Bagi anda yang mungkin sudah ada petanda untuk berdepan masalah berat badan berlebihan, cuba tanya diri sendiri apakah paling sukar untuk turunkan berat badan? Rata-rata pastinya akan menjawab untuk menjaga tabiat makan yang sihat serta memulakan langkah pertama!
Melakukan perubahan mendadak mungkin sangat sukar. Disebabkan itulah anda harus bijak bagaimana untuk berubah dengan berkala sama ada dari segi pemakanan atau senaman. Tapi penting kena mulakan dahulu!
Untuk perkongsian FIT JOURNEY kali ini, MASKULIN telah menemubual seorang lelaki yang pernah berdepan masalah berat badan mencecah sehingga 128kg! Mohd Salihin Bin Md Razak yang bertugas sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah kolej di Negeri Sembilan berkongsi kisah dan pengalamannya untuk menurunkan berat badan bersama MASKULIN.
Cuba bandingkan fotonya yang dahulu dan sekarang. Memang sangat jelas perubahan yang dilaluinya. Ikuti temu bual MASKULIN bersama Salihin di bawah.
TABIAT PEMAKANAN KETIKA MASALAH BERAT BADAN DULU?
Sebelum ini saya jenis yang memang sangat gemar makan pada waktu malam. Kadang-kadang sehingga lewat malam pun saya masih makan lagi terutamanya bila perut sudah berbunyi (ketawa). Sanggup masuk dapur pergi rebus dan masak mi segera.
Berat dahulu
DAHULU PERNAH BERDEPAN APA-APA MASALAH KESIHATAN?
Alhamdulillah, saya tiada masalah kesihatan yang serius pun. Cuma bila berat badan sudah terlalu berat saya akan berasa mudah penat jika melakukan apa-apa kerja atau tugasa. Kalau bab berpeluh tu usah cakaplah. Memang basah kuyup habis baju.
PERNAH BERASA TERTEKAN DISEBABKAN MASALAH BERAT BADAN?
Ads
Ya, kadang-kadang memang rasa tertekan juga. Tapi apa boleh buat itulah jalan yang saya pilih… Asyik rasa nak makan saja dan malas pula nak bersenam.
PERNAH BERDEPAN SITUASI DI MANA ANDA JADI MENGSA EJEKAN ATAU BULU?
Itu satu perkara pasti berlaku. Sejak zaman sekolah rendah lagi saya sudah hadap segala macam ejekan. Malah jadi mangsa gurau senda yang melampun pun saya pernah kena.
APA MEMBUATKAN ANDA INGIN BERUBAH DAN TURUNKAN BERAT BADAN?
Bila saya lihat berita dan kisah Allahyarham Abam Bocey yang meninggal dunia dalam tidur. Ketika itu terlintas di benak fikiran saya mungkinkah perkara itu boleh berlaku kepada saya suatu hari nanti? Selain itu, saya sedar saiz baju dan seluar memang susah nak dapat. Harganya lebih mahal daripada saiz yang biasa.
Ads
Penampilan terkini
PERKARA PERTAMA ANDA LAKUKAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN
Pertama saya tinggalkan tabiat makan hingga lewat malam. Bagi senaman pula saya mulakan dengan berjalan kaki. Dan lakukannya secara berjadual dan ada rutin sendiri.
PERKARA PALING SUKAR UNTUK TURUNKAN BERAT BADAM?
Menjaga amalan dan disiplin pemakanan. Inilah antara perkara paling sukar untuk dilakukan. Kadang-kadang terbabas juga tapi tidaklah terlalu kerap. Paling penting cuba sebaik mungkin untuk jaga pemakanan.
RAHSIA SEBENAR BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN?
Tiada rahsia apa pun. Cauma saya kekal dengan disiplin pemakanan. Saya cuba makan untuk mengikut jadual saja. Makan hanya bila perlu dan berhenti sebelum rasa kenyang.
Ads
JIKA RASA MACAM NAK PUTUS ASA, APAKAH PERKARA MEMBANGKITKAN SEMULA SEMANGAT?
Saya akan tengok foto-foto diri sendiri yang lama. Foto ketika saya berdepan masalah berat badan yang serius. InsyaAllah, kesedaran itu akan muncul semula dan buat saya terus berusaha untuk lakukan yang terbaik.
RUTIN PEMAKANAN SEKARANG
Paling lewat pukul 10 pagi saya mabil sarapan dengan kuantiti makanan sederhana. Pada pukul 2 petang pula makan tengahari dengan kuantiti makanan ‘suku suku separuh’. Manakala makan pula saya pastikan makan sebelum maghrib dengan memakan buah-buahan. Mungkin kalau terasa lapar sangat bila malam semakin lewat saya akan bancuh air tea o kosong panas.
TIP UNTUK MEREKA YANG INGINKAN TURUNKAN BERAT BADAN SEPERTI ANDA?
Benda ni kalau nak buat kena ada tekad yang kuat. Harus sentiasa motivasikan diri macam contohnya pujuk hati tu kata esok masih ada untuk makan makanan yang kita suka. Tak perlu nak makan macam hari ini hari terakhir kita untuk hidup di dunia ni pun…
Semoga perkongsian dari Salihin ini mampu memberikan inspirai dan kesedaran untuk anda menurunka berat badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak dapat dinafikan sepanjang bulan puasa badan kita akan mengalami perubahan sedikit demi sedikit.
Walaupun tak semua orang alaminya namun ramai juga berdepan dengan masalah kulit kering dan bibir merekah sepanjang berpuasa.
Apatah lagi di kalangan mereka yang bekerja di bawah mentari panas dan suhu tinggi. Kekurangan air dalam badan menjadi faktor mengapa kondisi ini terjadi. Namun anda jangalah risau kerana perkara ini hanyalah sementara sahaja. Mengatasi kulit kering sebenarnya cukup sederhana, namun juga perlu konsistensi. Hanya dengan mengubah beberapa cara dan aktiviti harian, ia nya pasti membantu
JAGA MANDI
Salah satu kebiasaan perkara yang harus diiubah adalah frekuensi dan durasi mandi. Mandi terlalu kerap memang dapat membuat kulit bersih. Namun, ini dapat menyebabkan minyak semula jadi di kulit hilang sehingga jadi kering.
Pastikan kamu mandi setiap hari, tapi lakukan secukupnya, jadi jangan terlalu kerap. Selain itu, pastikan pula mandi tidak melebihi waktu 10 minit dan tidak kurang dari 5 minit. Kebiasaan ini akan membantu kamu mengatasi kulit kering
GUNA PELEMBAP
Pelbagai punca boleh menyebabkan kulit kering. Salah satu yang paling kerap menyebabkan seseorang mengalami masalah ini adalah sabun yang kurang sesuai.. Terutama jika sabun badan kamu gunakan untuk muka.
Oleh sebab itu, mulai sekarang pastikan menggunakan sabun yang mengandungi pelembap untuk menjaga kesegaran kulit. Apalagi khusus untuk sabun wajah, sebaiknya pilih yang mengandung tinggi pelembap.
PELEMBAP KULIT
Menggunakan sabun pelembap saja tidak cukup. Bila perlu, gunakan pelembap setelah mandi. Penggunaan pelembap kulit setelah mandi ini akan membantu kamu mengatasi kulit kering sepanjang hari, apalagi ketika cuaca berubah-ubah seperti sekarang ini.
Ada banyak sekali produk pelembap kulit yang dijual di pasaran. Masing-masing tentu memiliki kebaikan tersendiri. Apapun pilihan kamu, pastikan pelembap tersebut mengandung banyak nutrisi untuk kulit.
Meskipun kamu menggunakan losyen pelembap yang mampu melindungi kulit dari sinar matahari (sun block), sebaiknya hindari kulit dari panas berlebih dalam waktu yang lama.
Sinar ultraviolet sangat buruk bagi kulit. Tak hanya menyebabkan kulit kering dan bersisik saja, tapi juga dapat menimbulkan kanser kulit. Oleh itu, setiap kali keluar rumah gunakan pelindung seperti topi dan jaket.
TUBUH CUKUP MINERAL
Pada dasarnya tubuh kita terdiri 70 % lebih dari cecair. Apabila cecair dalam tubuh berada di bawah nomal atau kurang, maka akan mengakibatkan kulit menjadi kering, bersisik, pecah-pecah, dan bahkan lebih parah lagi.
Untuk mengatasinya kamu harus memperbanyakkan mengambil air putih. Para doktor mengesyorkan untuk mengambil minimal 2 -3 liter air putih sehari. Oleh itu pada waktu malam dan bersahur minumlah air putih yang mencukupi.
JAUHI ROKOK
Merokok tidak hanya berbahaya untuk paru-paru saja. Hasil kajian di Harvard University membuktikan asap rokok dapat mencuri kelembapan di kulit, sehingga membuatnya kering, kusam, dan pecah-pecah.
Selain berhenti merokok, kamu juga harus menghindari asap rokok, kerana asap rokok dapat mengurangkan produksi kelenjar minyak di kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siling atau dinding yang berkulat memang biasa kita lihat di kebanyakan rumah. Selama ini kita anggap kulat pada dinding atau siling cuma kekotoran biasa.
Rupa-rupanya kehadiran kulat pada dinding atau siling boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang. Jika dibiarkan boleh menjadi antara punca anda diserang batuk atau selesema yang lama.
Perkara ini didedahkan oleh Public Health Malaysia menerusi laman Facebooknya. Jika rumah anda mempunyai kulat pada dinding atau siling, cari segera punca kenapa perkara ini berlaku dan bersihkannya segera.
Semasa proses turunkan berat badan sangat digalakkan kita untuk mengambil 2 kali snek. Snek yang paling berkesan untuk turunkan berat badan adalah snek dengan buah-buahan. Jadi dalam post kali ini, saya akan senaraikan buah-buahan yang boleh diambil untuk bantu cepatkan proses turun berat badan
PISANG
Pisang buah yang paling senang kita jumpa di pasaran Malaysia. Ingat lagi topik Sarapan Ini Bantu turunkan Berat Badan. Saya nyatakan pisang bantu untuk aktifkan signal dalam badan untuk menukarkan lemak kepada tenaga. Selain itu pisang sangat membantu untuk menurunkan tekanan darah dan mengelakkan sakit jantung kerana kandungan potassium yang tinggi dan garam yang rendah.
Selain berfungsi untuk memberi tenaga segera, pisang juga sangat membantu untuk mengelakkan kekejangan otot selepas bersenam. Pisang juga sangat membantu dalam sistem penghadaman kerana tinggi nilai serat.
KURMA
Walaupun kurma kecil tetapi kurma sangat tinggi dalam kandungan nutrisi. Sebab itu Rasulullah SAW juga mengamalkan kurma dan ia adalah salah satu dari makanan sunnah. Kandungan serat yang tinggi sangat membantu dalam melancarkan sistem penghadaman. Kurma membantu usus untuk berfungsi dengan lebih efisien.
Kandungan magnesium dan potassium yang tinggi juga sangat membantu untuk kesihatan jantung. Kanak-kanak juga sangat digalakkakn untuk amalkan kurma kerana kurma meningkatkan fokus dan baik untuk kesihatan otak.
Tambahan pula kita semakin menghampiri bulan puasa. Saya akan kongsi tips kurus dibulan puasa dalam post yang akan datang.
LEMON
Salah satu perkara yang penting semasa proses turun berat badan adalah proses detoksifikasi atau dalam bahasa mudah proses untuk buang toksin dalam badan. Selain pengambilan air kosong yang cukup untuk badan, kita juga boleh amalkan minum air lemon dalam untuk proses detoksifikasi secara natural.
Amalan air lemon sangat digalakkan untuk kehidupan seharian. Pengambilan air lemon membantu dalam membuang toksin secara natural dalam bentuk air kencing. Lemon juga membantu menahan lapar. Ia sangat bagus untuk mereka yang serius untuk turun berat dalam mengawal pengambilan kalori berlebihan semasa berdiet.
STRAWBERI
Kandungan vitamin C yang sangat tinggi dalam buah strawberi sangat membantu dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Vitamin C baik untuk kulit dan membantu mengekalkan imunisasi badan kita. Dalam konteks turun berat badan, buah ini sangat baik untuk mengawal kolestrol dalam badan kita. Kolestrol yang jahat akan membuat salur darah jadi sempit dan hasilkan boleh menyebabkan sakit- sakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung.
Selain itu kandungan fiber atau serat dalam strawberi boleh membantu melancarkan sistem penghadaman. Sistem penghadaman yang sihat sangat membantu semasa proses turunkan berat badan. Kandungan gula dan garam, kalori yang rendah sangat membantu untuk proses pengurusan berat badan.
TEMBIKAI
Buah tembikai antara buah yang mempunyai kandungan air yang sangat banyak. Kandugan air yang banyak dan fiber yang tinggi sangat membantu dalam proses penghadaman dan juga dipercayai boleh mengurangkan sembelit. Kandungan air yang tinggi sangat berkesan untuk mengekalkan hidrasi dalam badan kita.
Semasa proses turun beratkan kita akan cepat rasa lapar. Jadi pengambilan buah- buahan selain mengawal pengambilan kuantiti air yang secukupnya sangat membantu proses turun berat. Ingat jangan biarkan perut berlapar semasa proses turun berat. Selain makan begitu sahaja, anda juga boleh buat jus atau “ice blended” untuk mengalakkan kita makan buah bukan snek yang tidak sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.