari tadi.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah pengurus pasukan, Wan Mohd Husni Abdullah dan atlet Chinlone, Mohd Faiz Roslan serta Ab Muhaimi Che Bongsu.
Sementara itu Wan Mohd Husni berkata, kelebihan pasukan tuan rumah akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memburu pingat emas kerana kami percaya Myanmar memiliki kekuatan mereka tersendiri.
“Sebagai tuan rumah, Malaysia dibenarkan menyertai empat acara dipertandingkan, tetapi hanya dua buat negara lain dan berdasarkan penyertaan Myanmar hanya menyertai acara kedua dan keempat, jadi peluang meraih emas cerah.
“Bagi acara pertama perbezaan Malaysia dengan Thailand yang turut menyertainya adalah tidak banyak bezanya berdasarkan perlawanan yang disertai di Myanmar sebelum ini. Kami hanya dibezakan beberapa mata sahaja dengan Thailand yang menjuarai acara tersebut.
“Kami perlu menggunakan peluang yang ada selain keyakinan tinggi pemain untuk melakar kejayaan di laman sendiri,” katanya.
Pada masa sama, Wan Husni turut memaklumkan, khidmat dan kepakaran bekas jurulatih Myanmar yang membawa pasukan mengutip pingat emas dalam beberapa temasya Sukan Sea akan digunakan selewat-lewatnya, Jumaat nanti.
“Bekas jurulatih yang akan membantu pasukan kebangsaan ialah Khin Maung Win yang juga merupakan ketua pasukan Myanmar sebelum ini.
“Kehadiran Maung Win pastinya akan memberi lebih keyakinan buat pemain untuk terus menimba ilmu pengetahuan serta teknik lebih berkesan semasa latihan dan juga perlawanan berlangsung,” jelasnya yang turut memaklumkan barisan pemainnya akan terus berkampung di Myanmar menyertai kejohanan selepas sambutan Aidilfitri nanti.
Untuk rekod Malaysia memenangi satu pingat perak (acara pertama) dan satu gangsa (acara ketiga) dalam acara Chinlone sewaktu Sukan Sea Singapura, 2015.
Malaysia yang dibarisi Mohammad Kamal Azmi, Mohamad Azlan Alias, Mohammad Arif, Mohd Nazuha Mohd Nadzi, Muhammad Zaim Razali, Amirul Zazwan Amir, Ab Muhaimi Che Bongsu dan Mohamad Fazil Mohamad Asri mengalahkan tuan rumah, Singapura dengan kemenangan 2-0 (101-56, 107-56) pada penentuan pingat gangsa bagi acara ketiga.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.