Rehat bukan hanya sekadar tidur atau duduk berehat di hadapan televisyen. Dalam kehidupan yang serba pantas ini, pelbagai jenis rehat memainkan peranan penting yang berbeza untuk menjaga kesejahteraan mental dan fizikal kita.
Berikut adalah tujuh jenis rehat yang penting untuk diambil kira dalam rutin harian anda:
Rehat fizikal terbahagi kepada dua kategori, iaitu aktif dan pasif. Rehat fizikal pasif termasuk tidur yang cukup dan berehat di tempat yang selesa. Manakala rehat fizikal aktif melibatkan aktiviti seperti regangan, yoga, dan urutan. Kedua-dua jenis rehat ini membantu tubuh badan anda untuk pulih dari keletihan dan meningkatkan tenaga.
Rehat mental adalah penting untuk menenangkan fikiran yang sentiasa aktif. Luangkan masa untuk menjauhkan diri dari gangguan seperti kerja, media sosial, dan teknologi. Aktiviti seperti meditasi, bernafas dalam-dalam, atau berjalan di taman tanpa gangguan dapat membantu anda merehatkan minda.
Mengurus emosi adalah kunci untuk kesejahteraan psikologi. Rehat emosi bermaksud meluangkan masa untuk melepaskan tekanan dan perasaan negatif. Berkongsi perasaan dengan rakan atau ahli keluarga yang dipercayai, menulis jurnal, atau menjalani terapi adalah beberapa cara untuk mendapatkan rehat emosi yang diperlukan.
Rehat sosial bukan bermaksud mengasingkan diri sepenuhnya, tetapi lebih kepada memilih dengan bijak siapa yang anda luangkan masa. Kadang-kala, kita perlu berehat dari hubungan yang menuntut banyak tenaga emosi dan mengelilingi diri dengan orang yang menyokong dan memahami.
Kehidupan moden yang dipenuhi dengan bunyi bising, skrin digital, dan lampu terang boleh menyebabkan keletihan deria. Rehat deria melibatkan pengurangan rangsangan ini. Matikan alat elektronik, habiskan masa di tempat yang tenang, atau luangkan masa di alam semula jadi untuk memberikan deria anda rehat yang diperlukan.
Rehat kreatif penting bagi mereka yang sering menggunakan minda mereka untuk berfikir dan mencipta. Mengambil masa untuk menikmati seni, muzik, alam semula jadi, atau aktiviti kreatif lain boleh memberikan inspirasi baru dan membolehkan minda anda berehat dari rutin biasa.
Rehat rohani bukan hanya untuk yang beragama, tetapi untuk sesiapa sahaja yang mencari makna dan tujuan dalam hidup. Ini boleh melibatkan meditasi, doa, atau aktiviti yang memberikan anda rasa kedamaian dan hubungan dengan sesuatu yang lebih besar daripada diri sendiri.
Memahami dan mengamalkan pelbagai jenis rehat ini adalah penting untuk kesejahteraan keseluruhan anda. Kehidupan yang seimbang memerlukan lebih dari sekadar tidur yang cukup.
Dengan memperhatikan dan memenuhi keperluan rehat fizikal, mental, emosi, sosial, deria, kreatif, dan rohani, anda akan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran harian dengan tenaga dan ketenangan yang baru. Luangkan masa untuk mengenal pasti jenis rehat yang paling diperlukan dalam hidup anda dan mulakan langkah untuk mengutamakan kesejahteraan diri hari ini.
Banyak kita dengar aais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya. Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan.
Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.
Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.
Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.
Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.
Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.
Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang titik biru pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.
Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.
Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa yang tak nak kulit yang sentiasa kelihatan muda walaupun usia dah mencecah 40an dan ke atas?. Namun, bukan mudah untuk maintain apabila usia semakin bertambah, pemakanan yang tidak sihat ditambah pula dengan cuaca yang panas, mula la ada garisan yang tidak diingini pada kulit malah ada yang sudah menampakkan kedut di sana sini.
Jadi, bagaimana nak atasi kulit kering dan cepat berkedut?
1. Lebihkan makan ikan
Banyakkan makan ikan. Lebih-lebih lagi ikan salmon kerana kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang membantu keanjalan kulit sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit.
2. Amalkan soya
Elok diambil melalui pemakanan ataupun produk penjagaan diri kerana ia merawat kulit yang rosak akibat sinaran matahari terik.
3. Tukar kopi atau teh kepada koko
Mengandungi antioksidan, koko membantu pengaliran darah dalam badan dan mengatasi masalah kurang air sekali gus menjadikan kulit sentiasa lembap.
4. Elak ‘tarik‘ kulit secara paksaan
Misalnya mengecilkan mata apabila memandang objek jauh. Tanpa kita sedar, kulit di tepi dan bawah mata ditarik dengan paksa dan apabila kerap dilakukan, terjadinya kedutan. Jika anda mengalami masalah mata, jumpa doktor atau dapatkan kaca mata.
5. Guna produk penjagaan mengandungi AHA dan Vitamin C
Asid semula jadi ini membuang sel-sel mati pada lapisan luar kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan kulit terutamanya di bahagian bawah mata manakala vitamin C melindungi kulit daripada sinaran UVA serta UVB.HA dan Vitamin C
6. Guna pencuci muka daripada gel/krim
Biasanya pencuci muka jenis ini mengandungi agen pelembap yang apabila digunakan, melembapkan kulit dan mengelakkan kehilangan minyak semula jadi pada kulit.
7. Elak jemur bawah matahari terik
Sinaran matahari memang elok untuk kulit namun elak menerimanya berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit dan menghasilkan garisan-garisan halus yang boleh menyebabkan kedutan.
8. Sentiasa guna pelembap
Kulit mudah kering tambah lagi jika anda sentiasa on the go. Oleh itu, digalakkan menyapu produk mengandungi agen pelembap dengan kerap agar kulit sentiasa lembap.
9. Minum air kosong
Sumber terbaik agen pelembap kulit. Amalkan minum air dengan banyak dalam satu hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam kehidupan berumah tangga, suami dan isteri saling melengkapi dalam banyak perkara, termasuk dalam aspek keagamaan.
Jika isteri susah untuk menunaikan solat, sebagai suami, teguran yang baik dan berhikmah adalah kunci untuk membimbingnya ke jalan yang benar tanpa menyinggung perasaannya.
Jangan Terus Menghukum, Fahami Puncanya
Sebelum menegur, cuba fahami mengapa isteri susah untuk solat.
Adakah dia terlalu penat dengan kerja rumah dan urusan anak-anak?
Foto : Pa&Ma
Atau mungkin dia mengalami masalah dalaman yang membuatkannya lalai?
Dengan memahami puncanya, suami boleh mencari pendekatan yang lebih berkesan untuk menasihatinya.
Jadi Contoh Yang Baik
Tunjukkan teladan yang baik dengan menjaga solat secara konsisten.
Apabila suami rajin solat tepat waktu, isteri akan lebih terinspirasi untuk melakukan perkara yang sama. Elakkan sikap menyuruh tanpa menunjukkan contoh.
Gunakan Pendekatan Kasih Sayang
Teguran yang kasar boleh menyebabkan isteri semakin menjauh. Sebaliknya, gunakan pendekatan yang lembut dan penuh kasih sayang.
Contohnya, “Sayang, jom solat sama-sama. Saya pun rasa lebih tenang bila solat dengan awak.”
Foto : TvOneNews
Ajak Solat Berjemaah
Salah satu cara terbaik untuk membantu isteri istiqamah dalam solat adalah dengan mengajaknya solat berjemaah.
Selain mendapat pahala yang lebih besar, ini juga dapat mengeratkan hubungan suami isteri.