Sebut sahaja nama The Rock atau Dwayne Johnson pastinya kita semua sudah terbayangkan bentuk badan pelakon dan ahli gusti tegap, ‘sado’ dan penuh dengan otot besar. The Rock merupakan di antara wajah gusti WWE yang paling popular sejak dulu sehingga kini.
Bahkan penampilan menerusi filem-filem lakonannya, The Rock sentiasa menayangkan bentuk tubuhnya yang sado dan tegap.
Namun penampilannya yang terbaru mengejutkan ramai pihak. Apa tidaknya dia muncul dengan fizikal yang jauh berbeza dan kurus berbanding dahulu.
Penampilan terbarunya menjadi tumpuan media dan lensa kamera Ketika mempromosikan filem terbarunya, ‘The Smashing Machine’ pada Sabtu lalu. Selebiriti serba boleh ini yang kini berusia 53 tahun membawakan watak ebagai Mark Kerr, juara UFC.
Di majlis gala tersebut The Rock tampil mengenakan kemeja berkolar biru, seluar hitam berserta cermin mata.
THE ROCK LAKUKAN DEMI KARAKTER
Menurut sumber, The Rock sebelum ini mempunyai berat badan yang mencecah 136kg. Tapi kini dia berjaya menjalani satu transformasi dengan disiplin dan keinginan yang tinggi untuk menurunkan berat badan. Kini dia mempunyai berat kira-kira 108kg.
Ads
Ternyata, The Rock telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 27kg dengan cara yang sihat.
Penampilan tersebut merupakan pengorbanan yang disifatkan The Rock sebagai sesuatu yang ingin dilakukan sejak lama.
“Ini adalah transformasi yang ingin saya lakukan sejak dulu,” jelas The Rock dalam satu temu bual Bersama The Hollywood Reporter.
Perubahan ketara yang dialami The Rock ini sebenarnya bertujuan untuk menjiwai dan menjayakan wataknya dalam filem terbaru tersebut. sebagai ikon MMA, Mark Kerr.
Ads
“Saya sangat bertuah kerana memiliki karier yang membenarkan saya merealisasikan apa yang ada dalam fikiran.
“Selepas sekian lama, saya berfikir apa lagi yang boleh saya lakukan? Bagaimana dengan penampilan dan arah saya? Saya mahu melakukan hal yang lebih jauh dan saya mendapatkannya,” kata The Rock lagi.
Peminat jelas terkejut dengan perubahan ketara ini namun dalam masa yang sama teruja dan kagum dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh The Rock demi menjayakan karakter lakonannya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Salah satu tip untuk turunkan berat badan yang paling popular tapi berkesan adalah minum teh hijau.
Disebabkan itu ramai yang mengamalkannya. Tapi jangan amal sebarangan kena tahu waktu yang betul untuk mengambilnya. Barulah ada kesan pada penurunan berat badan.
Walaupun nak sangat cepat kurus tapi jangan ambil lebih dari 3 cawan. Teh hijau tinggi antioksidan dan khasiat lain seperti tannin dan flavoid. Pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan toksik atau kerosakan pada hati.
Minum kafien waktu pagi memang boleh menyegarkan tapi ia juga boleh mencetuskan ketidakseimbangan pada perut.
Sebab tak mahu lemak berkumpul, lepas makan ramai yang terus minum teh hijau. Yang ni salah. Minum teh hijau sejurus lepas makan akan menyebabkan gangguan pada penyerapan nutrien.
Apa yang kita makan tidak akan diserap dengan baik kerana dihalang oleh unsur kafein dan tannin yang ada dalam teh hijau. Paling elok minum teh hijau 30-45 minit sebelum atau selepas makan.
Elak minum teh hijau pada waktu malam kerana ia akan mengganggu waktu tidur dan menyebabkan peningkatan stres.
Teh yang sudah digunakan mempunyai kandungan kafein lagi tinggi. Selain itu uncang teh yang lembap juga dipenuhi dengan mikrobial yang boleh menjejaskan kesihatan perut.
Pengambilan teh hijau boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil jadi sebaiknya minum lebih banyak air putih.
Lelaki moden amat mementingkan penampilan diri. Bukan saja pakaian, wajah juga menjadi tumpuan. Kini, lelaki tidak lagi malu mengunjungi pusat kecantikan. Bukan sesuatu yang memeranjatkan jika lelaki juga berminat menjalani rawatan kecantikan terutamanya pada wajah. Pada usia 40-an lelaki semakin matang dan stabil dari sudut kewangan mahupun kerjaya. Gaya hidup yang aktif dalam kalangan lelaki juga menuntut stamina diri. Saya percaya penampilan yang muda dan bergaya haruslah sejajar dengan peningkatan dalam kualiti kesihatan.
Dalam bidang perubatan antipenuaan, setiap masalah mesti dikesan dan dihindari sebelum bertambah serius. Masalah penampilan yang sering dialami lelaki ialah pigmentasi pada kulit, garis kedutan, wajah jatuh menggeleber dan tampak tua, pori wajah kasar kerana kerap bercukur, kulit kusam serta tidak sekata akibat pendedahan melampau pada matahari.
Perbezaan kulit lelaki
Lelaki dan wanita mempunyai kulit yang berbeza. Ini kerana kulit manusia dipengaruhi hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki, manakala hormon estrogen mempengaruhi kulit wanita.
Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita. Ini menyebabkan kulit mereka 20 peratus lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari.
Wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia. Namun, semakin berusia, kulit lelaki menjadi semakin nipis, manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.
Lelaki juga mempunyai pori kulit yang lebih besar, kelenjar sebum yang lebih aktif dan mempunyai saluran darah lebih banyak. Oleh itu, kulit lelaki kelihatan lebih kasar, lebih berpeluh dan berminyak. Lelaki yang mempunyai banyak bulu muka dan suka bercukur akan hilang satu lapisan hydrolytic film di permukaan kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif.
Apabila usia menganjak ke 40-an lelaki juga tidak dapat lari daripada masalah penuaan. Wajah yang dimamah usia akan menyebabkan mereka tercari-cari rawatan yang sesuai.
Antara rawatan yang paling popular dalam kalangan lelaki adalah:
1) Filler
Penggunaan Hyaluronic Filler turut penting pada masa kini. Filler menggantikan struktur lemak muka yang hilang dimamah usia. Ia mengisi ruang kosong yang menyebabkan muka tampak cengkung dan berlekuk seperti yang terdapat di pipi dan juga bawah kelopak mata.
Garis halus yang muncul pada dahi di antara kening dan tepi bibir juga dapat diatasi dengan filler. Ada pelbagai jenis filler di pasaran dan saya suka mencadangkan filler jenis berasaskan kalsium yang tahan lama dan tampak begitu natural sekali.
Sebenarnya di dalam kulit turut ada asid hyaluronik yang dikeluarkan secara semula jadi oleh tubuh. Ia sebagai bahan mengisi ruang dalam kulit membolehkan kulit tampak anjal.
Apabila usia meningkat, penghasilannya kurang dan wajah tampak berlekuk.
Terdapat pelbagai jenis asid hyaluronik di pasaran dan kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Bagi lelaki berusia 40-an dicadangkan penggunaan jenis berasaskan kalsium yang tahan lama.
2) Rawatan botox
Botox adalah salah satu rawatan bukan invasif yang paling berkesan mengurangkan garis halus dan kedutan. Botox adalah ubat yang disuntik ke dalam otot dan digunakan untuk memperbaiki rupa paras.
Garis halus mula kelihatan di bahagian dahi dan yang paling ketara di bahagian mata. Garis di bahagian mata disebut sebagai crow’s feet akan bertambah seiring pertambahan usia. Dengan menyuntik sedikit botox, kedutan mula hilang.
Pendek kata, ia meremajakan wajah dengan cepat, mudah dan penampilan segar.
3) Laser
Laser mampu meningkatkan paras kolagen secara semula jadi dan mengaktifkan semula sel kulit. Penggunaan laser ‘dual fractional’ bagus untuk meninggikan paras kolagen dalam kulit.
Laser sebegini bertindak pada permukaan kulit saja. Ia spesifik dan membolehkan pigmentasi turut dirawat dengan baik. Ia membaiki struktur kulit, lebih gebu, cerah dan mengatasi pori terbuka. Laser juga berupaya menghilangkan garisan halus dan boleh digunakan sebagai alternatif botox.
4) Modified thread lift
Oleh kerana lelaki mempunyai wajah yang lebar dan kulit tebal, teknik ‘modified thread lift’, iaitu ‘silhoutte soft lift’ amat sesuai untuk mereka.
Ia teknik menggunakan benang khas diperbuat daripada protein yang dimasukkan di bawah kulit untuk mengangkat muka dan mengikatnya semula pada satu kawasan di bahagian kepala yang dinamakan ‘Zygomatic area’.
Melalui cara ini, wajah, leher dan dagu yang jatuh akan diangkat semula.
Rawatan ini mengambil masa selama sejam dan hasilnya dapat dilihat sebaik saja selesai rawatan tanpa memerlukan pembedahan yang menyakitkan.
Dalam masa beberapa bulan, benang itu akan meresap dalam kulit dan mampu bertahan antara dua hingga empat tahun kerana berlakunya proses fibrosis pada bahagian muka.
Fibrosis adalah proses semula jadi yang mana bahagian muka yang diangkat melekat pada tempat yang betul dengan kekal.
5) Rawatan terapi penggantian hormon
Hormon testosteron adalah hormon seks yang paling penting untuk kesejahteraan lelaki. Kekurangan hormon ini terutama kalangan lelaki 40-an akan mengakibatkan kegemukan, kurang stamina dan kurang keinginan seks.
Dari segi rupa paras pula, seseorang yang tidak cukup testosteron akan tampak tua. Kulitnya lebih berkedut berbanding mereka yang cukup testosteron. Penampilan mereka juga akan tampak murung dan kurang yakin. Apabila mendapat testosteron yang cukup seseorang menjadi lebih yakin dan perubahan yang menakjubkan dapat dilihat.
Ujian darah boleh dilakukan bagi meneliti tahap hormon dalam tubuh seseorang lelaki. Ujian ini bagus kerana ia boleh memberikan gambaran sebaik mana peningkatan yang dapat dicapai apabila terapi dibuat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebuah jenama global yang terkenal dalam industri fesyen sukan dan gaya hidup kini membuka butik terbaru yang dikenali sebagai Skechers™ City Outlet di pusat beli belah IPC yang terletak di Mutiara Damansara. Dengan keluasan sebesar 6,600 kaki persegi, Skechers™ City Outlet akan menjadi butik jenama Skechers™ yang terbesar di Asia Tenggara.
Skechers™ telah berjaya memenangi hati masyarakat Malaysia menerusi koleksi kasut yang bergaya dan selesa seperti Sport, D’Lites 2, Burst, USA, Bobs, Energy Lights, Twinkle Toes, the GOwalk dan GOrun, serta pakaian untuk bersukan seperti baju, seluar, bra top dan banyak lagi.
Skechers™ juga telah berkolaborasi dengan ramai selebriti terkenal seperti bintang hip-hop Korea Zico, kumpulan K-Pop terkenal EXO, pemenang anugerah multi–platinum Meghan Trainor, penyanyi dan penulis lagu Camila Cabello, model dan pelakon Kelly Brook, personaliti televisyen Brooke Burke-Charvet dan lagenda-lagenda sukan seperti Sugar Ray Leonard, Ozzie Smith serta Howie Long.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidur enam saat kini tular di media sosial, namun KKM memberi amaran keras kerana teknik ini boleh menyebabkan pengsan, strok, kerosakan otak dan berpotensi membawa maut.