SEGAK KERJA RUMAH
Foto: Pexels/Andre Piacquadio

Rata-rata bagi anda yang tinggal di Selangor, WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah kini sedang melalui sekali lagi fasa bekerja dari rumah. Bagi MASKULIN, terus tabah hadapai dugaan gelombang ketiga penularan COVID-19 dan sama-sama kita menghentikannya seperti mana dilakukan sebelum ini.

Bekerja dari rumah kini seakan sudah menjadi salah satu norma baharu. Bagi yang mempunyai pilihan ini anda sebenarnya cukup bertuah kerana masih mampu melakukan tugasan kerja walaupun sedikit berbeza di rumah. Ramai yang terpaksa berhenti kerja kerana keadaan ekonomi semasa.

Salah satu rutin yang biasa anda lakukan bila bekerja dari rumah ialah melakukan perjumpaan atau mesyuarat secara panggilan video menggunakan aplikasi Zoom atau Microsoft Teams. Sebagai seorang lelaki yang sentiasa nampak segak ketika di pejabat anda semestinya mahu tampial sama walaupun menerusi panggilan video.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip bagaimana untuk anda tampil segak dan kacak di hadapan kamera dan panggilan video.

USAH TAKUT UNTUK TAMPIL KASUAL

Walaupun anda bekerja sebagai seorang eksekutif satu perkara harus ingat, anda sekarang sedang bekerja dari rumah. Jadi usah risau untuk tampil lebih kasual dari kebiasaan seperti di pejabat. Cuba pakai kemeja bercorak yang selalu anda gayakan pada hari minggu.

ELAK CORAK YANG PELIK

Melakukan perjumpaan secara virtual tidak bermakna anda bebas mengenakan apa jua pakaian. Kekalkan tahap profesional walaupun berada di rumah. Oleh itu elak memakai kemeja atau t-shirt yang mempunyai corak atau tulisan yang pelik, provokatif dan menjelikkan pemandangan.

Terus Kekal Bergaya Walaupun Kerja Dari Rumah & Segak Di Mesyuarat Online
Foto: Pexels/Nataliya Vaitkevich

SESUATU YANG SELESA

Mencari gaya yang elegan tidak semestinya anda haru mengorbankan keselesaan. Bekerja di rumah pada awalnya mungkin agak janggal buat anda. Bagi membantu konserntrasi yang baik pakailah pakaian yang selesa. Sebagai contoh elakkan pakaian yang mudah membuat anda berpeluh. Carilah pakaian daripada material paling selesa.

RANCANG PENAMPILAN GAYA

Setiap kali sebelum menyertai mensyuarat atau perbincangan panggilan video, rancanglah dahulu penampilan yang anda inginkan. Sebagai contoh jika anda ada appointment pada esok, malam sebelum itu pilihlah padanan pakaian yang sesuai. Malah anda juga boleh cuba dan lihat sendiri penampilan anda di skrin komputer untuk lebih jelas.

PENGCAHAYAAN BAIK

Penting untuk ada berada di dalam bilik yang mempunyai pengcahayaan yang baik. Dan tiada pengcahayaan lebih baik melainkan cahaya matahari semulajadi. Pilihlah lokasi yang mempunyai sinaran cahaya mencukupi. Cahaya semulajadi adalah pantulan terbaik untuk kulit anda. Selain itu ia juga boleh terus menyerlahkan penampilan anda dengan lebih jelas dan menarik.

RING LIGHT

Buat anda yang mungkin tinggal di lokasi yang cahaya matahari agak kurang, boleh gunakan ring light. Apa salahnya laburkan sedikit wang untuk membeli set ring light yang boleh digunakan sebagai pengcahayaan untuk panggilan video. Ia juga tidaklah terlalu mahal dan mudah didapati di pasaran.

USAH GUNA BACKGROUND DEFAULT

Menggunakan aplikasi panggilan video biasanya turut tersedia background default pelbagai lokasi dan pemandangan. Nasihat MASKULIN, elakkan guna background seperti ini. Ini kerana ia hanya membuatkan anda nampak pelik di hadapan latar belakang yang tiruan. Malah ia juga boleh menyebabkan imej anda menjadi terganggu.

Semoga tip gaya dari MASKULIN kali ini boleh membantu anda nampak lebih segak dan bergaya walaupun di dalam dunia virtual. Terus ikuti ti[ menarik daripada kami.

Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN bagi mengikuti video menarik seperti di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=bKXzwwZEPmE&t=5s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI