Tidak dinafikan salah satu jentera moden yang mampu membuatkan ramai terpegun dan terkesima melihatnya ialah Tesla Cybertruck!
Terbaru, Tesla Malaysia akhirnya membawa sensasi automotif terbaru, Tesla Cybertruck, untuk tatapan umum. Anda boleh menyaksikan sendiri Tesla Cybertruck di depan mata dengan mengunjungi Pusat Pengalaman Tesla yang terletak di Pavilion Damansara Heights.
MASKULIN difahamkan ia dibuka untuk umum bermula dari 10 pagi hingga 10 malam sehingga 17 Mei 2024.
Buat masa sekarang Tesla Malaysia belum memberikan butiran mengenai sejauh mana anda dapat mendekati Cybertruck ini, tetapi kemungkinan ada pengaturan kawalan orang ramai semasa waktu puncak. Walau bagaimanapun, anda bebas untuk mengunjunginya berulang kali dalam beberapa minggu akan datang.
SELURUH NEGARA
Tambahan pula, menurut wakil Tesla Malaysia, Cybertruck dipamerkan akan dipamerkan di Malaysia untuk beberapa bulan akan datang.
Walaupun masih belum jelas di mana lagi kenderaan elektrik yang gagah ini akan dipamerkan seterusnya, nyata sekali ini bukanlah satu-satunya perhentian dalam jelajah pameran mereka di seluruh negara.
Bagi anda yang bertanya-tanya, walaupun Cybertruck sudah terpampang di Pavilion Damansara Heights, ini tidak bermakna anda sudah boleh membuat pesanan untuk trak futuristik ini di Malaysia.
Ads
Foto: Tesla Malaysia
Buat masa ini, Cybertruck hanya dibuat dengan konfigurasi pemanduan sebelah kiri (LHD), dan belum ada pengumuman dari Tesla mengenai kemungkinan pengeluaran versi pemanduan sebelah kanan (RHD). Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk melihat dengan mata kepala sendiri keajaiban teknologi Tesla!
Berikut MASKULIN kongsikan 5 perkara yang mungkin anda tidak tahu tentang jentera hebat ini!
Ketahanan Tetingkap Dipertikaikan
Salah satu momen yang paling terkenal dalam pelancaran Cybertruck ialah apabila tingkapnya, yang diklaim sebagai ‘Armor Glass’, pecah semasa demonstrasi.
Walaupun ini mungkin kelihatan sebagai kegagalan, ia sebenarnya menunjukkan tahap eksperimenasi dan inovasi yang Tesla berani ambil. Glass tersebut dirancang untuk tahan terhadap benturan yang ekstrem, walaupun masih memerlukan beberapa penambahbaikan.
Ads
Reka Bentuk Mencetus Kontroversi
Bentuk Cybertruck yang geometri dan tidak konvensional merupakan satu daripada ciri paling berbeza trak ini. Reka bentuk ini bukan sahaja estetik, tetapi juga fungsional, memaksimumkan kekuatan dan kestabilan kenderaan.
Ini adalah pendekatan yang berbeza dari kebanyakan kenderaan di pasaran, dan ia telah memecah pendapat di kalangan pengguna dan pemerhati industri.
Walaupun banyak perhatian diberikan kepada rupa dan teknologi Cybertruck, keupayaannya dalam laluan off-road adalah luar biasa.
Ads
Ia dilengkapi dengan sistem penggerak semua roda (all-wheel drive) dan suspensi yang boleh laras, membolehkan ia mengatasi pelbagai jenis medan dengan mudah. Ini menjadikannya bukan hanya trak kerja tetapi juga kenderaan petualang.
Foto: Tesla Malaysia
Pilihan Kustomisasi Pelbagai
Tesla telah menunjukkan bahwa mereka merancang untuk menawarkan Cybertruck dalam beberapa konfigurasi berbeza.
Ini termasuk pilihan motor tunggal, dua motor, dan tiga motor, yang akan mempengaruhi bukan sahaja harga tetapi juga prestasi, jarak pandu, dan keupayaan towing. Ini membolehkan pembeli untuk menyesuaikan Cybertruck mengikut keperluan dan keinginan mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jangan jadi rider yang selalu beranggapan asal motosikal boleh bergerak, itu sudah memadai. Kalau sentiasa dengan mentaliti begitu nampak gayanya motosikal anda memang tak lamanya nak tersadai akibat rosak. Dan apabila rosak kos untuk meperbaikinya juga akan menjadi sangat mahal.
Ramai yang leka dan buat-buat tak tahu akan kepentingan rutin servis secara berkala dan berjadual. Terdapat 5 jenis rutin servis yangs ering dipandang remeh oleh penunggang motosikal.
SELANGGARA SISTEM BREK
Tanpa sistem brek yang baik dan sempurna anda boleh berdepan risiko kemalangan yang boleh meragut nyawaa. Jadi anda harus sentiasa peka dengan kondisi brek. Antara komponen yang perlu diberi perhatian ialah brek dram, brek pad dan brek cakera kerana ada tempoh tertuntu untuk pastikan ia tidak haus.
Antara masalah brek dram kerap berlaku ialah ia mengeluarkan bunyi nyaring motosikal bergerak. Jika brek belum haus, kemungkinan besar bunyi tersebut disebabkan debu-debu yang bersisa dalam dram atau brek dimasuki air. Bila ke bengkel anda boleh minta mekanik periksa dan cuci menggunakan semburan angin mampat.
PELINCIR
Bila bercakap tentang motosikal semestinya ia lengkap dengan pelbagai komponen seperti hendal, tongkat, suspensi dan pelbagai bentuk skru serta nat. Kesemua komponen yang dilihat ringkas ini sebenarnya sangat penting.
Anda boleh menjaganya dengan sentiasa meletakkan pelincir. Jika dibiar lama ia boleh berkarat dan sekaligus menyebabkan sukar dibuka serta boleh jadi reput.
RANTAI PACU
Jangan sesekali anda biarkan rantai pacu menjadi terlalu longgar atau ketat. Antara yang kerap dibiarkan ialah rantai pacu yang longgar. Tahukah anda bahawa rantai pacu yang longgar boleh jejaskan prestasi motosikal. Jadi tak guna kalau motosikal cantik dan berkuasa besar tapi bab rantai pun tak boleh nak jaga.
Selain itu anda juga perlu memastikan rantai sentiasa diletakkan pelincir khas untuk rantai. Cuba elak guna minyak hitam terpakai atau pelincir lain yang bukan dikeluarkan untuk kegunaan rantai pacu.
MINYAK HITAM
Ini antara servis basic yang boleh dikatakan semua orang tahu. Menyelenggara minyak hitam bukan sekadar tuang dan tukar saja ya. Apatah lagi jika motosikal anda guna pelincir sintetik dengan tempoh penukaran lebih lama.
Periksalah kondisi minyak hitam sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk anda perhatikan sebarang tanda yang mungkin oleh memberi indikasi keadaan enjin.
JAGA TAYAR
Tanpa tayar yang sempurna perjalanan anda dari poin A ke poin B boleh mengakibatkan anda berdepan risiko tinggi kemalangan. Namun begitu masih ramai yang mengabaikan kepentingan penjagaan tayar. Untuk pastikan tayar sentiasa berada dalam keadaan baik anda perlu pastikan tekanan tayar sentiasa berada pada tahap optimum.
Tayar yang tidak mempunyai angin mencukupi boleh menyebabkan motosikal sukar dikawal terutama apabila berada di kawasan selekoh. Pastikan anda periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya seminggu sekali. Pam angin di dalam tayar dengan tekanan yang ditetapkan. Tahap tekanan boleh dirujuk seperti biasa yang terdapat pada tayar.
Smeoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda terutamanya yang memiliki motosikal. Selamat menunggang dengan selamat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hazard light tak boleh suka-suka tekan: Ini fungsi sebenar hazard light. Hazard light atau lampu isyarat kecemasan merupakan satu ciri penting yang terdapat pada semua kenderaan moden.
Hazard Light Tak Boleh Suka-Suka Tekan: Ini Fungsi Sebenar Hazard Light
Namun begitu, masih ramai pemandu yang menyalahgunakan fungsi ini tanpa memahami tujuan sebenar ia direka. Artikel ini akan menjelaskan fungsi sebenar hazard light dan kenapa ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.
Hazard light ialah lampu isyarat berkembar yang berkelip-kelip secara serentak di bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Ia biasanya diaktifkan dengan menekan butang segi tiga berwarna merah yang terletak di tengah papan pemuka kenderaan.
Fungsi Sebenar Hazard Light
Kecemasan atau Kerosakan Kenderaan
Fungsi utama hazard light adalah untuk memberi isyarat kepada pengguna jalan raya lain bahawa kenderaan anda menghadapi masalah seperti kerosakan enjin, tayar pancit, atau apa-apa keadaan yang memerlukan anda berhenti secara tiba-tiba di tepi jalan.
Amaran Bahaya Di Hadapan
Ia juga digunakan untuk memberi amaran awal kepada pemandu lain mengenai bahaya di hadapan seperti kemalangan jalan raya, halangan di laluan, atau keadaan cuaca yang buruk seperti kabus tebal.
Dalam situasi di mana pemandu terpaksa membrek secara mengejut, hazard light boleh dihidupkan seketika untuk memberi isyarat kepada kenderaan di belakang agar memperlahankan kenderaan mereka.
Kesalahan Umum Penggunaan Hazard Light
Ramai pemandu menyalahgunakan hazard light dalam situasi yang tidak wajar, antaranya:
Semasa Hujan Lebat
Ada pemandu yang menyalakan hazard light ketika memandu dalam hujan lebat kononnya untuk “lebih selamat”. Sebenarnya, ini mengelirukan pengguna jalan lain kerana mereka tidak dapat meneka arah pergerakan anda (tidak dapat melihat isyarat membelok).
Menghidupkan hazard light ketika membelok atau memasuki bulatan adalah satu kesilapan kerana ia mengelirukan pemandu lain dan membahayakan keselamatan lalu lintas.
Semasa Meletakkan Kenderaan Di Tempat Yang Salah
Walaupun ada yang menghidupkan hazard light ketika parkir di tempat larangan, ini tidak menjadikan perbuatan itu sah dari segi undang-undang.
Penggunaan hazard light haruslah mengikut situasi kecemasan yang sebenar. Menyalahgunakan fungsi ini bukan sahaja mengelirukan pengguna jalan raya lain, malah boleh menyebabkan kemalangan. Oleh itu, sebagai pemandu yang bertanggungjawab, fahami dan patuhi cara penggunaan hazard light yang betul demi keselamatan bersama.
Ingat, hazard light bukan untuk suka-suka tekan. Gunakan bila perlu, demi keselamatan anda dan orang lain.
Pelbagai jenis kenderaan kini dilengkapi dengan teknologi dan fungsi yang canggih termasuk Tetingkap Kuasa atau dipanggil Auto Power Window.
Sistem ini membolehkan tingkap diturunkan atau dinaikkan hanya dengan sekali tekan. Pun begitu, kadangkala ia juga tidak berfungsi seperti kebiasaan khususnya kereta yang dah 4-5 tahun digunakan. Tingkap jadi berat nak tutup kemudian jammed.
Salah satu punca masalah power window ini berlaku adalah kerana tidak melakukan penjagaan getah pada tingkap kereta atau dipanggil run channel. Demikian menurut perkongsian Altimate Auto Garage dalam satu video di laman TikTok.
Tak jaga getah run channel, punca power window rosak
“Korang tolonglah jaga getah tingkap kereta ini, kalau tak jaga itu yang buat rosak power window kereta,”pesannya.
“Bila cuba naikkan tingkap tapi jadi berat cuba tengok getah atau dipanggil run channel.
“Sebab ia boleh buat tingkap jadi berat dan menyebabkan motor bergerak secara paksa. Bila ini motor bergerak secara paksa, ia akan jadi panas dan kemudian boleh buat motor jammed.
“Cara nak jaga getah ini senang saja, guna silikon spray (boleh cari dekat Mr DIY atau beli online). Ataupun guna minyak.
“Cara nak guna, spray saja dekat celah celah getah. Bila dah spray, cermin akan bergerak dengan lancar.
“Jangan abaikan getah ini, spray ini murah saja. Elok elok modal kecil tak pasal pasal kena tukar power window,”pesannya lagi.
Sebagai pemilik kereta, penting kepada kita untuk mengetahui setiap sudut kenderaan agar dapat mengenal pasti masalah sekiranya berlaku kerosakan malah bagi mengelakkan kita membawa kenderaan kembali ke kedai untuk dibaiki bagi perkara yang tidak perlu.
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang